kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Minggu Akhir 2015

Assalamualaikum
Alhamdulilah.. hingga saat catatan ini dibuat.. Allah permudahkan lagi hari kita
semoga sentiasa dipermudahkan untuk mengharungi hari mendatang
Minggu terakhir December 2015.. sangat mencabar, sangat seronok dan ada juga yang sedih
Perjalanan untuk balik ke kampung saya di utara sepatutnya bermula seawal 5 -6petang 23/12/15. Tapi Allah tak izinkan.. jadi kami terpaksa tunggu adik suami datang rumah nak pinjam kereta.. janjinya pukul 8.30mlm tapinya pukul 10.30mlm baru sampai. Lepas duduk-duduk dan sembang serba sikit dalam pukul 11mlm baru diorang bertolak balik. Suami pulak lama-lama melepak dah nampak tilam bantal rasa mengantuk la pulak.. Layan mengantuk lah dia.. Dalam pukul 1pagi barulah kami bertolak.

Di Kedah sempat buat mini gathering dengan sepupu, makcik dan tok.. Alhamdulilah walaupun serba tak sempat sebab tuan rumah pun mungkin blur-blur tak de helper.. saya pula sibuk nak pergi berjalan sebelum pergi mini gathering tu.. hahaha.
hari berikutnya ada kenduri kawen sepupu.. anak yatim piatu sebab pak njang saya dah meninggal ketika anak sulungnya berusia 3-4 tahun dan yang bongsu masih dalam kandungan 3bulan. Selepas beberapa tahun, si isteri mngikut jejak.. mujurlah kami ada tok saudara yang kematian suami dan beliau tiada anak.
Kepada tokcik lah anak-anak tersebut menumpang kasih. Cantik betul aturan Allah.
Jadinya untuk kenduri sepupu saya ni.. mami, acik dan saya tolong hiaskan bilik pengantin dan meja makan beradap. Saya tolong angkat pinggan kat meja pada hari kenduri..si abam FH tolong juga.
Excited dia bawa pinggan gelas ke tempat orang basuh. Semoga terus rajin membantu sampai bila-bila.

Balik dari kedah.. saya ikut suami ke Rompin pahang.. dia outstation..
Kami menginap di Lanjut Golden Beach Resort; Golf Resort Kuala Rompin.Best!!. Si adik nampak je kolam renang dari balkoni terus gelak mengekek kesukaan.. Pagi petang mama biarkan anak-anak mandi kolam sampai kesejukan dan sampai dengan sendirinya tak nak berendam lagi..
Awal pagi dalam pukul 2.am camtu, adik hubby call bagitau neksu meninggal.. Memandangkan hubby ada kerja jadi kena selesaikan kerja sebelum balik kampung suami.

Dari Rompin hujan renyai-renyai..dan ada kalanya lebat sepanjang jalan ke kuantan. Hingga ke simpang antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur hubby berhenti kereta.. berfikir simpang mana yang perlu diikut. Kalau nak balik kampung terpaksa ambil cuti lagi sehari.. kalau balik KL nanti kena juga balik ziarah keluarga di kampung. Keputusannya balik Terengganu.. Jadinya sehari lagi bercuti bersama anak-anak
Jenazah neksu dah selamat dikebumikan sebelum zohor.. kami sempat hadiri majlis tahlil sebelah malamnya.

Esoknya kami ziarah keluarga nek muda (nenek ke-4 isteri Tok Check) kat Kuala Melawi. Keluarga datuk suami.. Tok check.. Meninggal genap 100 hari arwah Azwan pergi.. dirundung kesedihan lah keluarga suami. Tok Chek ni ada 4 isteri. Suami saya cucu dari isteri pertamanya.. tidaklah rapat sangat. Kami dapat tahu pun dah beberapa hari Tok Check pergi. 

Selepas menziarah kuburan, kami pun bersiap untuk balik ke Selayang..
Selamat tinggal semua..



Cerita zaman sekolah mama

Assalamualaikum
anak-anak mama belum ada yang bersekolah, jadinya cerita  pasal sekolah mama je lah kan
anak-anak mesti jemu.. asal balik kampung lalu je kat sekolah mama akan cakap " ni sekolah mama"
kalau mama tak cakap ayah yang cakap.. sebab dia terbiasa asal lalu je mama cakap.. hahaha gila jemu..
perli mama la tu ayah kamu tu..
macam tu juga kalau lalu kat tempat projek atau bangunan  mama pernah kerja atau terlibat dalam pembinaannya..habisla korang anak-anak mama.. dan ayahnya.. sila tahan jemu ye 

Mama dulu kalau nak mula sekolah.. Alhamdulilah.. tok & tokwan korang akan sediakan serba serbi baru. 
dari darjah 1 sampai tingkatan 3 camtu. Bila tingkatan 4-5, dah tak kisah nak yang baru. Pakai je yang mana ada. Tapi waktu sekolah rendah memang akan ada sepasang persalinan baru setiap tahun. Tapi sepasang je lah .. cumanya waktu mula sekolah darjah satu dan tingkatan 1 tu ada 2 pasang baju yang baru. 

Kasut sepasang je sepanjang tahun.. kalau elok lagi boleh bawa tahun depan, ganti-ganti dengan kasut baru.
Kalau musim hujan.. mama nangis kalau kasut tak kering
Kadang belasah pakai kasut raya.. selalunya tok belikan kasut raya warna putih.. bleh buat pakai pergi sekolah.. orang tak perasan. Kalau beratur sila berdiri di ruang yang agak tersembunyi supaya cikgu tak nampak. Kasut sekolah mama paling mahal RM45.00 pakai 2 tahun masa tingkatan 4 & 5. Cermatlah hai.. anak sapa la tu kan

Beg pun baru setiap tahun. Kadang ada je beg yang tahun lepasnya masih elok.. tapi tak paham kenapa mama ada beg baru setiap tahun.. sampai tingkatan 3.. lebih kurang 9-10biji beg. Mama yang nak beg baru atau tok yang nak ??. Tapi beg mama biasa-biasa je. takde pun yang ada gambar kartun thunder cat. Glamer tau kartun tu zaman mama sekolah rendah dulu..

Citer pasal baju, tok faiz firas pandai jahit.. jadinya baju sekolah mama adalah hasil air tangan tok.sepanjang persekolahan mama.. memang tak pernah beli yang dah siap. Beli kain dan jahit.
Selalu senior-senior sekolah tanya mama 
senior "baju beli kat mana?" ;  mama " mak buat" 
senior "tudung beli kat mana?" ;  mama " mak buat", 
senior "kain sekolah?";  mama "mak buat jugak"
senior "kasut, stokin, beg?" mama " beli kedai" - ni soalan menganjing
tapi mama jawab la elok-elok, dah senior tu lagi besar dan tinggi.. mama takut.. lagipun mama sangat comel dan kiut zaman tu hingga sekarang  walaupun kadang ada hingus hijau meleleh, mama sedut balik masuk dalam hidung atau lap dengan lengan dan ratakan ke pipi (muahahaha! - nak muntah tadah baldi ye)

Agaknya berapalah kos tok & tokwan habiskan untuk mulakan sesi baru sekolah mama? sungguh mama tak pernah ambil tahu. Yang mama tahu.. bila dah ada beg, kasut, stokin baru.. tiap-tiap hari mama nak melaram gayakan semua tu sampai hari kena p skolah. Mama peluk cium tido dengan barang-barang tu. Orang kedah kata 'keciwi' tak sudah. 
  
Sekolah rendah mama tak ramai, dari darjah satu hingga darjah enam ada enam kelas je. Setiap darjah ada 1 kelas je. Jadi mama tetap la dalam kelas kalangan budak bijak sentiasa.. hehehe
Faiz firas pun kalau nak dipandang bijak sentiasa boleh la balik kampung p sekolah mama tu. Mama rasa sampai sekarang paling banyak pun tiga kelas tapi bukan setiap darjah.
Jadinya segala aktiviti sekolah.. pasti ada muka mama mewakili sekolah.. huhu.. bangga disitu sekejap..
Wakil daerah agak tenggelam timbul..

Terima kasih Sekolah Kebangsaan Penghulu Haji Darus - SKPHD, dan sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.. SMKTATAR

Terima kasih cikgu-cikgu..mendidik saya menjadi seperti sekarang. Alhamdulillah






Kereta Adik

Hari minggu lepas,
kami sekeluarga jalan-jalan pergi tasik metropolitan kepong
saja jalan-jalan, minggu lepas terperap je kat rumah
kesian anak-anak.. tak berpijak tanah

ayah joging malas-malas
mama kejar anak-anak
anak-anak lari ikut suka tema sendiri

Lepas tu kami ke tepi tasik..
ada bot laju. pukul dua baru test sprint

nak tunggu bot laju tu gerak.. takdela kot
mahu anak-anak dan mama ayah kebuluran
dah nak balik tu.. atas trek joging adik jumpa  kereta mainan
kecil je pun.. sebesar ibu jari mama
trek tu dah la warna biru kuning, kereta tu pun warna biru kuning
dapatlah adik kereta mainan.. abang terjerit-jerit "car! car! adik"
sambil cuba-cuba kenen dan nak pegang kereta mainan adik..
Dah masuk kereta.. adik pun bagi kat abang tengok kereta mainan tu

Hari Ahad.. ayah ada jemputan makan minum kat hotel
pergilah dengan anak-anak dan mama
dah leka main-main tu.. adik jumpa kereta mainan lagi
kali ni kereta warna oren macam kereta mainan hot wheel tu
Hmm rezeki adik
Ayah kata "tu lah mama.. asyik belikan untuk abang je.. adik usaha sendiri dapat car tu"
huhu.. bukan niat mama nak belikan untuk abang je
tapi mama nak abang dan adik kongsi..
lagipun takkan setiap kali beli nak dua biji kan
sebulan mau ada 10biji kereta kat rumah ( sebulan 5minggu x2 biji kereta = 10biji xRM8.00 = RM80.00)
uish banyak duit tu nak oi..
mama nak kene menabung ni untuk beli kelengkapan sekolah korang beberapa tahun akan datang
tak tahulah dah naik berapa % dah nanti..

Hi-nose

Malam tadi..
mama geram sangat dengan abang Faiz Hannan
kita ni ngantuk dah tahap macam zombie dah layan dia
adik dah tidur
dia sedap je lompat sana-sini, atas katil bawah katil
lompat kiri lompat kanan
sekali mama marah terus cakap.. "mama nak tido"
mama : tido la.. ni bantal (sambil tepuk-tepuk bantal suruh dia tidur..)
dah seminit dua baring.. melompat lagi dia..
macam tu lah berkali-kali.. bila mama geram sangat,
mama peluk dia dan picit hidung.. lama jugak baru lepas
Faiz cakap "mama.. shakit la hinose AAish"
mama "sakit ape?"
Faiz "shakit hi-nose"
mama "mane hi-nose?"
Faiz pegang hidung sendiri .. "ni shakit hi-nose"

mama bantai gelak kuat-kuat di tengah malam yang gelap
ape aje la yang dia cakap..agak mama la kan
dia gabungkan perkataan  HIDUNG +NOSE+HINGUS = HiNose






21 tahun yang lalu..

Hari ini.. 15 dec 2015.. saya pakai baju kebaya
warna kuning merengak
bunga-bunga oren.. daun hijau..
baju raya 21 tahun yang lalu..
saya tempah di pekan Kuala Sungai, Alor Janggus Kedah
Masa tu tak ingat la.. mungkin kayuh basikal kot p tempah baju raya
Kayuh basikal dengan sepupu dan makcik
Ke saya naik motor ntah
makcik saya beza umur 5 tahun je dengan saya..

Baju tu tukang jahitnya berbangsa cina, upah RM18 je
sayang sangat baju tu..
Tak tahulah masih wujud ke kedai jahit tu
Tak sangka selepas bertahun, baju tu masih boleh dipakai
agaknya saya yang ter'bongsai'
tak besar tak kecil.. masih begitu..
tapi dah tua-tua ni,, saya rasa saya makin mengecut.. kesian

Saya ada beberapa baju lama yang peberet
sampai tok kata.. hang ni takdak baju ka nak pakai
setiap kali jumpa tok hang pakai baju ni..
Ye lah... kat kampung bukan banyak baju kurung saya
beberapa helai yang tinggal, itulah yang saya pakai bila di kampung
Hahaha.. pemerhati rupanya tok nih..


Taktik baru menculik - Foodcourt Alamanda

Assalamualaikum
Ni cerita kawan saya..
cuti-cuti sekolah ni bawa anak yang seramai 5 orang berjalan-jalan santai di Alamanda.
Bila perut berkeroncong mereka pergi ke foodcourt untuk mengisi perut
Pada masa kejadian.. masih ada meja-meja yang masih kosong
Orang tidaklah terlalu ramai
dan mereka memilih salah satu meja tersebut yang dekat dengan kaunter/gerai untuk beli makanan
Kawan saya ni pergi beli makanan yang agak jauh dari meja berkenaan
tinggal anak-anak dan isteri  di meja untuk tunggu dia bawa makanan
Si isteri tetiba teringin nasi ayam yang ada di depan yang tak jauh dari meja
Terus la bangun mendokong anak yang bongsu ke gerai nasi ayam
tinggalkan si kakak dan abang yang lagi 4 orang di meja berkenaan
Tetiba, datang beberapa manusia dewasa terus duduk di meja anak-anak kawan saya
Kawan saya dari jauh pandang je.. sambil tunggu makanan yang dia pesan
Anak-anak dia dh mula cuak. nape orang asing duduk semeja dengan diorang
Sambil tu ade sorang tercangak-cangak perhati sekeliling
mungkin tengah tercari mak bapak budak-budak tu..
Dalam kumpulan tu ade juga pompuan yang bawa budak kecil yang baru mula bertatih
Saja nak blend in dengan anak-anak yang tinggal di meja tu kot
Kawan saya dapat je order terus datang ke meja yang ada anak-anak dia
dia tanya.. kenapa korang duduk sini, banyak lagi meja kosong
Bertempiaran diorang keluar dari foodcourt tu
Nampak tak.. kalau tak salah kenapa nak lari dari situ
boleh pilih untuk duduk di meja lain kot
dan kenapa diorang duduk di meja  yang ada anak-anak kawan saya
yang usianya dari 8 hingga 3 tahun tu..
Mujurlah dia sempat tengok..
lepas ni kawan saya cakap dah tak nak makan kat tempat awam camtu
kena masuk restoran ke ape senang
tak payah layan diri tinggalkan anak-anak. cuak kot

Jadi ibu bapa yang bersendirian dengan anak kecil,
janganlah tinggalkan anak anda walaupun sekejap
janganlah terlepas pandang,
memang kita rasa anak boleh berdikari dan dengar cakap
tapi keadaan sekeliling amat tak selamat untuk mereka
hati-hati ye ibu bapa sekelian..



Mami abah pun demam

Khamis lepas masa mami abah balik
Abah dah mula batuk-batuk dan panas badan
Dah bagi ubat demam dan selesema
Lagipun abah ada gout.. makin terasa sakit badan dan sengal bila dah demam selesema
Harini..  telefon, Abah masih demam mami pun dah demam sekali
Dah beli ubat farmasi dah pergi klinik berbayar dan harini mami pergi pula klinik kerajaan
Harap-harap cepatlah baik.. dah hampir seminggu abah demam
Tadi mami kata..
Anak-anak demam kita la jaga..jelum kepala, urut lenguh,
kita ni demam buat sendiri lah.. anak-anak tak buat macamana kita jaga depa
Saya sebak.. (hmm tu jelah ko tau kan.. )
Betul apa yang saya cakap..
saya tak boleh layan macamana mami abah layan saya demam minggu lepas
Ni mami abah demam saya masih di kejauhan..
setakat bertanya khabar.. halwa di telinga
Alasan .. banyak saja untuk disenaraikan..
sebab tu dulu-dulu mami abah kalau nak marahkan saya tak pernah bertanya alasan
Juara saya dalam memberi alasan apatah lagi kalau mencipta alasan pembohongan
Tak pernah mami abah tanya kenapa balik lambat,
Kalau balik lambat konpem kena marah
Tak pernah mami abah tanya kenapa cikgu denda
Kalau dah kena denda mesti buat salah.. tambah lagi denda/marah/ leter dari mami abah
Jangan nak mimpi mami abah akan bertanya cikgu kenapa saya didenda
Jangan mimpi mami abah menangkan saya

Ya Allah sembuhkanlah mami abah
mereka dah jaga aku dan sayangkan aku sebaiknya.. sayangilah mereka sebagaimana
mereka menyayangiku
Ya Allah .. kau ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa-dosa mereka
Rindu mami abah..


Minggu demam sekeluarga - Kasih Mami & Abah

Ujung november.. saya demam
dari hari Ahad, isnin, selasa MC, Rabu kembali ke klinik tambah ubat buat ujian darah , alhamdulilah bukan denggi.. dan MC lagi dua hari
Khamis anak-anak pulak demam, cakap dengan ayahnye tak payah lah pergi kerja sebab mama dan anak-anak demam. Hari Jumaat ayahnya pula demam..
mama kuatkan semangat pergi kerja walaupun terasa sakit badan sengal semacam je..
Tengahari suami telefon bagitahu FH muntah-muntah kat rumah dan badan panas..
Ayahnya tak tau nak buat ape.. dah bagi ubat pun macam tak berkesan..
Mama ambil cuti separuh hari..

Tulah episod demam kami sekeluarga..
Saya telefon mami di kampung.. bercerita demam sekeluarga
Bukan minta simpati ke apa
sememangnya rutin biasa telefon mak tanya khabar dan gosip serba sikit :p
Dalam seminggu tu dah memang tak pergi kerja.. agak rajin lah telefon
Update diorang harini saya demam.. harini orang ni demam..
Harini orang ni pulak demam..

Petang sabtu mak telefon kata nak datang rumah saya
nak tengok anak cucu menantu demam..
Pagi ahad mami abah sampai di rumah saya dari kedah
Bermula episod bermanja-manja.. nak makan apa boleh request..
Mami masakkan.. anak-anak pun tok dan tokwan jagakan
hampir dua minggu tak pergi rumah pengasuh
minggu kedua sisa demam saya masih ada.. tapi saya dah kembali ke pejabat
asal petang je terasa sengal badan dan demam hingga malam
rasa bersalah pulak kalau cuti lama-lama..
takpelah.. petang je demam.. makan memang takde selera
mami buatkan air asam jawa.. suami buatkan air limau nipis
makan ubat banyak-banyak dalaman pun panas
Adik firas pun bertaik mata bangun pagi
mesti badan dia panas sebab minum susu mama yang makan macam-macam jenis ubat
Tapi doktor cakap selamat ubat-ubat tu untuk ibu menyusu

Ada satu malam tu.. saya demam.. tidur di ruang tamu bersama mami, abah dan adik firas
FH tido dalam bilik bersama ayahnya
Mami jelum kepala saya dari awal malam sampai pagi..
Jauh di sudut hati.. sebaknya rasa..
mami abah yang dah berusia.. datang dari jauh
teman saya dikala saya demam.. demam je pun
bukan sakit teruk..
Usia saya tak lama dah nak masuk 40 tahun tau..?? kurang 5 tahun
Tapi mami abah tetap layan saya macam tu.. Terima kasih Allah
Untuk kasih sayang yang tak terhingga ini..
Mami urut urat-urat yang masuk angin.. terima kasih mami
saya???  Belum pernah buat benda macam tu untuk mami dan abah
Alasan?? Sebab saya tinggal jauh..
Adik-adik yang dekat tolong mami abah kalau diorang sakit dan tak sihat
saya kirim salam, kirim doa dan kirim duit
Apalah sangat saya ini.. harap mami abah redho ada anak macam saya..

Hari khamis malam Jumaat.. mami abah balik Kedah
Dah hampir seminggu tinggal dengan saya..
cuti sekolah ni banyak kenduri rakan taulan menjemput
serba tak kena kalau tak tunjuk muka..
sementelah anak cucu menantu pun dah mula beransur sembuh
Terima kasih mami abah.. untuk 5 hari yang penuh bermakna
Hari Jumaat.. anak-anak menangis tak nak dihantar ke rumah pengasuh
sampai ke harini.. isnin mereka menangis bila menghala ke rumah pengasuh
maafkan mama.. mama kena pergi kerja
Kita doa sama-sama biar ayah je pergi kerja..
Semoga suatu hari nanti mama boleh jaga anak-anak sendiri
Masak untuk kamu..(sekarang masak bekal je) suap makanan untuk kamu
Hantar kamu ke sekolah dan buat semuanya dengan kamu..
Insya Allah..