kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..
Showing posts with label Aku membebel. Show all posts
Showing posts with label Aku membebel. Show all posts

kenangan lalu dan baru

assalamualaikum
sejak dua menjak ni.. ada ahli baru kt group whatapp sekolah
meriah.. macam-macam cerita, ahli baru biasanya terlebih ramah sebab tetiba jumpa kawan lama
macam-macam nak tau fasal kawan-kawan lama..
yg mana ahli lama dah tanya bab bab perkenalan
ada yang belum dikurniakan anak.. yang tu memang bab sensitip & boleh sentap kalau ditanya
ada yang kembali single.. ada yang tambah cawangan
hahah!! mana tau kan, zaman tingkatan 5 dulu boleh ke sangka..
orang ni kawen lebih satu, orang ni huduh takde orang nak kawen dengan dia, 
orang ni cantik/ kacak mesti kawin awal, orang ni playboy playgirl nanti rumahtangga tak aman
hakikatnya bila melepasi zaman sekolah jarang si dia masih seperti dulu..
ada yang masih sama, tapi majoritinya TIDAK, namun kasih sayang kawan-kawan dulu tetap terasa
saya sayang mereka.. mewarnai zaman sekolah saya

tapi antara mereka.. seorang tu pesakit kanser
dulu saya pernah jumpa/melawat dia selepas operation buang tulang peha..rasanya 15 tahun lepas, sebab tulang tu terlebih panjang.. dibuang dan diganti besi.. itu cerita mulanya.. hingga sekarang kanser dah menyerang. Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat dia
semoga dia terus tabah menghadapi hari-harinya bersama keluarga tersayang

dia antara bff saya di zaman sekolah
zaman belajar saya biasanya dalam kelas 1/3 @ 1/4 je kaum hawa
sampai cikgu saya kata
kalau kiamat.. kelas ni yang paling last kena sebab pompuan sikit sangat
tetiba saya rindu zaman itu..
 

Taktik baru menculik - Foodcourt Alamanda

Assalamualaikum
Ni cerita kawan saya..
cuti-cuti sekolah ni bawa anak yang seramai 5 orang berjalan-jalan santai di Alamanda.
Bila perut berkeroncong mereka pergi ke foodcourt untuk mengisi perut
Pada masa kejadian.. masih ada meja-meja yang masih kosong
Orang tidaklah terlalu ramai
dan mereka memilih salah satu meja tersebut yang dekat dengan kaunter/gerai untuk beli makanan
Kawan saya ni pergi beli makanan yang agak jauh dari meja berkenaan
tinggal anak-anak dan isteri  di meja untuk tunggu dia bawa makanan
Si isteri tetiba teringin nasi ayam yang ada di depan yang tak jauh dari meja
Terus la bangun mendokong anak yang bongsu ke gerai nasi ayam
tinggalkan si kakak dan abang yang lagi 4 orang di meja berkenaan
Tetiba, datang beberapa manusia dewasa terus duduk di meja anak-anak kawan saya
Kawan saya dari jauh pandang je.. sambil tunggu makanan yang dia pesan
Anak-anak dia dh mula cuak. nape orang asing duduk semeja dengan diorang
Sambil tu ade sorang tercangak-cangak perhati sekeliling
mungkin tengah tercari mak bapak budak-budak tu..
Dalam kumpulan tu ade juga pompuan yang bawa budak kecil yang baru mula bertatih
Saja nak blend in dengan anak-anak yang tinggal di meja tu kot
Kawan saya dapat je order terus datang ke meja yang ada anak-anak dia
dia tanya.. kenapa korang duduk sini, banyak lagi meja kosong
Bertempiaran diorang keluar dari foodcourt tu
Nampak tak.. kalau tak salah kenapa nak lari dari situ
boleh pilih untuk duduk di meja lain kot
dan kenapa diorang duduk di meja  yang ada anak-anak kawan saya
yang usianya dari 8 hingga 3 tahun tu..
Mujurlah dia sempat tengok..
lepas ni kawan saya cakap dah tak nak makan kat tempat awam camtu
kena masuk restoran ke ape senang
tak payah layan diri tinggalkan anak-anak. cuak kot

Jadi ibu bapa yang bersendirian dengan anak kecil,
janganlah tinggalkan anak anda walaupun sekejap
janganlah terlepas pandang,
memang kita rasa anak boleh berdikari dan dengar cakap
tapi keadaan sekeliling amat tak selamat untuk mereka
hati-hati ye ibu bapa sekelian..



Nak Diskaun


Saya sediakan satu kertas kerja, 
Orang yang 'manage je' bentangkan
Lepas balik dari pembentangan
'Manage je' tu jumpa saya
minta diskaun
lagak macam nak minta diskaun beli barang sepuluh hengget
'Manage je' : Nak diskaun lah 
Me: nak diskaun berapa?
'Manage je' : Sepuluh hengget juta je
Me : SEPULUH  henget JUTA henget je???? (sambil mata terbuntang)

hmmm 
baik buka charity house, dapat juga pahala dunia akhirat

aminnn...

saya tinggalkan saja 'manage je' tu kat situ dan berlalu pergi
pandailah dia tafsir diskaun yang saya bagi tu

Aku tanpa dia

Semalam ada kerja luar opis, luar daerah dan luar negeri..
Keluar rumah awal dari biasa sebab nak pergi jauh. Anak pun hantar awal dari kebiasaan ke rumah pengasuh.
Anak yang besar ayahnya hantar lewat sikit.

Balik agak awal sebab siap keje awal.. Alang- alang balik awal, hati terkinja-kinja nak shoping sendiri tanpa gangguan.. Hehehe!!
Takdelah kemana .. P Giant hypermarket je pun..

Mula - mula masuk Giant mama belek baju, belek tudung, belek kasut.. Setiap kiosk tu mama berenti. Hahaha!! punya la macam perak tak pernah p dan tak pernah jumpa. Ye la.. sebelum ni kalau p Giant tu macam nak main kejar-kejar je. Ala-ala running man.. okeh tipu di situ :p. Sebabnya si adik ni peel dia lain sikit. Nak bagi diam kena meyusu je. Jadi apa aje yang mama dapat tengok dan belek kalau dok menyusu adik sambil jalan dalam Giant tu. Hahaha!! Mama kat mall macam cool & steady je kendong baby yang muka dia separuh sembunyi dalam tudung mama.  Jangan nak main cak cak ye.. sebab mama tengah susukan baby huhuhu!!. Abang FH jalan dengan ayah..

Lepas tu masuk kt dalam Giant p la pilih-pilih barang ikut senarai yang ada dalam otak.. apa-apa yang terbekenan masuk je dalam troley lepas belek-belek dan rasa berkenan. Sedangkan baru dua hari lepas dah p dengan ahli keluarga si ayah dan anak-anak. Haih!! memang pompuan ni rasa asyik tak cukup je. Ada je yang nak dibelinya.. Tapi mama terpusing-pusing berkali-kali sebab cari barang tak jumpa.. ye sebelum ni sejak ada FH banyak yang main order je. Pastu tak amik port pun bila si ayah cari itu ini. Mama main order dan janji barang tu dapat.
Juga sebelum ada FH mama tak pernah diberi peluang untuk tolak troley barang dan kesempatan itu mama ambil sepenuhnya sampai bila kena tolak troley sendiri rasa sangat tak kuat.. sebab ai is manja terlebih terlembik sebab dimanjakan suami. Lagipun ai is petite size s yang comel (sekarang dah tambah size lepas beranak 2)  lagi buat suami rasa kesian nak soh tolak troley barang yang besar gedabak hanya sesuai untuk suamiku yang tinggi pakai kasut saiz 8.

Berpusing-pusing dalam tu dok cari barang berkali-kali.. sampai rasa fedup cari barang yang mama nak..
Tu lah sebelum ni rasa macam kecil je perbuatan suami yang dok belikan barang dan dapatkan barang yang mama pesan. Sekali bila mama p sorang memang tak senang mama nak dapatkan barang tu. Tetiba rasa sangat bersyukur sebab suami tolong shopingkan barang-barang dapur untuk mama. Terima kasih suamiku.. love u sebab belikan barang mama pesan without fail.
Terasa macam payah sangat je tanpa ayah di sisi masa nak cari barang dapur nih!!
Aku tanpa dia -suami- agak payah..
Jom B kita shoping same-same,, ok i tak merungut lagi itu ini serba tak kena being wif u waktu shoping time!! Promise!!



Nilai duit

Nilai Duit.......

-Duit tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
-Duit tak boleh beli kasih  sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.
-Duit tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
-Duit tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
-Duit tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
-Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
-Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

D-don't.
U-use.
I-intelligence.
T-the wrong way.

 Kata orang-orang bijak pandai, jika :
                                                     
1.   Ingin bahagia. -  Sembahyang awal waktu
2.   Ingin sihat  -  Berpuasa
3.   Ingin dipermudahkan urusan   -   Bacalah Al-Quran
4.   Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang Tahjud
5.   Ingin kaya  -  Sembahyang Dhuha
6.   Dihimpit masalah  - Beristghfarlah
7.   Berdukacita. -  Berdoalah
8.   Mahukan keberkatan  -  Berselawatlah

Amalkan Dan sebarkan:

Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempraktikkannya

Saya nak yg itu

Manusia memang tidak sempurna. Tak pernah rasa cukup. Manusia perempuan yang dibekalkan satu akal dan sembilan nafsu oleh sang penciptanya.. Bijakkah mentafsir mana keperluan dan mana kehendak?

Yang pasti nafsu itu sentiasa mendorong untuk mendapatkan yang lebih..

Sejak dok hibernate kat rumah ni.. Tak pikir masalah kerja. Tak berjumpa orang secara nyata.. (Jumpa orang malam je tak pun ujung minggu.. Tak pun jumpa kt fb.WA n media social maya). So kadar otak berkerja pun pada tahap rendah.. Maka dapat tgk sikit pun bleh dok fikir pasal satu benda tu lama-lama.

Hmm.. Sebenarnya dok teringat orang beli henbeg coach.. Makcik ini adalah turut teringin jugak. Yang mana stakat henbeg nak boh duit limoploh hengget je pon. Pastu segala kad yang warna warni tebalkan beg duit. Pastu kalau jalan dengan anak wajib ada kain napkin dan diaper.. Dah anak dua diaper tu kuantiti lama dah berganda dua sekarang ni.

Tambah menjeles adik ipau beli jugak. Pastu ipau kepada ipau pun dok kendong jugak.. Ye lah dah orang tu je yang i jumpa.. Dah orangtu ada henbeg coach.. Jumpa dan tengok lapanblas kali.. Hati makcik meronta ronta dan menjeles nak jugak. Wuaaa! Encik suami.. Belikanlah..
Walaupun henbeg i si Storksak yang boleh kita guna bersama masih elok dan cun melecun. Walaupun henbeg tu lebih praktikal untuk kita bawa anak-anak outing.. Tapi i tetap nak jugak. Nanti i zikir kat U ye B secara berkala i nak henbeg coach tu.. Henbeg baru tu nanti I bawa p dating dengan u je.. Muahahhaha!!!

Tapi hubby umpan juga dengan brand lain.. Sesaje la tu nak bunuh napsu i kat si coach
Jangan la goda i banyak banyak dengan si stork..


Bini u ni nak Coach jugak walaupun beg tu ada orang kata tahap pasar malam je kat UK nun.. Tak pe.. Kita dok Ulu Kelang je bukan United Kingdom.

Owh coach!! Come to mama ...

Aih.. Sib baik cuti duabulan je.. Kalau dua tahun camne la makcik ni jadi kan?


I was not ready for you - copy paste

just copy paste.. tp lupa kat mana ambil ni.. dear owner.. izinkn i share di sini..  

Buat anak-anak mama..
Cinta mama tanpa syarat untuk kalian
Anak-anak mama hadiah terindah dalam hidup mama
Tiada yang lebih bernilai dari kalian
Terima kasih Allah

I was not ready for you. I thought I was, but I wasn't. What they said was true: you can never be fully prepared to be a mom.

Three positive pregnancy test kits were not enough to make me jump in excitement. I wanted that. I wanted  that giddy feeling with matching tears of joy, just like in the movies.
But my life was not a movie.

The truth was that I was happy. But more than that, I felt awkward. The thought of having something — okay, fine — carrying someone in my tummy made me feel self-conscious. Suddenly, I was getting more attention  than I would have wanted.

 Being pregnant
Weeks and months passed and I got used to being pregnant. My growing belly convinced me that, indeed, there was someone in there! Seeing a photo of myself holding and looking down at my belly was a revelation to me — I never thought we could look this beautiful.
Strip away all noise — the unsolicited advice, the shopping frenzy, the baby name choices — just you and me, we were beautiful. And somewhere between us were the beginnings of love.

 Not love at first sight
To say that I loved you at first sight would be a lie. In fact, instead of "I love you," the first words I uttered to you were, "You're so cute."
I thought that I would instantly fall deeply in love with you, but that would have almost been equivalent to falling in love with a stranger. We had just met.

It didn't help that, in the several weeks that followed, I was sleep-deprived and struggled with breastfeeding.
Then I got used to this thing called motherhood  and  you got used to this thing called living.

Love in the routine
Today, we do things moms and babies usually do.
You get hungry; I feed you. You get dirty; I clean you up. You sleep; I try to get some sleep. We play, read, sing and dance. Somehow, underneath the mundane, our love has been growing.

I love how your eyes light up when you see me or how those tiny fingers wrap around mine. I love it when you learn new words or say the same word over and over again. I love it when you kiss me or fall asleep in my arms.
You could do anything, even bite me while nursing, and I would still love you. In fact, you could do nothing and I would still love you.

Sweetie, I did not love you at first sight but I love you more every second of every day and everything in between

Secebis kisah masyarakat..kasihani anak itu

Assalamualaikum..
Pagi tadi melalui jalan-jalan biasa untuk ke pejabat
Alhamdulilah boleh keluar rumah agak lambat sementelah cuti sekolah
Jadi kesesakan jalan amat kurang

Hampir dekat  satu sekolah agama.. lampu isyarat untuk orang melintas jalan bertukar merah
dalam hati dah mengomel.. hai.. siapalah nak melintas nih.. bukanke sekolah tengah bercuti, ade orang nak pegi sekolah ke??

Di seberang jalan sana kelihatan seorang perempuan (ibu muda.. mungkin lebih muda dari saya), memakai uniform kerja warna kelabu, bertudung dan berseluar gelap nak melintas jalan & ada sorang budak lelaki kat belakang dia tapi budak tu berteleku di tepi longkang berseluar  track merah dan ber T-shirt putih lengan pendek (teka saya seusia 7-8 tahun).. tetiba pompuan ni pusing balik & tarik budak lelaki ni bangun dan pukul-pukul di bahu. Ya Allah bergaduh apa nih dengan budak sebesar itu? Detik hati kecil saya.. 

Kemudian nampak dia macam memarahi budak lelaki tadi terus pusing nak meneruskan melintas jalan dan budak  lelaki tadi ikut dari belakang.. Tapi jalannya tak lancar macam budak normal, terdengkut-dengkut. Wajahnya juga nampak dia bukan anak normal  Bila hampir je nak ke bahagian tengah jalan tetiba budak lelaki tu tersadung entah apa.. dan tersungkur di atas jalan tar. Perempuan di depannya terus jalan tanpa ambil kisah apa berlaku di belakangnya.. Lampu isyarat pun dah bertukar ke warna hijau ketika itu.. Gigihnya anak itu bangun sendiri dan teruskan ikut ibunya rasa saya melintas jalan. 

Mujur kereta di sebelah sana tak terus bergerak bila lampu dah bertukar hijau sehingga kedua-dua manusia itu berada di bahagian tengah pulau pembahagi jalan. Mereka terhenti di tengah-tengah jalan sebab lampu isyarat dah bertukar hijau.. saya tak tahu bila mereka berjaya melepasi jalan dua lorong yang sibuk tersebut. kereta lain meneruskan perjalanan begitu juga saya.

Tapi hati saya tertinggal bersama anak itu, tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan. Kenapa begitu tindakan ibunya?? (jika benar wanita muda itu ibunya) Anak itu anugerah, baik buruknya juga anugerah.. lebih dan kurangnya juga anugerah yang tak boleh dibeli di mana-mana pun. Anak itu belum cukup dewasa untuk memahami apa yang telah kita fahami dan pelajari. Akalnya tak sesempurna kita yang dewasa ini kalaupun dia manusia sempurna seusia itu. Tergamaknya hati seorang ibu.
Telah habiskan sifat sayang dan ehsan ke atas anak itu? Atau sayangnya berpada-pada? sehingga begitu tindakannya??

Akal saya yg sejengkal ini mentafsir itu perbuatan yang salah pada anak seusia dia. Biarpun dia tak sempurna dia tetap anak yang perlu dididik. Bukan dengan cara didikan yang begitu.
Biarpun dia nakal atau tidak mendengar kata pasti ada jalan dan cara yang lebih baik. Telah dikatakan anak itu adalah sehelai kain putih yang dicorakkan ibu bapanya. 
Jadi insafilah diri jika anak itu nakal atau tidak mendengar kata dan nasihat. Bukan anak yang gagal untuk jadi sebaiknya.. tapi ibu bapa yang gagal untuk mencorakkan anak itu menjadi baik
Seandainya ditakdirkan anak itu dilanggar kereta yang lalu lalang atau dipanggil Allah untuk pulang agaknya apa yang si ibu rasa?
Terkilan kah dia? menyesalkah dia? duka dan lukakah hatinya atau tersenyum gembira melepaskan beban yang terpikul?

Allahu Robbi.. engkau yang maha mengetahui..

Memang saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka tapi wajarkah perbuatan sebegitu terjadi di depan khalayak? Siapa perempuan itu yang layak untuk memukul-mukul anak seusia itu di tepi jalan raya yang sibuk? Agaknya kalau pompuan itu di tampar-tampar di depan khalayak sebagai balasan apa perasaan dia? Haish!!! emosi terganggu di pagi hari


Biar kurang makan..Jangan kurang ajar

Assalamualaikum
Lama betul takde entri pasal emosi (intro aje dah mengambarkan emosi kacau.. muahaha)
Dalam berkawan.. mengenali orang.. macam-macam yang kita jumpa
Ade yang baik, ada yang suam-suam kuku, ada yang hot, ada yang rasa kebal je,
ada yang diva, ada yang kekwat, ada yang cool, ada yang caca marba campoq segala,
ada mulut macam puaka, ada yang depan kita baik, belakang kita pun baik punya kutuk, ada macam insan dibawah lindungan kaabah tazkirah bagai.. tapi hanya topeng sementara,
Owh!! sangat macam-macam

Tapi dalam banyak-banyak tak baik tu.. bab mulut/penulisan & adab la yang paling buruk akibatnya kan
Mintak dijauhkan dari segala kejahatan & ketidakbaikan untuk diri sendiri serta semua yang saya dampingi
Ya Allah.. berilah aku sesuatu itu kebaikannya.. dan lindungi aku dari kejahatannya

Seorang kenalan.. sapanya pada suatu hari pertemuan
Dia : Dah makan?... Belum?? takpe.. BIAR KURANG MAKAN.. JANGAN KURANG AJAR
Kenalan : Terpinga...
Pastu dua-dua orang sengih senyum
Walaupun macam gurau senda.. tapi perkataan tu membekas di minda saya apa yang dibualkan.
Ada betulnya apa yang dia katakan.

Tambah zaman serba moden sekarang dengan teknologi canggih & henpon mahal.. lagi mudah sebarkan cerita, keburukan (sangat tak bagus). kebaikan (itu bagus), mengumpat cara tak bercakap, pulaukan orang pun ye jugak.. dalam kawan-kawan segroup.. ada group ini tak de sipolan.. atas sebab tertentu.. ada pulak group yang lain si polan ini pulak yang takde.. kesian terpaksa hadapi. terpaksa tengok kerenah orang.

Pendapat saya.. setiap apa yang diluahkan dan ditulis.. biarlah fikir dengan akal yang Allah bagi..
Kalau sekali mungkin kesilapan tak sengaja.. tapi kalau dua kali.. kurang bijak atau perkataan tak baiknya adalah BODOH
Atau sebenarnya memang jenis "cerdik tak leh tumpang bodoh tak boleh diajar.." macam dia je yang betul bila berkata-kata

Saya sendiri  bukan sempurna.. tapi belajarlah cari kebaikan. Berusahalah untuk buat dan jadi terbaik.
Tak payahlah mendabik dada sekiranya dah mendapat pangkat  besar, janganlah aniaya orang lain yang sama-sama nak cari rezeki.
Kena ingat Allah dah kata sekiranya kita buka aib orang, Allah akan buka aib kita.
Sangat takut balasan Allah itu, sebab sedar diri tak sebaik mana


huh panjang benar merepek nih!!
Tapi tu lah dah lama tengok perangai orang-orang nih yang rasa sangat diva.. sangat bagus sampai boleh buat dan cakap apa saja pada orang lain tanpa ambil tahu apa yang orang lain tu rasa.
Sekali mungkin boleh anggap gurauan.. kalau ulang-ulang tu.. rasanya dah melampau.
Lempang mau!?? macam ramai benar yang pernah dilempang.. muahahaha!!!
Ada pulak ayat AAK ada aku kesah???
sangat la bagus rasa diri dia kan??
OK babai.. penat dah.. kalau rajin bebel lagi next entri

Jumaat yang emosional :P




Puasa & persiapan pra raya

Assalamualaikum..
Tahun ni giliran beraya di sebelah ayah FH
bermakna kita raya di Besut.. Yeay!!!
boleh makan kepok tiap-tiap hari

Persiapan nak beraya adalah ala kadar
Baju raya sendiri pun tatau colour apa.. hahaha..
tak tengok pun.. sebab mami yang beli kain. pegi tempah & dalam tempoh penghantaran
in sha allah esok sampai kot

Tahun ni tahun pertama beraya bertiga..
Myself.. hubby & baby -soon dah nak jd toddler dah anak mama
Tengok kawan-kawan yang juga pertama kali beraya dengan baby..
bukan main banyak belikan baju untuk anak
ye lah.. teruja kot nak beraya dengan baby
Mama FH pun..
 
Ber whatsApp dengan adik ipar..
dia bagitau.. belikan untuk  lil son baju raya dah almost RM400
uish!! anaknya baru umo 5 bulan
Itupun belum habis shoping untuk sikecil A
Mama FH bagitau.. untuk FH tak sampai RM100 belanja beli baju raya
Kasut orang bagi, baju 2 pasang xRM20++, jeans orang bagi,T-shirt pun, baju kurung Tok Sarah beli kain & jahit, bayar dengan kasih sayang.
Takdelah  boleh mama susun baju FH penuh katil pastu post gambar kat blog ni..
Fh takde baju sebanyak tu..

Atau ayah nak tambah budjet untuk menceriakan dan sebagai terapi untuk mama?
Hahahaha.. who knows kan.. ujung minggu ni ke :p


Semangat pakai bayi (baby wearing)

Assalamualaikum..
Akak memang semangat nak ber baby wearing ni..
sebelum birth baby mmg  dah pasang niat
Sebab sedar diri yang comel lagi tangan tak berapa kuat untuk pegang baby
orang kata kalau dah ada anak.. mesti boleh punya
memang macam tu sebenarnya
Tertido pun  anak tak lepas dari pegangan (jangan tiru aksi ini :p)
 Kuatnya kuasa ibu kan..

Sebelum birth ada kawan bagi ring sling
memang akak pakai g shoping segala
Tapi mami kurang suka
Dia kata dah macam bibik gayanya
Takpelah..
Janji FH & maknya selesa N serasi bersama

Ade gaya bibik ke

ni gambar masa FH baru lepas pantang, muka maknye masih kembang-kembang memang dah dasar kembang setaman belum kecut habis lagi
Akak belum masuk keja pun lagi masa tu . Masa ni kat hentian duta hantar mami balik Kedah

Dengan sling ni jugak akak dah ajar FH seterika baju & tudung akak
Harapnya satu hari nanti FH boleh tolong akak buat keje-keje tu


Lepas tu terasa nak upgrade
Hasilnya...

Tada!!!!



Hasil upgrade for baby wearing

puas hati akak.. hehe
lame tau dok usha kat web site
dah pinjam & try other brand jugak dari opismate
Sekarang tengah ada offer.. terus termakan hasutan diri sendiri beli benda ni
Mula dok ushar brand boba.. tapi bila sampai kedai lain pulak yang dibeli
owh.. !! memang tak tetap pendirian

Yeay!!!
Akhirnya berjaya meng UPGRADE diri sendiri
walaupun FH tataulah suka ke tidak.. akak tak kisah.. paksa juga anak masuk dalam ni
Ayahnya pun tak berapa suka dia cakap akak yg comel ni tenggelam dalam carrier ni skali
Tetap tak peduli!!



FH sayang.. kena suka tau
mama beli ni untuk kendong FH kemana jua mama pergi
Happy baby wearing ~ xoxo ~