kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Terharu

Assalamualaikum..
Semalam dpt courier dr kampung.. kiriman si acik adik mama..
Dalam tu ada sehelai jubah putih sebab ada orang nak pinjam..
Pastu ada lg dua plastik asing
Buah manggis dan buah rambutan
Terharunya...
Mesti mami yang soh acik courier ni
Tiap-tiap tahun camtulah
Mesti mami pos buah dari dusun kalau musim buah...
Walaupun baru balik kampung 2 minggu lepas
Tapi masa tu rambutan baru sikit yang masak.. dapat jugak bawa balik sini.. tapi manggis xnampak pulak yang boleh dipetik dan dikait..
Minggu ni dah masak la tu.. dapatla si perut besar ni merasa.. huhuhu
Tapi di hati sangat la rasa terharu..
Mami ingat kat anak dia yg dh agak kertu & lebih dewasa ni..
Dah pesan kami boleh beli kat sini..
Tapi hati ibu.. agaknya masa dok makan buah buah tu ingatkan mama yang jauh ni.
Ntahkan dapat makan ke tidak buah buahan tu..  hai lah mami.. terima kasih sangat-sangat
Sayang mami abah hingga hujung nyawa..


Ni lah buah buahan segar dari dusun Kedah sinun.. yang ni je sempat bergambar :)

Secebis kisah masyarakat..kasihani anak itu

Assalamualaikum..
Pagi tadi melalui jalan-jalan biasa untuk ke pejabat
Alhamdulilah boleh keluar rumah agak lambat sementelah cuti sekolah
Jadi kesesakan jalan amat kurang

Hampir dekat  satu sekolah agama.. lampu isyarat untuk orang melintas jalan bertukar merah
dalam hati dah mengomel.. hai.. siapalah nak melintas nih.. bukanke sekolah tengah bercuti, ade orang nak pegi sekolah ke??

Di seberang jalan sana kelihatan seorang perempuan (ibu muda.. mungkin lebih muda dari saya), memakai uniform kerja warna kelabu, bertudung dan berseluar gelap nak melintas jalan & ada sorang budak lelaki kat belakang dia tapi budak tu berteleku di tepi longkang berseluar  track merah dan ber T-shirt putih lengan pendek (teka saya seusia 7-8 tahun).. tetiba pompuan ni pusing balik & tarik budak lelaki ni bangun dan pukul-pukul di bahu. Ya Allah bergaduh apa nih dengan budak sebesar itu? Detik hati kecil saya.. 

Kemudian nampak dia macam memarahi budak lelaki tadi terus pusing nak meneruskan melintas jalan dan budak  lelaki tadi ikut dari belakang.. Tapi jalannya tak lancar macam budak normal, terdengkut-dengkut. Wajahnya juga nampak dia bukan anak normal  Bila hampir je nak ke bahagian tengah jalan tetiba budak lelaki tu tersadung entah apa.. dan tersungkur di atas jalan tar. Perempuan di depannya terus jalan tanpa ambil kisah apa berlaku di belakangnya.. Lampu isyarat pun dah bertukar ke warna hijau ketika itu.. Gigihnya anak itu bangun sendiri dan teruskan ikut ibunya rasa saya melintas jalan. 

Mujur kereta di sebelah sana tak terus bergerak bila lampu dah bertukar hijau sehingga kedua-dua manusia itu berada di bahagian tengah pulau pembahagi jalan. Mereka terhenti di tengah-tengah jalan sebab lampu isyarat dah bertukar hijau.. saya tak tahu bila mereka berjaya melepasi jalan dua lorong yang sibuk tersebut. kereta lain meneruskan perjalanan begitu juga saya.

Tapi hati saya tertinggal bersama anak itu, tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan. Kenapa begitu tindakan ibunya?? (jika benar wanita muda itu ibunya) Anak itu anugerah, baik buruknya juga anugerah.. lebih dan kurangnya juga anugerah yang tak boleh dibeli di mana-mana pun. Anak itu belum cukup dewasa untuk memahami apa yang telah kita fahami dan pelajari. Akalnya tak sesempurna kita yang dewasa ini kalaupun dia manusia sempurna seusia itu. Tergamaknya hati seorang ibu.
Telah habiskan sifat sayang dan ehsan ke atas anak itu? Atau sayangnya berpada-pada? sehingga begitu tindakannya??

Akal saya yg sejengkal ini mentafsir itu perbuatan yang salah pada anak seusia dia. Biarpun dia tak sempurna dia tetap anak yang perlu dididik. Bukan dengan cara didikan yang begitu.
Biarpun dia nakal atau tidak mendengar kata pasti ada jalan dan cara yang lebih baik. Telah dikatakan anak itu adalah sehelai kain putih yang dicorakkan ibu bapanya. 
Jadi insafilah diri jika anak itu nakal atau tidak mendengar kata dan nasihat. Bukan anak yang gagal untuk jadi sebaiknya.. tapi ibu bapa yang gagal untuk mencorakkan anak itu menjadi baik
Seandainya ditakdirkan anak itu dilanggar kereta yang lalu lalang atau dipanggil Allah untuk pulang agaknya apa yang si ibu rasa?
Terkilan kah dia? menyesalkah dia? duka dan lukakah hatinya atau tersenyum gembira melepaskan beban yang terpikul?

Allahu Robbi.. engkau yang maha mengetahui..

Memang saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka tapi wajarkah perbuatan sebegitu terjadi di depan khalayak? Siapa perempuan itu yang layak untuk memukul-mukul anak seusia itu di tepi jalan raya yang sibuk? Agaknya kalau pompuan itu di tampar-tampar di depan khalayak sebagai balasan apa perasaan dia? Haish!!! emosi terganggu di pagi hari