kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Minggu Akhir 2015

Assalamualaikum
Alhamdulilah.. hingga saat catatan ini dibuat.. Allah permudahkan lagi hari kita
semoga sentiasa dipermudahkan untuk mengharungi hari mendatang
Minggu terakhir December 2015.. sangat mencabar, sangat seronok dan ada juga yang sedih
Perjalanan untuk balik ke kampung saya di utara sepatutnya bermula seawal 5 -6petang 23/12/15. Tapi Allah tak izinkan.. jadi kami terpaksa tunggu adik suami datang rumah nak pinjam kereta.. janjinya pukul 8.30mlm tapinya pukul 10.30mlm baru sampai. Lepas duduk-duduk dan sembang serba sikit dalam pukul 11mlm baru diorang bertolak balik. Suami pulak lama-lama melepak dah nampak tilam bantal rasa mengantuk la pulak.. Layan mengantuk lah dia.. Dalam pukul 1pagi barulah kami bertolak.

Di Kedah sempat buat mini gathering dengan sepupu, makcik dan tok.. Alhamdulilah walaupun serba tak sempat sebab tuan rumah pun mungkin blur-blur tak de helper.. saya pula sibuk nak pergi berjalan sebelum pergi mini gathering tu.. hahaha.
hari berikutnya ada kenduri kawen sepupu.. anak yatim piatu sebab pak njang saya dah meninggal ketika anak sulungnya berusia 3-4 tahun dan yang bongsu masih dalam kandungan 3bulan. Selepas beberapa tahun, si isteri mngikut jejak.. mujurlah kami ada tok saudara yang kematian suami dan beliau tiada anak.
Kepada tokcik lah anak-anak tersebut menumpang kasih. Cantik betul aturan Allah.
Jadinya untuk kenduri sepupu saya ni.. mami, acik dan saya tolong hiaskan bilik pengantin dan meja makan beradap. Saya tolong angkat pinggan kat meja pada hari kenduri..si abam FH tolong juga.
Excited dia bawa pinggan gelas ke tempat orang basuh. Semoga terus rajin membantu sampai bila-bila.

Balik dari kedah.. saya ikut suami ke Rompin pahang.. dia outstation..
Kami menginap di Lanjut Golden Beach Resort; Golf Resort Kuala Rompin.Best!!. Si adik nampak je kolam renang dari balkoni terus gelak mengekek kesukaan.. Pagi petang mama biarkan anak-anak mandi kolam sampai kesejukan dan sampai dengan sendirinya tak nak berendam lagi..
Awal pagi dalam pukul 2.am camtu, adik hubby call bagitau neksu meninggal.. Memandangkan hubby ada kerja jadi kena selesaikan kerja sebelum balik kampung suami.

Dari Rompin hujan renyai-renyai..dan ada kalanya lebat sepanjang jalan ke kuantan. Hingga ke simpang antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur hubby berhenti kereta.. berfikir simpang mana yang perlu diikut. Kalau nak balik kampung terpaksa ambil cuti lagi sehari.. kalau balik KL nanti kena juga balik ziarah keluarga di kampung. Keputusannya balik Terengganu.. Jadinya sehari lagi bercuti bersama anak-anak
Jenazah neksu dah selamat dikebumikan sebelum zohor.. kami sempat hadiri majlis tahlil sebelah malamnya.

Esoknya kami ziarah keluarga nek muda (nenek ke-4 isteri Tok Check) kat Kuala Melawi. Keluarga datuk suami.. Tok check.. Meninggal genap 100 hari arwah Azwan pergi.. dirundung kesedihan lah keluarga suami. Tok Chek ni ada 4 isteri. Suami saya cucu dari isteri pertamanya.. tidaklah rapat sangat. Kami dapat tahu pun dah beberapa hari Tok Check pergi. 

Selepas menziarah kuburan, kami pun bersiap untuk balik ke Selayang..
Selamat tinggal semua..



Cerita zaman sekolah mama

Assalamualaikum
anak-anak mama belum ada yang bersekolah, jadinya cerita  pasal sekolah mama je lah kan
anak-anak mesti jemu.. asal balik kampung lalu je kat sekolah mama akan cakap " ni sekolah mama"
kalau mama tak cakap ayah yang cakap.. sebab dia terbiasa asal lalu je mama cakap.. hahaha gila jemu..
perli mama la tu ayah kamu tu..
macam tu juga kalau lalu kat tempat projek atau bangunan  mama pernah kerja atau terlibat dalam pembinaannya..habisla korang anak-anak mama.. dan ayahnya.. sila tahan jemu ye 

Mama dulu kalau nak mula sekolah.. Alhamdulilah.. tok & tokwan korang akan sediakan serba serbi baru. 
dari darjah 1 sampai tingkatan 3 camtu. Bila tingkatan 4-5, dah tak kisah nak yang baru. Pakai je yang mana ada. Tapi waktu sekolah rendah memang akan ada sepasang persalinan baru setiap tahun. Tapi sepasang je lah .. cumanya waktu mula sekolah darjah satu dan tingkatan 1 tu ada 2 pasang baju yang baru. 

Kasut sepasang je sepanjang tahun.. kalau elok lagi boleh bawa tahun depan, ganti-ganti dengan kasut baru.
Kalau musim hujan.. mama nangis kalau kasut tak kering
Kadang belasah pakai kasut raya.. selalunya tok belikan kasut raya warna putih.. bleh buat pakai pergi sekolah.. orang tak perasan. Kalau beratur sila berdiri di ruang yang agak tersembunyi supaya cikgu tak nampak. Kasut sekolah mama paling mahal RM45.00 pakai 2 tahun masa tingkatan 4 & 5. Cermatlah hai.. anak sapa la tu kan

Beg pun baru setiap tahun. Kadang ada je beg yang tahun lepasnya masih elok.. tapi tak paham kenapa mama ada beg baru setiap tahun.. sampai tingkatan 3.. lebih kurang 9-10biji beg. Mama yang nak beg baru atau tok yang nak ??. Tapi beg mama biasa-biasa je. takde pun yang ada gambar kartun thunder cat. Glamer tau kartun tu zaman mama sekolah rendah dulu..

Citer pasal baju, tok faiz firas pandai jahit.. jadinya baju sekolah mama adalah hasil air tangan tok.sepanjang persekolahan mama.. memang tak pernah beli yang dah siap. Beli kain dan jahit.
Selalu senior-senior sekolah tanya mama 
senior "baju beli kat mana?" ;  mama " mak buat" 
senior "tudung beli kat mana?" ;  mama " mak buat", 
senior "kain sekolah?";  mama "mak buat jugak"
senior "kasut, stokin, beg?" mama " beli kedai" - ni soalan menganjing
tapi mama jawab la elok-elok, dah senior tu lagi besar dan tinggi.. mama takut.. lagipun mama sangat comel dan kiut zaman tu hingga sekarang  walaupun kadang ada hingus hijau meleleh, mama sedut balik masuk dalam hidung atau lap dengan lengan dan ratakan ke pipi (muahahaha! - nak muntah tadah baldi ye)

Agaknya berapalah kos tok & tokwan habiskan untuk mulakan sesi baru sekolah mama? sungguh mama tak pernah ambil tahu. Yang mama tahu.. bila dah ada beg, kasut, stokin baru.. tiap-tiap hari mama nak melaram gayakan semua tu sampai hari kena p skolah. Mama peluk cium tido dengan barang-barang tu. Orang kedah kata 'keciwi' tak sudah. 
  
Sekolah rendah mama tak ramai, dari darjah satu hingga darjah enam ada enam kelas je. Setiap darjah ada 1 kelas je. Jadi mama tetap la dalam kelas kalangan budak bijak sentiasa.. hehehe
Faiz firas pun kalau nak dipandang bijak sentiasa boleh la balik kampung p sekolah mama tu. Mama rasa sampai sekarang paling banyak pun tiga kelas tapi bukan setiap darjah.
Jadinya segala aktiviti sekolah.. pasti ada muka mama mewakili sekolah.. huhu.. bangga disitu sekejap..
Wakil daerah agak tenggelam timbul..

Terima kasih Sekolah Kebangsaan Penghulu Haji Darus - SKPHD, dan sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.. SMKTATAR

Terima kasih cikgu-cikgu..mendidik saya menjadi seperti sekarang. Alhamdulillah






Kereta Adik

Hari minggu lepas,
kami sekeluarga jalan-jalan pergi tasik metropolitan kepong
saja jalan-jalan, minggu lepas terperap je kat rumah
kesian anak-anak.. tak berpijak tanah

ayah joging malas-malas
mama kejar anak-anak
anak-anak lari ikut suka tema sendiri

Lepas tu kami ke tepi tasik..
ada bot laju. pukul dua baru test sprint

nak tunggu bot laju tu gerak.. takdela kot
mahu anak-anak dan mama ayah kebuluran
dah nak balik tu.. atas trek joging adik jumpa  kereta mainan
kecil je pun.. sebesar ibu jari mama
trek tu dah la warna biru kuning, kereta tu pun warna biru kuning
dapatlah adik kereta mainan.. abang terjerit-jerit "car! car! adik"
sambil cuba-cuba kenen dan nak pegang kereta mainan adik..
Dah masuk kereta.. adik pun bagi kat abang tengok kereta mainan tu

Hari Ahad.. ayah ada jemputan makan minum kat hotel
pergilah dengan anak-anak dan mama
dah leka main-main tu.. adik jumpa kereta mainan lagi
kali ni kereta warna oren macam kereta mainan hot wheel tu
Hmm rezeki adik
Ayah kata "tu lah mama.. asyik belikan untuk abang je.. adik usaha sendiri dapat car tu"
huhu.. bukan niat mama nak belikan untuk abang je
tapi mama nak abang dan adik kongsi..
lagipun takkan setiap kali beli nak dua biji kan
sebulan mau ada 10biji kereta kat rumah ( sebulan 5minggu x2 biji kereta = 10biji xRM8.00 = RM80.00)
uish banyak duit tu nak oi..
mama nak kene menabung ni untuk beli kelengkapan sekolah korang beberapa tahun akan datang
tak tahulah dah naik berapa % dah nanti..

Hi-nose

Malam tadi..
mama geram sangat dengan abang Faiz Hannan
kita ni ngantuk dah tahap macam zombie dah layan dia
adik dah tidur
dia sedap je lompat sana-sini, atas katil bawah katil
lompat kiri lompat kanan
sekali mama marah terus cakap.. "mama nak tido"
mama : tido la.. ni bantal (sambil tepuk-tepuk bantal suruh dia tidur..)
dah seminit dua baring.. melompat lagi dia..
macam tu lah berkali-kali.. bila mama geram sangat,
mama peluk dia dan picit hidung.. lama jugak baru lepas
Faiz cakap "mama.. shakit la hinose AAish"
mama "sakit ape?"
Faiz "shakit hi-nose"
mama "mane hi-nose?"
Faiz pegang hidung sendiri .. "ni shakit hi-nose"

mama bantai gelak kuat-kuat di tengah malam yang gelap
ape aje la yang dia cakap..agak mama la kan
dia gabungkan perkataan  HIDUNG +NOSE+HINGUS = HiNose






21 tahun yang lalu..

Hari ini.. 15 dec 2015.. saya pakai baju kebaya
warna kuning merengak
bunga-bunga oren.. daun hijau..
baju raya 21 tahun yang lalu..
saya tempah di pekan Kuala Sungai, Alor Janggus Kedah
Masa tu tak ingat la.. mungkin kayuh basikal kot p tempah baju raya
Kayuh basikal dengan sepupu dan makcik
Ke saya naik motor ntah
makcik saya beza umur 5 tahun je dengan saya..

Baju tu tukang jahitnya berbangsa cina, upah RM18 je
sayang sangat baju tu..
Tak tahulah masih wujud ke kedai jahit tu
Tak sangka selepas bertahun, baju tu masih boleh dipakai
agaknya saya yang ter'bongsai'
tak besar tak kecil.. masih begitu..
tapi dah tua-tua ni,, saya rasa saya makin mengecut.. kesian

Saya ada beberapa baju lama yang peberet
sampai tok kata.. hang ni takdak baju ka nak pakai
setiap kali jumpa tok hang pakai baju ni..
Ye lah... kat kampung bukan banyak baju kurung saya
beberapa helai yang tinggal, itulah yang saya pakai bila di kampung
Hahaha.. pemerhati rupanya tok nih..


Taktik baru menculik - Foodcourt Alamanda

Assalamualaikum
Ni cerita kawan saya..
cuti-cuti sekolah ni bawa anak yang seramai 5 orang berjalan-jalan santai di Alamanda.
Bila perut berkeroncong mereka pergi ke foodcourt untuk mengisi perut
Pada masa kejadian.. masih ada meja-meja yang masih kosong
Orang tidaklah terlalu ramai
dan mereka memilih salah satu meja tersebut yang dekat dengan kaunter/gerai untuk beli makanan
Kawan saya ni pergi beli makanan yang agak jauh dari meja berkenaan
tinggal anak-anak dan isteri  di meja untuk tunggu dia bawa makanan
Si isteri tetiba teringin nasi ayam yang ada di depan yang tak jauh dari meja
Terus la bangun mendokong anak yang bongsu ke gerai nasi ayam
tinggalkan si kakak dan abang yang lagi 4 orang di meja berkenaan
Tetiba, datang beberapa manusia dewasa terus duduk di meja anak-anak kawan saya
Kawan saya dari jauh pandang je.. sambil tunggu makanan yang dia pesan
Anak-anak dia dh mula cuak. nape orang asing duduk semeja dengan diorang
Sambil tu ade sorang tercangak-cangak perhati sekeliling
mungkin tengah tercari mak bapak budak-budak tu..
Dalam kumpulan tu ade juga pompuan yang bawa budak kecil yang baru mula bertatih
Saja nak blend in dengan anak-anak yang tinggal di meja tu kot
Kawan saya dapat je order terus datang ke meja yang ada anak-anak dia
dia tanya.. kenapa korang duduk sini, banyak lagi meja kosong
Bertempiaran diorang keluar dari foodcourt tu
Nampak tak.. kalau tak salah kenapa nak lari dari situ
boleh pilih untuk duduk di meja lain kot
dan kenapa diorang duduk di meja  yang ada anak-anak kawan saya
yang usianya dari 8 hingga 3 tahun tu..
Mujurlah dia sempat tengok..
lepas ni kawan saya cakap dah tak nak makan kat tempat awam camtu
kena masuk restoran ke ape senang
tak payah layan diri tinggalkan anak-anak. cuak kot

Jadi ibu bapa yang bersendirian dengan anak kecil,
janganlah tinggalkan anak anda walaupun sekejap
janganlah terlepas pandang,
memang kita rasa anak boleh berdikari dan dengar cakap
tapi keadaan sekeliling amat tak selamat untuk mereka
hati-hati ye ibu bapa sekelian..



Mami abah pun demam

Khamis lepas masa mami abah balik
Abah dah mula batuk-batuk dan panas badan
Dah bagi ubat demam dan selesema
Lagipun abah ada gout.. makin terasa sakit badan dan sengal bila dah demam selesema
Harini..  telefon, Abah masih demam mami pun dah demam sekali
Dah beli ubat farmasi dah pergi klinik berbayar dan harini mami pergi pula klinik kerajaan
Harap-harap cepatlah baik.. dah hampir seminggu abah demam
Tadi mami kata..
Anak-anak demam kita la jaga..jelum kepala, urut lenguh,
kita ni demam buat sendiri lah.. anak-anak tak buat macamana kita jaga depa
Saya sebak.. (hmm tu jelah ko tau kan.. )
Betul apa yang saya cakap..
saya tak boleh layan macamana mami abah layan saya demam minggu lepas
Ni mami abah demam saya masih di kejauhan..
setakat bertanya khabar.. halwa di telinga
Alasan .. banyak saja untuk disenaraikan..
sebab tu dulu-dulu mami abah kalau nak marahkan saya tak pernah bertanya alasan
Juara saya dalam memberi alasan apatah lagi kalau mencipta alasan pembohongan
Tak pernah mami abah tanya kenapa balik lambat,
Kalau balik lambat konpem kena marah
Tak pernah mami abah tanya kenapa cikgu denda
Kalau dah kena denda mesti buat salah.. tambah lagi denda/marah/ leter dari mami abah
Jangan nak mimpi mami abah akan bertanya cikgu kenapa saya didenda
Jangan mimpi mami abah menangkan saya

Ya Allah sembuhkanlah mami abah
mereka dah jaga aku dan sayangkan aku sebaiknya.. sayangilah mereka sebagaimana
mereka menyayangiku
Ya Allah .. kau ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa-dosa mereka
Rindu mami abah..


Minggu demam sekeluarga - Kasih Mami & Abah

Ujung november.. saya demam
dari hari Ahad, isnin, selasa MC, Rabu kembali ke klinik tambah ubat buat ujian darah , alhamdulilah bukan denggi.. dan MC lagi dua hari
Khamis anak-anak pulak demam, cakap dengan ayahnye tak payah lah pergi kerja sebab mama dan anak-anak demam. Hari Jumaat ayahnya pula demam..
mama kuatkan semangat pergi kerja walaupun terasa sakit badan sengal semacam je..
Tengahari suami telefon bagitahu FH muntah-muntah kat rumah dan badan panas..
Ayahnya tak tau nak buat ape.. dah bagi ubat pun macam tak berkesan..
Mama ambil cuti separuh hari..

Tulah episod demam kami sekeluarga..
Saya telefon mami di kampung.. bercerita demam sekeluarga
Bukan minta simpati ke apa
sememangnya rutin biasa telefon mak tanya khabar dan gosip serba sikit :p
Dalam seminggu tu dah memang tak pergi kerja.. agak rajin lah telefon
Update diorang harini saya demam.. harini orang ni demam..
Harini orang ni pulak demam..

Petang sabtu mak telefon kata nak datang rumah saya
nak tengok anak cucu menantu demam..
Pagi ahad mami abah sampai di rumah saya dari kedah
Bermula episod bermanja-manja.. nak makan apa boleh request..
Mami masakkan.. anak-anak pun tok dan tokwan jagakan
hampir dua minggu tak pergi rumah pengasuh
minggu kedua sisa demam saya masih ada.. tapi saya dah kembali ke pejabat
asal petang je terasa sengal badan dan demam hingga malam
rasa bersalah pulak kalau cuti lama-lama..
takpelah.. petang je demam.. makan memang takde selera
mami buatkan air asam jawa.. suami buatkan air limau nipis
makan ubat banyak-banyak dalaman pun panas
Adik firas pun bertaik mata bangun pagi
mesti badan dia panas sebab minum susu mama yang makan macam-macam jenis ubat
Tapi doktor cakap selamat ubat-ubat tu untuk ibu menyusu

Ada satu malam tu.. saya demam.. tidur di ruang tamu bersama mami, abah dan adik firas
FH tido dalam bilik bersama ayahnya
Mami jelum kepala saya dari awal malam sampai pagi..
Jauh di sudut hati.. sebaknya rasa..
mami abah yang dah berusia.. datang dari jauh
teman saya dikala saya demam.. demam je pun
bukan sakit teruk..
Usia saya tak lama dah nak masuk 40 tahun tau..?? kurang 5 tahun
Tapi mami abah tetap layan saya macam tu.. Terima kasih Allah
Untuk kasih sayang yang tak terhingga ini..
Mami urut urat-urat yang masuk angin.. terima kasih mami
saya???  Belum pernah buat benda macam tu untuk mami dan abah
Alasan?? Sebab saya tinggal jauh..
Adik-adik yang dekat tolong mami abah kalau diorang sakit dan tak sihat
saya kirim salam, kirim doa dan kirim duit
Apalah sangat saya ini.. harap mami abah redho ada anak macam saya..

Hari khamis malam Jumaat.. mami abah balik Kedah
Dah hampir seminggu tinggal dengan saya..
cuti sekolah ni banyak kenduri rakan taulan menjemput
serba tak kena kalau tak tunjuk muka..
sementelah anak cucu menantu pun dah mula beransur sembuh
Terima kasih mami abah.. untuk 5 hari yang penuh bermakna
Hari Jumaat.. anak-anak menangis tak nak dihantar ke rumah pengasuh
sampai ke harini.. isnin mereka menangis bila menghala ke rumah pengasuh
maafkan mama.. mama kena pergi kerja
Kita doa sama-sama biar ayah je pergi kerja..
Semoga suatu hari nanti mama boleh jaga anak-anak sendiri
Masak untuk kamu..(sekarang masak bekal je) suap makanan untuk kamu
Hantar kamu ke sekolah dan buat semuanya dengan kamu..
Insya Allah..



Diari anak Nov 2015

Assalamualaikum..
Adik Firas dah besar.. dah 14bln setengah..
pandai tunjuk emosi.. pandai marah orang
pandai pukul orang..
pujuk-pujuk orang soh diam kalau tak diam dia lempang
amboi.. anak mama nih!!
Suka makan coklat
suka ambil susu abang dan minum

Kalau  kat rumah susah nak minum susu botol
mengempeng je dengan mama..
pandai share makanan dengan abang
abang pandai kenen kalau nak minta coklat adik..
nanti adik suapkan..
kalau coklat dia.. mau dia pusing naik meja bagai
tak nak bagi adik

Abang Faiz dah makin sayang adik
kalau ambil coklat kat kedai.. mesti nak ambil dua
satu untuk abang satu untuk adik
mama rasa dia ambil dua sebab tak nak share coklat dia dengan adik
alang-alang mama ayah yang bayar.. pau je lah kan..
perangai sapa la tu kan??

Abang faiz suka layan you tube.. muahahaha
dah banyak beli buku.. beli warna pensil, beli crayon, beli kete kecik-kecik
macam-macam jenis ABC.. blok, puzzle, magnet
tapi semua tu kejap je dia layan
you tube juga yang jadi pujaan
Dari kisah The Wiggles .. pastu musim suprise egg..
Latest abang Faiz layan Ryan's toys Review..
yang nih agak parah sebab dia jumpa banyak jenis toy
dah kenal Thomas Train, Cars, macam-macam la..
pastu kalau pergi mall jumpa kedai toy dah pandai nak ni nak ni..
Kadang tengah tengok pun dah cakap mama nak ni..
Aduhai la anak.. kamu ingat mama cop gitu je ke nak dapatkan mainan
tapi department periuk belanga sudip pinggan tetap jadi pujaan
mesti nak cuba-cuba buka tutup tudung periuk kalau lalu department tu
sekarang ni dah dua tiga kali berani je jalan sorang-sorang laju ke depan bila pergi mall
Risau je mama.. kalau dipegang tangan mula le melembik tido baring atas lantai
Jenuh kejar.. Habis lemak kesayangan mama ternak selama ni terbakar tau

Abang Faiz suka KFC ayam
senang nak pilih makanan kalau pergi keluar..
siap kenal sign KFC tu.. sebut je nak makan.. jalan-jalan mencari kedai
Nampak je lambang KFC merah putih  tu melaju je dia masuk
Adik pula jenis tak memilih makanan.. suap je la apapun..
Insya Allah  makan je dia.. abang je payah
Jadi apa yang dia suka tu.. ikut je la

Abang Faiz cakap pelat Kedah habaq hang.. muahahah
ikut mama le kan.. dah mama yang rajin cakap kat rumah
'Ayah.. nak telepon sat'
'mama.. buka kipas sat'
'mama.. buka tv sat'
'nak makan sat'
macam-macam sat la.. muahahaha!!

Tapi dua tiga hari lepas 'sat' tu dah tukar jadi 'jap' atau 'kejap'
mesti babysitter dia yang ajar soh cakap camtu

semoga anak-anak mama sihat sejahtera dilindungi Allah  berkasih sayang hingga syurga kerana Allah




Puisi Kangkong - Ungku Aziz



Puisi Kangkong

Pucuknya angkuh memanjat bukit
tak sedar akarnya terendam di dalam parit
rakyat mengeluh lelah dan sakit
sedikit diberi banyak diungkit

pucuknya angkuh memanjat bukit
tak sedar akar di air parit
bagaikan melepas anjing tersepit
dah jadi pemimpin rakyat digigit..

-Ungku Aziz





keluarga dari Besut in da house

assalamualaikum..
dah tiga hari ada keluarga dari Besut di rumah..
dho, ina & pidie..(eh apesal macam ramai pulak)
chik akan jalani pembedahan pintasan jantung harini..
tapi i kerja harini.. maafkanlah ye.. sebab i anak sedara menantu je..
takpe.. anak menantu cucu betul  dah ade kat IJN tu
kalau i ada.. buat semak je IJN.. dah jadi berdoyon-doyon datang congok je
semoga semuanya dipermudahkan.. Aminn

I pun dah dua hari ulang alik ke IJN tu..
petang jelah boleh masuk sebab anak kecil boleh masuk melawat pukul 6pm-8pm
kalau dah anak tak boleh masuk..
terpaksalah mak tunggu luar je.. kejar anak-anak yang macam beluncas terlepas
huish!! terpaksa jadi superhero sekejap..
sambil dalam hati doa.. semoga dipermudahkan
takde anak-anak cedera.. orang yang pergi melawat cepat kembali..
mungkin pihak IJN boleh buatkan tempat mainan untuk anak-anak yang takleh masuk melawat
sekurangnya takdelah diorang paksa mak-mak kerah tenaga tawaf lobi kejar beluncas
Anak-anak beluncas ni bijak la pulak..
nak test pintu.. nak tekan segala suis yang dia jumpa nak check power door yang tetiba terbuka dan tutup
sorang pergi kanan.. sorang pergi kiri..
dua-dua nak mak dokong.. adeh!
sorang jatuh.. sorang lagi berlakon jatuh jugak
sebab nak mama angkat dan bagi perhatian
FUhhhh!! happy weekend!!


merungkai rasa

Assalamualaikum
tika ini.. fikiran menerawang.. fikirkan yang bukan-bukan..
mencipta hipotesis sendiri, menganalisis.. menilai .. menghisab
kenapa? mengapa? bagaimana?
menyalahkan dia.. memang mudah.. meghina dia.. pun mudah..
tapi kenapa dia begitu.. bukankah aku turut menjadi punca? mungkin juga

kurang kasih sayangkah dia?
sedangkan ku tahu.. tiap langkahnya ditemani
kesekolah dihantar dan dijemput.. ke kolej juga
hari-hari cutinya ditemani keluarga acapkali..
kurang agamakah dia? sedari kecilnya dihantar mengaji
entah dimana silapnya asuhan sehingga dia tergelincir

semua orang pernah berdosa..
tapi Allah tutup aib itu... tiada yang tahu..
Tapi dia?? mungkin sedikit aib Allah buka untuk tidak teruskan yang lebih buruk
mungkin juga ujian untuk semua saudara yang ada
jangan pernah lalai melihat dan memimpin sikecil sehingga dia dara
Si dara manis itu juga perlu ditatang bagai si kecil
supaya tidak mudah dirayu dengan kasih sayang palsu

Allahu!!
semoga secebis ujian ini mematangkan kita
mendewasakan kita
Ujian Allah untuk hambanya.. redha lah.. insaflah

Diari anak.. Oktober 2015

Assalamualaikum..
secebis coretan diari anak-anak..
Oktober ni, dah dua kali Faiz Hannan ke hospital Selayang untuk ujian thalasemia
15/10/2015 dan 21/10/2015. Kali kedua tak payah jumpa doktor
Ambil darah je untuk ujian iron .. katanya sampel darah akan di hantar ke HKL..
keputusan bulan feb 2016 nanti..
nampaknya FH mewarisi thalasemia dari mama
semoga segalanya baik-baik saja..
FH dibekalkan acid folic untuk 3 bulan..
Rajin pulak si kecil FH tu nak makan ubat
malam tadi dah masuk tidur.. tetiba dia cakap kat mama..
mama.. nak ubat.. nak vitamin
mama pun ke dapur ambil acid folic dan vitamin c untuk FH
sayang anak mama.. bijak
dua-dua vitamin tu dalam bentuk tablet.. FH kunyah je macam makan coklat
lepas tu cepat-cepat minta air..
mama puji la.. good boy.. Abang faiz pandai..
Sekarang ni FH makin susah nak makan.. sangat memilih
kalau tak kena selera memang takat rasa kat lidah je makanan tu
lepas tu FH akan berenti makan.. minum susu coklat je la berbotol-botol

Adik firas pulak makan segalanya... haha
sambal pedas pun makan
nasi goreng pedas pun makan.. sampai berair mata
lepas tu minta  minum air.. nanti minta lagi makanan pedas
pedas-pedas pun sedap agaknya..
Tapi adik firas ni tak nak pula minum susu botol
memang ngempeng dengan mama je lah
tak taulah dia cemana kat rumah pengasuh tu..
Kata babysitter memang dia minum bila dahaga sangat je..

Adik firas dah banyak akal sekarang ni
Dah pandai pukul-pukul abang kalau berebut mainan
Dah pandai nak buka baju kalau mama suruh mandi.. memang laju je nak masuk bilik air
Dah boleh jadi posmen suruh hantar barang pada ayah atau abang
Kalau pergi jalan-jalan dia suka jalan ikut tempat dia nak pergi
tak nak orang pegang tangan dia, tak nak dipimpin
kalau dah suka sangat tu.. Ayah mama panggil pun takde nak toleh-toleh dah
Sudahnya kena la dokong secara paksa.. tapi lebih behave dalam dakapan ayah

Abang FH dah pandai sayang adik
kalau adik takde depan mata.. pandai je tanya-tanya
kalau dulu.. mama tinggal adik dengan tok.. dia selamba babai adik
sekarang ni siap tunggu sampai adik ikut baru dia ikut jalan sekali
semoga kasih sayang Allah melimpah dalam keluarga kita hingga syurga





Adik Firas

Assalamualaikum
Hari Khamis.. 1/10/2015.. petang
mama pegi ambil adik firas dan abang faiz dari rumah bbysitter
bawah mata dan batang hidung adik firas lebam
bbysitter kata adik tersadung walker, jatuh tersembam dan hasilnya
lebam bawah mata dan batang hidung sebelah kiri
hujung kening sebelah kanan pun lebam
bila mama ambil adik firas.. macam biasa
adik firas gembira je nampak mama

entah la.. 
terus sebak rasa hati bila tengok anak camtu
Hari jumaat mama tak pergi kerja
sebab sakit  tekak dan etc..etc.. sakit sana sini
bertambah sakit tengok muka adik bertanda camtu
terus fikir nak cari pengasuh lain.. huhu
tapi tu lah.. lain pengasuh, lain plak peelnya nanti

tapi bersangka baik..
adik firas memang kalau merajuk tak dapat apa-apa
memang suka sembam muka..
kadang tak cecah lantai
kadang cecah juga..
kalau jalan sekarang ni lebih tegap
kalau terjatuh pun mesti dia tahan dengan tangan
kesan lebam tu takde pula mama nampak macam kena walker

serba tak kena..
kalaulah ayah faizfiras offer mama kerja surirumah..
mama terima.. tp tulah..
mama kena tolong ayah capaikan misi kita nak beli rumah atas tanah
boleh faiz dan firas main basikal depan rumah kita je
dalam pagar rumah kita je

Ya Allah peliharalah zuriat keturunan ku dari segala kejahatan dan sifat tak baik manusia. makbulkan lah wahai Allah yang maha penyayang, maha pemurah, maha pengasih

pagi ni.. 5/10/15 mama hantar adik firas
balik rumah ambil abang faiz yang sedang tidur
hantar abang faiz.. firas nampak mama dukung abang mula menangis
mama pujuk-pujuk tidurkan dia sebelah abang..
pun nangis.. sampai mama keluar
pastu mama balik rumah siap beg nak pergi kerja
pun masih dengar adik nangis dengan kuat, nangis dari anak tekak
ayah tunggu lama kat luar rumah dengar adik nangis
lama-lama ayah suruh mama pergi tengok adik kat rumah tokmi
mama pergi tengok adik kat rumah tokmi, angkat adik yang tengah nangis dalam walker
mama angkat je terus adik diam, tapi masih teresak-esak
mama nak letak kat buai adik tak nak.. sambung nagis lagi
mama letak.. pastu tokmi buai..
mama tinggal adik nangis dalam buai..
jangan nangis lama-lama adik.. mama pergi kerja
cari rezeki untuk tolong ayah dan belanja kita semua

Kehilangan lagi

Assalamualaikum..
Khamis lepas (10sept 2015).. saya dikhabarkan dengan berita kemalangan adik ipar
Kemalangan berlaku di kampung suami.. 
Adik ipar saya.. Mohd Azuan Abdullah..
anak ke-3 dari 6 org adik beradik berlainan mak dgn suami
Azuan dilanggar kerbau yang bergurau senda di tepian jalan,
ketika menunggang motosikal berhampiran kawanan kerbau tersebut..
tragis..
khabarnya agak kritikal.. tidak sedarkan diri
hidung dan telinga mengalir darah tak berhenti,

Hari Jumaat, dapat panggilan telefon, Azuan agak nazak
Kata doktor, pihak hospital dah tak boleh nak buat apa
Kecederaan pada bahagian kepala agak teruk,
Otaknya membengkak dan pendarahan dalaman.
Saya dan suami bergegas balik ke rumah dari pejabat, siapkan barang,
jemput anak dari rumah pengasuh  dan terus bertolak

Seterusnya saya dan suami bergegas pula ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT
Sampai di hospital sekitar pukul 6 petang,
Melawat Azwan yang tidak sedarkan diri.. dia macam tidur saja.. diam tak bergerak
mata tertutup.. dada berombak sederhana.. memang macam tidur dalam tenang
bezanya dengan tidur biasa dia disambung wayar-wayar ke mesin hayat
ada gauze di telinga dan hidung untuk menyerap darah yang mengalir keluar..

Saya tengok umi.. umi tenang.. cumanya matanya merah
Umi bergurau dengan cucunya. faiz dan firas
menghilang sendu dihati saya kira..
Menghirup sedikit kekuatan untuk melawan kesedihan yang terbuku
Azwan anak lelaki sulung umi.. ada dua kakak sebelum Azwan
Azwan harapan umi lepas ayah takde..
Walaupun berlainan ibu dengan suami saya.. tapi hubungan adik beradik tetap akrab..

Pukul 7.15mlm, tamat waktu melawat..
Saya, suami, anak-anak dan adik beradik yang lain kena keluar
tak macam hospital USM.. kat sana kami masih lepak di katil ayah lepas waktu melawat habis
Anak umi, kakak Azwan offer umi untuk ambil alih jaga azwan kat hospital
Tapi umi menolak dengan senyuman sambil geleng-geleng kepala
Kata umi.. takpelah.. umi nak jaga
Mungkin umi tahu.. inilah kali terakhir umi berpenat lelah untuk Azwan
Inilah kali terakhir umi bersengkang mata untuk Azwan
Malam itu.. umi setia di sisi Azwan
Kami menginap di home stay sekitar Batu Buruk,
tak jauh pun  untuk ke hospital
tapi mau bacin lencun juga ketiak kalau jalan kaki..

Hari sabtu (12/9/2015)- seawal pukul 5 pagi.. umi telefon
katanya Azwan makin kritikal.. kami adik beradik bersiap-siap ke hospital
ramai-ramai ke hospital, bergilir ke ward 2 orang setiap kali lawatan
saya tak ambil pun giliran tu.. sebabnya saya rasa ada orang lain yang lebih memerlukan
lagipun faiz dan firas tak boleh lekang dari mama diaorang
masa melawat pula pukul 11pagi.. 
sampai ke pukul 10.40pagi.. umi panggil semua naik ke ward
masa saya sampai.. mesin hayat memang bunyi bib panjang dah
maknanya Azwan dah tak de..
saya nampak dia tetap macam semalam.. diam je.. macam tidur
Pergilah Azwan.. semoga Allah ampunkan setiap dosa kamu dan kakak
semoga Allah ampunkan jua setiap dosa semua mereka yang kita sayangi dan dampingi
Semoga Allah tempatkan Azwan dan ayah di kalangan orang yang beramal soleh
Azwan anak yang baik pada ayah dan umi,
Adik yang baik buat kakak dan abang .. juga abang yang baik untuk adik-adik
Azwan pergi pada usia yang muda.. 24 tahun
Azwan meninggal genap 65hari lepas ayah pergi..
Kehilangan yang besar buat umi juga keluarga
Pada masa seluruh umat islam akan menyambut hari kemenangan
Ayah meninggal lagi seminggu nak raya aidilfitri,
Azwan meninggal lagi seminggu lebih nak raya aidiladha
tahun yang sama..

saya dari kejauhan.. hanya mampu berdoa yang terbaik untuk semua
buat umi terutamanya..
Tabahkan hati umi, tabahlah semua yang mengharungi keadaan ini
Allah sayangkan Azwan lebih dari kita

Al-fatihah








Yeay!! hari ini Firas Afnan Setahun

Alhamdulilah..
segala puji bagi Allah, maha pengasih dan maha penyayang
syukur padamu ya Allah
Hari ini 3 september 2015 genap usia Firas setahun
Mama dah beli sedikit buah tangan untuk Firas bawa ke rumah tokmi
rumah pengasuh adik, yang jaga Firas sejak mama mula kerja
Harini .. mama buka beg baru untuk Firas bawa ke rumah tokmi
Firas.. , Firas tau tak harini ulang tahun hari lahir Firas??
Pagi tadi mama mandikan Firas, siapkan Firas
Firas nak melekat je dengan mama.. mama nak buat keje lain kena kendong Firas
Sampai ke rumah tokmi memang melekat je dengan mama
kene tarik Firas untuk bagi ke tokmi

Firas dah  besar sayang..
semoga Allah limpahkan kasih sayangnya untuk kita saling menyayangi
Sayang mama sampai syurga tau!!
mama belum fikir lagi untuk bagi adik pada Firas
Abang Faiz dulu genap setahun usianya..
mama hadiahkn berita adik Firas dalam perut mama
semoga Firas sentiasa dibawah lindungan Allah yg esa
semoga Abang Faiz sentiasa berkasih sayang dengan Firas sampai  syurga
walaupun sesekali bergusti dan smack down adik sampai takboleh gerak
Tapi pagi tadi masa nak pergi umah tokmi..
abang tanyakan susu adik.. dan tolong bawa susu adik sampai umah tokmi
tengok..!! sayangnya abang Faiz pada Firas..



Cerita anak-anak- August 2015

Assalamualaikum
Anak-anak soleh mama..
makin banyak keletah.. makin manja.. makin banyak ragam
Faiz hannan yang dah pandai berlakon jadi baby kecik untuk meraih perhatian mama
sama-sama berlumba merangkak dengan Firas Afnan untuk datang dapatkan makanan yang mama suap
sama-sama bertatih dengan adik.. jalan ketar-ketar supaya mama pegang tangan dia
dah sangat jarang nak pakai pakaian sendiri
sebab nak mama pakaikan macam mama buat pada adik
makin memilih soal makanan

Firas Afnan pada usia 11bulan 2 minggu
Dah bertatih banyak langkah.. jalannya kadang-kadang dah macam lancar
tapi kadang-kadang masih terketar-ketar mengimbang badan
abang pulak tak senang tengok.. dilanggarnya adik dengan badan dia..
kadang terguling adik dibuatnya
Bila adik merangkak kadang ditindih adik macam bergusti
sedar-sedar adik menderam nak lepaskan diri
memang tak senang biar berdua saja
memang mama payah nak solat jemaah dengan ayah sekarang ni
Firas Afnan dah boleh sebut mama.. nak..
adalah sebut-sebut perkataan ambil hujung-hujung je
tapi macam lebih cepat lah dari abang sebut perkataan
sampai sekarang belum ada gigi

Gigi depan Faiz Hannan sebatang dah kehitaman
macam lebam je gigi tu
sebabnya akar gigi tu dah mati.. ataupun tersumbat kalau ikut kata doktor
haha.. mama dah bawa Faiz jumpa doktor gigi pada usia 2 tahun
Ye lah mama risau tengok gigi anak lebam
masa jumpa  doktor gigi. Faiz duduk kat riba je.. terus jadi ketat
semua kaki tangan dia kejung melekat kat mama
Doc cakap kalau gusi bengkak atau ada jangkitan kita akan cabut
tapi kalau setakat hitam je.. kita biar,  memang tak buat treatment apa-apa
Hmmm kurangla sikit saham Faiz tu.. tapi takdelah jatuh macam RM Vs USD.. eh!!
Lepas tu doc bagi ubat gigi upin ipin untuk Faiz.. kemain happy dapat ubat gigi upin ipin

punca gigi Faiz jadi camtu sebab jatuh tersembam masa main kat playground
memang berdarah gigi tu..lepas tu mama rasa bersalah sangat
sebab mama tak pegang tangan dia masa dia nak turun naik kat atas tempat playground tu
kaki Faiz tak sampai nak pijak, tersasar.. lalu jatuh tersembam
masa tu mama tengah dukung adik..

Bulan depan Firas Afnan dah setahun.. (lagi seminggu lebih je..)
cepatnya masa berlalu
macam baru je peluk cium baby kat hospital lepas bersalin
Ayah dah beli hadiah untuk adik.. tapi abang pulak yang terlebih teruja
masa ayah buka kotak dan pasang.. abang yang ter Wow!!.. Wow!!
kelakar mama tengok.. macam tak pernah dengar dia cakap wow sebelum ni
dah siap cakap mainan aaish!! ayah kata.. adik punye la..
Dah siap pasang adik duduk kejap je.. main kejap je..
lebihnya abang yang monopoli.. adik mengalah je lah.. follow je .. tengok je abang
Ade jugak masa adik jerit sebab marahkan abang ambil mainan dia
Jadinya.. harini mama sedar
kenapa orang depan rumah kena beli setiap mainan  3 biji..
sebelum ni tertanya dengan diri sendiri.. tak boleh ke kongsi?
Tapi harini dah paham.. hehehehe
Tapi zaman mama dulu memang kongsi la wahai anak-anak



Hari raya saya

Assalamualaikum
Dah nak habis raya dah , saya baru nak cerita pasal raya
Ye lah.. raya tahun ni tak meriah mana.. raya pulak sebelah suami..huhu
hari raya jatuh cukup seminggu bapa mertua saya pergi mengadap Ilahi..

Petang raya tu diakan malis tahlis untuk arwah
Jadinya kalau kau sorang nak bergembira raya sakan dan gempak gila
Apahal pulak kan..

Malam raya saya sekeluarga balik ke Besut lagi..

setelah baru seminggu balik sana, tapi sebab turn tahun ni raya di besut
Marilah kita beraya di kampung suami..
Hari khamis tu saya dan suami sempat shoping sampai ke Shah Alam
Malam raya masih sempat jalan-jalan berbuka puasa di Giant Batu Caves bersama adik ipar
Adik ipar saya kerja di hari khamis tu, bos dia tak bagi cuti sebab sebelum tu dia dah banyak cuti
Tapi cutinya tu pun sebab jaga ayah sakit di kampung..
Jadinya saya dan suami nak balik ke kampung terpaksa tunggu adik ipar habis kerja
Pukul 12malam baru bertolak ke Besut, sampai pukul 7pagi
Alhamdulilah.. perjalanan lancar saja..
Saya tido bersama anak-anak.. hubby je drive.. kesian

sampai je.. saya seterika baju hubby, anak-anak dan diri sendiri
siap-siap.. tunggu orang balik solat, pastu pergi beraya umah sedara-sedara keliling rumah
Dah beraya dan  kenyang makan.. marilah kita balik rumah tido..Haahahha..
Tapi raya di kampung suami.. sebiji ketupat pun saya tak makan
macam takde selera..
Biasanya kalau bercuti balik kampung, berat saya senang-senang je naik 2kg minimum
Tapi kali ni .. berat saya boleh turun..
Haih!! tak sedap nak peluk ni kalau berterusan turun..
Peluk-peluk rasa tulang je kan.. apa barang??

Raya ke-dua,
Kami sekeluarga pergi Pulau Perhentian, kampung mama (ibu suami)
Bapa tiri saya ada home stay kat sana. Jadinya kami beraya sambil makan angin
Saya jatuh cinta taktau berapa kali sehari bila tengok air laut tu
subhanallah.. sangat jernih.. crystal clear
Anak-anak kecil kat sana berlari tak pakai kasut atau selipar
Rumah orang sana comel-comel je.. kampung pun bersih..
Bawah pokok pun jarang ada daun gugur.. semua sapu bersih
Alhamdulilah.. 3hari 2malam yang bermakna..

Dari rumah (homestay), saya anak beranak jalan kaki ke masjid
lepas tu ke pantai.. tu je lah kerja kitaorang
Masjid dia cantik sangat, tepi pantai..
boleh nampak dari jeti dan dari laut.. subhanallah..
Sangat tenang, sangat best
Bila-bila cuti, boleh lagi kesana kalau takde yang menyewa..
muahaha.. nak free je eh?

Dia pergi di bulan Ramadhan 1436H

Assalamualaikum
10 Julai 2015, 9.45mlm.. ayah mertua saya menghembuskan nafas terakhirnya
bersamaan 24 Ramadhan, Hari Jumaat malam sabtu.
kali pertama dalam hidup saya berdepan dengan orang yang diambang nyawanya diangkat
Selama ni saya tengok jasad yang kaku tak bernyawa saja..
Alllahuakbar..
Alhamdulilah.. selesai sudah masa ayah di dunia.
Dikelilingi anak-anak tersayang dan cucu-cucu ayah
Juga sanak saudara..
Perginya dia di bulan Ramadhan.. yang mulia..
semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman
ini doa menantu hantu ayah buat ayah..

Coretan ini satu catatan panjang untuk saya, suami dan anak-anak kenang dimasa hadapan

Ayah agak tenat sejak hari Selasa 7/7/2015,
saya dapat panggilan dari adik ipar dalam pukul 1pm
Saya siapkan kerja di pejabat sikit sambil call dan WhatApp hubby update tentang ayah
Dalam pukul 3++pm sampai rumah, siapkan barang nak balik kampung dan pergi ambil anak dari baby sitter
Lepas solat asar di rumah baru bertolak ke kampung hubby

Kami berbuka puasa di Restoran KFC Raub,
Faiz Hannan dah pandai demand nak KFC sekarang ni,
Lepas berbuka dan solat, kami meneruskan perjalanan..
Jalan agak sunyi.. kata suami, tak pernah mengalami suasana sunyi di jalan macamtu
Yelah.. kami balik di tengah minggu.. belum ramai yang bercuti
Nak selisih dengan sebiji kereta pun saya rasa dalam setengah jam perjalanan baru jumpa
Kami berhenti sekejap di RNR Gua Musang, bertegur sapa dengan orang yang bermusafir macam kami,
Orang tu dah mula bercuti raya.. huih!! awalnya
Kami pula balik sebab nak melawat ayah sakit
Kami sampai di Kubang Kerian  dalam pukul 2pagi.. Alhamdulilah
Check in di hotel berdepan dengan Hospital USM, murah.. RM60 semalam
pada saya amat berpatutan, takde TV.. (memang tak perlu pun pada saya)
ada penghawa dingin, ada  kipas, mandian panas.. cukuplah tu..

Esoknya pukul 1pm masa melawat baru saya sekeluarga melawat ayah
Anak-anak pun bawa masuk sekali.. security di HUSM tak macam hospital gomen lain
Ayah agak stabil masa kami melawat.. walaupun kadar oksigen dia rendah..
Ayah kenal anak cucunya.. kalau lama tak nampak faiz.. firas tapi nampak mak apaknya
Nanti ayah tanya.. mana faiz?? mna firas??mana ariq? (Ariq anak kepada adik hubby)
Si kecik tiga orang tu kan rendah aje..
Mana tok ayah nak nampak kalau diaorang duduk melompat di bawah
maaflah pesakit lain kalau cucu-cucu ayah mengganggu kalian..
Kami bermastautin hingga pukul 9mlm..

Hari kedua.. 9/7/15.. malamnya stay di tempat sama
Untuk berbuka puasa kami keluar sekejap untuk beli makanan di bazar ramadhan berdekatan
sebelum masa melawat habis, kami masuk semula.. berkampung di sisi katil ayah.. berbuka ramai-ramai
Ayah kata nak makan ayam percik..Alhamdulilah.. anak ayah belikan, dapatlah ayah makan ayam percik
Walaupun cuma sesuap dua..
Dalam wad di tingkat 7 tu, katil ayah je ramai orang, adik beradik ayah juga ramai ..18 orang
tu belum masuk sepupu sepapat, tok sedara mak sedara bagai.. Meriah di situ..
Anak ayah saja 8 orang, belum campur menantu hantu ayah ni..
Tengok ayah agak stabil pada hari kedua, suami kata esok lepas habis waktu melawat pertama,
Kitaorang sekeluarga nak balik semula ke KL. Tapi hingga ke petang bacaan oksigen ayah semakin menurun..hati seorang anak seperti suami saya turut diruntun untuk terus kekal di sisi ayahnya..
Masa nak balik saya bergurau dengan ayah..
"Ayah!! Ita nak bawa balik umi, kesian umi dah lama tak balik rumah,"
Umi dah berkampung hampir sebulan bersama ayah di hospital,
Tak pernah balik rumah macam ayah juga sejak masuk hospital bulan lepas
Ayah cakap "balik lah.. takpe"
"betul ni ayah?" tanya saya
"baliklah" kata ayah sambil senyum simpul,
walaupun mulut hidungnya ditutupi topeng oksigen.. saya nampak senyuman itu..
Ayah tanya "dah nak balik ko? Esok datang lagi ye.." kata ayah
Suami dan saya iakan saja kata-kata ayah tu

Malam ke -tiga, kami balik ke kampung hubby, di Kuala Besut
Tidaklah saya bawa balik umi..
sebab ayah pantang umi takde lama-lama dengan dia
Pasti dia tanya berkali-kali.. mana umi? mana umi?
Ada sekali tu umi ke tandas dan terus pergi solat
Sementara umi takde, cuma saya, firas saja yang ada..
dia tanya dengan saya.. mana umi? saya kata umi ke tandas
selang beberapa ketika dia tanya lagi
saya kata.. umi ke tandas.. umi solat terus itu yang lama
ayah angguk-angguk kepala.. tapi mulutnya merungut.. lamanya umi pergi..
sambil tanganya usap-usap pipi firas, firas cubit-cubit tangan tok ayah

Saya tengok umi setia betul di sisi ayah,
Ntah lah kalau saya berada di tempat umi. adakah saya sesabar dan sesetia itu..
Sedang umi urutkan kaki ayah.. ayah minta nak makan, umi minta izin dari ayah untuk pergi basuh tangan
sebelum sediakan makanan yang ayah minta
umi cakap.. nak g basuh tangan dulu ni,, bekas minyak ubat..
ayah angguk baru umi pergi basuh tangan.. sejuknya mata saya

Hari ke- 3, 10/7/15
Saya sekeluarga berada di Kg Pachakan Kuala Besut, Pukul 10pagi, saya terima panggilan dari adik ipar..
Katanya ayah semakin tenat, Kami bergegas ke HUSM, sedara lain juga..
Sesampai di katil ayah.. memang lain benar keadaan ayah.. tidak seperti saya tinggalkan malam tadi

Ayah dah tak pedulikan orang dikelilingnya.. Ayah mendesah melawan nafas yang memberat
tercungap untuk menyedut udara yang disambungkan ke hidung dan mulutnya,
di dadanya wayar berselirat.. disisinya mesin-mesin digital yang silih ganti berbunyi beep..
Allahuakbar!! inilah kali pertama saya berada di situasi ini. Hampir sama dengan apa yang dilihat kala menonton televisyen.. tetapi tempohnya lebih panjang.

Tiada lagi sapaan ayah bertanyakan cucunya..
tiada lagi senyum simpulnya diwaktu saya tinggalkan dia malam tadi.
Malam tadi ayah cabut jarum untuk drip air.. dah agak lama baru dia bagi tahu, sampaikan jarum tu dah kemana terpelanting pun tak tau..
Seorang doktor india perempuan mencari-cari line untuk buat drip baru pada ayah..
hingga yang ke tiga kali pun belum dapat  line yang ok..
saya tunjuk Faiz apa yang doktor tu buat..
Faiz buat muka menahan sakit tengok tok ayah kena cucuk cari line.. sampai dia nangis cakap "nanak ma!! nanak!!"
Faiz tak sanggup nak tengok.. sebab dia pun pernah merasai bagaimana kena cucuk ambil darah..

Masa waktu asar, bacaan oksigen ayah makin rendah..
doktor cakap kalau ikut ayah dah tak ada tanpa bantuan oksigen ni..
sama-samalah sedekahkan alfatihah.. semoga dipermudahkan..
Sedara-mara anak beranak bergilir bacaakan yassin dan alfatihah untuk ayah..
mengharapkan perjalanan ayah dipermudahkan..
Ayah lebih reda pernafasannya.. sesekali nampak macam tidur sahaja..
sesekali menarik nafas berat.. matanya terpejam..
mesin digital disisi sahaja yang menunjukkan dalaman ayah masih hidup ,
memberitahu kami yang memerhati ini bahawa ayah masih bernafas dalam diam,
bahawa nadi dan jantung ayah masih berdenyut saat itu.
Air mata anak-anak ayah mengalir saat itu.. walaupun anak lelaki ayah yang macho,
mereka sebak melihatkan ayah yang cool dan terus diam..
Mungkin saat itu mereka lebih suka saat dimana ayah bebelkan mereka
atau disaat itu mereka ingin ayah terus bangun dan memarahi mereka macam dulu-dulu ketika mereka nakal. Nor Akmal anak ayah yang menemakan ayah siang malam menangis hiba bila terkenangkan ayah bagitahu nak tidur sahaja.. ayah penat masa doktor cari-cari line untuk drip malam tadi

Menjelang magrib.. mesin oksigen menunjukkan oksigen ayah semakin menurun hingga ke 20%
Firas dan Faiz pun semakin mendesah.. gelisah..
makin tidak senang berada di dalam ward.. mungkin lapar dan dahaga..
suami cepat-cepat pergi beli juadah berbuka
anak-anak ayah yang lain tak pedulikan langsung untuk berbuka.. semua mahu berada dekat ayah
Anak sulung ayah tinggalkan ayah seketika untuk beli juadah berbuka untuk ahli keluarga lain 
kesempatan di waktu magrib itu, saya dan suami berbuka di lobi hospital tingkat 7
makan laju-laju sambil suapkan Faiz dan Firas
Kemudian kembali semula ke sisi ayah..
bacaan oksigen ayah semakin menurun..
Lepas dah mesin oksigen menunjukkan 0%.. anak ayah panggil doktor
Doktor muda yang hensem datang check nadi, denyut jantung pastu tengok jam
dia pun geleng-geleng kepala tanda ayah dah tak ada..
Semua anak-anak ayah redha.. cuma airmata saja yang mengalir..
tiada esak tangis panjang seperti sewaktu asar dan magrib tadi..
mereka benar-benar faham , redha untuk melepaskan ayah pergi..
Pergilah ayah.. 


Pengurusan jenazah ayah juga amat pantas saya rasakan
9.45 mlm nafas terakhir ayah..doktor sahkan dan tanya nak dibawa kemana jenazah ayah
jururawat datang buka mesin dan segala wayar di badan ayah,
bersihkan tubuh ayah sebelum dilapikkan kain putih,
dibalut seadanya dan ditutup dengan penutup aluminium
di atasnya ditudung dengan kain hijau bertulisan 'innalillahiwainnailahirojiun' tulisan arab
ayah ditolak ke lif untuk dihantar dengan van jenazah ke kampung
10.30 mlm semua urusan dihospital selesai...

Dari hospital saya balik sekeluarga bersama umi, bapa saudara dan nenek saudara,
dalam kereta.. umi cakap.. esok genap sebulan umi tinggal di hospital
berlinang air mata umi..

Kami sampai di rumah lebih awal dari van jenazah dan kereta adik2 serta sedara lain
Berkumpul di rumah toksu, Lepas jenazah sampai.. terus dimandikan..
Alhamdulilah.. anak-anak lelaki ayah pangku jenazah ayah, turut sama mandikan ayah
Kemudian bergilir-gilir bacakan surah yassin untuk ayah..
Cucu ayah Faiz dan Firas pun tak tidur hingga 3pagi
Esoknya tepat jam 10pg.. jenazah ayah disolatkan..solat terakhir buat ayah..
Anak-anak lelaki dan menantu lelaki ayah usung jenazah  ayah hingga ke masjid
Teman ayah hingga selesai talkin dibaca
Mami dan abah saya juga sampai dari kedah semasa jenazah disolatkan
Penghormatan dan lawatan terakhir dari besan ayah..

Petangnya sebelum iftar, diadakan majlis tahlil untuk ayah
Alhamdulilah..
selesai segalanya.. semoga Allah ampunkan dosa ayah
tempatkan ayah dalam golongan soleh dan solihin



kuliah dhuha


💐💐💐💐💐💐💐💐💐

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh
(Alm Imam Jalaluddin As-Suyuti)

1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka

2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.

3.Ketika di dlm kandungan
(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)    
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.

4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian

6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..

8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..

10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..

11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..

13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.

14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj

15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..

16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..

17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)

"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..
waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dulu..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan  Kau ampunkan dosa2nya ya Allah..ya Allah Kau jadikan kubur ayah kami ini sbg taman2 syurga.."

18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..

19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..

Elok ingat ttng alam barzakh....jawatan di dunia ni sementara shj...kejarlah jawatan ahli syurga yg kekal...

👍👍👍🌺🌺🌸🌸

📋Perkongsian dari kumpulan Whatsapp lain📋

Ramadhan 1436H - Jun 2015

Assalamualaikum
Harini hari ke-2 ramadhan, masih tertingal-tinggal dalam meningkatkan amal
Masih berada di garisan mula dalam keadaan lembab dan terkedek-kedek
sedang masa berlalu pantas meninggalkan kita,
itu saya pada ramadhan hari ke 2
namun syukur Allah sampaikan lagi saya ke Ramadhan kali ini.

Sejak akhir-akhir ini banyak perkara berlaku, pantas..
Segalanya dihadapi.. just follow the flow
Beberapa tahun lalu.. di bulan ramadhan saya dan suami pulang ke kampung suami
sebab mak saudaranya menjalani pembedahan,
tahun berikutnya sebelum ramadhan mak saudaranya dah kembali ke rahmatullah
tanpa sempat meniti sekali lagi ramadhan..

Dan hari ini saya sekali lagi berada di bulan ramadhan yang penuh berkah
Semoga bulan yang berkah ini terus memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga

Hujung minggu lepas, kami kembali lagi ke kampung halaman suami
Bapa mertua saya dimasukkan ke wad sebab mengalami masalah paru-paru
Sehari sebelum Ramadhan, beliau disahkan mengidap kanser
Allahuakbar!! Maha suci tuhan
Semoga redha semua yang menerima perkhabaran ini
Semoga Allah mempermudahkan kami semua menghadapinya
Termasuk juga diri bapa mertua saya,

Yang singgah membaca di sini..
saya mohon untuk anda juga doakan bapa mertua saya
Doa anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih

Kebelakangan ni cerita sakit cancer sudah semakin hampir dengan kehidupan saya
Dulu masa sekolah, junior saya.. tapi saya tidak rapat dengannya..
jadi berita kematiannya disebabkan kanser di usia belasan tahun,
tidaklah begitu berbekas pada saya

Pada usia awal 30-an, kawan yg saya kenal dalam persatuan
juga menjadi pesakit cancer..
Alhamdulilah, beliau merupakan cancer survivor selepas dua tahun jadi pengidap
Tiga tahun lepas, mak saudara suami yang pada awalnya sakit batu karang di hempedu
bertukar kepada sakit kanser.. beliau telah kembali kerahmatullah dah setahun lebih
dan sekarang bapa mertua saya..
semua ni..
Sangat dekat dengan kehidupan saya..
semoga kasih sayang Allah, berkatnya dan rahmahnya sentiasa bersama saya dan keluarga
setiap apa yang ditakdirkan haruslah saya redha
dan percaya hikmah yang terselindung pasti lebih baik









Daun kaduk, anak berhingus dan akuarium

Assalamualaikum..
Kenal tak daun kaduk? Ada restoran vietnam yang serve daun ni macam main dish dan makan dengan segala macam bahan yang macam popia..  
Tapi yang pembalut popia tu adalah daun kaduk.
Daun kaduk ni banyak khasiatnya kalau ikut pembacaan saya kat en.google ni.

Saya gunakan daun kaduk untuk mandikan anak demam dan berhingus
Si FH dari usia 3bulan tu berhingus je
sejak mula hantar ke pengasuh, mungkin dia tak tahan dengan bercampur budak lain kot
Sebab si adik hingga sekarang 9 bulan ok je..
Masa kat kampung ketika saya berpantangkan si Firas, takde pulak nak try mandikan anak-anak dengan daun kaduk.
Tapi masa nak balik dari kampung, saya bawa balik pokok kaduk ke rumah 
Masukkan daun kaduk tu dalam besen berair, 
biar aje pokok tu terendam, 
dan setiap pagi saya mandikan FH dengan air kaduk tu
Pokok tu tahan lama jugaklah
Alhamdulilah.. macam magic je
FH dah tak berhingus lagi..
kalau dulu saya segan nak bawa FH pergi rumah orang, 
tambah-tambah kalau nak melawat  baby baru lahir
Takut jangkit dengan anak orang
Kalau saya pegang FH, saya tak suka nak sentuh baby lain jugak
Tapi sekarang ni.. FH dah bebas dari hingus.. hehehe
Dulu kemana-mana memang tak leh lekang dengan kain napkin
FH pun redha je la kena lap hingus sampai hidung merah & melecet
Asal jumpa orang.. mesti orang tegur FH demam ke? selesema ke?
Mak Apaknya iyakan aje
Sedangkan hampir 2 tahun FH camtu.. berhingus je memanjang
Tapi dia payah demam.. sangat jarang
Ayah FH pulak ambil pokok kaduk tu letak dalam aquarium.. nak bagi ikan sihat-sihat kot
Tapi sekali tu tersalah letak air. Ikan pening klorin banyak kot.. tinggal ikan cuci cermin je
yang lain semua mati..
Tapi bukan salah pokok kaduk
So.. sesiapa yang ada anak yang sentiasa je berhingus macam FH.. boleh la cuba
Insya Allah mana tau, petua tu berkesan macam pada FH
 

ku sangkakan gempa

Malam tadi, tengah layan anak anak kat ruang tamu, tetiba dengar bunyi kruk kraqqq.. dalam intonasi yang ganas.
kalau intonasi lembut dah macam kunyah kepok ikang ganu plop. Muahahaha!!!
bunyi tu datang dari arah dalam bilik ke 2.
Lepas diamati.... bunyi tu ada lagi, pastu akak dan laki pelan-pelan ushar bilik tu dan buka lampu.. pastu nampak tikar buluh yang tutup lantai yang berjubin gelembung.
Dalam hati teringat entah gempa bumi ke apa kan..  si fh boleh plak pergi pijak pijak kat situ.
Akak terus tarik tangan dia pergi tepi risau kot jerlus plak kan.
Ye lah rumah kitaorang kan tinggi di awan tingkat 16.
 
Rupanya tiles kat dalam bilik tu melembung dan retak
mungkin sebab proses luluhawa yang ekstrem.. eh dah terguna bahasa geografi plak.
sebetulnya bilik tu baru je pasang ekon. so malam-malam dia sejuk sangat agaknya
pastu siangnya panas, sebab tu lah lantai tu jadi camtu kot
lagipun lepas dah angkat bawah jubin lantai tu simennya tak rata dan tak penuh.
Memang sebelum ni pun terasa ada bahagian yang lopong bawah tiles tu
Sehingga cerita ini ditulis, belum buat apa-apa pembaikan lagi..
Hubby ketuk-ketuk biar dia jadi sekeping-sekeping pastu dia hampar carpet atasnya
Berguna juga carpet pada waktu camni.
Sebelum ni simpan bergulung tepi almari..
Haih!! bila ntah nak repair lantai tu..
Hubby kata nak repair sendiri..
Kita  tunggu keputusan dan hasil kerja keras tangan beliau nak repair lantai tu
Akak nak tengok je nih..

Adik Firas 9 bulan

Assalamualaikum
3 Jun 2015
Anak mama Firas Afnan dah 9 bulan.. cepatnya masa berlalu
macam baru je mama lahirkan firas
masih terasa sengal-sengal perut kena toreh
perut mama yang kembang masih gegar-gegar kalau mama nak cuba berlari
hahahaha
Adik Firas dahhhh... 9 bulan, mama yang lambat pulih
Lepas seminggu lahirkan adik Firas berat mama dah kembali ke asal
Lepas tu cuti di kampung Tok Sarah sebulan.. berat mama naik balik
Sedap sangat semua orang layankan je
Jadi mama takleh nak salahkan sebab mengandung mama jadi kembang kn
Sekarang ni mama selalu gatal-gatal kat perut
Orang lain gatal masa ngandung
mama gatal masa lepas ngandung pulak..
masa ngandung takde pulak gatal-gatal
Tapi alhamdulillah.. berat dah turun ke asal.
Penat dukong budak bertuah dua orang agaknya.. hehehe
Eh!! terbanyak crita pasal mama pulak.. tajuknye citer adik firas lah

Adik Firas belum ada gigi.. walaupun sebatang
tunggul gigi pun belum ada..
abang faiz dulu 6 bulan dah mula tumbuh gigi
Adik tak pilih makan.. abang pilih-pilih makanan
Tapi kalau bagi nasi.. jenis apa pun abang boleh makan
Kalau selain nasi payah sikit
Adik boleh je makan kuih yang lembik atau puding & seumpamanya..
Abang jarang nak layan.. kadang siap buat muka geli-geli tengok kuih lembik
Ngada tau abang tu
Mama sayang anak-anak soleh mama


Hari lahir si dia

Harini 25 may 2015 ulangtahun hari lahir dia. 
Cinta hati saya. Ayah Faiz dan Firas. 
Semoga Allah memberkati usia yang semakin bertambah ini. 
Hari ahad jemput adik-adik hubby datang rumah. Makan makan simple je. Gambar kek pun tak sempat ambil. Hubby malu nak potong kek dia.. 
Kek beli kt groupon. Murah lh harganya untuk kek aiskrim camtu. Faiz pun suka makan.. 
Lepas orang dah balik sempatlah snap pic kek yang tinggal skit. Jadilah..  sebagai bahan bukti 


Mammamia kitkat ais krim kek.. alhamdulillah selamat masuk perut

nak jadi.chef

Minat dan hobi fh masih tak berubah . Cuma kat rumah  dah kurang sebab ayah ikat kerusi di kaki meja. Jadi fh dah tak leh masak kat dapur sebab ketinggian dia nak capai kuali dan segala maknenek tak dapat dibantu oleh kerusi yang telah diikat.. tapi itu semua tak membantutkan usaha murni untuk terus jadi tukang masak di suatu hari nanti.

 Jangan la p department dapur nih. Payah mama nak p jalan tempat lain. Part barang elektrik yang ada tekan2 macam periuk nasi, kipas. mesin basuh pun payah jugak nak keluar nanti.  Dia punya excited lebih dari tengok kedai mainan toy r us lagi.  Tp untung juga sebab kalau fh beli barang dapur mama pun boleh guna




Nota tazkirah Jumaat 22May 2015

 Org yg takhir kuar dari neraka..
Bukan org melayu.(bukan dari puak kita).keluar rentong.kulit hitamm..🌟
👉ALLAH suruh pegi mandi ke telaga kausar...
Setelah mandi Die kuar cantik kulit die licin dan tak nampak dah kesan2 rentong...❤
❤ALLAH suruh masuk pintu syurga..Allah khayalkan die mcm syurga penuh...die pon hampa nampak syurga penuh..die pon tak dpt masuk syurga
❤Allah tanya kamu nak ke mana..die ckp syurga penuh die ketuk pintu pon diorg tak endahkan.
❤.Allah tanye lagi ko nak kemana die ckp syurga penuh...kali ke 3 die pegi ke pintu syurga pon sama...
❤Last2 Allah bagi die syurga umpama 10 kali ganda dunia..❤❤.itu yg last keluar neraka.
👉Amalam die hanyalah...masa hidup sekali je die penah sebut ALLAH ...tapi die xpenah syirikan Allah...
☝org yg terakhir masuk syurga pon Allah bagi 10 kali ganda dunia...bertapa Pemurah nya Allah...ttapi kita masa di dunia...banyak Alasan utk mengigati Nya....😭😭😭

🔴 3 tanda kita dah banyak dosa...❔❔📢📢
1⃣Mula ambil ringan ttg ibadat..😔cth lewat2 kan solat...
2⃣rezeki xpenah cukup..ase sempit rezeki😔cth gaji beribu tapi asyik tak cukup...
3⃣benda yg halal ase xsedap...😔cth bini ada kat umh cari yg xhalal..minum benda yg haram..

Nota ini ditaip oleh Saira Sabrina Serif. Copy by me

Budak kecil yang berdikari

saya bancuh susu sendiri

cubaan membancuh susu sendiri, 
kalau dah fufu.. fufu.. tapi mama atau ayah masih dok buat kerja lain & tak pedulikan dia
FH dah faham kot
lalu tak nak menyusahkan mak bapaknya
 pergilah bancuh susu sendiri


kesian.. mama letih jadi saya bersihkan susu tumpah sendiri

Dah tumpah rasa bersalah agaknya
terus kutip susu tumpah sendiri
 
 
janganlah mama marah saya .. fuh! fuh!

kesian.. susah payah tu kutip pakai tangan.. pic ni ayah yang ambil..
mama? ntahnye waktu ni mama tengah berdengkur.. muahaha


Hari ibu saya

Tahun ni saya meraikan hari ibu bersama dua anak
Hubby belanja aiskrim baskin robin . Tq B...
Walaupun harganya boleh beli aiskrim lain satu bekas besar.. muahahaha
Dapat bunga daisy dari FH 
Bunga tu kitaorg lalu depan kedai Diomond, sales girls tu panggil FH soh ambil bunga 
pastu soh bagi mama..
so sweet.. 
Kalau tunggu ayahnya.. dapat bunga kobis ajelah..
Jadilah.. dapat jugak makan, berkhasiat, kenyang dan tak membazir

terima kasih ya Allah dengan segala anugerah yang tak ternilai. 
Kasih sayang dan kebahagian ini sukar untuk dituturkan dengan kata- kata

selamat hari ibu untuk mami saya. Dah setengah dozen cucu mami.. semoga Allah akan limpahkan kita sekeluarga dengan kasih sayangnya hingga syurga.

Buat mak mertua.. menantu hantu xde apa nak bagi sekadar doa iklas agar ma dan umi sentiasa diberkati dan dirahmati Allah

Lepas makan ais kacang dengan mami dan abah  @Kuala Kedah
Abah, Firas Afnan, Mami, Me & Faiz Hannan


Saya sayang kawan saya

assalamualaikum
terpanggil untuk mencoret di blog ni
tadi berkesempatan untuk melawat seorang kawan lama..
kami kenal sejak tingkatan 4, tapi bukan sekelas. cumanya satu sekolah
dalam aliran saya dan dia.. tak ramai perempuan, jadinya agak well known each other
lepas SPM saya tak pernah jumpa dia lagi.. hampir 20 tahun
hinggalah ada muka buku.. kembali bertaut ukhwah antara kami
si dia pun ada blog, saya silent reader je.. (saya memang silent reader semua blog) ai is pemalu
malu nak tegur-tegur orang, takut salah tulis atau salah tanya
nanti dia terkecil hati pulak atau tersentap
saya tak nak macamtu
Namun dalam silent reader dan silent stalker tu pun si dia unfreind dengan saya di muka buku
mungkin saya penyemak di muka buku dia??
Tapi saya tak pernah ambil hati, hinggalah ada berita di WA group kawan sekolah bagitau dia sakit
terima kasih lagi kepada teknologi WA sebab boleh announce benda penting camni
Ramai-ramai kengkawan boleh doakan dia dari jauh..
maka saya yang paling dekat dengan dia
haruslah saya jadi wakil kengkawan untuk jenguk mereka yang tak sihat ni
WA group ni orang-orang rapat dengan saya tak termasuk dia..

tadi masa makan tengahari saya bertemankan 2 orang kawan dari opis
melawat kawan sekolah saya ni
Saya belikan patung arnab comel untuk dia, nak beli buah dia tak boleh makan,
nak beli bunga tak tahan lama pulak..
Pada pendapat saya patung arnab tu at least boleh bagi anak dia main..huhu
Anak ke-2 dia hampir sebaya anak ke-2 saya
Waktu saya sampai mak dia dan anak kecil dia ada..
anak kecil tu memang tak boleh berpisah sebab masih menyusu badan, sangat terkesan di situ..
kalau saya di tempat dia, entah macam mana perasaan saya
anak kecil tu, siang malam memang turut berada di hospital bersama mummynya

Kawan saya ni kena stroke, walaupun dia bukan ada penyakit darah tinggi
Sakit tu menyebabkan saraf suara dia terkesan. jadinya dia berbicara tanpa suara.
Sedaya mungkin cuba bagitahu saya apa yang perlu
sedaya mungkin juga berbahasa dengan saya.. Alhamdulilah.. Dia seorang yang kuat,
beberapa hari lepas dia lumpuh sebelah badan
tapinya selepas dua hari dah boleh bergerak semula. Syukur ya Allah
Kata doktor mungkin dia perlukan terapi selama 3 bulan..
Saya doakan yang terbaik buatnya dan seluruh ahli keluarga

mengikut cerita ibunya, tiada yang pelik berlaku, dia pula seorang yg sihat
dia sedang menyusukan anak ketika tu
lepas menyusu terus kejang dan tak boleh bangun.. hingga dibawa ke hospital
tapi dia bagitahu saya sebelum tu dia terasa pening dan sakit kepala dah 3minggu,
so watch out guys!! kalau-kalau sakit kepala ke stress
release it, jangan sampai masuk hospital..

Saya sayang kawan saya.. saya doakan semua yang saya dampingi dirahmati Allah
Dugaan itu pelbagai, saya tak tahu bagaimana nasib saya
dan bagaimana ujian akan datang pada saya
Minta Allah permudahkan untuk saya.. begitu juga kesayangan saya sekelian..
Wallahu A'lam






Saya sayang cikgu saya

Assalamualaikum
sempena hari guru.. nak ucapkan selamat hari guru untuk semua guru, cikgu, ustaz, ustazah dan pensyarah
serta semua yang jadi pendidik secara formal dan tak formal..
untuk mami dan abah juga.. 
serta semua yang ada disekeliling
mengingati hari di zaman sekolah, sangat best rasanya
walaupun zaman sekolah saya tidak seperti sekarang
balik sekolah sejauh 5km berjalan kaki
sebab hari-hari tertentu orang berkaitan ada urusan lain
atau motor rosak
pernah arwah tok wan yang jemput
naik basikal tua
berlapikkan guni padi di pelantar carrier
tanpa orang sekeliling yang mengajar saya 
tak mungkin saya seperti sekarang

seusia 6 tahun saya pelajar pertama cikgu tadika saya
sampai sekarang masih berhubung
kebetulan beliau kahwin dengan anak mak teh jiran saya
saya bangga bagitahu suami itu cikgu tadika saya
Agak-agak dia bangga tak ada murid seperti saya?
setiap kali jumpa rasa nak peluk cium dan ucap terima kasih tak terhingga
kerana ajaran awalnya hingga sekarang saya kenal ABC
tapi..
saya malu
Terima kasih Cikgu Che Gayah binti Ariffin

Cikgu zaman sekolah rendah - Cikgu Mohd Nasis
Cikgu matematik, cikgu sukan, cikgu PJ, cikgu disiplin, pernah juga jadi cikgu seni
hoi berapa banyak jawatan lain yang saya tak paham pada zaman itu
tapi orangnya itu lah, 
berkumis, rambut ikal.. hensem
saya rasa dia sayang saya.. muahahaha
sebab lepas saya dah pergi sekolah menengah dia panggil adik saya dengan nama saya
sayang sangat la tu kan
masa saya kawen dia ada datang.. 
adik-adik kawen pun dia datang jugak
sebab mami abah rapat jugak dengan cikgu ni..

saya sayang dengan dia bukan sebab dia baik
dia cikgu yang garang
dalam saya yg 3 beradik ni, tak pernah yang tak dirotan dan tak didenda
seluruh adik beradik kena hentam (beza umur saya adik 3-5 tahun)
tapi mami abah tak pernah ambil hati dengan cikgu Nasis
diorang tetap baik walaupun anak-anak mami abah dah tak sekolah dan belajar dengan cikgu tu.
zaman tu kalau kena denda tak kan balik cerita pada mami abah
takut beb!! takut nanti kena tambah denda
masa kelas matematik, kami dibahagi ikut kumpulan dan setiap kumpulan ditetapkan markah
saya biasa duduk dalam kumpulan A yang markah setiap test kena 80-100 (kahkah!! - budjet budak bijak)
Yang tak bestnya kalau test tu ko tak capai markah yang dia aimed..
ada cara nak tebus berapa markah yang tak cukup tu
macam best je kan boleh main tebus-tebus macam bonus link -_-
Caranya kena buat jari mcm jemput-jemput lepas tu cikgu ketuk jari sebanyak markah yang tak cukup tu
kadangkala tukar style
ketuk siku dengan jangka lukis kayu warna oren yang cikgu guna untuk lukis kat papan hitam
memang nampak bekas kuku kat jangka lukis tu..
Hai lah cikgu
zaman adik saya yang bongsu dah takde denda macam tu
tak pasti pulak dia tukar style apa..
tapi dia tetap cikgu yang garang..
tapi #SayaSayangCikguSaya ketat-ketat walaupun dia garang
 


Kunyah

Assalamualaikum
Faiz Hannan jenis yang suka masukkan makanan yang dia suka banyak-banyak dalam mulut
kadang tu sampai tak leh nak bergerak makanan tu dalam mulut dia
selagi dalam pinggan/piring ada makanan tu mesti dia main masuk je
Bila dah tak leh nak gerak ke kunyah ke, apalagi.. muntah la
dulu dia kata muntah tu tumpah
pastu buat muka sedih
sebab makanan kesukaan tu dah tumpah/muntah
sayang la konon
Jadinya mama soh ambil satu-satu masuh mulut
pastu telunjuk mama kat mulut dia sambil mulut cakap kunyah sampai habis
Dah habis baru ambil yang lain..

Malam tadi FH suapkan mama buah anggur
Dia kalau dapat suapkan orang, diri sendiri takpayah makan pun ok je..
FH suapkan buah satu-satu tanpa henti
mama tak sempat nak kunyah betul dia dah masuk buah yang baru
suap cepat-cepat setangkai buah yang kat tangan dia
bila dah habis suap
jari telunjuk dia kat mulut mama..
sambil cakap.. unyah..unyah... abish,
unyah pai abish.. ni,.. unyah
mama bantai gelak gegar satu badan
ooo pandai ye nak nasihat org suruh kunyah sampai abis sebab makan banyak
mama makanan banyak dalam mulut sebab kamu yang suapkan tau..
Adoyai anak..
Ni ikut benda yang baik... kalau mama terbuat benda tak elok.. Huh!!
memang lagi cepat mengikutnya..

Diari anak - April 2015

Assalamualaikum
Mama nak menulis perkembangan anak-anak
beberapa hari lagi adik Firas Afnan dah nk cukup 8 bulan,
Abang Faiz Hannan pulak mencecah 2 tahun 4 bulan

FA dah merangkak, dah cuba panjat-panjat berdiri
letak dalam walker memang berlari je
ikut mama buat kerja rumah kehulu kehilir
Dah cuba lepas tangan bila berdiri, macam dah kuat sangat dah
Bila jatuh, nangis manja minta mama dokong
Kalau ayah balik awal dan ambil anak kat umah pengasuh
bila mama buka je pintu rumah, anak-anak menerpa kat mama
so sweet,
adik lari-lari dalam walker menuju ke arah mama
kalau abang sampai dulu dia minta dokong dulu adik pun hokhek sebab sampai lambat
kalau mama panggil nama adik dari jauh..
abang pun lari ke arah mama sambil sebut nama sendiri .. AAISS
nak soh mama sebut la FAIZ... FIRAS
mama kena adil
tak boleh panggil sorang je, kena panggil dua-dua nama.

FH dah makin banyak mulut
kalau mama bercerita dengan ayah, dia pun ikut sama jadi pengulang ayat-ayat mama walaupun ujung2 je
sekali dengan gaya mama dok tunjuk tunjuk dengan tangan dia tiru
Kuat makan dah
Bulan lepas dua kali demam selang seminggu
seminggu yang abang tak demam tu adik pulak yang demam, mama pun banyak ambil cuti sebab nak monitor anak-anak
Ayah pun cuti jugak jaga FH, ada hari yang ayah bawa FH pergi opis sebab nak bagi ubat ikut masa.
Waktu demam tu memang berat badan turun, tak nak makan.. Sebab tonsil bengkak.
sekarang dah kuat makan, tiap-tiap malam memang wajib masak sebab anak nak makan
Kalau dulu ayah & mama kalau dah ada jamuan ke apa kt opis nanti kat rumah dah tak masak
tapi bila FH dah pandai minta nasi ni, WAJIB ada nasi untuk anak teruna mama
Dah dua bulan mama ayah belikan susu berperisa coklat untuk FH.. sekarang minta MILOp je la dia
Kalau dulu minta FUFU. Masa demam tu, minum milo n susu coklat je la.. sedap kat tekak dia agaknya..
Suka minum Vitagen atau seumpamanya.. suka minta esshelem (aiskrim)

FH suka tarik perhatian dengan tiru apa yang adik buat, adik main gigit-gigit mainan dia pun nak jugak.
Adik ok je, tapi dia yang nak muntah-muntah.. ahahhaaha
Balik keja atau pagi-pagi mama kena dokong dua-dua budak kecik kat rumah tu
Jadi tak payah la heran kalau tangan mama ada muscle.. aiyokk!! - so far belum ada pun -__-
Lepas mandi mama kena dokong FH cemana mama buat lepas mandikan adik
Kalau mama tengah dokong dia dan adik menangis.. lagila dia peluk-peluk mama tak nak bagi mama peluk adik
Sudahnya mama kena la dokong dua-dua kesayangan mama.
Ayahnya pun sayang juga.. tapi anak-anak lebih memerlukan..
sorry b.. Kena peluk lepas anak dah tidur je la.. ahahahaha

Till then.. tata titi tutu
nanti mama tulis lagi fasal anak-anak

Why is beta-carotene so important? - info kopipes

Why is beta-carotene so important?

Dated: 11 April,2015

Beta-carotene is a member of over 380 compounds called carotenoids. Carotenoids help give the distinctive deep-colour vegetables their colours. These dark coloured vegetables are the main focus of our antioxidant investigation.
Beta-carotene can be converted to vitamin A (which is retinol) in the body as the body needs it; so beta-carotene is pre-vitamin A. Beta-carotene intake is measured in two ways, by International Units (IU) or milligrams (mg). One milligram is equal to 1,666 IU. While vitamin A can be toxic in large amounts, beta-carotene is not, even at high levels. Because of this, it is the ideal vitamin A supplement. Besides being a safe storage form of vitamin A, beta-carotene has other very powerful protective effects on the body.
As a free radical fighter beta-carotene goes after a couple of free radicals for which no enzyme system exists. It is also unique in that it is not destroyed or made inactive when it quenches a free radical. It is also very effective at interrupting oxidant chain reactions spreading from one molecule to another.
Vitamin A is important for immune systems because it keeps skin and mucous membrane cells healthy and moist. Membranes that are healthy stay moist and resistant to cell damage. The moistness inhibits bacteria and viruses from replicating and starting infectious diseases. Healthy cells are also resistant to cancer. This makes it ideal in treating deficiency syndromes.
Vitamin A acts as an antioxidant by helping to protect our cells by supporting skin-cell turnover; the process that keeps cell growth and development running efficiently. Without enough A, skin becomes dry, tough, and scaly. It also helps the health of our eyes, improves night vision and prevents night blindness, promotes formation of strong bones, guards against bacterial, parasitic and viral infections, keeps skin healthy and smooth, guards against heart disease, stroke and lowers blood pressure.
Many researchers believe most people are so deficient in beta-carotene they recommend increasing the foods that contain a lot of beta-carotene as well as taking a supplement. To show that there is no danger of overdose here are some facts. People with a skin disease call porphyria, sensitivity to light, require up to 500,000 IU a day. Children with this disorder have taken up to 100,000 IU a day for years with no adverse effects. You will know if you are getting too much; your skin, especially the palms of your hands and soles of your feet, will turn orange-brown colour. Once the amount is cut back skin returns to normal.
Finding ways to incorporate beta-carotene into your normal everyday foods can be fun and tasty. Pumpkin is one delicious way to get vitamin A into your diet. Just ½ cup of canned pumpkin has more than 16 milligrams of beta carotene, 160%-260% of the daily amount recommended by experts. Other top sources of beta-carotene include sweet potatoes, carrots, cantaloupe, winter squash, broccoli, apricots, spinach, collard greens, red peppers and blueberries. Kale is another green that cannot be ignored, along with spinach, broccoli and collard greens, it is chock full of zeaxanthin and lutein two powerful antioxidants that help protect against cataracts, retinal disease and damage, and macular degeneration do to age.
 
Try an apricot, cantaloupe and blueberry salad. Add red peppers or roasted red peppers to broccoli for a nice kick. Use spinach and collard greens with onions and garlic and cook up with ground meat to use in any number of dishes from tacos to meatballs. Make healthy cooking fun by experimenting with different vegetables, herbs and spices. Make a “greens” salad with the kale, spinach and collard greens and season it lightly with healthy vinegrettes and a few spices instead of a regular iceberg lettuce salad. Above all take a great beta-carotene supplement along with the change in diet.
By changing the way we eat, what we take and how we prioritize nutrition we can give our bodies the fuel to fight all kinds of diseases and sicknesses. Talk with your doctor about where your health stands now and what your problems are. A little research should help you get a picture of what deficiencies certain vitamins and minerals help. Start eating creatively, get some exercise.  Do this now and make the change. Keep a journal of how you feel over the next year or two to see what improvements you experience. Plus, taking CarotoMax now will give you the carotenoids you need to fight whatever comes later.