kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Mopiko datang!!!

Ingat lagi iklan zaman kecik-kecik dulu.
Iklan mopiko untuk hilangkan kegatalan dan bintil sebab kena gigit nyamuk dan yang sewaktu dengannya.
Meluat wei.. mengadanya rasa..
Sapalah yang nak kena nyamuk sampai kena beli mopiko buat ubat
Akak adalah kebal je setakat nyamuk hutan getan dan dusun.. lintah pacat bagai adalah mainan je
Kalau pacat tu main potong-potong kerat kerat guna kuku akak yang tajam ni ( owh now akak sedar dari mana fh mewarisi sifat cakar2 kukutajam)
Anak katak si berudu akak picit-picit keluar perut berpusar.. owh giler ganas bunuh anak katak secara kejam..insaf dah sekarang ni
Rumah akak adalah dihujung kampung ditepi  bukit dan ada anak sungai mengalir.. boleh berendam tiap tiap hari lepas balik sekolah.. tak payah p jeram sungai bagai kalau setakat nak main air..
ish sudah lari tajuk
Tapi sekarang ni.. anak akak is fragile dengan nyamuk.. balik kampung konpem kena bawa mopiko. Sepupu fh ok je if tido ramai ramai tanpa kelambu
Tapi si hensem fh lahir kat hospital selayang ni berkulit ala ala manja konpem penuh bintil.
Kesian anak mama..
Tu lah.. lain kali jangan nak gelak atau pandang benda tu sebelah mata.. ada masanya.. kita akan perlukannya
Terima kasih manusia yang invent mopiko tu..
tengok dahi dia merah.. ni nyamuk kt area hentian hill view sebelum terowong menora hala utara
tido berjemaah masa kat umah moyang FH.. huhu cian anak mama kena gigit nyamuk
 hensem tak  dengan red spot ni?

No comments:

Post a Comment