kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Tengok pokok pun meleleh ailio!!

Salam
Yuhu!!! Jom kerja sambil berjimba
tugasan luar daerah.. Memang jalan-jalan tengok tengok je pun
Kawasan ni berkeluasan 50 hektar, akan dibangunkan dalam masa terdekat
Pemandangan yang hijau-hijau ni semuanya akan dimusnahkan

Tapi masa sesi lawatan ni.. saya adalah macam menjejes ailio sebab tengok pokok sayur yang sedap
Maklumlah dari opis tak sempat sarapan
Cuma sempat sedut milo dua tiga kali pastu panas...
Ahli rombongan dah nak gerak maka tuang ke sinki aje milo pujaan perut tu
Itu yang tengok pokok pun terjejes ailio.. 


Hijau bumi tuhan

Rasa nak joget hindustan di sini

Gambar saya sengaja dikecikkan sebab aiolls low profile tapi tetap nak show off.. Hahahaha!! camne tu?
ni bleh buat bahan bukti berada di tempat kejadian.


 ai olls yang bawa kertas besar di tengah halaman


batu-batu ni pun akan dipindahkan. Bleh bagitau sapa nak ye. Yang penting takde penghantaran, sila datang ambil sendiri. harga boleh runding


Pondok tu adalah kediaman penanam sayur ni.. Rasa saya mereka bukan muslim sebab beberapa en hanjing berlarian. Termasuk mengiringi pacuan 4 roda kami.
Hmm terfikir sayur yang saya makan selalu tu. Dari sini kah?

Ada lagi pokok-pokok sayur lain. Tapi pada hari kejadian henpon saya sangat tak memberi kerjasama.  Boleh pulak dia memadamkan diri.. sungguh derhaka.
Sib baik ada ahli rombongan lain yang sudi ihsankan gambar ni.

Maka tak dapat la nak menjejeskan ailio orang lain bila tengok pokok dengan seni fotografi.
Insya Allah ada rezeki ke sini lagi. Mungkin sebelum ianya dihapuskan. Mungkin masa tu juga tujuan saya ke sana untuk perancangan memusnahkan dan meratakan kawasan ini. Kejam!!

Kejiranan tanah ni ada jugak dusun  durian. Pokoknya rendah saja dan diselaputi lumut dan pokok duit-duit. Sangat cantik pada pandangan mata saya. Ada anak sungai yang satu hari nanti akan dialihkan  dan dihentikan alirannya.
Telahan saya.. tak mustahil satu hari nanti akan terjadi banjir di kawasan ini. Wallahu a'lam
Kalaulah segalanya boleh dikekalkan..
Tetiba macam pencinta alam.. yes i'am. Tapi dalam masa yang sama, kerjaya saya mendorong merosakkan alam.. hmmm.
Ada tak orang jabatan hutan ke yang bersangkutan alam nak ambil saya kerja supaya iaolls tak lagi terlibat dalam merosakkan alam..
Peace!!



FH and the gang

Aktiviti FH masa di kampung
3 bln lepas.., huih lame dah!!!
masa ni mama pantang di kampung
FH main dengan sepupu yang 5-6 bulan lebih tua darinya
hampir sebaya tapi tahun lain-lain
sebab FH keluar jenguk dunia yang fana ni 3 hari pada tahun berikutnya




Dari kiri : Afiq, FH & Iman

kat kampung banyak kenderaan berat yang comel camnih. Backhoe tu pun ada banyak jenis dan saiz
budak bertiga ni la yang memeriahkan suasana
harap bila besar esok boleh tolong tok Sarah 
Iman kuat nangis dan paling pandai cakap
Afiq suka sapu sampah di luar dan dalam rumah
FH???
suka masak lah.. hehehehe
Habis kelentang kelentung dapur tok Sarah
Mujur jugak kawasan rumah luas, senang nak tarik perhatian FH ke arah lain
Pastu sepupu FH lebih suka buat out door aktiviti.. so FH pun ikut diorang
Kalau tak jenuh mama nak kepung FH dari dok angkat segala pinggan mangkuk periuk senduk 
sebab Tok Sarah punya rak pinggan jenis open
Lagi menarik perhatian FH, senang nak angkut


Yeay!! dapat ikut ayah

Hari sabtu pagi bersiap ikut ayah p team building kat PD. sampai dalam pukul 12.00tgahri. Sib baik ada orang yang tak datang ke team building tu. So dapatlah we all bilik utk anak beranak. Bila ayah attend the course mama dok je dalam bilik bertiga. Dapat jugak mama lelap mata dengan adik while abang Faiz explore the room. Most excited bout telephone.. mama cabut je wayar telephone tu. pastu suis lampu yang ada kat side table tu pun most excited things utk abang main tup tap tup tap tak berenti.  Minta maaf ye maintenance hotel kalau jadi longgar suis tu anak aiolls main.
Langsung tak border mama dok peluk adik Firas sampi lelap.
Kalau kat rumah jangan harap.. syukur sangat

Muka teruja jumpa telefon

Meh angkat telefon - sambil pandang mama kot2 mama nak marah


Hello.. haaa, aa? bla bla bla.. oooo ok - letak
Petangnya bila ayah dah free, ayah jaga adik & mama bawa Faiz p dewan makan untuk minum petang, anak mama yang hensem ni pecahkan gelas. Sempat juga Faiz habiskan sebiji karipap
mama kutip kaca gelas yang pecah tu letak atas meja dan ajak anak balik. Masa jatuh tu air dah habis minum. Pastu nak Faiz nak main-main lagi. Padahnya jatuh ke lantai. Masa nak keluar dari dewan makan tu mama jumpa pekerja kat situ bagitau kata gelas pecah.. diorang dah nampak sebenarnya sebab kat dewan tu ada dua tiga orang je.. tak ramai.
pastu pekerja tu cakap takpe puan.. Mama pun rasa lega

Dah balik bilik ayah pulak p minum petang, pun bawa Faiz
Ayah kte nnti orang hotel tu cakap ish budak yang pecahkan gelas tu datang lagi :P
Kali ni Faiz sekali lagi habiskan sebiji karipap. tapi takde la pecahkan gelas lagi
Kuat anak mama makan

Dah pukul 6.30petang we all p pasar malam dekat je dengan hotel, walking distance

Penat- lepas jalan pasar malam PD (setiap sabtu)

Hari ke dua ayah pagi-pagi lagi dah keluar. Tinggal lagi mama dengan anak-anak mama yang hensem tu. Bilik mengadap swimming pool
Ada bebudak mandi terjerit-jerit, apalagi.. mengundang budak dalam bilik mama pun ikut menjerit teruja tengok orang mandi kat pool. Dia pun sama excited!!
Jadi mama tukarkan budak berdua tu baju mandi & bawa p mandi.
Abang Faiz mula-mula segan-segan nak masuk pool. 
Adik Firas mama kendong guna ring sling.
Pastu ade kakak ni dari kajang datang kat pool minta nak tolong mama jagakan Firas
Dia kata kesian baby panas. Nanti jatuh pulak anak dalam pool
mama pun... ermmm takpe ke ni? pastu akak tu pun tolong pegangkan
Dalam 10minit camtu mama teringat mama tak pakaikan diaper kat budak kecik tu.
Alamak!! cepat-cepat tarik Faiz naik dari pool g ambil Firas kat akak tu
Cakap kat akak tu baby tak pakai diaper, nanti dia kencing. Lagipun memang nak rendamkan kaki & montot kecik tu dalam air.
Hubby akak tu pulak soud soh anak dia yang tengah bersuka ria kat pool tu soh jagakan Faiz. Syukur sangat dapat jumpa family tu yang sangat membantu.
Tapi abang Faiz mana mau kalau orang tak kenal nak tarik tangan dan pegang dia. 
Main la jugak kejap sambil anak akak tu tolong tengok-tengokkan Faiz mama pun ada sekali sambil celup-celup Firas dalam air. 
Bila Firas dah ekkkk ekkk - itu bermakna time to say good bye
Bye kakak comel - terima kasih tolong jagakan Faiz dan maknya jagakan Firas


mana p telefon ni?? apsal ade tab je??
 Masa ni ayah dah sembunyikan telefon tu, sadis tengok anak dia heret telefon. Meja kat bilik hotel nih rendah buatkan abang Faiz suka usung kemana je telefon hotel tu dan letak atas meja yang dia suka. Tarik gagang macam wireless sampai jatuh badan telefon tu.. Haih!!
Sejak lahirkan FH mama tak pernah ada telefon tu kat rumah kita dan kat rumah tok di kampung.
Tak pasti bila pulak anak mama ni tahu fungsi telefon tu.







Dilema Nak Ikut ke nak tinggal

Dalam dilema ni
Hujung minggu ni si ayah ada team building kat Port Dickson,

Si ayah ajak pergi sama
So apa masalahnya?
masalahnya ialah Hotel yang diorang ramai-ramai dan buat event company ayahnya tu dah fully book by them la tu
kena cari hotel-hotel yang berdekatan
Nanti mak kena tinggal juga bertiga dengan budak kenit dua orang tu
Yang mana sorang tu sangat aktif.. bilamana takde orang layan bleh datang gigit dan tarik rambut sebab takde orang layan dia main atau join apa yang dia buat.
Kalau kita marah dia, bleh lepuk balas dendam dengan adik yang kecik tu.. huhu
Yang sorang lagi pulak kecik sangat yang mana baru expert meniarap dan pusing-pusing.
Yang taunya menangis kalau kena lepuk dengan abang . Kesian adik..

Kalau tak nak ikut pergi PD lagi la mak kalut
Sebab ayahnya jauh kena p PD read as wajib pergi
Kalau  tak ikut, cemana nak masak? cemana mak mandi? cemana nak solat?
Selalu kalau sekejap-sekejap kena tinggal boleh la mama masuk bilik berdua je dengan baby untuk mandi dan solat
Biarkn abang kat luar bilik layan diri sendiri dan meraung sekejap sebab kena tinggal
Macam tak dapat nak handle dua orang budak lelaki tu sorang-sorang
Haih!! salute la mak-mak yang bleh handle anak melasak
Wish me luck!!


Firas Afnan 3 bulan 2 minggu

Assalamualaikum
Minggu ni adik Firas dah 3bulan 2minggu
Hujung minggu kita lepak dua orang je kat rumah sebab adik selesema
Mama tak nak ambil risiko selesema adik jadi lagi teruk so mama ambil keputusan untuk duduk kat rumah je dengan adik.
Ayah p jalan-jalan berdua dengan abang Faiz.
Adik dah meniarap dengan jayanya.
Mama terlelap seketika, adik jaga je tido terus meniarap
Tapi yang buat mama risau sebab adik sembamkan muka. Lepastu adik dah angkat-angkat bontot tapi muka adik sembam ke depan.
Ada jugak adik menyulur tapi arah adik reverse.. huhuhu
Abang Faiz dulu  mama lupa plak masa usia berapa bulan mula meniarap dan menyulur.. tapi abang Faiz menyulur kedepan terus.(sebab tu mama menulis kat sini bila adik mula meniarap sebab nanti takut lupa lagi progress anak-anak) Yang mama ingat abang mula berjalan umur 11 bulan.
Memanglah mama nak adik cepat jalan dan boleh main kejar-kejar dengan abang Faiz, dengan mama dengan ayah.
Tapi adik jangan la cepat sangat nak buat tu semua sampai salah cara..
Mama risau sangat bila adik sembamkan muka ke lantai (berlapik toto @ tilam kecil adik)
Mama harap adik cepat betulkan. Jangan sembankan muka lagi.. angkat bontot angkat tangan & muka sekali tau..

Hari minggu tu abang faiz bawa balik mainan beli kat Daiso. Tau apa yang dia beli?? Periuk warna hijau & tool utk menukang. Tapi bila sampai rumah periuk tu yang dipegang tak lepas. Siap top up senduk dan sudip dari rumah jadi mainan dia. Set masak dapur yang ayah beli dah tak usik. Tak thrill agaknya sebab kecik. Dapat saiz yang lebih kurang mama masak baru cool. Hai lah anak mama

Aiman Musfirah Amanina - Dia pergi jua














catatan seorang teman.. yg kematian bayi kecilnya berusia 45 hari pada 1 Disember 2014 lepas. Semoga Na tabah. percayalah bidadari kecil itu akan menemani Na ke syurga Allah. 
Aiman Musfirah Amanina dilahirkan pada usia kandungan 34 minggu tak silap saya sebab pendarahan, tali pusat tertanggal dari uri..  so baby ni lemas - masalah paru-paru. Sempat juga uminya bawa balik ke rumah beberapa hari dan masuk hospital balik.
Banyak kisah suka duka di bulan Disember, Disember juga bulan kelahiran Na, saya juga anak Disember

Waktu kematian Aiman Musfirah Amanina sebenarnya 4.20pm (1 Disember 2014), 4.18pm aku dlm kereta di pagar hosp otw nk balik rmh.
Hp bateri kong,nicu plak cuma ada no aku. Nurse keluar wad cari aku x jmp, pegi klinik pakar o&g utk dptkn no cousin aku utk dptkn no lain utk hubungi aku.
Smp ja dirumah 4.30 teringat nk charge hp,on terus ada incoming call dr cousin gtau hosp tel gtau anak kritikal.
Then terus ada incoming call ke hp mak,nurse suruh dtg hosp skrg.
Aku dlm kelam kabut pack baju utk stay kt hosp nk pantau anak. Niat balik pun sbb nak ambik baju.
Smp ja hmpr kul 5.30,tgk dh ada bidai kain tutup bed anak,dh x sedap hati. Buka ja tgk anak dh ditutup kain ke kepala.
Sedih sbb adik pergi tanpa umi disisi. Pg tu dh ckp kalau boleh biarlah atas pangku umi tp Allah dah tetapkn adik pergi tanpa umi disisi.
Adik pergi diganti dgn kelahiran anak kepada Zirawina Zakaria.
Aku sembang dgn baby Zirawina gtau dia x sempat nk jmp kakak aiman,sesekali senyum dia bila sebut kakak psl aiman.

sayang.. tenanglah engkau di sana

Kisah anak-anak W1-Disember 2014

Assalamualaikum
Anak anak mama
Hari ni genap usia adik 3 bulan, Abang pulak setahun 11 bulan. sebulan lagi abang dah jadi 2tahun.
Sungguh  cepat masa berlalu.. terima kasih ya Allah atas semua kurniaan ini.

Semalam masa p ambil anak-anak, si abang keluar je dari rumah pengasuh pakai selipar sendiri pastu nangis. Minta mama dukung. Tak pernah macam tu sebelum ni. Mama nampak hidung bertanda, calar sikit kat pipi kanan dan bawah mata kiri.. kesian. Dah semakin lasak dia tu. Semua pun nak explore. Jadi mama faham kalau dah ramai-ramai tu memang lah.. Duduk dengan mama pun tergolek sana-sini. Pulak tu dah ada basikal roda tiga tricycle, tergolek jugak dengan yang roda tiga tu.. hai lah abang FH.
Mama dukunglah dua orang budak tu balik rumah semalam. Galas beg lagi. Mujur rumah 20langkah je dari rumah pengasuh.

Adik pulak dah melasak tidurnya.
Dah tak boleh ambil mudah nak letak kat tepi katil sebab dah boleh pusing 360 darjah. Dah cuba-cuba nak meniarap sendiri jugak.. adalah sekali dua yang berjaya meniarap sendiri. Kadang  sedar dari tidur kaki adik dah kat perut mama. Kalau mama mandi dan letak adik kat katil biar main sorang-sorang.. dah boleh beralih tempat kaki ke kepala dan kepala ke kaki. So mama memang kena beringat kalau nak letak adik atas katil supaya tak jatuh.

Adik tido awal.. so mama & ayah bleh spend masa dengan abang lama-lama. Tapi abang pun cepat mengantuk sekarang ni. Dalam pukul sepuluh dah suruh tutup lampu dan TV, kadang pukul sembilan setengah. Sampai ayah kata.. awal lagi la abang.. kita main-main dulu lah.
Agaknya kat umah pengasuh dah tak banyak tido sekarang ni. Banyak benda nak explore.. ada kawan pulak. Sebelum ni selagi ayah tak tido dan tak tutup lampu.. selagi itulah abang FH pun tak nak tido

Ok lah anak-anak mama.. nanti mama menulis lagi fasal kalian. Lot of love
~ mama ~


Aku tanpa dia

Semalam ada kerja luar opis, luar daerah dan luar negeri..
Keluar rumah awal dari biasa sebab nak pergi jauh. Anak pun hantar awal dari kebiasaan ke rumah pengasuh.
Anak yang besar ayahnya hantar lewat sikit.

Balik agak awal sebab siap keje awal.. Alang- alang balik awal, hati terkinja-kinja nak shoping sendiri tanpa gangguan.. Hehehe!!
Takdelah kemana .. P Giant hypermarket je pun..

Mula - mula masuk Giant mama belek baju, belek tudung, belek kasut.. Setiap kiosk tu mama berenti. Hahaha!! punya la macam perak tak pernah p dan tak pernah jumpa. Ye la.. sebelum ni kalau p Giant tu macam nak main kejar-kejar je. Ala-ala running man.. okeh tipu di situ :p. Sebabnya si adik ni peel dia lain sikit. Nak bagi diam kena meyusu je. Jadi apa aje yang mama dapat tengok dan belek kalau dok menyusu adik sambil jalan dalam Giant tu. Hahaha!! Mama kat mall macam cool & steady je kendong baby yang muka dia separuh sembunyi dalam tudung mama.  Jangan nak main cak cak ye.. sebab mama tengah susukan baby huhuhu!!. Abang FH jalan dengan ayah..

Lepas tu masuk kt dalam Giant p la pilih-pilih barang ikut senarai yang ada dalam otak.. apa-apa yang terbekenan masuk je dalam troley lepas belek-belek dan rasa berkenan. Sedangkan baru dua hari lepas dah p dengan ahli keluarga si ayah dan anak-anak. Haih!! memang pompuan ni rasa asyik tak cukup je. Ada je yang nak dibelinya.. Tapi mama terpusing-pusing berkali-kali sebab cari barang tak jumpa.. ye sebelum ni sejak ada FH banyak yang main order je. Pastu tak amik port pun bila si ayah cari itu ini. Mama main order dan janji barang tu dapat.
Juga sebelum ada FH mama tak pernah diberi peluang untuk tolak troley barang dan kesempatan itu mama ambil sepenuhnya sampai bila kena tolak troley sendiri rasa sangat tak kuat.. sebab ai is manja terlebih terlembik sebab dimanjakan suami. Lagipun ai is petite size s yang comel (sekarang dah tambah size lepas beranak 2)  lagi buat suami rasa kesian nak soh tolak troley barang yang besar gedabak hanya sesuai untuk suamiku yang tinggi pakai kasut saiz 8.

Berpusing-pusing dalam tu dok cari barang berkali-kali.. sampai rasa fedup cari barang yang mama nak..
Tu lah sebelum ni rasa macam kecil je perbuatan suami yang dok belikan barang dan dapatkan barang yang mama pesan. Sekali bila mama p sorang memang tak senang mama nak dapatkan barang tu. Tetiba rasa sangat bersyukur sebab suami tolong shopingkan barang-barang dapur untuk mama. Terima kasih suamiku.. love u sebab belikan barang mama pesan without fail.
Terasa macam payah sangat je tanpa ayah di sisi masa nak cari barang dapur nih!!
Aku tanpa dia -suami- agak payah..
Jom B kita shoping same-same,, ok i tak merungut lagi itu ini serba tak kena being wif u waktu shoping time!! Promise!!