kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Doakan dia..

Assalamualaikum..
Salam Jumaat yang diberkati.
Nak minta tolong semua yang sudi singgah di sini..


mendoakan baby Asyfa..

Pinjam dr blog wani..
Tuan punya blog ni jiran saya, minta sesiapa yang menjengah ke blog ni.. sudi juga baca kisah Wani dan doakan baby Wani. Harap-harap dengan setiap doa yang dititipkan baby Asyfa boleh cepat keluar wad. Boleh jumpa aunty Ita & semua yang sayangkan kamu.

Syukran & terima kasih in advance.. sayang kamu semua 

 

Khasiat kunyit

Assalamualaikum..
hari ni masuk opis lepas bercuti hampir dua minggu..malasnya nak bangun pagi.. muahaha
Seminggu kat kampung sangat best, pagi-pagi ade orang buatkan sarapan, ada orang mandikan anak. tengahari ade orang masakkan. Terima kasih mami.. Jaga Along & Faiz Hannan
kita tengok tv je.. tukar chanel kalau bosan.. Owh syorga dunia
Hmm tak sangka kan.. dah tua-tua masih susahkan mami nak jaga kita. kalau mami tak sihat nanti harap Along pun boleh jaga mami.

pastu kita godek-godek cari petua nak sihatkan diri..
Balik ni nak p cari kunyit.. Pemilik penulisan ni.. saya share kat sini segala petua untuk kegunaan sendiri. Boleh ye..


Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.
Melancarkan Perjalanan Darah
  1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
  2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.
Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata. (http://gemini26576.tripod.com/petua/kunyit.html)


Khasiat dan kebaikan kunyit

Assalamualaikum guys... Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan dan minuman. Selain warna + bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat2 menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit KANSER?
Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.
Kelebihan dan kebaikan KUNYIT
  • Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar.
  • Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.
  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2.
  • Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.
  • Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
  • Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
  • Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
  • Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid.
  • Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan.
  • Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.
  • Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.
  • Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
  • Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang..
Cara membuat jus KUNYIT
  • Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.
  • Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan2..
Nota
Kebaikan kunyit jika dimakan buat ulam atau minuman memang sangat baik untuk mereka yang mengalami penyakit KANSER. Selain daun belalai gajah, Daun tujuh bilah dan banyak lagi herba2 lain, KUNYIT juga harus diamalkan sekali. Buatkan jus atau makan mentah atau lebihkan kunyit dalam masakan.
P.S. Orang perempuan juga ada minum jus kunyit untuk kesihatan rahim dan badan. Kita yang tidak sakit pun cubalah mengamalkan memakan unyit dengan kuantiti yang sederhana agar sihat sejahtera. Lebihkan kunyit dalam masakan yang menggunakan bahan ini. Selamat menjaga kesihatan...(http://kongsibersamanora.blogspot.com/2012/07/khasiat-dan-kebaikan-kunyit.html)