kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Mopiko datang!!!

Ingat lagi iklan zaman kecik-kecik dulu.
Iklan mopiko untuk hilangkan kegatalan dan bintil sebab kena gigit nyamuk dan yang sewaktu dengannya.
Meluat wei.. mengadanya rasa..
Sapalah yang nak kena nyamuk sampai kena beli mopiko buat ubat
Akak adalah kebal je setakat nyamuk hutan getan dan dusun.. lintah pacat bagai adalah mainan je
Kalau pacat tu main potong-potong kerat kerat guna kuku akak yang tajam ni ( owh now akak sedar dari mana fh mewarisi sifat cakar2 kukutajam)
Anak katak si berudu akak picit-picit keluar perut berpusar.. owh giler ganas bunuh anak katak secara kejam..insaf dah sekarang ni
Rumah akak adalah dihujung kampung ditepi  bukit dan ada anak sungai mengalir.. boleh berendam tiap tiap hari lepas balik sekolah.. tak payah p jeram sungai bagai kalau setakat nak main air..
ish sudah lari tajuk
Tapi sekarang ni.. anak akak is fragile dengan nyamuk.. balik kampung konpem kena bawa mopiko. Sepupu fh ok je if tido ramai ramai tanpa kelambu
Tapi si hensem fh lahir kat hospital selayang ni berkulit ala ala manja konpem penuh bintil.
Kesian anak mama..
Tu lah.. lain kali jangan nak gelak atau pandang benda tu sebelah mata.. ada masanya.. kita akan perlukannya
Terima kasih manusia yang invent mopiko tu..
tengok dahi dia merah.. ni nyamuk kt area hentian hill view sebelum terowong menora hala utara
tido berjemaah masa kat umah moyang FH.. huhu cian anak mama kena gigit nyamuk
 hensem tak  dengan red spot ni?

Tazkirah Jumaat 11muharram 1435

Assalamualaikum

Serba sedikit tentang apa yg saya dengar dan belajar tadi..
semoga jadi bekalan dan ingatan untuk diri sendiri.

1. Keharaman menganiaya dan mengembalikan apa2 hasil dari penganiayaan
Contohnya mengambil hak orang.. walaupun sejengkal tanah, pada hari kiamat akan dikalungkan 7 lapis tanah sebagai siksanya..
Bawalah dia kemana mana pergi dengan kalungannya..

Pada suatu perang di zaman rasullullah saw. Seorang sahabat yang mati syahid kerana berperang tetapi dinafikan syahidnya kerana semasa perang si fulan ada mencuri harta rampasan iaitu hanya sepasang baju..

Hatta binatang pun akan dihisab sekiranya melakukan aniaya pada binatang lain

Sekecil kecil perkara @harta yang dikira walaupun kayu sugi yang diambil tanpa izin akan dihisab

Muhasabah diri..

Faiz Hannan 10 bulan 2 minggu

assalamualaikum..
lama tak letak muka anak bujang mama kt sini.
dah 10bulan dah.. cepatnya masa berlalu
gigi bawah dua batang dah lama ada.. few days ni nampak dua lagi gigi atas nak kluar
asyikla nak menggigit orang..
mangsanya mestilah ayah & mama
suka lompat lompat sampaikan ada bulan yang sepanjang masa bibir mama lebam
kena hantuk kepala Faiz
mama je sakit.. Faiz sengih je
suka usap muka mama dan ayah
sampai calar.. huhu.. hilang kejelitaan mama & ketampanan ayah
mama n ayah pesan if kat rumah bby sitter jangan buat gitu dengan kawan kawan
nanti FH Tak de orang nak kawan
tataulah camne dia kat umah bby sitter tu
semoga Allah pelihara semuanya 
Faiz suka bebel.. suara dah kuat
masa baby dulu sampai ada orang kata baby yang baik tak nangis
sebab Faiz nangis slow sangat.. orang tu tak dengar
perkataan  kluar baaabah... baaabaah
Ayah kate abah kat kampung- refer to abah saya - Tok abah Faiz
OOOooohh Uhhh  Ishhhh 
moncong-moncong mulut
Tak pulak ade sebut mmmm mm bunyi-bunyi nak panggil mama..
mama sentap ~_~



Kick you mama!!


memori daun pisang - 1st time jumpa @ kampung mama


here i'm. @kampung ayah


1st time main pasir


owh sedapnye makan pasir


FH & Mama


Ayah & FH

Ya Allah.. pinjamkan dia seumur hidupku