kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Lagu cinta kite.. 4 tahun sudah

Empat tahun lalu.. pada tarikh ni.. hari Jumaat, such a big day for me. 
Hari saya dinikahkan oleh abah tersayang dengan hubby 
Thanks to Allah 
menemukan dan menjodohkan saya dengan insan sebaik dia
to much to describe

Tahun ni, lebih bermakna dalam menanti anugerah terindah dari 
yang maha Esa
zuriat penyeri kasih kita
semoga diberikan rahmah, keberkatan dan kebahagiaan
dalam kita melayari bahtera rumahtangga ini..
Syukur padamu 
Ya Allah

Ni lagu cinta kita..  Lucky - Jason Mraz
Do you hear me? 
I'm talking to you 
Across the water across the deep blue ocean  
Under the open sky, 
oh my, baby I'm trying
 
Boy I hear you in my dreams 
I feel your whisper across the sea  
I keep you with me in my heart 
You make it easier when life gets hard
 
I'm lucky I'm in love with my best friend 
Lucky to have been where I have been  
Lucky to be coming home again 
Ooh ooh ooh
 
They don't know how long it takes 
Waiting for a love like this 
Every time we say goodbye  
I wish we had one more kiss 
I'll wait for you I promise you, I will
 
I'm lucky I'm in love with my best friend  
Lucky to have been where I have been 
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way 
Lucky to have stayed where we have stayed  
Lucky to be coming home someday
 
And so I'm sailing through the sea  
To an island where we'll meet 
You'll hear the music fill the air  
I'll put a flower in your hair
 
Though the breezes through trees  
Move so pretty you're all I see  
As the world keeps spinning 'round  
You hold me right here, right now
 
I'm lucky I'm in love with my best friend  
Lucky to have been where I have been 
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way  
Lucky to have stayed where we have stayed  
Lucky to be coming home someday
Ooh ooh ooh Ooh ooh ooh, ooh

Kejang Kaki dan Selesema semasa mengandung

Assalamualaikum..
hari ni saya nak bagi petua sikit untuk  ibu-ibu mengandung
takdelah nak cakap sy ni teror sangat kan.. masih di fasa terakhir kandungan lagi
Masih belum bergelar ibu.. just mom to be.. :D. sape yang dah tau sila duduk diam-diam..
Ekceli dari pembacaan saya.. kebanyakan ibu mengandung akan mengalami kekejangan kaki  dan demam selesema.
Biasanya kekejangan berlaku pada waktu mlm sebab sejuk..
Untuk penjelasan lanjut secara perubatannya anda boleh google kat web
Selesema pulak asal ade je orang sekitar yang selesema, ibu mengandung senang nak dapat jangkitan..
Kedua-dua keadaan tu berlaku pada saya beberapa kali sepanjang mengandung 38 minggu nih.

Bila dah beberapa kali jadi tu.. so dah tau camne nak heal secara natural
Ye la.. ibu mengandung kan tak boleh ambil sembarangan ubatan tanpa pengawasan doktor
Yang natural pun kene tengok-tengok jugak sebab being melayu ni kan.. banyak pantang larangnya

Untuk sembuhkan selesema demam dan batuk, biasanya my mom punya petua @ prescription ambil panadol soluble je dan untuk hilangkan batuk minum sesudu kicap+jus limau nipis. Tapi untuk ibu ngandung limau nipis tu kan tak bagus (untuk sesetengah orang). So being safe.. lepas google banyak petua secara natural,
makan buah oren is the best for me. Lepas habis sebungkus oren (beli yg dh siap bungkus kt tesco RM8-10/pack).. segala demam, batuk & selesema dah takde.. Alhamdulilah
Rasanya sepanjang ngandung ni ade la 3-4 kali jugak selesema, batuk & demam. Semuanya baik dengan kaedah tu.

Untuk kaki kejang pulak saya pakai stokin mase tido.. kadang belasah stokin bola hubby cover sampai ke lutut. Pada pendapat saya.. stokin tu boleh kurangkan kadar sejuk pada kaki & boleh grab alteri & vena kat salur darah dan urat-urat kaki yang kejang tu dari mengecut secara mengejut dan buatkan kaki jadi kejang.
Kalau setakat selimut je kaki tak  jadi tau.. sebab selimut tu just tutup kaki je..
dia tak melekap untuk pegang urat kita.

Tapi kalau dah tengah kejang tu kan.. hujung jari dan telapak kaki tolak ke depan. Ala.. macam selalu kita tengok pemain bola kejang kaki tu kan.. pastu nnti ade kawan dia datang tolong tolak tapak kaki dia ke depan. Ha.. camtu lah.. kekdahnye.  Insya Allah kejang tu takkan jd lebih teruk
Saya tau.. ramai yang minta tolong hubby urut2kan.. tambah-tambah 1st time mom to be nih!!
tapi ade jugak yang tak dapat nak tolong..
sebab dalam mamai tu hubby usap2 ala-ala romantis je,
tak bleh nak betulkan kaki yang kejang.
Kesannya boleh rasa dua tiga hari jugak jalan macam robot..
So buatlah sendiri ye.. jangan letak tapak kaki ke belakang semasa kejadian sebab itu akan menyebabkan kejang kaki anda worse,
sebaliknya bawa ke depan.. In sha Allah it's work!!

till then.. bye


Harini besday kite.. 18 Dec

Assalamualaikum..
18 Dec dah harini.. hmm hari lahir saya..
Alhamdulilah  masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah
menikmati  segala kebahagian yang dipinjamkanNya untuk diri ini
Syukur padamu ya Allah

Thanks hubby for the advance gift.. awal seminggu
If baby wanna share besday dgn mama hrni pun tak kisah
Tapi xde tanda2 pun
Esok g check up lagi kat Hospital Selayang

Ouch!! bertambah lagi usia ku.. :p
Semoga dengan pertambahan umur ni meningkat juga segala kebaikan dalam diri




12.12.12 @ 36 weeks 4 days

121212 satu angka yang unik bagi saya dan suami..
harini kami bercuti sebab attend check up baby kat hospital selayang

Cuba tanya-tanya fasal FPP
sebelum ni dh baca review pasal FPP tapi xjumpa pulak yang latest
Bila tanya kat kaunter dia cakap kene booking sebulan awal at least.. sbb pesakit ramai
Lagipun FPP ni bagi saya sangat berpatutan harga dia. Sebab tu lah ramai orang kot
specialist doc ade 3 orang je, sorang melayu, sorang india & sorang cina.. semua lelaki
so kepada sesiapa yang nak buat FPP kat hospital selayang.. sila buat mase awal2 kandungan
Nanti susah nak dpt appointment

Hmm.. so we all proceed je la checkup macam biasa
takde ape yang kurang if bersalin kat hospital selayang ni..
Ade kawan yang dah bersalin 3 orang ank kat sini.. ok je dia
pernah juga melawat dia mse bersalin, masuk wad biasa & baby kt NICU sebab xcukup bulan
takde plak dia komen tak bagus
Dapat susukan baby walaupun melalui botol

Check up kali ni agak lame..
Masa scan pun macam lame je..
ye lah baby dah besar kan dalam perut ni
so doc kene scan satu-satu part of baby's body
kalau dulu letak setempat je dh boleh tengok whole baby :p
Alhamdulilah.. semuanya ok je & doc cakap boleh bersalin normal
Syukur padamu ya allah



Word of the day


we all get heavier as we get older because there's a lot more information in our heads.
 so i'm not fat, just really intelligent and my head couldn't hold any more 
so it started filling up the rest of me -
 that's my story and i'm sticking to it -  
-Anonymous-

note: my biggest body's diameter now is my tummy :p


Jejari guermorks 35 weeks

minggu ni dh masuk ke minggu 35.. pheww how time flies
dah tak lama lagi nak menambah pangkat & tanggungjawab
macam nerves je.. hubby too
lately tangan dan kaki makin kembang.. hari ni.. laaaggiiiii kembang & guermorks
jejari pun kebas je terutama yang sebelah kanan.. 3 jari yang tengah sebelah kanan terasa macam lepas pegang ais je. Kalau makan nasi berkuah banyak memang macam tangan dalam air ais je.. 
Tak kuat nak gengam barang2 kecil
Sib baik tak yah menulis guna pen, type je kt komputer
Alhamdulilah ..hmm ada hikmahnye 
andainya preggy awal atau dapat baby awal atau masa keja kat company lama, 
tentu susah skit nak buat keja,
kena banyak guna jari jemari untuk buat taking off & mewarna lukisan
now, main type je..
baby @ 35/36 weeks _ Baby Center News



ekceli hari ni ade check up kat klinik but i malas nak p.. sebab minta appointment pukul 8 tp nurse tu kasi pukul 9, hmm.. tak pe.. tunggu appointment dengan doc je kat hospital minggu depan.
till then......



Stem Cell - Cord blood

info 2 share....

DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB thanks to Siti7677

Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.

Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.

?esedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu keajaiban darah tali pusat kerana jika diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga RM250 setahun, katanya.

Dari segi perubatan, tubuh manusia memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.

Sel stem adalah sel kosong. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat istimewa.

Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu mengelakkannya matang dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli keluarganya di masa hadapan.

Dari mana datangnya sel stem embrio? Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima hari, pembentukan ?lastocyst? terjadi. ?lastocyst? lebih kecil daripada pasir dan mengandungi dua sel, ?rophoblast? dan ?nner cell mass?. Sel stem embrio adalah sel yang membentuk ?nner cell mass?.

Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.

Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4.5 peratus penduduk Malaysia adalah pembawa.

?eperluan pemindahan darah sangat mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya ada menyimpan darah tali pusat,? katanya.

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul (disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat.

Begitupun, keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan terhadapnya saja.

Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga bergantung pada ?eserasian? penderma-penerima, jumlah sel stem yang ada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi seseorang.

Zahrein berkata, di StemLife kos penyimpanan darah tali pusat pada kadar RM2,500 untuk proses pendaftaran, ujian, pemprosesan dan penyelenggaraan manakala RM250 untuk tahun kedua dan seterusnya. Jumlah itu katanya, lebih murah jika dihitung dengan harga segelas teh tarik yang dinikmati rakyat Malaysia saban pagi.

Jenis Sel Stem

a) Sel stem totipotent boleh menjadi apa saja jenis sel dalam tubuh termasuk placenta.

b) Sel stem pluripotent - terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penyuburan boleh menjadi apa saja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel placenta.

c) Sel stem multipotent warisan daripada sel setm pluripotent dan sel lain dalam tisu.

d) Sel progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem

* Barah darah
* Penyakit darah (talasemia)
* Penyakit metabolik
* Keimunan
* Jantung
* Diabetes
* Parkinson

Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?

* Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.

* Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi

* Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah

INFO:

Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.

Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.

Jika anda ingin menderma sel stem darah tali pusat bayi anda, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara. Sekiranya ingin menyimpannya untuk kegunaan peribadi ada dua bank swasta yang boleh anda hubungi.

Sedu dalam perut

Assalamualaikum..
hari ni terasa baby dok hiccup/sedu kuat je.. lama pulak tu
terus mama dia rasa macam ape ntah.. lebih kurang macam tak keruan pun ada
kejap rasa my baby doing well
kejap rasa is my baby all right ?
kejap rasa ok
kejap rasa tak
kejap rasa ok
kejap rasa tak
kejap rasa ok
kejap rasa tak
Ish!! payah lah perasaan nih
maka terus minta tolong dokter gugel,
takkan nak tanya mami pulak kan - tp y not?
mami kite jauh la..
tak nak susahkan mami


Alhamdulilah..
jawapan yang saya dapat memuaskan hati..
it's ok sebenarnya baby dok sedu2 dalam perut sebab baby belajar nak bernafas sendiri
tapi ada jugak rare cases yang baby hiccup sebab kena sawan ataupun tali pusat dia terbelit etc etc.
part ni saya agak cuak
tapi ni info untuk baby yang masih dalam perut 
kalau dah dilahirkan lain pulak ye.. 
 
ye la as 1st time mom to be tahap curious & over care tu sangatlah tinggi
mujurlah zaman sekarang ni banyak info kat tenet
agaknya kalau saya hidup zaman mami dulu2 mau kena lempang sebab asyik dok tanya banyak2
:P



Mimpi..

Malam tadi.. mimpi
memangla kan.. dah tajuk kat atas ni mimpi :p
Mimpi sakit nak bersalin
This few days, dok lah terpikir nak bersalin cepat sikit dari EDD (ikut EDD 6 Jan 2013)
Kalau sebelum ni doc cakap nak C-Sect memanglah dalam December dah boleh baby keluar,
tapi kalau normal tataulah kan..
Tapi saya suka sangat kalau baby keluar dalam bulan Disember
Boleh triple celebration :D
1st : Besday saya
2nd : Anniversary yg ke-4
3rd : Dapat baby.. Yeay!!

pesanan untuk hubby.. jgn pau 1 hadiah untuk semua celebration tau.. huhuhu
Ish patut bersyukur kn.. ade gk org nak bg hadiah (ade ke???)
Ahhh!!! tak kira paksa jugak hubby bagi hadiah kat saya 

Dalam mimpi tu kan.. tak terasa pun sakit nak bersalin. Sebab ade kawan cakap sakit perut macam nak berak je. Eleh!! kacang je pun. Tapi ade jugak yang cakap sangat sakit .
Rezeki masing-masing kan..
Agaknya sebab saya xcited bila opis mate dah bersalin.. so saya pun nak cepat-cepat bersalin
Semoga dipermudahkan..
Siap gugel info untuk mudahkan bersalin & forward kat hubby. Ye la kan sebab perlukan support dari yang tersayang jugak kan
Kalau sowang-sowang nak ikhtiar tak daya jugak.

OK .. saya pastekan hasil gugel saya kat sini untuk rujukan sendiri & orang lain. Sumber adalah lupa.. maafkan saya yang lemah ini.. tsk!tsk!



Kalau nak cepatkan proses bersalin....

Petua dari pakar O&G :
1) Banyakkan berjalan...jadi bawak-bawak ler berjalan..kalau rasa nak jalan sesaje tu tak best gi ler window shopping ker... 
Thanks hubby.. bawa saya window shopping, makan2, cuci mata & poket sekali :p

2) Bila dah dekat-dekat due tu selalukan ler make love..katanya air mani tu air selusuh original..hormon prostaglandin.
No komen >_<
 
3) Melakukan senama kegel
Belum try

Petua orang2 tua...
1) Makan kancang bendi sepanjang kehamilan.
2) Kerapkan mandi semasa dekat nak bersalin....
3) Banyakkan berjalan...
4) Semasa sedang dlm proses hendak bersalin...pastikan ikatan pada rambut dibuka...

Antara zikir yang digalakkan untuk memudahkan bersalin adalah doa nabi Yunus semasa dalam perut ikan Nun
“Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang dzalim.” (Al-Anbiya: 87)
( La'ila hailla anta, subhanakainni kuntum minadzolimin)
Dan... banyakkan istighfar masa sakit nak bersalin tu...
OK....


Semoga dipermudahkan... aminnnnnn
Dear all pls pray for me..

Checkup 33weeks

Assalamualaikum
Untuk semua kesayangan hati hamba..

Checkup kali ni.. mcm biasa je la.. doc scan baby dh turun bawah (chepalic) & dah melepasi blokage dia fibroid tu lah.. so insyaallah boleh deliver baby secara normal. Thanks to all yang mendoakan saya dan baby.
Checkup kali ni hubby tak ikut sebab dia ade hal.. tapi dia sempat datang kat hospital masa my turn dh nak habis/siap.. Huhu cian hubby xdapat tgk baby kali ni. Masa hubby sampai  dh tengah nak amik turn utk next appointment.

Hari ni ade opismate ~kak yati~ lahirkan baby via ceaseran. Semoga segalanya dipermudahkan.Usia kandungan dia lebih dlm 3-4 minggu dari saya. Hmm sebelum ni doc cakap dia akan birth baby secara normal & mine via c-sect. Tapi nampaknya sekarang bertukar pulak. Hers via c-sect atas beberapa sebab & mine insyaallah normal. Begitulah ketentuan Ilahi. Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Hope segalanya dipermudahkan walau apa pun yang kita lalui. Aminnnn..


baby Aqil - fresh from oven by Kak Yati





1 Muharram 1434H bersamaan 15 November 2012

Alhamdulilah..
Insyaallah kita akan bertemu lagi dengan tahun baru Islam 1 Muharram 1434H bersamaan 15 November 2012
Bersama kita menyambut & menghayatinya.
Maafkan saya sekiranya terdapat kesalahan dalam artikel yang disampaikan ini.
Just sharing..
Sharing is caring khenn..
 
P/s : Sepanjang November 2012 waktu magrib  di KL/Shah Alam & sewaktu dengannya adalah pada pukul 6.58pm-7.01pm (antara paling awal masuk maktu magrib dlm thn 2012)  – so, sesapa yang berpuasa dapatlah berbuka awal :D
 
 
1 Muharram 1434H bersamaan 15 November 2012 (Khamis)
 
10 Muharram (Hari Asyura) =24.11.2012/ Sabtu
 
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  1. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
 
 
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Cerita panas..

Hmm akak kepanasan nih..
peluh meleleh di celah lurah smua..
Sindrom bawa budak agaknya
Sebab lain orang HR dah pasang timer untuk aircond & dh naikkn suhu kt opis nih
Kt sini ramai org yang nampak je lemak banyak tapi dalam ekon sejuk
Lemak kat badan derang tak berfungsi untuk panaskan badan derang kot
Sebelum ni derang smua pakai baju extra untuk panaskan badan..
Akak ni.. 
sejak laaaamaaaa dulu memang jarang nak sejuk
sampai ada yang cakap kulit boleh buat handbag/wallet
Ada aku kesah??
Abes tu kalau dah yang dok pakai baju berlapis tu tak yah pakai banyak lapis
abeh akak yang panas ni camne?
Nak kene bukak baju ke???
Belengas weh!!

Saya & Fibroid #2 - Pregnancy

Salam sayang untuk semua kesayangan hati..
Nak sambung pasal saya dan fibroid

Ada niat nak buat satu entry harung semua sekali tapi nanti lelah pulak nak baca sekali harung.

Satu hari hubby balik dari opis bawakan jus delima. Dia cerita opis mate dia baru lepas operate buang fibroid, so untuk luka cepat sembuh doc tu bagi jus delima & soh makan kurma. Hubby soh saya try lah jus delima tu.. sebab selain nak fibroid tu mengecil, ada banyak lagi kebaikan dan khasiat buah delima.

Sejak tu lah saya dan hubby consume jus delima. Kadang-kadang saya ngelat juga langsung tak minum :D. Selalunya saya ambil sesudu je sehari samada pagi atau malam. Hubby je yang sangat tertib ambil setiap pagi dan malam. Hubby biasanya kalau kerja luar atau kena panas lama-lama sakit kepala & perut masuk angin. Tapi sejak amalkan jus delima dan pil habatus sawda, dah jarang dapat sakit kepala dan kembung/sakit perut. Alhamdulilah

Selain amalkan jus delima, saya juga ambil habatus sawda. Setiap bulan mesti consume secara rutin at least dalam seminggu without fail. Bila consume habatus sawda ni period saya takde bau yang tak menyenangkan dan waktu-waktu tinggal spotting je tu biasanya saya akan mengalami kegatalan kat misV. Dah kawen ni macam-macam lah kan.. sebelum kawen memang takde gatal-gatal atau berbau pelik bila period.Masalah tu dapat diatasi bila saya consume habatussawda seminggu sebelum atau selepas period. Masa period saya tak makan.

ihsan gugel - credit to owner gambar nih

 Masa bulan March/April saya tunggu-tunggu cik P muncul. Tapi takde jugak.. sampai dah nak masuk 2 minggu delay. Hubby tak sabar-sabar soh saya check guna urin test strip. Strip tu pun dah expired.. tu pun pemberian opismate hubby (dah setahun saya simpan pemberian orang tu).. orang tu dah mengandung. So yang lebih tu dia bagi hubby.. huhu.. cheapskate btoilah we all laki bini nih

Alhamdulilah.. double line terang muncul walaupun guna UPT yg xpired.dan urin test buat waktu petang masa balik keja. :P. Tunjuk kt hubby.. tetiba dia jadi blur, tak tau nak buat apa.. Kelakar pun ada masa tu

Selama kawen cuma 1 je UPT yang saya beli (masa tu dah setahun kawen & period delay 1minggu++).. tu pun hubby tak tau..Hubby nak tunggu 2 minggu period delay baru dia nak belikan tapi saya tak sabar terus beli sendiri. Lepas saya cek sendri guna UPT yg saya beli.. beberapa jam lepas tu terus period.. (tentulah single line je yg appear). Dlm hati marahkan diri sendiri.. bantah lg cakap suami kn.. tak sabar sgt. Frust dgn diri sendiri.

Sejak tu period saya tak pernah delay lagi.. sehingga urin test yang kedua pada April 2012.
Alhamdulilah Allah dah makbulkan apa yang saya dan suami doakan selama ini. Syukur padamu ya allah


31 weeks

salam sayang..



minggu ni dh minggu ke 31..
tangan dah kembang-kembang, kaki dah gemuks
baby dalam perut suka stretching petang-petang bila mama drive balik keja
kena usap-usap perut soh baby dok bebaik 
jangan nak buat stretching time mama drive sowang-sowang with out papa tau
luckly baby being behave after mama pujuk2
nak mama usap2 eh?

luv u baby
i'm starting to countdown ur arrival

Wordless Wednesday- Rindu

gambar ni pinjam eh!


saya rindukan keadaan ini..
tengok matahari naik dari pintu dapur umah tok
tengok matahari terbenam dari pintu depan 
selalunya arwah tokwan akan ada di pintu sambil ditemani secawan kopi
miss the old days

Saya & fibroid #1

Assalamualaikum
untuk semua kesayangan hati saya,

Harap penulisan ni boleh jadikan sedikit info kepada sesiapa yang menghadapi keadaan macam saya. Selama ni, dok gugel.. google.. searching.. mencari info fasal fibroid.
Sejak sebelum mengandung lagi dah.

Tapi tak banyak info yang saya dapat ke saya yang kelaut tak pandai cari info yang saya nak??. Info yang ada tak membantu apa yang saya nak,saya nak tau cemana nak heal fibroid tu secara natural, pemakanan yang betul atau pantang if seseorang tu ada fibroid.


Saya tau saya ada fibroid sejak 2++ tahun lalu, masa tu setahun lebih dh usia perkahwinan saya.
Saya jumpa doc sebab demam & alahan gatal-gatal. Dah alang-alang jumpa doc terus minta consult dia pasal nak mengandung pastu dia terus scan dan jumpa fibroid tu dan sahkan saya ada PCOS tp saya tak gemuk. Masa tu saiz fibroid 4cm je & doc cakap dia cuma seketul daging macam isi lebih. Takkan ganggu kesuburan saya.

Orang keliling asyik la dok tanya saya ni tak nak anak ke? Luckily mami, abah & adik-adik saya paham. Ada sorang makcik nih cakap saya  nak jaga badan & kecantikan, sebab tu lh tak nak anak. Pastu  dok la asyik ulang cerita dia senang dapat anak lepas kawen setiap kali saya balik kampung.

Ish ish ish!! macam lah saya ni cantik sangat kan. Kadang bedak pun malas nak pakai. Kalau saya ni jenis yang mekap pakai bedak 4-5 inchi tu kot la kan. Badan ramping mcm kerengge, pegi spa pasang badan ala-ala model tu.. ha.. cmtu baru taraf sangat sayang kat badan & duit RM yang dilabur sbb kalau ngandung dah tentu pelaburan tak berbaloi, badan pun aligment dah lari.. sangat tertekan jiwa raga masa tu..

Masuk tahun ke 2++ saya suka memerap kat bilik je kalau balik kampung hubby dari berborak dengan makcik dia tu.Tapi citer makcik tu tetap la saya dengar. Dalam bilik layan tenet.. keep gugel ape yang patut. Lagi damai  hati dan perasaan saya.. tak pun ajak hubby ke pantai. kalau nak cakap saya ni sombong & tak nak bergaul pun xpe. Hmm benda yang kita tak buat pun org cakap jugak..so apa yang kita buat orang cakap tu biasa je la pada saya.

Berbalik pada cerita fibroid, ia memang tidak mengganggu kehidupan saya, pusingan haid pun tak pernah terganggu .. 25-28hari cycle. Tak pernah terlewat walau sepetang atau setengah hari. Pendarahan sehingga 7 hari. Juga tak pernah lebih. Kadang-kadang saja saya akan rasa senggugut, itu pun dalam setengah hari je dan dalam setahun 2-3 kali je rasa macam tu. Selebihnya memang tidak mengganggu. 2 org doc yg saya jumpa pun cakap benda yang sama. Fibroid tu tak mengganggu kesuburan saya.. tapi saya belum ada zuriat..
Mungkin tuhan belum nak bagi rezeki pada masa tu.

Sepanjang masa saya dan suami hanya berdoa, untuk dikurniakan zuriat. Hubby belum terbuka hati nak buat sebarang treatment. Cuma kadang-kadang ada masa gedik dan-dan tu jugak nak amik anak angkat. Macam lah baby tu bleh merangkak datang kat kitaorg kn. Atau pun kalau ada news orang buang anak, saya dan hubby wish orang tu buang kat depan rumah kitaorang.. hahaha.. sangatlah tak logik. Tapi kuasa allah kan mengatasi segalanya.

Dan saya tak de lagi followup pasal fibroid tu dengan doc.

Till next entry..



Cerita lembu korban tak jadi

harini sepatutnya ada korban kt kg hubby. tapi tak jadi sebab lembu yang nak dikorbankan tak dapat ditangkap. kat sini lembu yang dipelihara dibiar lepas je, macam lembu liar. Beberapa hari sebelum ni pun dah cuba tangkap tapi tak dapat jugak. Sampailah haini... seharian tunggu.. kaum pompuan kat umah dah siap potong bawang untuk rencah gulai daging korban. Tetamu yang datang pkul 2 petang  dihidangkan dengan bihn goreng je. Apa nak buat.. xde rezeki nak buat  korban.  


credit to owner's  pic