kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Diari anak Nov 2015

Assalamualaikum..
Adik Firas dah besar.. dah 14bln setengah..
pandai tunjuk emosi.. pandai marah orang
pandai pukul orang..
pujuk-pujuk orang soh diam kalau tak diam dia lempang
amboi.. anak mama nih!!
Suka makan coklat
suka ambil susu abang dan minum

Kalau  kat rumah susah nak minum susu botol
mengempeng je dengan mama..
pandai share makanan dengan abang
abang pandai kenen kalau nak minta coklat adik..
nanti adik suapkan..
kalau coklat dia.. mau dia pusing naik meja bagai
tak nak bagi adik

Abang Faiz dah makin sayang adik
kalau ambil coklat kat kedai.. mesti nak ambil dua
satu untuk abang satu untuk adik
mama rasa dia ambil dua sebab tak nak share coklat dia dengan adik
alang-alang mama ayah yang bayar.. pau je lah kan..
perangai sapa la tu kan??

Abang faiz suka layan you tube.. muahahaha
dah banyak beli buku.. beli warna pensil, beli crayon, beli kete kecik-kecik
macam-macam jenis ABC.. blok, puzzle, magnet
tapi semua tu kejap je dia layan
you tube juga yang jadi pujaan
Dari kisah The Wiggles .. pastu musim suprise egg..
Latest abang Faiz layan Ryan's toys Review..
yang nih agak parah sebab dia jumpa banyak jenis toy
dah kenal Thomas Train, Cars, macam-macam la..
pastu kalau pergi mall jumpa kedai toy dah pandai nak ni nak ni..
Kadang tengah tengok pun dah cakap mama nak ni..
Aduhai la anak.. kamu ingat mama cop gitu je ke nak dapatkan mainan
tapi department periuk belanga sudip pinggan tetap jadi pujaan
mesti nak cuba-cuba buka tutup tudung periuk kalau lalu department tu
sekarang ni dah dua tiga kali berani je jalan sorang-sorang laju ke depan bila pergi mall
Risau je mama.. kalau dipegang tangan mula le melembik tido baring atas lantai
Jenuh kejar.. Habis lemak kesayangan mama ternak selama ni terbakar tau

Abang Faiz suka KFC ayam
senang nak pilih makanan kalau pergi keluar..
siap kenal sign KFC tu.. sebut je nak makan.. jalan-jalan mencari kedai
Nampak je lambang KFC merah putih  tu melaju je dia masuk
Adik pula jenis tak memilih makanan.. suap je la apapun..
Insya Allah  makan je dia.. abang je payah
Jadi apa yang dia suka tu.. ikut je la

Abang Faiz cakap pelat Kedah habaq hang.. muahahah
ikut mama le kan.. dah mama yang rajin cakap kat rumah
'Ayah.. nak telepon sat'
'mama.. buka kipas sat'
'mama.. buka tv sat'
'nak makan sat'
macam-macam sat la.. muahahaha!!

Tapi dua tiga hari lepas 'sat' tu dah tukar jadi 'jap' atau 'kejap'
mesti babysitter dia yang ajar soh cakap camtu

semoga anak-anak mama sihat sejahtera dilindungi Allah  berkasih sayang hingga syurga kerana Allah




Puisi Kangkong - Ungku Aziz



Puisi Kangkong

Pucuknya angkuh memanjat bukit
tak sedar akarnya terendam di dalam parit
rakyat mengeluh lelah dan sakit
sedikit diberi banyak diungkit

pucuknya angkuh memanjat bukit
tak sedar akar di air parit
bagaikan melepas anjing tersepit
dah jadi pemimpin rakyat digigit..

-Ungku Aziz





keluarga dari Besut in da house

assalamualaikum..
dah tiga hari ada keluarga dari Besut di rumah..
dho, ina & pidie..(eh apesal macam ramai pulak)
chik akan jalani pembedahan pintasan jantung harini..
tapi i kerja harini.. maafkanlah ye.. sebab i anak sedara menantu je..
takpe.. anak menantu cucu betul  dah ade kat IJN tu
kalau i ada.. buat semak je IJN.. dah jadi berdoyon-doyon datang congok je
semoga semuanya dipermudahkan.. Aminn

I pun dah dua hari ulang alik ke IJN tu..
petang jelah boleh masuk sebab anak kecil boleh masuk melawat pukul 6pm-8pm
kalau dah anak tak boleh masuk..
terpaksalah mak tunggu luar je.. kejar anak-anak yang macam beluncas terlepas
huish!! terpaksa jadi superhero sekejap..
sambil dalam hati doa.. semoga dipermudahkan
takde anak-anak cedera.. orang yang pergi melawat cepat kembali..
mungkin pihak IJN boleh buatkan tempat mainan untuk anak-anak yang takleh masuk melawat
sekurangnya takdelah diorang paksa mak-mak kerah tenaga tawaf lobi kejar beluncas
Anak-anak beluncas ni bijak la pulak..
nak test pintu.. nak tekan segala suis yang dia jumpa nak check power door yang tetiba terbuka dan tutup
sorang pergi kanan.. sorang pergi kiri..
dua-dua nak mak dokong.. adeh!
sorang jatuh.. sorang lagi berlakon jatuh jugak
sebab nak mama angkat dan bagi perhatian
FUhhhh!! happy weekend!!


merungkai rasa

Assalamualaikum
tika ini.. fikiran menerawang.. fikirkan yang bukan-bukan..
mencipta hipotesis sendiri, menganalisis.. menilai .. menghisab
kenapa? mengapa? bagaimana?
menyalahkan dia.. memang mudah.. meghina dia.. pun mudah..
tapi kenapa dia begitu.. bukankah aku turut menjadi punca? mungkin juga

kurang kasih sayangkah dia?
sedangkan ku tahu.. tiap langkahnya ditemani
kesekolah dihantar dan dijemput.. ke kolej juga
hari-hari cutinya ditemani keluarga acapkali..
kurang agamakah dia? sedari kecilnya dihantar mengaji
entah dimana silapnya asuhan sehingga dia tergelincir

semua orang pernah berdosa..
tapi Allah tutup aib itu... tiada yang tahu..
Tapi dia?? mungkin sedikit aib Allah buka untuk tidak teruskan yang lebih buruk
mungkin juga ujian untuk semua saudara yang ada
jangan pernah lalai melihat dan memimpin sikecil sehingga dia dara
Si dara manis itu juga perlu ditatang bagai si kecil
supaya tidak mudah dirayu dengan kasih sayang palsu

Allahu!!
semoga secebis ujian ini mematangkan kita
mendewasakan kita
Ujian Allah untuk hambanya.. redha lah.. insaflah