kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Klinik Aneastasia

harini saya ada temujanji kat klinik aneastasia.
Nama macam janggal je kan
Tapi sebenarnye takdok lah ape pun
klinik aneastasia ni sebenarnya klinik bius.. hahaha
Sumpah saya tak pernah tahu..
Kalau sebelum ni terpandang pun buat endah tak endah je

Kat klinik ni pakar bius buat penilaian ke atas diri empunya badan yang akan dibedah
Saya dapat giliran nombor 3.
Sebelum saya no 1 & 2 adalah pesakit kanak-kanak.
Yang sorang tu tak tau sakit apa & nak bedah part mana
Yang sorang lagi kanak-kanak lelaki usia 3 tahun berketurunan cina.
Nak operate mata. Matanya macam juling.. tetapi senyuman sentiasa terukir di bibir
Melting me setiap kali pandang dia.
Sekali pandang, dia cuma besar sikit je dari FH.
Hajat hati nak bagi coklat crispy kat dia tapi hubby tak kasi (henbeg saya selalunya ada stok coklat & air kotak.. kadang untuk FH selalunya untuk diri sendiri :P)
Katanya entahnya budak tu elergi ke apa.. suka hati nak bagi kat anak orang
huhuhu..
tu lah.. anak orang kan
Kita tak tau.. kadang nak sentuh baby orang pun takut..
Takut sentuhan saya boleh buat orang tambah elergi atau apa-apa..

Kat klinik aneastasia ni berat badan, tinggi dan kadar denyutan nadi diambil
saya diberi penerangan tentang kemungkinan serta sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku terhadap diri yang akan menjalani pembedahan  selepas dibius.
Kesan selepas dibius dan lepas pembedahan..
Hmm sekali sekala gementar juga dijiwa
Luckily nurse dan doktor tu baik-baik belaka dan manis orangnya 
Kalau dibius cinta lagi best kan..

Kalau sebelum ni 2 kali menjalani pembedahan tidak pulak kena jumpa & diskas bab bius ni..
Tapi kali ni kalau ikut nurse tu.. sebab pembedahan ni dirancang lebih awal maka pihak hospital nak saya  jalani penilaian bius apa yg terbaik untuk saya.. (owh!! baru tau ada banyak jenis bius) ye la kan.. kalau tak xkan la kena ada pakar yang attend sekadar untuk bius je kan..
Kata nurse lagi.. kalau yang pembedahan kecemasan tu doktor menilai dengan apa yang ada dan nampak sahaja..
tapi  kalau part saya.. well plan ni.. so derang nak everything pun well plan. Sebab saya thalesemia trait - komplikasinya.. darah agak kurang pekat, anemia, jika berlaku potongan pada tempat yang tak patut menyebabkan darah banyak keluar & susah nak tutup tempat yang luka tu. Sebab lain.. saya ada fibroid yang doktor tak nak usik sebab bimbang berlaku lebih pendarahan. Fibroid ni memang ada sejak sebelum FH wujud dalam rahim saya.. kalau dulu peneman FH sekarang peneman adik FH.
Doktor takde pulak cakap nak buang fibroid tu sebab lepas bersalin FH dulu dia mengecil dari 10cm jadi 4cm dan harapnya boleh terus kecil tapi dah mama FH mengandung lagi.. maka dia pun besar balik jd 10cm

Apapun semoga saya selamat menjalani  pembedahan, selamat dibius.. selamat dapat baby
the most precious moment ever.. ^-^

No comments:

Post a Comment