kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

The Upside Down House in Borneo


Aku copy paste je email dr Rizal Posmen utk share kt blog sendiri. Credit to the owner of this story. Tapi memang tak tau pun ada rumah camni kat Malaysia.. nanti kalau ada rezeki  g sabah boleh la p melawat
 
Kat Malaysia ader Rumah terbalik?
biar betul??...Tapi memang betul..rumah terbalik ini didirikan di Tamparuli, Sabah ...dan bukannya di belakang rumah anda...
Oh kempunan aku nak tengok...kenapa la buat kat Sabah tu..
buat la kat Semenanjung Malaysia ...

Jadi sesiapa yang tak dapat pegi...
layan je la gambar rumah terbalik ni...
 
Cantik la pulak rumah ni..ia dinamakan
The Upside Down House in Borneo !

kalau la malam-malam aku ternampak Rumah terbalik camni...
aku terus jer panggil ni Rumah Hantu kot..
kalau jatuh la meja ngn kerusi atas kepala aku..
meninggal terus dah kat situ..
 
ni pulak kereta...kalau jatuh...jangankan meninggal ...jadi Pizza dah aku..
kaya bebeno ya, siap letak kereta Kancil lagi..
try letak Alza ker...ader brani??
jadi sesiapa yang berdekatan ngn Rumah Terbalik ni boleh la singgah..
di Tamparuli, Sabah ...ni Peta dia...
 


Harga : Dewasa RM18,
Budak  (bawah 12) and Pelajar Berpakaian Uniform RM5,
Kanak-kanak (below 3) Percuma. Promosi untuk pemegang I/C hanya RM10.

Bintang you tube - Ajek Hassan

sekarang tgh syiok layan you tube, dengar si Ajek Hassan nyanyi. sedap owh!! sora sedap, main gitar pandai. Dari dulu memang best dan layanzz habis la kalau dapat dengar gitar akustik. (melting me :D).. alwayz day dream la.. dapat hubby yang bleh nyanyi sambil petik gitar (sungguhla akustik jiwaku..)  Owh jangan tak caya bahawa i dapat apa yang dimpikan.. tapi sidia adalah sangat malas nak layan bini yang sokmo nak dia main gitar. Hahahaha!!! ingat laki dia penyanyi apa??? karang kalau glemer sampai macam si Ajek nih i plak sentap sebab dia ramai peminat & tak sempat nak berkasih sayang dengan i :p.

Ajek ni nyanyi semua sedap kat telinga i. (melting lagi..) hahaha!! Lagu orang putih ka mat saleh ka lagu rock kapak semua pun sedap.. layan je.. (semua sedap macam oarang buruk lantak kan.. kalau bab makanan

 






Erkk!! loya..

Jalan-jalan belakang bangunan nak ke tempat parking kereta, setapak demi setapak.. tetiba nampak ade air membasahi sebahagian tempat parking.. wonder why?? takde hujan yang membasahi alam kalau ye pun takkan sebahagian je kan.. tercari-cari dari mane punca air tu keluar.. pastu tengoh air yang warna coklat nak hitam mengalir dari manhole (pembentung). ErKKK!! itu puncanya.. lari cepat-cepat dengan menggunakan hujung jari kaki dapatkan kereta. (kononnya boleh sampai kat kereta dengan lebih cepat tanpa perlu menghidu bau dari air yang coklat hitam apatah lagi kalau nak terpijak air tuh) Dapat sampai kat kereta.. cepat-cepat hidupkan keta dan berambus dari tempat itu. Owh!! selamat.. (Flashback citer lama)

Tapi selamatkah alam? masa yang aku lalui detik meloyakan tu tak terfikir pun pasal tu. Adakah sebab masih mentah yang mana tak pernah ambil peduli hal lain selain hal diri sendiri. jual ikan je (selfish). Sepatutnya kesedaran kene tanam dari dulu dan selamanya (ceh!! tetiba..) But its true semua orang perlu ada kesedaran untuk jaga alam sekitar bersama-sama, tak perlu ada kempen kesedaran baru nak sedar. Kalau kesedaran tu dah terlambat? banyak yang kerosakan yang perlu ditanggung dan yang menghadapinya adalah kita semua.(atau tutup mata je, pekakkan telinga sebab benda tu tak berlaku di tempat kita - semua orang pun wish macam tu tapi kalau its happen kat kita??)

Ujg mgu baru ade news kat TV pasal penduduk kampung  kat Johor Jaya yang rasa loya sebab bau busuk dari air kumbahan yang mengalir keluar, loji tak diselenggara. Katanya kalau hujan air kumbahan bercampur air hujan akan masuk ke dalam rumah. Rata-rata penduduk adalah orang melayu islam. Hmm kenapa benda ni berlaku? Malaysia kan ada badan pengurusan sisa kumbahan yang dilantik?? Atau apakah badan yang dipertanggungjawabkan tak mempunyai dana yang cukup untuk menyelenggara sisa kumbahan itu? Jangan salahkan Indah Water Konsortium sebab badan nih takde khidmat di Johor.
weh dah banyak aku bebel.. sebenarnye nak bagitau semua sila jadi manusia bertanggungjawab menjaga alam sekitar untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Sila jelaskan bil pembentungan anda.. aku tau ramai yang tak suka nak bayar sebab kalau tak bayar pun tak nampak kesan..  tapi kalau tempat anda jadi macam kat JOhor Jaya tu baru nak tersedar.. dh terlambat beb!! masa tu dah cium segala bahan buangan orang lain dulu.. uwek!! loya

Sekian khidmat pesanan masyarakat tak berbayar dari aku :p

Cerita Alam


subhanallah.. pemandangan waktu senja, masa kat kampung tok semalam. Macam ni la kot yang dikatakan awan nano kan. Agak lewat datang kat tepi laut nih so tak sempat nak ambil gambar sunset. Lagipun guna kamera yang comel ja.. dan ini hasilnya. Jalan raya ni masih lengang soon akan jadi jalan utama dari Kuala Kedah ke Kuala Perlis. Haruslah tak boleh nak jalan lenggang kangkung dan lepak posing dok tengah jalan kan. Banyak kenangan zaman kecik-kecik dulu kat tepi laut ni. Dulu ada kampung yang mana ada orang tinggal tapi sekarang sebuah rumah pun dah tak ada di tepi laut ni. Zaman kecik-kecik dulu selalu ikut tok jalan kaki merentas batas bendang datang kat kampung tepi laut ni kalau ada kenduri-kenadara. Zaman tu ada lagi orang gotong royong usung rumah berpindah dari satu tapak rumah ke tapak rumah yang lain. Biasanya pindah dekat-dekat je, paling jauh pun kampung sebelah yang kalau jalan kaki pun rasa ok je.

sunset
gambar bulan yang kecik
hmmm so lovely.. i like!! enjoy the pic

Dicelah-celah kehidupan

Dalam kehidupan kita ni, walaupun kita rancang baik-baik, sedaya upaya usaha untuk jadikan ia sebagai yang terbaik, tapi belum tentu apa yang kita nak akan tercapai seratus peratus perfect macam yang kita hajati. Tawakal je la kan apa end result tu. Kematian je sesuatu yang boleh diyakini dan pasti.. yang lain-lain tu cuma berlaku dengan izin Allah dan penuh dengan ketidakpastian.

Dalam alam rumah tangga kita juga mengharap dianugerahkan pasangan yang melengkapi kekurangan diri dan zuriat yang menyejukkan jiwa serta boleh dijadikan bekalan di akhirat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita.

Tapi aku tak paham dengan situasi rumahtangga nih..

Suami isteri adalah golongan pendidik yang mana aku rasa dua-dua pun terpelajar untuk menjadi pendidik anak bangsa dan anak-anak sendiri yang 7-8 orang. Dulu isterinya mengajar sekolah menengah tapi sebab sekolah jauh dan terpaksa berjauhan dengan suami yang mula nak tunjuk belang kecurangan, maka isteri  beralah. Sedia diturunkan gred dan minta mengajar di sekolah rendah yang dekat dengan suami. Ok setle satu bab..

Selepas beberapa tahun ada pulak masalah lain, owh!! ni pasal politik. Suami ni kuat sangat fahaman politik  sampai terbawa-bawa ke sekolah. TAk tau lah aku fahaman puak kiri ke kanan, tapi sampai jadi kes kat sekolah antara guru-guru. Jalan penyelesaian yang si suami buat adalah langsung tak ke sekolah. Berlanjutan tak p sekolah dekat setahun. Dalam masa tak p sekolah suami cuma buat keje-keje tukang kat umah. Kalau dah tak p kerja tu takkan lah nak dapat gaji kan.. Dah tentu guru besar  adukan kepada pihak berwajib, dah takde pendapatan tetap yang ribu riban tetiap bulan. Mujurlah isteri bekerja dan gaji ribu riban jugak, dapat lah sara anak-anak

Bagi aku.. hmm.. kalaupun nak berpolitik janganlah sampai memperjudikan anak isteri yang menjadi tanggungjawab untuk disara. Dah la anak ramai kan.. Tak pikir ke anak-anak tu amanah yang utama? dan bukan jadi tanggungjawab isteri untuk sediakan segala keperluan anak-anak. Kalau memang sakit ke ape ke boleh jugak kita terima, tapi ini sengaja cari penyakit. Ke suami ni memang bercita-cita nak jadi wakil rakyat ke ape? tapi yang aku tau takdelah dia jadi penceramah ke, ketua pemuda ke sebarang jawatan dalam politik setempat ke kan.. lepas balik mengajar yang aku tau dia dok umah je. Agaknya kat sekolah je kot tempat dia berpolitik..

Selepas setahun tak mengajar, suami kena tindakan ditukar ke sekolah jauh dari kediaman, kete ada 2 biji tapi sebiji je yang boleh jalan jauh, tapi isteri guna untuk ulang alik g skolah dan hantar anak yang ramai tu. So solution isteri belikan suami kete second hand cash RM11k. Sayang betul isteri kan.. nak mudahkan suami g keje, tapi suami punyalah buat perangai.. tak mau p sekolah baru tu sebab bengang dia kene tukar sekolah. Ntah hape2 kan. Sampai part ni aku sangatlah bengangkan.. memang tak tau bersyukur lah suami macam ni. Sampai cikgu besar datang rumah pujuk tu, xplain ape yang patut. Katanya nak p la kan sekolah lepas CNY 2012. Harap-harap segalanya berjalan dengan baik. Seluruh keluarga pendidik ni mendapat redha, keberkatan serta hidayah dari Allah. Dan semoga suami menginsafi diri, menjaga segala amanah yang dianugerahkan Allah, isteri yang baik dan ibu mithali kepada anak-anaknya, juga sebagai pendidik anak bangsa. Mujur anak-anak tak banyak kerenah dan pandai bawa diri walaupun anak lelaki ramai dan anak pompuan kecik lagi.

Harapan aku si suami menginsafi sebelum dia kehilangan isteri yang begitu setia, mentaati beliau juga amanah Allah. Sebab orang-orang yang baik ni biasanya Allah sayang lebih.. Aku tak rasa aku boleh buat apa yang si isteri buat dan  boleh mengharungi segala kesusahan serta dugaan tu.. Aku tabik spring pada isteri-isteri2 yang tabah mengharungi segala dugaan berumahtangga dengan jayanya.