kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

FH and the gang

Aktiviti FH masa di kampung
3 bln lepas.., huih lame dah!!!
masa ni mama pantang di kampung
FH main dengan sepupu yang 5-6 bulan lebih tua darinya
hampir sebaya tapi tahun lain-lain
sebab FH keluar jenguk dunia yang fana ni 3 hari pada tahun berikutnya




Dari kiri : Afiq, FH & Iman

kat kampung banyak kenderaan berat yang comel camnih. Backhoe tu pun ada banyak jenis dan saiz
budak bertiga ni la yang memeriahkan suasana
harap bila besar esok boleh tolong tok Sarah 
Iman kuat nangis dan paling pandai cakap
Afiq suka sapu sampah di luar dan dalam rumah
FH???
suka masak lah.. hehehehe
Habis kelentang kelentung dapur tok Sarah
Mujur jugak kawasan rumah luas, senang nak tarik perhatian FH ke arah lain
Pastu sepupu FH lebih suka buat out door aktiviti.. so FH pun ikut diorang
Kalau tak jenuh mama nak kepung FH dari dok angkat segala pinggan mangkuk periuk senduk 
sebab Tok Sarah punya rak pinggan jenis open
Lagi menarik perhatian FH, senang nak angkut


No comments:

Post a Comment