kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Balik Besut

Assaalamualaikum..
minggu ke-3 January, we all balik Besut.
Kali pertama untuk Firas Afnan ke Kuala Besut kampung ayah. FH dulu first time balik masa 5 bulan. Adik ni awal sikit.. balik pada usia 4 bulan.
Dapatlah adik jumpa moyang dia yang ramai tu.. jumpa tok yang jugak lebih dari dua.. huhu
Mujurlah rumah diaorang dekat-dekat je, jadi dalam masa yang singkat dah boleh ziarah semuanya.

Abang FH pula malas jalan kat luar rumah sebab berpasir, hahahaha!!! . Ye lah, kampung ayah tepi laut kan. Lupa agaknya rasa pasir tu macamana.
Last time pegi pantai mama rasa dia boleh je main pasir pantai. Dah lama sangat agaknya tak pergi main pasir. Asal jalan kat luar je nak minta dokong sebab selipar masuk pasir.

Mama sempat shoping kat pasar hari kat Kuala Besut. Dapat rembat baju kurung sebab nak p kenduri. Ye la mana ada mama bawa balik baju kurung.. peringatan untuk diri sendiri jugak. Lain kali wajib bawa baju sepasang untuk attend kenduri. Kalau kampung sendiri boleh je rembat baju makcik atau adik. Tapi sebelah mertua.. ai is segan & malu nak minta pinjam. Lagipun saiz i yang comel tapi kembang nih takde kat kampung hubby. Masa pegi pasar mama tinggalkan Firas dengan tok ma. Bawa FH je, panas kot nak bawa baby p jalan kat situ. lagipun kalau bawa baby mana boleh mama nak pilih-pilih baju nak attend kenduri kan..

Masa kat pasar ni, FH bergaya sakan. Pakai sunshade kemain lagi. Ye la.. panas & silau mata dia kot. Lepas tu dok tengok-tengok hairan bayang dia sendiri.. Bila dah masuk khemah orang jual dia pelik mana bayang hilang. Baru sedar selama ni FH ni banyak indoor je. Sangat macam ayah... indoor man :P. Itu yang macam pelik je jumpa bayang sendiri dok ekor dia masa jalan. Pastu tengok matahari pun sebut bulan. Selama ni mama sempat ajar bulan je bila ada cahaya besar di langit. Lampu stadium pun bulan jugak.. mihmihmih!!

Ada satu petang bawa anak-anak p pantai,  FH mula-mula jalan terdengkut-dengkut, macam berjalan atas jalan yang panas sebab geli pasir. Ayah pula saja tak pakaikan dia kasut. Pastu mama tanggalkan selipar bagi FH, baru la jalan laju sikit. Lama-lama dah ok dengan pasir pantai, takut dengan ombak pulak.. tak nak main air pun sebab terkejut ombak besar. Mama nak pergi kat air pun tak bagi.. dok tarik tangan & tolak mama pegi ke arah darat.

Dalam perjalanan balik, singgah rumah mak sedara hubby di Kuala Krai. Rumah dia kena banjir sampai ke paras bumbung. kat bahagian dapur tu masih boleh nampak corak-corak disiling terhasil dari barang dalam rumah yang terapung hingga siling masa air naik. Mok Zah citer la serba sikit masa kejadian tu. Kesian sangat diorang. Kereta tenggelam, anak-anak kena naik bas pergi balik sekolah. Sampai rumah muka masam sebab penat naik bas lama. kesian, Mujurlah ada lagi rumah, baju-baju untuk dipakai walaupun kena basuh dulu. Dah penat basuh dan mengemas, sakit urat la pulak sampai demam. Dugaan betul..
Saya dan hubby dapat bantu sikit je dari segala kesusahan mereka. Semoga Allah permudahkan kehidupan mereka selepas diuji.
Kami sampai rumah dalam pukul 12malam, banyak saya dan anak-anak tidur dalam perjalanan. Bila dah sampai rumah hubby lapar.. kena la masak sebab upah dia memandu sorang-sorang. Alhamdulilah.. rajin pulak saya masak ditengah malam macam tu.

Sebenarnya 4 hari balik Besut tu macam tak cukup je.. Agaknya sebab lama tak balik kot. Last balik masa ngandungkan Firas 5-6 bulan kot. Firas pun dah 4 bulan. So lebih kurang 9bulan tak balik Besut.
Nanti kita balik lagi ye..



Saya yang satu perseratus

Selalu kita jumpa iklan 
"99% mengatakan... blablabla"
"99% pengguna produk ini telah cantik berseri-seri"
"99% kandungan produk ini selamat.."
macam-macamlah yang 99% tu
sangatlah menguja jiwa untuk turut serta jadi pengguna yang tersenarai dalam testimoni atau sebagai wakil dalam menyumbangkan peratusan itu..

Ya memang betul!!
Acapkali saya adalah penyumbang kepada peratusan yang minoriti 
huhuhu!!
Jadinya teruja manapun saya untuk menjadi mereka yang 99% itu semasa dengar/tengok iklan
tetiba bila ingat yg 1% itu niat saya nak beli produk jadi terbantut.
Kenapa dan mengapa?
saya sendiri pun tak tahu
Kalau orang tanya petua-petua saya.. kewajaran petua saya agak pelik
ye lah.. saya kan yang 1%
mane boleh sama dengan yang 99% tu

Contohnya - produk muka.. kalau survey kata 99% akan dapat muka yang glowing berseri dan bersinar, maka saya akan jadi yang 1% yang tak glowing dan bersinar itu. Tambah sikit  worst bila cik jerawat pun suka menempel
So fedup pakai skincare tu - eleh malas pakai sebenarnya.
Bila opismate pun sibuk beli bedak.. kita pun nak jugak order
Hahaha!! dasar sangat kan
Pastu pakai dua tiga kali dah gatal la, lebam la, merah la, memacam la 
mujurlah saya ni bukan retis.. kalau tak camnelah kan??
Makan pun macam tu, ubat ubatan pun..
Saya yang 1%.. Hermmm
 
Susah jugak jadi 1% ni.. orang yang tak tau kata saya terlalu memilih
Ye lah.. kalau tak pilih bila dah jadi masalah camne?
Sapa yang nak sakit?
saya jugak..
Jadi tak payah la tanya orang apa yang terbaik untuk kita
Kita wajib tau apa yang terbaik untuk kita
Orang lain bagi pendapat dengar dan pertimbangkan mane baik dan tak baiknya..



FH marah mama

Pagi tadi..
FH mama bangun pagi dengan senyuman
mama tengah seterika baju..
FH: mama... 
(sambil senyum)
cair hati mama
Mama: Ye sayang.. Abang nak mandi??
FH: Mama.. 
(senyum lagi)
Mama: Ye sayang..

Dingdong dingdong... mama siap mandikan FH segala,
bermula episod nak ke sekolah/ rumah pengasuh
mama dukung adik Firas.. dia pun minta dokong
mama tutup lampu bilik, FH dah mula menangis
sebab nak tutup lampu jugak
tangan mendepa minta mama dokong dia
mama buat tak tau je.. angkat beg bawa adik nak keluar rumah 
hantar adik ke rumah pengasuh
FH tarik baju mama tak bagi keluar
mama buat tak tahu terus keluar, ayah pujuk-pujuk FH
FH tutup pintu kuat bila mama dah keluar

balik rumah dari hantar adik.. FH kat depan pintu yang tertutup nangis kuat-kuat
Pesyen baru dia nangis dari tekak.. bukan merengek
agaknya lepaskan segala perasaan dari dalam
mama buka pintu dapat intai sikit je kat dalam
FH dh tolak pintu xbagi mama masuk
Hahaha..!!! bengang agaknya sebab mama buat derk kat dia
Pastu mama cuba nak buka lagi.. bukan main dia xbagi mama buka pintu dan masuk
mama minta ayah tolong ambilkan beg, pam susu semua barang nak bawa ke pejabat
Masa ayah bagi barang tu pun dia main tarik-tarik tak nak ayah bagi beg tu kat mama
marah sangat tu kat mama
Kalau boleh cakap agaknya dia dah sound mama 
" Mama tak payah masuk rumah , mama tak kisahkan FH jgn masuk rumah, jangan ambil barang" 
agak mama je la.. Huhuhu
 
Pastu mama pun ke opis.. 
masa tunggu lif.. masih terdengar FH nangis kuat-kuat
sampai kat opis.. teringat-ingat perangai anak.. sayu jugak hati
Mujur ayah FH boleh lewat sikit g opis dari mama
dapat la pujuk-pujuk FH

FH.. jadi anak soleh ye sayang, 
bukan mama tak kisahkan kamu
mama sayang kamu dari sebelum kewujudan kamu lagi
sejak kamu ada di rahim mama lagi
kasih sayang mama bercambah setiap hari untuk kamu
bezanya FH dah besar dari adik
Mama kena dokong adik sebab adik belum boleh jalan
tapi FH dah boleh berlari sendiri
Adik minum susu mama
FH kena minum susu botol
sebelum ni FH dah lama menyusu dengan mama.. sekarang pun masih
tapi FH dah makan nasi.. makan roti 
Adik boleh minum susu je.. kesian adik kalau FH habiskan susu mama
Adik nak minum susu mana?
Jadi abang yang baik ye FH
Mama Ayah sayang kamu sampai bila-bila

dah besar nanti baca ni tau!!

Faiz Hannan 2 tahun

3 Januari 2014 genaplah usia Faiz Hannan 2 tahun. Maka tamatlah kontrak mama menyusukan kamu duhai anak. Tapi FH tetap la mengendeng tunggu turn lepas adik Firas menyusu. Selalunya taknak tunggu memang mama kene tandem nursing. Hmmm... Jika ditakdirkan fh dpt adik kembar lagi la teruk mama kene menyusu. Terpaksalah mama makan banyak. Hehehe alasan nak makan banyak le tu..

FH - hadiah terindah

Semoga fh jadi anak soleh, tidak tinggalkan solat dan suruhan Allah
dan semoga Allah pinjamkan zuriat ini seumur hidup mama
Sihat dan membesar dengan sempurna
Mama doakan yang baik-baik untuk anak mama
Cepatnya masa berlalu
Anak mama dah besar 
selalunya orang tanya bila nak bagi adik..
Tapi FH dah ada adik sebelum genap usia 2 tahun
Hahahaha!! 
Cepat sangat mama ni tau
FH belum jemu nak manja dengan mama
Belum jemu nak ditimang mama
dah ada adik semuanya FH kena share

FH tetap utama di hati mama 
Walaupun dah ada adik, 
Dua tiga harini semua nak mama
pakai baju dengan mama
nak naik kerusi makan pun mama angkat
nak basuh berak dengan mama
Takpelah sayang mama rela je semuanya untuk anak mama
mama sayang kamu ketat-ketat

FH umo 2 bulan..

Cadangnya nak buat sambutan harijadi FH di kampung ayah, nak tumpang dari kenduri akikah adik Firas
Ayah kata nak buat akikah sebahagian lagi utk adik Firas kat kampung ayah
sebelum ni dah buat di Kedah sebahagian
sambil tu boleh buat kenduri kesyukuran dan harijadi FH
tapi sebab pantai timur cuaca tak elok dan banjir
maka kitaorg tak jadi balik kampung ayah..
insha Allah.. balik juga secepat mungkin
Adik Firas dah 4 bulan..
belum jumpa keluarga sebelah ayah lagi


Selamat tinggal 2014, 2015 menjelang sudah

Harini berada di tahun baru..
2014 dah ditinggalkan
tak pasti siapa yang tinggalkan siapa
Masa.. Modal yang diberi 24 jam setiap orang 
Tiada yang lebih tiada yang kurang, yang kalau dimanfaatkan atau tidak itulah yang setiap orang perolehi
Guna atau tidak masa yang diberikan ianya tetap akan habis .. GONE
Dimanfaatkan atau tidak terpulang pada kita..
Untunglah pada yang digunakan sebaiknya
Rugi pada yang dibiarkan berlalu begitu saja..

Setiap tahun, Disember saya banyak cerita, banyak yang bertambah.. 
umur saya yang pastinya, 
usia perkahwinan juga bertambah di bulan Disember
harapnya bekalan dunia dan akhirat juga bertambah
anak juga bertambah pada 2014.. hehehe

Syukur ya Allah dengan setiap masa yang kau rezekikan kepadaku
berkatilah aku dengannya..


Semoga tahun 2015 Allah anugerahkan yang lebih baikuntuk saya, untuk keluarga dan untuk semua
Amin Ya Allah.. 
Amin Ya Allah