kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Rahsia wanita sentiasa perawan


Intro tajuknye RAHSIA.. tapi bila dah ditampal di sini still jadi rahsia ke?
tapi xpe la kan.. sharing is caring sbb aku xnak jadi cantik sorang2 (cantik ke?? - sape nk muntah sila tadah baldi ye)
Istimewanya amalan ini untuk menjaga keperempuanan di kalangan isteri supaya sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat dalam surah Al Waqi’ah. 

Sape tak nakjadi perawan dan cantik kan?? walaupun dah kawen dan usia dah bertambah tak bermakna keperawanan tak penting lagi atau dipandang sepi.. pada aku.. dah kawen lagggiiiiiiiii kne jaga sebab takut cik abang lari (minta dijauhkan sejauhnye... aminnnn) 
 
Berbalik kepada perkataan 'Abqaro'  bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.
Ayat ini untuk menjaga luar dan dalam atas dan bawah (oopps…censorred).
Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk diamalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.

Caranya :

Selepas Isya’ ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali,
dan surah Al Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

1. Tiup dalam air dan minum.
2. Niat dalam hati untuk menja ga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
[56.35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[56.36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[56.37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[56.38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Bayangkan dan rasakan bila para isteri sudah mula mengamalkannya. maveles!!!


Wallahuwa’lam.

note : correct me if i'm wrong

No comments:

Post a Comment