kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Saya nak yg itu

Manusia memang tidak sempurna. Tak pernah rasa cukup. Manusia perempuan yang dibekalkan satu akal dan sembilan nafsu oleh sang penciptanya.. Bijakkah mentafsir mana keperluan dan mana kehendak?

Yang pasti nafsu itu sentiasa mendorong untuk mendapatkan yang lebih..

Sejak dok hibernate kat rumah ni.. Tak pikir masalah kerja. Tak berjumpa orang secara nyata.. (Jumpa orang malam je tak pun ujung minggu.. Tak pun jumpa kt fb.WA n media social maya). So kadar otak berkerja pun pada tahap rendah.. Maka dapat tgk sikit pun bleh dok fikir pasal satu benda tu lama-lama.

Hmm.. Sebenarnya dok teringat orang beli henbeg coach.. Makcik ini adalah turut teringin jugak. Yang mana stakat henbeg nak boh duit limoploh hengget je pon. Pastu segala kad yang warna warni tebalkan beg duit. Pastu kalau jalan dengan anak wajib ada kain napkin dan diaper.. Dah anak dua diaper tu kuantiti lama dah berganda dua sekarang ni.

Tambah menjeles adik ipau beli jugak. Pastu ipau kepada ipau pun dok kendong jugak.. Ye lah dah orang tu je yang i jumpa.. Dah orangtu ada henbeg coach.. Jumpa dan tengok lapanblas kali.. Hati makcik meronta ronta dan menjeles nak jugak. Wuaaa! Encik suami.. Belikanlah..
Walaupun henbeg i si Storksak yang boleh kita guna bersama masih elok dan cun melecun. Walaupun henbeg tu lebih praktikal untuk kita bawa anak-anak outing.. Tapi i tetap nak jugak. Nanti i zikir kat U ye B secara berkala i nak henbeg coach tu.. Henbeg baru tu nanti I bawa p dating dengan u je.. Muahahhaha!!!

Tapi hubby umpan juga dengan brand lain.. Sesaje la tu nak bunuh napsu i kat si coach
Jangan la goda i banyak banyak dengan si stork..


Bini u ni nak Coach jugak walaupun beg tu ada orang kata tahap pasar malam je kat UK nun.. Tak pe.. Kita dok Ulu Kelang je bukan United Kingdom.

Owh coach!! Come to mama ...

Aih.. Sib baik cuti duabulan je.. Kalau dua tahun camne la makcik ni jadi kan?


Hobi abang

Abang Faiz memang suka aktiviti masak memasak..
Dah lama mama perasan
Lately ni lagi aktif sebab dah advance.. Dah pandai panjat kerusi makan.
Sebelum ni setakat usung kerusi kecil je nak ambil apa apa ditempat  tinggi. Tu pun ayah dah sembunyikan sebab ada cubaan nak pulas dapur masak. Sekarang ni dah kuat tolak kerusi dan dah boleh panjat sendiri.. Apa lagi.. Jadilah pembantu kecil mama  dan ayah kat dapur yang comel tu.

 Hai semua.. Harini chef cilik anda Faiz Hannan nak masak
Owh!! Mama nak amik gambar kite.. Malu aaa

Mama.. Please.. Faiz malu ni.. Pls pls!
Pernah dalu masa tok dan tok cik datang.. Setiap kali depa nak masak Faiz mesti dok dapur jugak.. Monitoring apa yang orang tu buat. Kalau ditahan Faiz dari p dapur alat mat mengundang amukan.
Sampai tok kata "Faiz ni ingat orang nak buat apa la kat dapoq rumah dia, ingat boleh terbalik kot kalau tok dgn tok cik masak"
Jumpa lagi di episod chef cilik kali ini..
Sebagai penyelesaiannya.. Ayah belikan set memasak untuk faiz. Takpelah faiz.. Mama ok je if faiz nak jadi tukang masak pun. Jadi macam ayah pun ok.. Kalau mama malas masak ayah masakkan.. Nanti kalau mama dan ayah malas masak, Faiz pulak yang masak. Kan bagus macam tu..

 Ayah harap sangat faiz suka dapur kecil yang ayah belikan tu. Harap2 aman sikit dapur kecil mama.

Antara cemburu dan cinta

Harini genap 40 hari usia si kecil mama.. Firas Afnan. Bermakna 40 hari juga Faiz Hannan jadi abang..

Alhamdulillah.. Dah boleh disuruh untuk ambil dan buang diaper sendiri dan adik. Suka cium adik...kalau mama pegang adik dia pun sibuk dok panggil aaddiikk.. Aaddikk pastu cium.. Pastu minta nak riba adik.. Tapi kadang kadang lepuk jugak adik kecik tu.. Cian..

Ye lah.. Selama ni mama layan dia sorang je tak de share. Sekarang ni layan adik je lebih.. Kadang si abang buat buat act macam baby.. Buat bunyi macam baby eeekk ekk.. Kadang hempas punggung kat lantai dan baring kat lantai untuk tarik perhatian mama. Hentak kepala kat dinding pun ada.. Alahai anak..
Mama tak terniat pun nak abaikan abang faiz... Cuma Firas perlukan lebih perhatian dari mama.

Faiz Hannan sayang.. Sayang mama dan kasih mama tak pernah kurang untuk kamu.. Mama tahu Faiz sayang adik Firas tapi kadang Faiz juga cemburu sebab mama asyik kendong Firas..  Nenen Faiz pun Firas punya..  Faiz cemburu.

Mama harap Faiz dan Firas jadi adik beradik yang baik nanti.. Jaga mama nanti.. Hero mama.. Penyejuk mata dan penawar hati mama kedua duanya..
Jangan cemburu lama lama abang Faiz..  Faiz Hannan tetap yang pertama dan kesayangan mama sebagaimana maksud nama kamu.. Yang menang yang tersayang

 Faiz Hannan a.k.a abang long

Faiz & Firas - otw Jitra to Selayang

Selfie.. I loike - FH

Meh abang kira cukup tak jari Firas

Ooo baju ni.. Macam abang kenal.. Baju abang ye Firas pakai ni??