kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Keputihan dan cara mengatasinya

Auch!! ntah la tajuk ni sesuai ke tak nak jadikan heading
Tapi memang nak crita pasal ni
mengandung kali ni  banyak beza dari yang lalu
Yang paling ketara bab keputihan tu lah
Previous kandungan tak de masalah keputihan pun.. ok je
Yang ni dah di hujung-hujung ni selalulah dilanda kegatalan
walaupun keputihan tu tak banyak tapi mampu buat saya tak boleh duduk diam
auch!! gatal kot
sapa yang pernah kena memang tahu cemana tahap tak menahannya

kalau ikut hati.. memang melecet teruk lah
Hmmm.. nak kata salah makan mungkin jugak 
Yang saya perasan kalau makan timun memang ada peningkatan pengeluaran keputihan huhuhu indahnya bahasa
Timun ni yang sayur tu.. timun batang kate orang kampung hubby.. a.k.a cucumber kata orang puteh/mat saleh.. bukan timun bulat atau water melon tu..
Huhu.. lain tempat lain sebutan dan panggilannya
Apa yang saya buat??
Petuanya adalah : 
  1. kena kerap basuh dan lap hingga kering setiap kali rasa macam basah kat miss V
  2. Basuh guna sabun sekali je sehari.. yang lain tu guna air je.. tak perlu letak sabun khas untuk miss V setiap kali basuh. Sebab sabun tu akan buatkan kerengsaan yang lebih teruk.
  3. Rebus daun sirih & gunakan airnya untuk basuh miss V.. masa ni dah tak payah pakai sabun dah. guna air sirih je. Bagi saya rebus daun sirih ni lebih berkesan kalau berbanding guna sabun sirih sumber ayu yang macam dalam iklan tu. Yang tu guna waktu-waktu biasa ok la.. tapi kalau kegatalan melanda memang nampak tak berkesan langsung
  4. Last but not least.. petua ni paling berkesan untuk saya.. gunakan asam keping atau asam jawa (orang kampung hubby panggil asam selagi kot).. tambah garam sikit dalam air suam.. campur ramas-ramas sesedap hati.. pastu basuh miss V.. kalau dah macam melecet sikit memang akan rasa pedih-pedih. Bilas dengan air biasa hingga bersih.  If nak guna air suam pun ok.. tapi saya malas nk adjust air tu bagi sesedap rasa untuk buat basuhan jadi guna air biasa je. Pastu lap hingga kering. In sha Allah takde gatal lagi lepas tu. Boleh la tahan a few days.. kalau jadi lagi.. buat lagi.. ye la.. kena maintain kan kalau nak baik.

Keputihan bagi orang mengandung ni dari sumber yang saya baca.. memang tidak diketahui puncanya.. boleh datang dan pergi macam tu je. Harapnya lepas bersalin xde lagi masalah ni..
lagipun setiap orang tak sama keadaanya.. sebab hormon dan pelbagai
Kalau hingga jadi kronik takut ianya jadi jangkitan pada bayi yang dikandung.
Sekiranya masalah anda adalah kronik.. silalah berjumpa pakar atau mereka yang lebih arif

p/s :Petua ini berdasarkan pengalaman diri sendiri.. tiada mengena dengan orang lain dan sekadar berkongsi

Faiz Hannan di hospital

Assalamualaikum
Faiz Hannan dimasukkan ke wad sebab demam. Dan batuk berkahak.. istilah doktor pnumonia.. ntahla.. dengar macam teruk je. Kalau mama dulu-dulu dok kampung takdenye tok sarah nak bawa p hospital bagai.. setakat badan panas tapi masih boleh menggigit orang dan sepahkan rumah, Tok Sarah bagi minum air cap badak dan kortal je.. tunggulah sampai panas tu reda sendiri.

Tapi anak mama faiz hannan lepas doc kat klinik check darah sebab demam seminggu on off, doc advise untuk refer ke hospital. Katanya darah putih faiz tinggi menunjukkan ada kuman dalam darah.. lagipun bila bernafas bunyi kahak dalam paru paru agak kuat.

So.. jomlah kita ke hospital. Tapi mama dan ayah tak terus pegi hospital. Kami pergi esoknya lepas ayah dapatkan GL dari pejabatnya dan mama dah pegi ke hospital checkup adik baby.

Ramadhan menjelang.. marilah pulang

Alhamdulilah..
Untuk kesekian kalinya dikurniakan nikmat untuk berada lagi di bulan ramadhan yg penuh barkah. Semoga Allah mempermudahkan mama menghadapinya sambil membawa zuriat kedua yang Allah titipkan buat mama n ayah.
In sha Allah tahun ni.. harap harap boleh puasa penuh macam 2 tahun yang lepas. Sekiranya termakbul untuk puasa penuh bermakna 3 tahun berturut mama dapat puasa penuh.
Terima kasih ya Allah.. semoga dapat juga mama mentarbiahkan pada si kecil dalam perut untuk berpuasa nanti. Amin ya rabb

Bila dah puasa ni.. segala supplement kenalah bawa pulang. Kalau dibiar di pejabat.. bila pula nak makannya.. huhuhu.. kesian pulak semua supplement vitamin tu takde yang ambil tahu. Oleh itu jomlah kita pulang wahai vitamin-vitamin kesayangan. Semoga dengan izin Allah dapat tambah tenaga mama semasa berpuasa dan dapat bantu mana mana kekurangan zat untuk si kecil mama yang kena ikut puasa.
Sementelah abang Faiz makin kuat mengempeng menyusu dengan mama.. hai lah anak bertuah mama n ayah.

Lagipun mama ni mengada sikit hal makan-makan ni.. hahahaha
Walaupun dah nak ke hujung mengandung tapi masih mengada nak muntah bagai..
So makan berpada pada. Kalau dari mula memang tengok pun dah loya walaupun makanan kesukaan, jagan nak mengada paksa diri untuk makan atau minum.. alamatnya memang akan mengundang muntah..

Kandungan 30minggu _Anak mama buat apa?

Assalamualaikum..
Hmmm anak mama tengah buat apa ni? Sampai senget perut mama?
Tetiba rasa macam senak.. pandang perut rupanya ada org tengah streching... 
Amboi amboi.. sedap ye lepak dalam tu?
Till the day we meet my dear baby..
Mama sayang kamu

 
Ada org tengah streching ke layan corner baring dalam ni??
 
 
       
Ok dah!!  kembali normal