kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Aset baru..

Tajuk macam tak kena je dengan apa yang nak cerita..
ekceli nak cerita pasal basikal setempat ai. Tempah dekat sebulan baru dapat. Dah lama nak benda ni. Kebetulan ada offer dari ogawa 50% maka tercapai lah hajat nak memilikinya. Sebelum ni dok survey harga semuanya ribu riban. Semenjak dua menjak ni asyik lah buat xtvt in door ja. Dok merengek dengan hubby ajak g joging pun dia malas layan. Dah la kat opis keja pegang pen saja. Paling berat pun usung fail dokumen saja. Makan pulak tak agak-agak. Pantang jumpa  & ada orang offer terus ngap.. pesan org rezeki jangan ditolak tu amat berkesan dengan aku. Huhu..

Aset baru..

jadi sebagai memenuhi kehendak isteri tercinta dan malas dengar rengekan dipagi hujung minggu dok ajak g joging hubby dengan gigih angkat benda ni dari kedai Ogawa.. Tq B.. I luv u more than last year!! Hahahaha!! kalau buat i marah terus i love u less than yesterday :P

Hari pertama dapat terus buat kayuhan sejauh 7km.. giler kentang gagah dok kayuh gerek ni!! sambil kayuh cakap kt hubby i nk p kedai nih.. kedai jauh. Sambil tu siap naik bukit bagai minta dia tolong tolak. Hahaha lakonan sengal!! Tapi ok jugak kan, baru happy nak workout.

Kalau siang hari, kayuh sambil tgk ni..dari balkoni umh.


Bolehler berangan p kayuh kat bukit bukau & empangan  batu tu.

Happy exercising!!






Tepung dengan Benzoyl Peroxide

Minggu lepas ke minggu-mingu yang lepas ntah tengok Tv Al hijrah rancangan Assalamualaikum. Masa tu ade pengerusi Persatuan Pengguna Islam ( kalau tak silap) . Antara topik yang menarik perhatian aku adalah pasal kandungan tepung gandum ada benzoyl peroxide yang mana boleh menyebabkan banyak masalah pada badan kita. Juga merupakan penyebab kanser.. takut owh. Acik nih dah la duit tak banyak..  andai ditakdirkan terkena penyakit kanser... nauzubillah. Tak dapat acik nak bayangkan, cumanya redha je la kot. tapi takmo la kena kanser. Demam sikit pun tak berapa nak tahan menerima ujian Allah.

Benzoyl peroxide ni adalah bahan pemutih yang sama digunakan untuk serbuk pencuci yang kita kenali sebagai CLOROX. Makcik-makcik nenek-nenek semua pun tau kalau sebut clorox, zaman dolu-dolu itu jelah jenama yang paling glamer untuk memutihkan baju sekolah. Yelah baju sehelai dua je pakai sampai setahun dua. Bukan macam bebudak sekarang, tiap-tiap hari pun ada baju untuk ditukar. Ok melalut sudah..

Sambil tengok tv tu kan.. terdetik hati nak p check apa yang ada di dapur ku..



owh!! ada rupanya.. hmm maka makanlah kita. Dah tinggal separuh dah pun tepung ni. Yang sebelum-sebelum tatau lh ada ke tidak. Naluri kata mesti sebelum ni pun sama. Sebab masa nak beli dok pilih tepung yang cantik.. putih dan bersih. Itulah penyebab utama benzoyl peroxide ni ada. Untuk memutihkan tepung. Aku yang jahil ni pun p pilih  yang putih.. kononnya bagus dan bersih. So dah lepas dah tau ni.. tanamkan azam dalam diri sendiri untuk lebih prihatin berkenaan isi kandungan. 

Bgtau hubby, dia kata xpalah kita bukan selalu pun makan kuih buat dengan gandum (org pantai timur mmg sebut tepung gandum as gandum je eh?)  Kat rumah ni memang jarang makan kuih2, so setahun paling kuat 2kg je untuk dua orang makan. Kalau ada ocassion atau nak jemput orang makan kat umah ke nak buat kuih bawa g opis ke baru la jumlah tu akan bertambah. Lagipun kalau aku dengan hubby setakat nak makan kuih dua tiga ketul baik beli je lah.. tu pun sangat jarang.. hahaha dasar pemalas
 




Petua menjaga kulit wajah

petua ni ambil dari SINI. tumpang share ye..
untik rujukan diri sendiri je.. Huh!! pompuan kan  memang tak leh lari dari kecantikan. Tambah-tambah aku ni yang dah masuk 3series. Klu kete BMW tu sedap la jugak kan.

Ekceli aku ni jenis kedekut  sayang duit kalau nak guna produk yang mahal. Lagipun kalau dah melabur duit beratus hengget sampi beribu tapi hasilnya adalah tak menepati macam iklan kat tv atau testimoni produk tu.. penyesalan sangat besar pada aku. Kalau aku belanja beli makanan lagi la bagus.. Hahaha mari kita menambah lemak di badan. Tapi memang siyes lah. Dari aku beli produk nak jaga muka yang mahal baik belanja kawan-kawan makan lagi bagus. Dapat jugak pahala.. lagipun kulit kita bukannya sama. Bak kata Maya Karin " Kulit kita xsama kena ikut keperluan poket masing-masing".

Oleh itu marilah kita bertukar kepada bahan yang lebih selamat dan mesra alam serta poket untuk penjagaan muka yang lebih anggun dan berseri..

Menghilangkan Bintik Hitam
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Menghilangkan Panau di Muka
  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai/ Alergik
  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.

BF @ KFC

Semalam hubby tetiba jadi tekak omputeh, nak sarapan kt tempat ekon bagai.. nak sarapan kat KFC. Maka ai sebagai isteri yang menurut kata ikut je la kn. Sarapan berharga semurah dari RM4.00 pastu campur sendiri tax.We all sampai KFC (dalam Giant Bt. Caves) dalam pukul 9.45pagi. Gigih kluar g sarapan kat luar. Orang pagi2 g la joging ke hape kan. Sungguh tak bagus life style camnih!

Ai order bubur ayam + teh tarik, hubby order pancake wif blueberry filling + teh tarik. Pancake sampai dulu.. tapi minuman & bubur ayam setengah jam baru sampai. luckily we're not in rush!! So lepak-lepak sambil baca surat khabar provided by KFC. Sampai 2 suratkhabar we all habis baca baru bubur ayam & drinks tu sampai. HUhu!! kalau camni la budak-budak ni bukak kedai yang takde brand kat luar alamatnya bungkus la bisnes.. ish! ish! ish!

Bubur ayam tu kan.. dia kan.. takde pun secebis ayam dalam tu, ada bawang goreng je. Ke memang camtu?? untuk sarapan?? Tapi biasa aku makan untuk waktu lain takde pun camtu. Kiranya kalau nak bagi baby makan okay la kot. Boleh parent order for their baby. Tapi kat tekak aku memang FAIL. So aku tuliskan nota kat resit KFC .. bubur ayam ni boleh tukar nama kepada bubur perisa ayam ( tu pun kurang rasa) lepas tu aku masukkan kat dalam Kotak Komen KFC tu.

Lepas ni kena p sarapan kat tempat biasa je la.. Hubby kata kalau kita tak mai sini kita pun tak tau cemana.. iklan macam best sangat. Makan pun pancake peknga  ja. Hmm tapi Bf kat MC D lebih maveles dr KFC ni..


Jus Pati Delima



Saya kongsikan sedikit info berkenaan khasiat dan kebaikan Buah Delima ini.
Buah delima adalah antara buah syurga sebagaimana yang disebut di dalam Alquran.
Secara ilmiah dan sains nya..delima berasal dari negeri Parsi Purba (Iran sekarang). Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium. Antara khasiat buah delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

·         Membaikpulih fungsi hati dan limpa
·         Mencuci buah pinggang dan salur kencing
·         Membantu penghadaman
·         Membuang lemak-lemak berlebihan
·         Menambah tenaga
·         Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
·         Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
·         Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
·         Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
·         Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
·         Mencantikan kulit

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
·         Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
·      Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
·         Menghalang pembentukan sel barah payu dara
Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Pada pengalaman saya dan suami, kami telah memulakan rutin meminum jus delima ini setiap pagi dan malam sejak setahun lepas. Lebih kurang 6bln++ sebelum saya mengandung. Sehingga kini masih diteruskan amalan ini. Pada masa tu usia perkahwinan kami menjangkau 3 tahun dan belum dikurniakan zuriat. Doktor sahkan saya PCOS & mempunyai fibroid di bahagian depan uterus. Ini adalah antara ikhtiar kami untuk mendapatkan zuriat disamping untuk mendapatkan kesihatan yang baik melalui makanan sampingan yang lebih natural dan pada harga berpatutan. Alhamdulilah saya sekarang mengandung tujuh bulan (Oct 2012)

cara pengambilan : 1sudu setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tido malam. Kesan berbeza pada setiap orang. Ada orang rasa perit di tekak semasa minum, penyelesaian .. boleh juga dicampur /bancuh dengan segelas air kemudian diminum. Sekiranya anda rasa kurang selesa selepas pengambilan (ada orang rasa perut memulas lepas pengambilan) boleh kurangkan pengambilan sekali shj sehari. Malam atau pagi sahaja
Ataupun anda boleh sarapan dulu sebelum pengambilan jus delima.
Insyaallah

Demam pulak..

Hrni demam pulak.. Biasanya orang demam, selesema, sakit tekak pastu batuk.. Me terbalik la pulak. Dh batuk baru demam. Ke sebab makan madu banyak nak hilangkan batuk. Badan jd panas.. Hope cepat baik.

batuk


Masuk harini dah 4 hari batuk. Batuk kali ni macam mengada tau.. suara jadi lain macam je. Ada serak-serak basah kering. Owh tambah seksi & mengada-ngada. Pastu ade kahak pekat  (euww!! geli.. kalau tengok orang punya, tapi dah sendiri punya kan, huhuhu!! rasa dia mcm lemak masin hahahaha-erk!! muntah!!) Bila petang-petang masa nak balik dari opis, dia macam lagi mengada batuk kuat-kuat and kerap kalau masa nak balik ada meeting boleh buat muka kesian minta kena lempang dengan bos. Boleh keluar dari meeting cepat-cepat and balik rumah ikut masa opis yang ditetapkan. tak kuasa tau nak tunjuk rajin selagi bos tak balik i ikut tak balik. I bukan jenis tu tau.
Semalam macam biasa g amik hubby kat opis dia.. masa tu batuk menjadi-jadi, sepah-sepah tisu kat dalam keta, buat lap mulut & buang hasil batuk tu.. Ishh!! sungguh tak sopan kan.. Pastu hubby ajak g klinik amik ubat batuk. Ekceli kalau ikut g je la farmasi kan..senang dan mudah serta murah tapi klu beli kat farmasi nanti tak leh claim dengan opis.. rugi kena keluar duit poket sendiri. Hubby cakap g malam nanti, lepas magrib dan makan malam kat umah.
Tapi batuk ni kan mengada-ngada.. time petang2, dia lagi kuat & kerap, masa dalam keta dengan hubby otw balik umah pun.. pastu hubby yang baik dan penyayang tak sampai hati tengok bini dia dok batuk sampai suara serak kering dah. So sebelum sampai umah dia singgah je klinik yang ade. Klinik tu walaupun dekat dengan umah tapi we all tak pernah p pun.
Sampai kat klinik, pesakit yang tunggu doktor ada 2 orang jadi aku orang ke-3, tanye kat kaunter dia cakap doktor bertugas nama Lokman, tak kisah doc lelaki pun janji dapat ubat sudah. Bukan nak check dalam-dalam ape semua kan.. sebab hubby i ni kan dia kisah benda-benda gitu. Kadang kalau dia rajin sangat boleh dari cari klinik ke klinik sampai jumpa doc pompuan untuk checkup bini dia. Huhu!! gigihkan suami i.
Tunggu sampi setengah jam masuk pesakit yang no 1, sepasang warga tua. hubby dia pimpin wife masuk bilik doc, so lovely.. pastu i bisik kt hubby nanti u jom masuk sekali tau.. baru best macam orang tu!! Hubby:  xnak lah.. nanti u lagi mengada kalau ikut u masuk bilik doc.. (hahahampes..) Tak lame tu orang yang i sangka pesakit no 2 tu kan.. dia masuk.. pastu hubby cakap, eh doktor lah orang tu. Eh! ingatkan pesakit macam i. Rupanya tu lah Dr. Lokman.. ngeeeeee.. sib baik i xde kutuk2 ke ape kan..
Doc : Sakit ape?           me: Batuk     
Doc : Batuk je?            me: ye.
Doc: demam?               me: Tak.
Doc:  selesema?           me: Tak
Doc: Idung sumbat?      me: tak,
Doc : ade orang lain kat umah yg demam?       me: tak
Doc : Hrni g keje?         me : pegi, sebab tak sakit.. batuk je
Doc : Mc?                    me : tak payah.. dah g keje
Doc : ok, sy bagi ubat batuk + ubat selesema utk hilangkan kahak       me: orait

owh senangkn dapat orang sakit macam saya yang xbyk kerenah walaupun mengada-ngada. ngeeeee


Sy sedih & rasa bersalah

Harini share kete lagi dengan hubby (macam tiap-tiap hari jugak). Tapi harini bawa kete hubby..selalu kalau bawa kete hubby.. dia hantar sy g opis dulu tapi harini bawa kete dia tapi hantar dia g opis.. means lepas tu sy kne bawa kete dia g opis sy.. 

Masa parking tadi.. parking reverse, kete hubby xde sensor... Saya ushar kiri dengan kanan je. Pastu reverse kete. Pastu..----GEDEGANG!!---- uwaaaa!!! sudah langgar tiang compound lighting. Betul-betul kat tengah bonet kete hubby!! Kiri kanan memang clear tp tiang lampu tu kedepan skit kat tengah-tengah kotak parking bahagian belakang. Hmm nk cakap my bad day ke harini??? Hmm maybe sy ade wat salah.. sebab tu jadi camtu.. Astagfirullah halazim..

B.. please forgive me!! I'm careless :(

Berurusan Dengan Pihak Berkuasa Tempatan

sebagai penduduk di Malaysia kehidupan kita tak lari dari berurusan dengan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) ni. Terutama part bayar-bayar cukai pintu, cukai tanah dan segala jenis cukai dan bayaran yang perlu dijelaskan.

Kat sini aku nak cerita pengalaman aku dealing with Majlis Perbandaran Selayang. Kakitangan MPS sangatlah baik dan mesra, sangat membantu juga. Tapi sebagai manusia kesilapan tetap berlaku.

Alkisahnya awal tahun lepas aku ni membeli rumah lelong jadi banyak urusan yang kena buat. Kene settlekan jumlah cukai pintu yang tertunggak (bayaran semasa belum jadi milik aku pihak developer akan bayar), kene buat pertukaran nama, kene buat rayuan ke atas tunggakan yang banyak beserta denda dan charge lawyer MPS.Walaupun developer janji akan bayar semua tunggakan pemilik asal, tapi setiap proses tu mengambil masa. Dalam dok tunggu bayaran dari developer surat kuning dan merah dari MPS mengunjungi pintu rumah (amaran untuk sita rumah). Bukan setakat post box lagi dah.. so kena mengadap MPS buat rayuan kate bayaran dalam proses Lawyer & developer (belum lagi part lawyer buat keje lembab, setiap minggu nak kene followup.. sampai  lawyer tu Pn. H cakap "i ada 7 fail nak kene settle" eh ada aku kisah.. ko terima bayaran untuk settlekan kes jual beli aku dan payment dah buat pun- yang ni kita citer part lawyer) .
Yang aku pelik, umah sebelah-sebelah yang tak bayar langsung takde pun dapat surat warning dan takde pulak nak kene sita. Ke rumah tu diaorang ade kroni dengan orang-orang MPS?

Semua aku buat sendiri, dua tiga kali turun naik lif kat bangunan MPS tu. Akhirnya alhamdulilah semua tu selesai.

Tapi perkara tu settle untuk hari tu je. Awal tahun ni aku dapat bill dari MPS yang show umah aku dengan nama orang lain dan bayaran cukai tertunggak RM6++. Banyak tu. Lepas tu dapat lagi bill rumah orang lain (umah tu aku tak pernah tengok ada penghuni & sama2 kene lelong dengan umah yang aku beli) tapi nama aku dengan takde bayaran tertunggak cuma jumlah cukai semasa. Aku pun jadi pelik. Lepas tu penyiasatan pun bermula. Masa ni lah segala resit dan perjalanan kita dalam buat bayaran dan pertukaran nama rumah kita, segala surat yang kita hantar, dengan siapa kita buat urusan. Kena tau nama-nama orang-orang yang deal dengan kita tu, dari bahagian mana semua kena buat nota untuk semakan kita masa depan. Semak bill terdahulu, call MPS, fax surat aduan mengatakan kesilapan terhadap pertukaran nama dan bill yang dibuat beserta bukti bayaran.

Setiap minggu aku call & follow up dengan mamat A yang attend kes pertukaran nama aku. Alasan dia bos belum settlekan sebab benda tu kena bawa mesyuarat. Dah dekat sebulan kebetulan aku cuti, aku g ke MPS, biar aku mengadap sendiri bos ke sapa ke yang penting aku nak hak aku. Kali ni orang lain yang layan aku.. sekali lagi isi form aduan, mamat A yang sebelum ni  melayan aku p minum. Pukul 10 pagi tu p minum/sarapan secara beramai-ramai. Boleh tak orang-orang MPS yang keje  bahagian entertain pelanggan ni jangan p buat aktiviti bebas masa bekerja? Tau tak pelanggan/pembayar bil tu lebih utama? Kalau ya pun nak sarapan, sebelum masuk keje p lah sarapan.. takpun sarapan je kt pantry department ko tu.. xyh nak p merayap jejauh.. eh terbebel plak!! Conclusion xsettle hal tu pada hari yang aku g MPS tu.

Sebulan kemudian aku follow up lagi.. dapat bercakap dengan bos mamat tu Pn K, tapi dia sangat bz dan terpaksa cakap dengan mamat A jugak, alasan mamat A tu tetaplah sama.. xde perubahan pun. Tapi kali ni dia cakap akan settle dalam masa seminggu dan akan return call.

Genap seminggu bos dia call dan soh aku mengadap ke MPS, aku tanya ada kene bawa apa-apa ke? dia cakap tak payah.. Korang jangan percaya eh. Aku bawa je segala surat-surat aduan, rayuan yang telah aku hantar, segala bill, segala notis perintah nak sita rumah, semua tu kena bawa. Sampai sana dia cakap segala pindah nama dah settle macam tu jugak dengan bayaran yang aku buat Julai thn lepas. Semua dah dipindahkan ke no akaun rumah aku yang sepatutnya... tapi ada lagi tunggakan sebab ada denda dan charge yang tahun-tahun lepas dan tahun ni. Sebab assume aku baru bayar masa diorang pindahkan duit bayaran tu tahun ni.
Pn. K : bila puan nak bayar?
Aku : Eh!! aku ke nak kene bayar??(dlm hati).. saya tak nak bayar. Saya xlewat pun buat bayaran (sambil tunjuk resit bayaran Jun 2011) dan untuk tahun ni dah 3 kali saya datang untuk selesaikan hal ni dan Mamat A cakap pihak MPS takkan kenakan denda untuk kelewatan tahun ni sebab benda ni terjadi di pihak MPS.
Pn K : saya admit kesalahan pihak kami. Mamat A xtau, dia budak baru..
Aku : Saya tak nak bayar, mamat A tak tau bukan salah saya. Dia yang silap buat pertukaran nama. (nak je aku cakap.. xde buat kursus induksi ke? ke induksi tak cukup?) Tp Pn K sangat lemah lembut, xsampai hati aku nak hangin kat dia.
Pn K: kalau camtu kita g bahagian akaun
Aku : Ok
kat bahagian akaun (bahagian kutip duit je ni), Pn K g jumpa Pn L (kot).. slow talk ape ntah then dia datang balik kat aku cakap aku boleh bayar untuk tahun ni je tanpa apa-apa denda (jumlah sepatutnya).
So lps tu aku pun pegi bayar kat kaunter bayaran MPS cukai pintu penggal pertama untuk 2012 dengan rasa lapang dada dan hati.

Pesanan untuk semua, please keep all the record apa jua semasa anda berurusan dengan local authority atau sesiapa jua dalam pembelian barangan, dengan peguam pun.. sebab tak semua peguam tu nak menolong kita selesaikan masalah..