kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Your 22-month-old: Week 2

Faiz Hannan..
baby center describe u should be macam ni.. at this age!!

"Me do it!" is a frequent refrain among 22-month-olds. As your toddler becomes more self-aware, he'll likely want to do more things for himself. Setting limits is important, but you can let your toddler take the lead sometimes, like choosing which clothes to wear (even if it means a mismatched outfit), wetting the toothbrush, or turning the bathroom light on or off. By encouraging independence now, you'll help your toddler grow into a confident preschooler. 

Hmm memang betul..
All this awk memang nak buat sendiri.. bancuh susu sendiri jugak.. senang hidup mama..
Tolong letak ubat kat kaki dan tangan mama yang lenguh dan gatal..
Dah pandai taknak pakai baju yang mama pilih.. Haih..!!
suapkan botol susu sendiri kat mulut adik..
love u my dear big baby!!

Diari anak-anak _ Nov 2014

Assalamualaikum..
Nak tulis perkembangan anak kat sini supaya mama tak lupa apa benda yang kamu berdua buat pada usia sekarang.

Abang Faiz Hannan
Bulan ni genap abang FH berusia setahun 10 bulan, dah tak lama nak sambut birthday lagi yang ke 2
Dah pandai cakap sikit-sikit
banyak perkataan sebut yang hujung-hujung je
Dah boleh panggil mama
Sebut ayah dah lama
Tapi kadang-kadang tersasul ayah pun mama
mama pun ayah
sebut Adik je tak pernah tersasul
Piyaih - Firas
Ma- mama
Dok - duduk
Adik do - adik tido
ma do(sambil tepuk-tepuk bantal soh mama tido tepi dia) - mama tido
tummmpah - tumpah (suka bagi tumpah air)
shakkk - rosak 
pat pat - cepat-cepat
fu fu - susu
pash - kipas/lampu dua-dua pun sebut pash 
nak shik - nak nasi
nak ti - nak roti
rak - berak 
(suka selak seluar adik cakap adik berak)
diri sndri kalau nak main air pun cakap rak - buka diaper nk p main air
dah boleh pakai seluar sendiri walau tak proper
tu yang selalu sebut, words lain banyak ikut kita cakap dan ambil yang hujung je
suka nak main plug, suka offkan dan cabut plug masa mama seterika baju
joget-joget senget sebelah bila dengar lagu yang dia suka
suka main periuk belanga sudip tak kira dimana
kalau nangis masa shoping.. sila cari benda yang boleh dia buat kuali/periuk dan sudip. godek-godek macam dok kacau masa masak. Konpem tak nangis dan happy.
Suka makan biskut oreo dan minum air kotak milo

Adik Firas Afnan
Dah dua bulan usia adik
Adik dah boleh tegakkan kepala
boleh meniarap a few second kalau mama letak
Dah pandai nak sembang dengan orang
Ntah apa yang dia ngadu dan sembang.. mama iyakan aje
Kuat minum susu
mama bekalkan 3oz x 5 botol yang sejuk dan yg siap utk minum 1 botol
abang dulu 2.5oz x 4botol je

tu je yang ingat perkembangan anak-anak sekarang ni.. 
Ya Allah.. jadikan mereka anak soleh yang tidak meninggalkan solat dan berbakti kepada agamamu


Khasiat kunyit lagi..

Assalamualaikum..
Ni nak menulis lagi pasal kunyit.Entri pasal khasiat kunyit boleh tengok kat sini. Kebetulan dapat komen yang membina dari Dr Salwa jadi saya baca blog penulisan Dr Salwa pasal kunyit.

Ooo.. rupanya terdapat penemuan bahawa kunyit tidak efektif jika tanpa lada hitam.
Mak bidan kat kampung saya tak dak pun yang suruh  minum air kunyit. Tapi memandangkan ia bagus untuk saya sendiri, selepas cubaan masa lepas keguguran dulu. Maka lepas bersalin anak ke -dua saya buat lagi air kunyit. Maklumlah bersalin secara c-zer ni.. mami saya tak pandai sangat nak jaga. Sementelah anak sulung dia nih banyak kerenah,  banyak fakta dan auta yang dok argue dengan dia. Haih!
Cucu mami setakat ni.. (5 orang) semuanya bersalin secara pembedahan :D. Tapi adik-adik saya semua behave ikut cakap mami tak macam kak long depa. jadi mami kata senang jaga depa bukan jaga saya.

Idea nak minum air kunyit ni timbul sebab baca kt blog Ceera. (lambai-lambai tangan kat Ceera).
Pastu masa lepas D&C (beberapa minggu kemudian) rasa macam perut kat dalam longgar je.. tak tau cemana nak describe. Jalan pun rasa dalam perut ikut gegar. Ish tak boleh jadi macamni.. ada juga makan jamu tapi macam tak de kesan pembaikan. Lagipun tak berani nak makan jamu banyak-banyak sebab masih menyusukan FH. Nanti FH pulak terkesan. So buat la air kunyit. Alhamdulilah bagus untuk saya walaupun tanpa lada hitam.

Masa buat pertama kali dulu saya campurkan jus oren (guna buah oren segar) dan kunyit.. blend bersama. Buat banyak juga, boleh la minum untuk 3 hari. Saya masukkan dalam peti sejuk. Nak minum tuang dalam gelas dan biarkan dia kejap bagi hilang sejuk dan jadi suhu bilik. Lepas tu baru minum. Baru lepas bersalin tak bagus minum sejuk dan berais.

Lepas bersalin anak ke 2 saya buat lagi. Tapi kali ni dah enhance dengan bahan lain. Kali ni saya blend kunyit dan tapis (blend kunyit dengan air suam), hampas kunyit tu ada jugak saya makan dengan nasi.. ni try & error ja. Tapi takde mudarat pun kalau makan kunyit.. so saya telan je. Dengan harapan akan mempercepatkan sembuh luka dalaman saya.
Jus kunyit tadi saya tambahkan asam jawa dan gula, kacau. Lebih sedap dari yang dulu.. Minum semasa masih suam. Rasa dia maveles sedap!! Ye la puji sendiri buat maa.
Takde orang lain pun berkenan nak rasa, kalau nak pun saya tak bagi sebab sedap sangat. Sila buat sendiri.. Hahahaha!! Tapi takde la saya letak lada hitam untuk enhance kebaikan kunyit tu. Mungkin lepas ni boleh buat lagi dan tambah lada hitam.

Pernah jumpa ada pompuan indon kat pasar sehari Selayang jual air kunyit ni dalam botol, pasar tu memang ada tiap-tiap hari dari pagi sampai pukul 1petang. Adik saya pernah beli sebab tak nak kotor tangan pegang kunyit nak buat sendiri air kunyit. Tapi dia kata air kunyit tu terasa ada masin dan masam. So sesapa yang malas nak buat sendiri boleh beli kat pasar sehari tu. Harga dalam RM3-4 camtu la sebotol.. tak ingat sangat.



Nilai duit

Nilai Duit.......

-Duit tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
-Duit tak boleh beli kasih  sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.
-Duit tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
-Duit tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
-Duit tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
-Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
-Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

D-don't.
U-use.
I-intelligence.
T-the wrong way.

 Kata orang-orang bijak pandai, jika :
                                                     
1.   Ingin bahagia. -  Sembahyang awal waktu
2.   Ingin sihat  -  Berpuasa
3.   Ingin dipermudahkan urusan   -   Bacalah Al-Quran
4.   Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang Tahjud
5.   Ingin kaya  -  Sembahyang Dhuha
6.   Dihimpit masalah  - Beristghfarlah
7.   Berdukacita. -  Berdoalah
8.   Mahukan keberkatan  -  Berselawatlah

Amalkan Dan sebarkan:

Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempraktikkannya