kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

KEAJAIBAN MATEMATIK



" PERTAMA :
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

" KEDUA :
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111

" KETIGA :
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?

Cuba lihat simetri ini :
" KEEMPAT :
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Kurang hebat ?
Sekarang lihat ini :
Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematik, apakah ia
sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100% ?

Kita selalu mendengar orang berkata dia boleh memberi lebih
dari 100%, atau kita selalu dalam situasi dimana seseorang ingin
kita memberi 100% sepenuhnya.

Bagaimana bila ingin mencapai 101% ?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik dibawah ini dapat
membantu memberi jawapannya.

Jika
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ Disamakan sebagai 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Maka, kata KERJA KERAS bernilai :
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%
H-A-R-D-W-O-R-K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%
A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai
100% dalam hidup kita.

Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang
positif didalam diri, kita masih belum mencapai 100%.

Tapi, LOVE OF GOD
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%
atau, SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
( ertinya, Cinta & Kasih Sayang ALLAH melampaui Segalanya...)

Puasa & persiapan pra raya

Assalamualaikum..
Tahun ni giliran beraya di sebelah ayah FH
bermakna kita raya di Besut.. Yeay!!!
boleh makan kepok tiap-tiap hari

Persiapan nak beraya adalah ala kadar
Baju raya sendiri pun tatau colour apa.. hahaha..
tak tengok pun.. sebab mami yang beli kain. pegi tempah & dalam tempoh penghantaran
in sha allah esok sampai kot

Tahun ni tahun pertama beraya bertiga..
Myself.. hubby & baby -soon dah nak jd toddler dah anak mama
Tengok kawan-kawan yang juga pertama kali beraya dengan baby..
bukan main banyak belikan baju untuk anak
ye lah.. teruja kot nak beraya dengan baby
Mama FH pun..
 
Ber whatsApp dengan adik ipar..
dia bagitau.. belikan untuk  lil son baju raya dah almost RM400
uish!! anaknya baru umo 5 bulan
Itupun belum habis shoping untuk sikecil A
Mama FH bagitau.. untuk FH tak sampai RM100 belanja beli baju raya
Kasut orang bagi, baju 2 pasang xRM20++, jeans orang bagi,T-shirt pun, baju kurung Tok Sarah beli kain & jahit, bayar dengan kasih sayang.
Takdelah  boleh mama susun baju FH penuh katil pastu post gambar kat blog ni..
Fh takde baju sebanyak tu..

Atau ayah nak tambah budjet untuk menceriakan dan sebagai terapi untuk mama?
Hahahaha.. who knows kan.. ujung minggu ni ke :p


Sebenarnye siapa punye??

Assalamualaikum..
Mama ada beli diaper bag.. Kalau dah diaper bag mesti lah isi barang Faiz Hannan kan.
Tapi mama beli sebab nak bagi ayah bawa
Kesian bila ayah selalu galas handbag mama
Mama risau nanti ayah hilang ke_macho_an dia bila asyik dok galas handbag tu

Pastu.. mama jumpa gambar retis ni bawa diaper bag


google pic

see.. nampak macho kan.. sapa yang tau dia bawa diaper bag?
lepas survey bagai maka  mama order kat sini
Masa tu kat opis ni kengkawan dok sibuk nak beli henbeg fossil & coach
Sebab pakat-pakat dapat bonus
hmm yang dok galas baby je.. tak sesuai kot nak beli bag tu alasan.. sebab takde duit nak beli coach macam derang.. hewhewhew
Eh.. sape nak galas beg ni sebenarnye?? :p

Finally.. ini yang jadi pilihan ..Storksak Jamie Diaper Bag


sebab unisex.. paling suka sebab ada tempat isi botol susu yang  dual side zip thermo-insulated bottle pockets: keeps fluids warm/cool for up to 4 hours
senang nak bawa bekal FH, ada juga padded changing mat
lain-lain macam diaper bag biasalah.. banyak compartment
Owh mama suka sangat!!

budak kecik ni suka ke dapat diaper bag?

Sekarang ni tiap-tiap hari mama galas bawa g opis isi barang mama henpon beg duit, pen, kertas, bil, dan botol susu, pam untuk production susu FH
Hari minggu atau outing timeAyah yang galas.. isi barang mama henpon beg duit, pen, kertas, bil, diaper FH, susu, kain lampin..baju FH kalau perlu tukar masa outing
Tengok.. sangat multi purpose
Jadi sapa tuan punya sebenar bag ni??
Mama ke Ayah ke Faiz Hannan??
Semua orang pun boleh gunakan..


Jatuh katil

anak mama dah besar.. Yeay!!
tido melasak.. agaknya kalau boleh cakap dah minta seluruh ruang katil untuk dia sorang
lepas nenen terus pusing belah lain... owh sampai hati berpaling dari mama
tapi bukan setakat tu je.. nanti dia pusing lagi sampai hujung kaki mama
besyukur kalau mama tersedar boleh angkat tido betul-betul
tapi dulu semalam.. mama kelaut.. pengsan tak sedar donia
anak pusing-pusing tido memenuhi ruang macam dalam acara gimrama
sampai terkeluar ruang.. jatuh katil sudahh


image frm : www.gaiaonline.com

huhu.. terasa bersalah pada anak kecil itu
mama yang careless
apalagi meraung la sikecil mama..
kesian..
terus dukung bawa ke hall cari ayahnya
terjerit-jerit mama panggil ayah
dalam keadaan camtu mama hilang ingatan yang ayah g surau terawih
dah berkali-kali panggil tak jugak ayah menyahut.. ye lah orang takde kat situ macamana nak menyahutkan
Allahuakbar!!
berkali-kali mama ucap sambil gosok-gosok usap kepala FH
pastu baru teringat ayah FH takde..
anak kecil meraung lagi
finally.. mama suapkan nenen ke mulut
Alhamdulilah diam..
Phewww kus semangat.. sebelum ni dengar anak orang je jatuh katil
kini anak sendiri pulak

pic frm: www.hellinthehallway.net

kite memang takde baby cot
sebelum ni buat kubu bantal je if nak tinggalkan si kecil yang tengah tido
if dia jaga memang angkut bawa keluar dari bilik

kesian anak mama.. maafkan mama ye sayang
petangnya telefon tok sarah .. bukan main mengadu dia
tak padan kecik
siaplah mama bila FH besar esok.. buat salah je FH adukan dengan ayah & Tok Sarah



My busy FH

Assalamualaikum

Ada orang tak nak bagi anak tengok tv.. tak bagus
tapi nak wat camne kalau tak bagi itu yang dia nak, 
maknyer kene kehulu kehilir kendong anak
cemana nak menumis kalau kendong anak -- alasan--
nanti tak pasal-pasal anak kena minyak tumisan - alasan lagi--

Saya bagi jugak
sebab takde skill lain untuk pujuk FH dari tak minta dikendong


I'm bussy la mama ~ duck face~



Yeeee... mama nak ape??




apa yang bz sangat tu???

V

V

V

V

V

V

V

V

V





I'm surfing.. dont distub me




Amalan Dan Doa Untuk Mudah Dapat Zuriat

Assalamualaikum

saya dapat satu email berkenaan kesuburan. Page ni saya subscribe sejak saya TTC (try to conceive) sampai sekarang. Belum nak unscribe lagi page tu sebab banyak manfaatnya
Kalau tak nak ikut,saya jadikan sekadar bahan bacaan saya di masa lapang


mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan digandakan segala amalan kebaikan kita. Juga masa untuk kita memohon dari Allah kerana doa di bulan Ramadhan sebelum waktu berbuka adalah mustajab selain dari doa orang yang bermusafir dan doa orang yang teraniaya.

Tak ada hijab untuk doa itu dimakbulkan Allah

saya kongsikan di sini..


Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab”
Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.
Diceritakan dalam al-Quran: Ia berkata, 
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”
Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu. Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”

Allah berfirman kepadanya: 
“Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”
Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”
Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.
Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.
Doa Nabi Zakaria. a.s.
doa dapat zuriat
Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Ini kami petik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)
doa mudah hamil
Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.


untuk  artikel lain mengenai kesuburan, boleh ke sini

Salam Ramadan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk bernafas dengan kesihatan yang baik untuk sampai ke bulan Ramadan tahun ini..

Sangat terasa di hati bila mengenangkan arwah mak sedara suami yang telah kembali ke rahmatullah penghujung May lalu. Kali terakhir jumpa awal bulan May, masa tu kami sekeluarga balik kampung hubby.. pertama kali bawa si kecil ke kampung ayahnya. Kami buat majlis akikah untuk FH.
Mak sedara hubby masa tu dah sakit.. puasa tahun lepas menjalani pembedahan buang ketumbuhan di pankreas. Saya & hubby balik melawat dia di hospital USM Kubang Kerian lepas beberapa hari selepas dia menjalani pembedahan.Saya tengah mengandungkan FH ketika tu.

Saya tengok luka pembedahan tu, bukaan bentuk V yang distapler dari perut kanan ke dada dan ke perut kiri. agak ngilu dan ngeri di situ.Kulit sawo matangnya tak dapat menyembunyi kulit dan tubuhnya yang kekuningan bagai dibedak dengan kunyit.. mata putih pun bewarna kuning..

Kali terakhir jumpa mak cik hubby (Mok Yah) dah agak baik.. tapi masih tak berapa segar kata orang Besut, lepas ngundi dia kena pergi hospital semula sebab paru-paru berair. Sebelum tu dah pergi sedut buang air dah.  Kata-kata mok yah yang sering terngiang di telinga saya.. "puasa ni genap setahun mok yah sakit, doakan mok yah cepat sembuh".. saya angguk & iakan saja. 

Tak sangka mok yah tak sempat pun sampai  ke Ramadhan seterusnya. 
Semoga Mok Yah  bahagia dan tenang di sana.. Alfatihah..

Salam Ramadhan untuk semua, bersyukur berada di bulan ramadhan kesekian kalinya.. entah berapa kali lagi bisa melalui bulan rahmat ini.

Allahuakhbar..