kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Countdown - 6, 5, 4,3,2.. days

Alhamdulilah
Masih lagi diberi kesempatan menaip diwaktu kerja
muahahaha..
keje dah la banyak nak siapkan sebelum makcik pegi honeymoon babymoon 2 bulan
hoi.. bakal susahkan orang kat opis. Ye ke?
Ke derang lagi best makcik perut besar tak de kat opis :p

Hmm.. tinggal lagi beberapa hari sebelum baby ni keluar
Kalau ikut hitung panjang, lagi 16hari..
kalau ikut hitung pendek ada lagi 6 hari.. sungguh lalat masa berlalu how time  flies

Baju baby baru basuh minggu lepas, lepas dapat surat masuk wad
Lampin baby baru ayahandanya beli semalam
Kalau masa FH dulu, 2 bulan sebelum ayahanda korang dah mula kumpul diaper untuk baby
Pegi mana-mana jumpa diaper yang murah mesti beli buat stok..
Ni pun tak habis lagi basuh barang baby..
Barut, mitten & booties belum basuh
mama ingat sehari sebelum masuk wad baru nak siapkan betul-betul
huhu!! very last minute
Macam serba tak kena je..memang la kan.. dah tak siapkan awal-awal
Haih!!!

Sekarang ni bangun pagi lepas solat subuh mesti nak merangkak naik kat katil balik.
Nak buat regangan dan betulkan segala urat kat tilam yang empuk..
Rasa macam seluruh urat dan keting serta otot macam baru je buat larian jogathon bagi orang yang tak pernah exercise 5-6 tahun. Macam baru je lepas panjat gunung Nuang sehari lepas
Huih!! punya la kejang dan melekat..
Hasilnya pukul 9pagi lebih baru boleh sampai opis. Dah sampai lambat kenelah balik pun lambat..
Ni ada beberapa hari lagi ni.. harap-harap janganlah makin lambat datang keja..
Ya Allah kuatkan semangat demi rezeki yang halal untuk keluarga..

Di sini ingin saya memohon ampun dan maaf andai ada yang terasa hati ketika membaca coretan saya
selama saya bersiaran.Sedar diri ini serba kekurangan. Maafkanlah kekurangan dan kekhilafan diri..



I was not ready for you - copy paste

just copy paste.. tp lupa kat mana ambil ni.. dear owner.. izinkn i share di sini..  

Buat anak-anak mama..
Cinta mama tanpa syarat untuk kalian
Anak-anak mama hadiah terindah dalam hidup mama
Tiada yang lebih bernilai dari kalian
Terima kasih Allah

I was not ready for you. I thought I was, but I wasn't. What they said was true: you can never be fully prepared to be a mom.

Three positive pregnancy test kits were not enough to make me jump in excitement. I wanted that. I wanted  that giddy feeling with matching tears of joy, just like in the movies.
But my life was not a movie.

The truth was that I was happy. But more than that, I felt awkward. The thought of having something — okay, fine — carrying someone in my tummy made me feel self-conscious. Suddenly, I was getting more attention  than I would have wanted.

 Being pregnant
Weeks and months passed and I got used to being pregnant. My growing belly convinced me that, indeed, there was someone in there! Seeing a photo of myself holding and looking down at my belly was a revelation to me — I never thought we could look this beautiful.
Strip away all noise — the unsolicited advice, the shopping frenzy, the baby name choices — just you and me, we were beautiful. And somewhere between us were the beginnings of love.

 Not love at first sight
To say that I loved you at first sight would be a lie. In fact, instead of "I love you," the first words I uttered to you were, "You're so cute."
I thought that I would instantly fall deeply in love with you, but that would have almost been equivalent to falling in love with a stranger. We had just met.

It didn't help that, in the several weeks that followed, I was sleep-deprived and struggled with breastfeeding.
Then I got used to this thing called motherhood  and  you got used to this thing called living.

Love in the routine
Today, we do things moms and babies usually do.
You get hungry; I feed you. You get dirty; I clean you up. You sleep; I try to get some sleep. We play, read, sing and dance. Somehow, underneath the mundane, our love has been growing.

I love how your eyes light up when you see me or how those tiny fingers wrap around mine. I love it when you learn new words or say the same word over and over again. I love it when you kiss me or fall asleep in my arms.
You could do anything, even bite me while nursing, and I would still love you. In fact, you could do nothing and I would still love you.

Sweetie, I did not love you at first sight but I love you more every second of every day and everything in between

Klinik Aneastasia

harini saya ada temujanji kat klinik aneastasia.
Nama macam janggal je kan
Tapi sebenarnye takdok lah ape pun
klinik aneastasia ni sebenarnya klinik bius.. hahaha
Sumpah saya tak pernah tahu..
Kalau sebelum ni terpandang pun buat endah tak endah je

Kat klinik ni pakar bius buat penilaian ke atas diri empunya badan yang akan dibedah
Saya dapat giliran nombor 3.
Sebelum saya no 1 & 2 adalah pesakit kanak-kanak.
Yang sorang tu tak tau sakit apa & nak bedah part mana
Yang sorang lagi kanak-kanak lelaki usia 3 tahun berketurunan cina.
Nak operate mata. Matanya macam juling.. tetapi senyuman sentiasa terukir di bibir
Melting me setiap kali pandang dia.
Sekali pandang, dia cuma besar sikit je dari FH.
Hajat hati nak bagi coklat crispy kat dia tapi hubby tak kasi (henbeg saya selalunya ada stok coklat & air kotak.. kadang untuk FH selalunya untuk diri sendiri :P)
Katanya entahnya budak tu elergi ke apa.. suka hati nak bagi kat anak orang
huhuhu..
tu lah.. anak orang kan
Kita tak tau.. kadang nak sentuh baby orang pun takut..
Takut sentuhan saya boleh buat orang tambah elergi atau apa-apa..

Kat klinik aneastasia ni berat badan, tinggi dan kadar denyutan nadi diambil
saya diberi penerangan tentang kemungkinan serta sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku terhadap diri yang akan menjalani pembedahan  selepas dibius.
Kesan selepas dibius dan lepas pembedahan..
Hmm sekali sekala gementar juga dijiwa
Luckily nurse dan doktor tu baik-baik belaka dan manis orangnya 
Kalau dibius cinta lagi best kan..

Kalau sebelum ni 2 kali menjalani pembedahan tidak pulak kena jumpa & diskas bab bius ni..
Tapi kali ni kalau ikut nurse tu.. sebab pembedahan ni dirancang lebih awal maka pihak hospital nak saya  jalani penilaian bius apa yg terbaik untuk saya.. (owh!! baru tau ada banyak jenis bius) ye la kan.. kalau tak xkan la kena ada pakar yang attend sekadar untuk bius je kan..
Kata nurse lagi.. kalau yang pembedahan kecemasan tu doktor menilai dengan apa yang ada dan nampak sahaja..
tapi  kalau part saya.. well plan ni.. so derang nak everything pun well plan. Sebab saya thalesemia trait - komplikasinya.. darah agak kurang pekat, anemia, jika berlaku potongan pada tempat yang tak patut menyebabkan darah banyak keluar & susah nak tutup tempat yang luka tu. Sebab lain.. saya ada fibroid yang doktor tak nak usik sebab bimbang berlaku lebih pendarahan. Fibroid ni memang ada sejak sebelum FH wujud dalam rahim saya.. kalau dulu peneman FH sekarang peneman adik FH.
Doktor takde pulak cakap nak buang fibroid tu sebab lepas bersalin FH dulu dia mengecil dari 10cm jadi 4cm dan harapnya boleh terus kecil tapi dah mama FH mengandung lagi.. maka dia pun besar balik jd 10cm

Apapun semoga saya selamat menjalani  pembedahan, selamat dibius.. selamat dapat baby
the most precious moment ever.. ^-^

Check up - 36minggu

Semalam pegi checkup kat hospital Selayang
Pukul 7.45pagi dah terpacak beratur kat kaunter pendaftaran..
Lepas kaunter pendaftaran baru pegi ke kaunter klinik pakar O & G
Dapat nombor 21.. huhu
Kalau nak nombor sepuluh ke bawah kene beratur dari pukul 7 pagi kot
Tapi mata mama berat nak celik awal-awal sekarang ni
Lepas solat subuh kena rebahkan jugak badan..
Kalau tak alamatnya kepala jadi berat.. pening-pening sampai petang
Pastu nak marah semua orang and bad mood..
dari jadi hantu tak tentu arah.. baiklah tidokan diri.. sedap jugak :p

Minggu ni kandungan cecah 36 minggu
Uish!! semakin dekat dah
Perut dok la mengeras.. jarang sgt dapat tendangan kuat dari orang dalam
Ye la.. ruang dah sempit.. xde space nak angkat kaki tangan tinggi tinggi nak smash mama

Macam biasa.. lepas dapat nombor giliran, buat urine test & ambil tekanan darah & berat,
Semua normal.. berat mama???
Ringan je.. owh!! perasaan sangat kan.
Ringan 2kg dari minggu lepas (minggu lepas checkup kat KK baru 60kg)
Minggu ni jadi  58kg je. Mana p hilang berat 2kg tu?? Mama syak penimbang tu la yang tipu
Saja nak mama syok berat jadi kurang.. hew hew hew.. Feeling slim melim dari belakang..
Belah depan dan tepi xpayah review la kan..
Max weight masa preggy FH 62kg.. agaknya boleh cecah berat yang sama jugak kot nanti..
Lepas ambil tu mama p minum & makan kat kantin.
Kantin sekarang ni kureng best berbanding masa dok ulang check up ngandungkan FH dulu
Nak tunggu doktor lame lagi ni.. dalam pukul 10 baru dapat jumpa doktor.

Semuanya ok jugak..
Berat baby anggaran 2.85kg.. ni dah lebih berat dari FH masa lahirkan dia..
Kepala baby sejajar dengan kepala mama.. hew hew hew
Masuk ni dah 3bulan kepala anak mama ni kat atas je..
tanak turun-turun.. hai lah anak mama
so besar kemungkinan mama kena jalani pembedahan untuk birth baby
Mama tanya doc.. bila nak decide untuk c-sect atau normal birth
Doc cakap.. today!! pastu dia senyum.. mama pun senyum dalam kejutan
Hmmm.. semoga segalanya dipermudahkan..
Doc buat surat untuk masuk wad 31 August ni.. pastu 1 sept operate

Heh!! dalam hati serba celaru
Kejap macam best kejap macam tak best..
Best sebab debaran untuk tunggu baby baru akan berhenti hingga 1 sept je
Lepas tu dah boleh gomol-gomol baby :D
Tak payah berdebar sangat nak tunggu tanda bersalin bagai..
Tak best sebab ramai orang review bersalin secara pembedahan sangat tak bagus
Lagipun lahirkan FH setahun sembilan bulan lps pun secara operate.. baru je lagi (kate orang)
Tapi apa yang mama hadapi.. tak de la teruk pun bersalin secara pembedahan
Takde pun rasa ngilu-ngilu ke ape sampai sekarang ni.
Cumanya sekarang kadang-kadang gatal-gatal kat tempat luka tu..
lepas letak minyak angin gatal-gatal tu pun hilang..
Agaknya bila perut besar.. tempat luka pembedahan tu meregang.. sebab tulah gatal
Tapi kat surface lain takde gatal pun

Dulu masa birthkn FH mama ambil epidural.. orang kata nanti sakit pinggang
Eleh orang yg sentiasa beranak normal dan takde apa-apa bius pun sakit pinggang jugak..
Boleh tak.. tak nak jumpa orang, tanak ber FB tanak bersosial..
sebab nanti komen-komen negatif buat mama depress
Ada opismate cakap jumpa bidan soh pusing baby.. pastu ada soh minta air selusuh untuk mudahkan bersalin
Hmm.. dulu masa FH minum jugak air selusuh.. tatau berapa botol..
Aleh-aleh bukanya 2.5cm je max.. sehingga ke malam ke-2
Mujur epidural jadi penyelamat.. kalau tak meraung la 2malam 1hari masa kat spital dulu
Sampai doc decided u ni lama sangat sakit lebih 8jam, so kena operate
See senang..
Walaupun sakit tu tak terasa akibat otak ditipu oleh epidural..
Mama lalok je asyik tido

So sekarang ni.. belajar positifkan diri
Setiap orang ada bahagian masing-masing.
Mungkin ini jalan terbaik untuk mama.. memudahkan mama
Seiring doa setiap kali lepas solat untuk memudahkan mama bersalinkan zuriat mama
Terima kasih Ya Allah

Selain surat masuk wad, doc bagi ubat tambah darah
Hopefully HB mama meningkat masa nak operate
HB dah beberapa bulan takat 9++ je. Makin turun setiap bulan.
Yang tu rasanya tak leh nak buat apa kot.. walaupun makan macam-macam
Sebab mama adalah pembawa Thalasemia.. so mild anemia is normal.. (normal pada mama)

Pesanan untuk diri sendiri..
Sila positifkan diri, apa yang datang dan ditakdirkan itu adalah yang terbaik dari Allah
Hadapi dengan tenang

Selamat hari raya 2014

Selamat hari raya.. maaf zahir batin dari kami untuk semua..
Tahun ni raya kat kedah.. tahun lepas kat tgnu n tahun depan insha allah kt terengganu jugak.. :p

Ye la...kita dh buat undang undang ikut giliran. Kalau raya puasa kt kedah raya haji kat tgnu.. tp thn ni raya puasa kat kedah.. raya haji nnti tengah berpantang (insha allah).. so maybe raya haji pun kt kedah.. hahahaha suka hati mak nak