kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Ku sambut 2012 dengan harapan, tinggalkan 2011 dalam kenangan

asalamualaikum selamat tahun baru buat semua, tahun baru kalau boleh semua pun nak baru.. kasut baru, baju baru, kete baru, umah baru bla bla bla smua pun baru.. boleh gitu? hahaha mati la smua pun baru

pst! pst ada yang bersama org baru ke di tahun baru.?? buat abg kepada Mel yg majlis resepsi hari ni bersama pasangannya Has. Selamat pengantin baru ye

Buat yang kehilangan orang tersayang pada 2011, harap dapat tabahkan hati mengharungi hidup yang penuh liku ini. Semoga yang pergi meninggalkan kita ditempatkan di kalangan org yang beriman. Pasti kita pun akan melalui jalan yang sama suatu hari nanati. Kematian itu pasti.

Dikesempatan ini aku jugak mendoakan sahabat-sahabat seperjuangan, Arwah Awang Nizam (Sept 2011) , Arwah Saiful (Oct 2011) dan Arwah Khairudin (Nov 2011)bersemadi dengan aman. Semoga pasangan mereka tabah untuk membesarkan anak-anak yang memerlukan kasih sayang dari kalian.

Lets the pic tell us..

love the purple sofa.. sayang tau nak tinggalkan.. ( RH Hotel, Sibu)
RH Hotel, Sibu
muzium sibu yang menceritakan sejarah sibu termasuk nationalis yang berjuang mempertahankan Sibu dalam menetang British such as Rosli Dhoby.. kiranya bleh dapatkan sinopsis Sibu di sini.
ayam untuk dijual, dh siap berbungkus :P
Pokok ni nampak biasa je tau, tapi ada kisah disebalik kenapa dia berada ditengah-tengah kawasan lapang. Kisahnya pokok ni tak boleh ditebang. Kalau nak tebang pun mesti macam-macam terjadi macam mesin potong tu rosak ke..orang yang nak tebang sakit ke.. pelik kan?? tapi itu lah cerita yang disampaikan. Kat bawah pokok tu ade 2 buah kubur lama. Tak tau lah samada pokok tu ada kena mengena dengan kubur lama tersebut. Wallahualam..
Day 3- Four Point-Sheraton, Kuching
Kat Kuching pun ada Dataran Merdeka tau..
LOve Sarawak!! wish i'll be back someday

Sarawak..

entry ni susulan trip ke sarawak haritu. this time nak lekatkan gambar2 plak.. sebagai kenang-kenangan
1st nite stay kat Parkcity Everly Hotel, Bintulu (Hotel 4 bintang). Nearby hotel ada tempat bersiar-siar petang2 ramai orang bercanda kat sini, ada juga yg bawa anak2 jalan & ada yang memancing- Waterfront Promenade Bintulu. Boleh jalan kaki je dari hotel. My room kat ground floor so bleh keluar ikut belakang juga dan bleh nampak Waterfront Promenade ni.
Waiting time mase ni tgh tunggu flight dari Bintulu ke Sibu, lamenye menunggu sebab sampai kat aiport awal 2.30pm dh ade kat airport dan flight ke Sibu adalah pada pukul 4.3pm5 lepas tu tambah lagi masa menunggu sebab flight delay selama 1 jam. motif gambar ni ade jam & tiket sbb nak tunjuk lamanya masa menunggu. Sibu Airport - Under construction

Buah Tangan

Bulan Disember ni adalah bulan cuti, ada yang kawen ada yang buat kenduri sunat anak & mcam2 . Dan yang paling ramai adalah yang p jalan2 dan bercuti-cuti malaysia & luar negara la kan.  Aku je yang tak p bercuti sbb cuti dh takde XD. peruntukan pun dh kurengg.. jadi kita jalan2 dihujung minggu je la kan.

Tapi yang paling best sbb orang-orang yang p bercuti ni masih ingat kat orang macam aku yang tak p bercuti ni kan.. ni yang aku sayang sangat kat kawan-kawan aku ni. tak jeles pun diorang p jalan2 sbb nanti diorang bawa balik souvenir. I LoiKE!! : D (sengih sampai telinga)

Sepanjang minggu lepas, tiap-tiap hari dapat coklat,  buah tangan dari orang yang p jalan2 & bercuti2 itu. dan yang paling best aku dapat sebiji bas merah!!  Terima kasih Farah.. !! Kite suke sangat Farah bagi kite bas merah ni (senyum lagi sampai telinga..)





ni je antara coklat yang dapat di snapkan pic.. yg  lain dh masuk fridge :p