kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Kehilangan lagi

Assalamualaikum..
Khamis lepas (10sept 2015).. saya dikhabarkan dengan berita kemalangan adik ipar
Kemalangan berlaku di kampung suami.. 
Adik ipar saya.. Mohd Azuan Abdullah..
anak ke-3 dari 6 org adik beradik berlainan mak dgn suami
Azuan dilanggar kerbau yang bergurau senda di tepian jalan,
ketika menunggang motosikal berhampiran kawanan kerbau tersebut..
tragis..
khabarnya agak kritikal.. tidak sedarkan diri
hidung dan telinga mengalir darah tak berhenti,

Hari Jumaat, dapat panggilan telefon, Azuan agak nazak
Kata doktor, pihak hospital dah tak boleh nak buat apa
Kecederaan pada bahagian kepala agak teruk,
Otaknya membengkak dan pendarahan dalaman.
Saya dan suami bergegas balik ke rumah dari pejabat, siapkan barang,
jemput anak dari rumah pengasuh  dan terus bertolak

Seterusnya saya dan suami bergegas pula ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT
Sampai di hospital sekitar pukul 6 petang,
Melawat Azwan yang tidak sedarkan diri.. dia macam tidur saja.. diam tak bergerak
mata tertutup.. dada berombak sederhana.. memang macam tidur dalam tenang
bezanya dengan tidur biasa dia disambung wayar-wayar ke mesin hayat
ada gauze di telinga dan hidung untuk menyerap darah yang mengalir keluar..

Saya tengok umi.. umi tenang.. cumanya matanya merah
Umi bergurau dengan cucunya. faiz dan firas
menghilang sendu dihati saya kira..
Menghirup sedikit kekuatan untuk melawan kesedihan yang terbuku
Azwan anak lelaki sulung umi.. ada dua kakak sebelum Azwan
Azwan harapan umi lepas ayah takde..
Walaupun berlainan ibu dengan suami saya.. tapi hubungan adik beradik tetap akrab..

Pukul 7.15mlm, tamat waktu melawat..
Saya, suami, anak-anak dan adik beradik yang lain kena keluar
tak macam hospital USM.. kat sana kami masih lepak di katil ayah lepas waktu melawat habis
Anak umi, kakak Azwan offer umi untuk ambil alih jaga azwan kat hospital
Tapi umi menolak dengan senyuman sambil geleng-geleng kepala
Kata umi.. takpelah.. umi nak jaga
Mungkin umi tahu.. inilah kali terakhir umi berpenat lelah untuk Azwan
Inilah kali terakhir umi bersengkang mata untuk Azwan
Malam itu.. umi setia di sisi Azwan
Kami menginap di home stay sekitar Batu Buruk,
tak jauh pun  untuk ke hospital
tapi mau bacin lencun juga ketiak kalau jalan kaki..

Hari sabtu (12/9/2015)- seawal pukul 5 pagi.. umi telefon
katanya Azwan makin kritikal.. kami adik beradik bersiap-siap ke hospital
ramai-ramai ke hospital, bergilir ke ward 2 orang setiap kali lawatan
saya tak ambil pun giliran tu.. sebabnya saya rasa ada orang lain yang lebih memerlukan
lagipun faiz dan firas tak boleh lekang dari mama diaorang
masa melawat pula pukul 11pagi.. 
sampai ke pukul 10.40pagi.. umi panggil semua naik ke ward
masa saya sampai.. mesin hayat memang bunyi bib panjang dah
maknanya Azwan dah tak de..
saya nampak dia tetap macam semalam.. diam je.. macam tidur
Pergilah Azwan.. semoga Allah ampunkan setiap dosa kamu dan kakak
semoga Allah ampunkan jua setiap dosa semua mereka yang kita sayangi dan dampingi
Semoga Allah tempatkan Azwan dan ayah di kalangan orang yang beramal soleh
Azwan anak yang baik pada ayah dan umi,
Adik yang baik buat kakak dan abang .. juga abang yang baik untuk adik-adik
Azwan pergi pada usia yang muda.. 24 tahun
Azwan meninggal genap 65hari lepas ayah pergi..
Kehilangan yang besar buat umi juga keluarga
Pada masa seluruh umat islam akan menyambut hari kemenangan
Ayah meninggal lagi seminggu nak raya aidilfitri,
Azwan meninggal lagi seminggu lebih nak raya aidiladha
tahun yang sama..

saya dari kejauhan.. hanya mampu berdoa yang terbaik untuk semua
buat umi terutamanya..
Tabahkan hati umi, tabahlah semua yang mengharungi keadaan ini
Allah sayangkan Azwan lebih dari kita

Al-fatihah








Yeay!! hari ini Firas Afnan Setahun

Alhamdulilah..
segala puji bagi Allah, maha pengasih dan maha penyayang
syukur padamu ya Allah
Hari ini 3 september 2015 genap usia Firas setahun
Mama dah beli sedikit buah tangan untuk Firas bawa ke rumah tokmi
rumah pengasuh adik, yang jaga Firas sejak mama mula kerja
Harini .. mama buka beg baru untuk Firas bawa ke rumah tokmi
Firas.. , Firas tau tak harini ulang tahun hari lahir Firas??
Pagi tadi mama mandikan Firas, siapkan Firas
Firas nak melekat je dengan mama.. mama nak buat keje lain kena kendong Firas
Sampai ke rumah tokmi memang melekat je dengan mama
kene tarik Firas untuk bagi ke tokmi

Firas dah  besar sayang..
semoga Allah limpahkan kasih sayangnya untuk kita saling menyayangi
Sayang mama sampai syurga tau!!
mama belum fikir lagi untuk bagi adik pada Firas
Abang Faiz dulu genap setahun usianya..
mama hadiahkn berita adik Firas dalam perut mama
semoga Firas sentiasa dibawah lindungan Allah yg esa
semoga Abang Faiz sentiasa berkasih sayang dengan Firas sampai  syurga
walaupun sesekali bergusti dan smack down adik sampai takboleh gerak
Tapi pagi tadi masa nak pergi umah tokmi..
abang tanyakan susu adik.. dan tolong bawa susu adik sampai umah tokmi
tengok..!! sayangnya abang Faiz pada Firas..