kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Wordless Wednesday- Rindu

gambar ni pinjam eh!


saya rindukan keadaan ini..
tengok matahari naik dari pintu dapur umah tok
tengok matahari terbenam dari pintu depan 
selalunya arwah tokwan akan ada di pintu sambil ditemani secawan kopi
miss the old days

Saya & fibroid #1

Assalamualaikum
untuk semua kesayangan hati saya,

Harap penulisan ni boleh jadikan sedikit info kepada sesiapa yang menghadapi keadaan macam saya. Selama ni, dok gugel.. google.. searching.. mencari info fasal fibroid.
Sejak sebelum mengandung lagi dah.

Tapi tak banyak info yang saya dapat ke saya yang kelaut tak pandai cari info yang saya nak??. Info yang ada tak membantu apa yang saya nak,saya nak tau cemana nak heal fibroid tu secara natural, pemakanan yang betul atau pantang if seseorang tu ada fibroid.


Saya tau saya ada fibroid sejak 2++ tahun lalu, masa tu setahun lebih dh usia perkahwinan saya.
Saya jumpa doc sebab demam & alahan gatal-gatal. Dah alang-alang jumpa doc terus minta consult dia pasal nak mengandung pastu dia terus scan dan jumpa fibroid tu dan sahkan saya ada PCOS tp saya tak gemuk. Masa tu saiz fibroid 4cm je & doc cakap dia cuma seketul daging macam isi lebih. Takkan ganggu kesuburan saya.

Orang keliling asyik la dok tanya saya ni tak nak anak ke? Luckily mami, abah & adik-adik saya paham. Ada sorang makcik nih cakap saya  nak jaga badan & kecantikan, sebab tu lh tak nak anak. Pastu  dok la asyik ulang cerita dia senang dapat anak lepas kawen setiap kali saya balik kampung.

Ish ish ish!! macam lah saya ni cantik sangat kan. Kadang bedak pun malas nak pakai. Kalau saya ni jenis yang mekap pakai bedak 4-5 inchi tu kot la kan. Badan ramping mcm kerengge, pegi spa pasang badan ala-ala model tu.. ha.. cmtu baru taraf sangat sayang kat badan & duit RM yang dilabur sbb kalau ngandung dah tentu pelaburan tak berbaloi, badan pun aligment dah lari.. sangat tertekan jiwa raga masa tu..

Masuk tahun ke 2++ saya suka memerap kat bilik je kalau balik kampung hubby dari berborak dengan makcik dia tu.Tapi citer makcik tu tetap la saya dengar. Dalam bilik layan tenet.. keep gugel ape yang patut. Lagi damai  hati dan perasaan saya.. tak pun ajak hubby ke pantai. kalau nak cakap saya ni sombong & tak nak bergaul pun xpe. Hmm benda yang kita tak buat pun org cakap jugak..so apa yang kita buat orang cakap tu biasa je la pada saya.

Berbalik pada cerita fibroid, ia memang tidak mengganggu kehidupan saya, pusingan haid pun tak pernah terganggu .. 25-28hari cycle. Tak pernah terlewat walau sepetang atau setengah hari. Pendarahan sehingga 7 hari. Juga tak pernah lebih. Kadang-kadang saja saya akan rasa senggugut, itu pun dalam setengah hari je dan dalam setahun 2-3 kali je rasa macam tu. Selebihnya memang tidak mengganggu. 2 org doc yg saya jumpa pun cakap benda yang sama. Fibroid tu tak mengganggu kesuburan saya.. tapi saya belum ada zuriat..
Mungkin tuhan belum nak bagi rezeki pada masa tu.

Sepanjang masa saya dan suami hanya berdoa, untuk dikurniakan zuriat. Hubby belum terbuka hati nak buat sebarang treatment. Cuma kadang-kadang ada masa gedik dan-dan tu jugak nak amik anak angkat. Macam lah baby tu bleh merangkak datang kat kitaorg kn. Atau pun kalau ada news orang buang anak, saya dan hubby wish orang tu buang kat depan rumah kitaorang.. hahaha.. sangatlah tak logik. Tapi kuasa allah kan mengatasi segalanya.

Dan saya tak de lagi followup pasal fibroid tu dengan doc.

Till next entry..



Cerita lembu korban tak jadi

harini sepatutnya ada korban kt kg hubby. tapi tak jadi sebab lembu yang nak dikorbankan tak dapat ditangkap. kat sini lembu yang dipelihara dibiar lepas je, macam lembu liar. Beberapa hari sebelum ni pun dah cuba tangkap tapi tak dapat jugak. Sampailah haini... seharian tunggu.. kaum pompuan kat umah dah siap potong bawang untuk rencah gulai daging korban. Tetamu yang datang pkul 2 petang  dihidangkan dengan bihn goreng je. Apa nak buat.. xde rezeki nak buat  korban.  


credit to owner's  pic
                                                

Salam Aidiladha - 1433H


Assalamualaikum untuk semua kesayangan hati,
Lagi dua hari kita akan menyambut Aidiladha..
tahun ni insyaallah sambut Aidiladha di kampung hubby.. 

sejak kawin pun baru sekali sambut aidiladha  kt kg  Kedah..
 (huhu macam lah lame bnor kawen kan, belum 10 thn pun)
Esok akan bertolak ke Besut, pray for safe journey :D

Semoga perjalanan dipermudahkan
kene bawa bersama buku pink baby, sebagai persediaan andai diperlukan
maklum baby dh 30++ minggu. 
Mama dia dah makin maju kedepan
Siap ada baju preggy yg macam dah sempit
masa beli haritu mama perasan slim sokmo.
Aleh-aleh nak pakai harini macam agak sempit.. Kesian baju tu, baru je pakai 2-3 kali



 


kat kampung saya, mami & abah ade amik 2 bahagian untuk akikah cucu dia yang bertambah tu.. 
setiap kali telefon mami macam tak putus asa nak pujuk saya balik Kedah untuk Aidiladha kali ni.
Hmm.. berat jugak hati, tapi kesian jugak kat hubby.
kalau tak balik kali ni.. sampai hujung tahun lagi susah nak balik kg hubby
lagipun Aidilfitri lepas dah balik Kedah..

Selamat Menyambut Aidiladha 

kalau rajin boleh puasa sunat pada 9 zulhijjah
Till then... bye


Prince Charming..- Ammar

Salam sayang..
untuk semua kesayangan hati saya..

16 Oktober besday anak buah saya yg sulung..  cucu pertama mami & abah saya & the only one sejak 6 tahun lebih. Tahun ni baru cucu mak saya bertambah.

Ammar Muhaimin - suka amik gambar candid. kita snap dia, dia snap kita


Happy Birthday Ammar Muhaimin yang ke 7. Semoga jadi anak/cucu yg soleh dan abang yang baik pada adik-adik. Walaupun adik dia sorang ja tapi anak pak cik dia pun dia anggap macam adik sendiri. Sekarang ni kalau orang tanya adik Abg Ammar ada berapa dia akan jawab ada 2 orang & nanti ada lagi sorang (tu dia maksudkan baby saya yang bakal lahir). So sweet  & charming abg Ammar ni.. ye lah lama sangat dia tunggu nak ada adik.


tatau nak bagi apa.. tp masa dia datang sini  ada belikan kamus bergambar.

Dialog Ammar yg buat saya tersentuh di hari lahirnya .. antara Ammar & ibunya 
 
Ammar  : ibu antara empat jari ni mana yg lbih pnjang n mkin rendah (telunjuk,hantu,manis n klingking)

Ibu pun tnjuk la jari hantu

Ammar : btul...itu abg la sbab abang pling tinggi
            second Aliff sbab alif lahir dl dr afiq (anak pakcik kepada Ammar- adk bongsu sy)
            third Afiq ( ni adik kandung dia, beza sebulan lahir dari Alif)
            n last pling rendah ni...cuba teka

Ibu     :  adik abg yg akan dtang la
Ammar : no 4, ini adik Long (saya le tu).. Long kan perut dia dh besar..nti dia pun akan dpt baby boy mcm ibu n mama (panggilan utk mak cik dia - adk ipar sy).

Bagi Abg Ammar ni, first baby should be boy, sbb dia first child - boy. Same goes with my brother - 1st child pun boy. Mine pun dari awal lg dia cakap baby boy. Xpe lah Abg Ammar, Long xkisah baby boy ke girl. Janji dia sihat.. tetap jadi adik Abg Ammar jugak.

ish!! touching i, biarpun kita jauh tp dalam hati kita dekat..



Me, baby & fibroid

Salam,
untuk semua kesayangan hati ..

hrni gatal2 google cari word 'classical cesarean'. Perkataan tu dah 2 bulan ada dalam buku pink saya, harini baru tergerak hati nak cari.
Biasa dengar perkataan c-sect @ cesarean je.

Tp checkup minggu lepas Doc cakap maybe sy kene vertical incision.. (still think positive- nothing bad will happen to me) sebab fibroid makin membesar (9cm x 11cm) dan menutup sebahagian besar pintu uterus, so kebarangkalian untuk baby keluar secara normal agak mustahil. Kalau incision kat bikini line plak dh kene fibroid tu ( fibroid ada kt bahagian depan uterus/pintu rahim - eh ke dh tulis kt blog nih sblm ni?? lupe sudaa!!)

Pastu google yang baik hati tu mesti la bagitau kan apa yang saya cari dan nak fahami. Pastu jumpa segala macam complication if  vertical incision tu terjadi kat saya.. Pastu terfikir plak kalau ditakdirkan nyawa saya setakat tu je.. terus berlinang airmata saya yg memang cengeng nih.

Saya bukan takut kalau saya mati, sebab mati tu kn pasti. Samada bersedia atau tidak bila tiba masanya pasti tidak akan terlepas walau sesaat.  cuma.. saya sayang tinggalkn orang-orang kesayangan saya. Abah, mami, adik-adik, hubby & baby. Tapi saya pasti mereka akan tetap bahagia walaupun tanpa saya.Pasti allah akan pelihara orang-orang kesayangan saya. Hmmm.. berkesempatankah untuk saya mengecapi saat indah memiliki keluarga kecil bersama zuriat ini? Semoga allah permudahkan segalanya untuk saya.

Saya penah cakap dengan hubby seandainya ditakdirkn saya tiada lagi, dan waktu tu saya mempunyai zuriat, biarlah mami & abah saya yang jaga zuriat tu. Hubby bleh buat anak lain dengan bini baru.. :P. Tp hubby jawab klu dia nk kawen lain xpayah tunggu saya mati & zuriatnya dijaga mami & abah saya.. dia boleh je kawen lain..hahahahammpess!! btul tau jawapan dia.

Dear hubby, baby & all love ones.. i'll love u forever till death do us apart.