kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Kisah anak-anak W1-Disember 2014

Assalamualaikum
Anak anak mama
Hari ni genap usia adik 3 bulan, Abang pulak setahun 11 bulan. sebulan lagi abang dah jadi 2tahun.
Sungguh  cepat masa berlalu.. terima kasih ya Allah atas semua kurniaan ini.

Semalam masa p ambil anak-anak, si abang keluar je dari rumah pengasuh pakai selipar sendiri pastu nangis. Minta mama dukung. Tak pernah macam tu sebelum ni. Mama nampak hidung bertanda, calar sikit kat pipi kanan dan bawah mata kiri.. kesian. Dah semakin lasak dia tu. Semua pun nak explore. Jadi mama faham kalau dah ramai-ramai tu memang lah.. Duduk dengan mama pun tergolek sana-sini. Pulak tu dah ada basikal roda tiga tricycle, tergolek jugak dengan yang roda tiga tu.. hai lah abang FH.
Mama dukunglah dua orang budak tu balik rumah semalam. Galas beg lagi. Mujur rumah 20langkah je dari rumah pengasuh.

Adik pulak dah melasak tidurnya.
Dah tak boleh ambil mudah nak letak kat tepi katil sebab dah boleh pusing 360 darjah. Dah cuba-cuba nak meniarap sendiri jugak.. adalah sekali dua yang berjaya meniarap sendiri. Kadang  sedar dari tidur kaki adik dah kat perut mama. Kalau mama mandi dan letak adik kat katil biar main sorang-sorang.. dah boleh beralih tempat kaki ke kepala dan kepala ke kaki. So mama memang kena beringat kalau nak letak adik atas katil supaya tak jatuh.

Adik tido awal.. so mama & ayah bleh spend masa dengan abang lama-lama. Tapi abang pun cepat mengantuk sekarang ni. Dalam pukul sepuluh dah suruh tutup lampu dan TV, kadang pukul sembilan setengah. Sampai ayah kata.. awal lagi la abang.. kita main-main dulu lah.
Agaknya kat umah pengasuh dah tak banyak tido sekarang ni. Banyak benda nak explore.. ada kawan pulak. Sebelum ni selagi ayah tak tido dan tak tutup lampu.. selagi itulah abang FH pun tak nak tido

Ok lah anak-anak mama.. nanti mama menulis lagi fasal kalian. Lot of love
~ mama ~


No comments:

Post a Comment