kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Dicelah-celah kehidupan

Dalam kehidupan kita ni, walaupun kita rancang baik-baik, sedaya upaya usaha untuk jadikan ia sebagai yang terbaik, tapi belum tentu apa yang kita nak akan tercapai seratus peratus perfect macam yang kita hajati. Tawakal je la kan apa end result tu. Kematian je sesuatu yang boleh diyakini dan pasti.. yang lain-lain tu cuma berlaku dengan izin Allah dan penuh dengan ketidakpastian.

Dalam alam rumah tangga kita juga mengharap dianugerahkan pasangan yang melengkapi kekurangan diri dan zuriat yang menyejukkan jiwa serta boleh dijadikan bekalan di akhirat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita.

Tapi aku tak paham dengan situasi rumahtangga nih..

Suami isteri adalah golongan pendidik yang mana aku rasa dua-dua pun terpelajar untuk menjadi pendidik anak bangsa dan anak-anak sendiri yang 7-8 orang. Dulu isterinya mengajar sekolah menengah tapi sebab sekolah jauh dan terpaksa berjauhan dengan suami yang mula nak tunjuk belang kecurangan, maka isteri  beralah. Sedia diturunkan gred dan minta mengajar di sekolah rendah yang dekat dengan suami. Ok setle satu bab..

Selepas beberapa tahun ada pulak masalah lain, owh!! ni pasal politik. Suami ni kuat sangat fahaman politik  sampai terbawa-bawa ke sekolah. TAk tau lah aku fahaman puak kiri ke kanan, tapi sampai jadi kes kat sekolah antara guru-guru. Jalan penyelesaian yang si suami buat adalah langsung tak ke sekolah. Berlanjutan tak p sekolah dekat setahun. Dalam masa tak p sekolah suami cuma buat keje-keje tukang kat umah. Kalau dah tak p kerja tu takkan lah nak dapat gaji kan.. Dah tentu guru besar  adukan kepada pihak berwajib, dah takde pendapatan tetap yang ribu riban tetiap bulan. Mujurlah isteri bekerja dan gaji ribu riban jugak, dapat lah sara anak-anak

Bagi aku.. hmm.. kalaupun nak berpolitik janganlah sampai memperjudikan anak isteri yang menjadi tanggungjawab untuk disara. Dah la anak ramai kan.. Tak pikir ke anak-anak tu amanah yang utama? dan bukan jadi tanggungjawab isteri untuk sediakan segala keperluan anak-anak. Kalau memang sakit ke ape ke boleh jugak kita terima, tapi ini sengaja cari penyakit. Ke suami ni memang bercita-cita nak jadi wakil rakyat ke ape? tapi yang aku tau takdelah dia jadi penceramah ke, ketua pemuda ke sebarang jawatan dalam politik setempat ke kan.. lepas balik mengajar yang aku tau dia dok umah je. Agaknya kat sekolah je kot tempat dia berpolitik..

Selepas setahun tak mengajar, suami kena tindakan ditukar ke sekolah jauh dari kediaman, kete ada 2 biji tapi sebiji je yang boleh jalan jauh, tapi isteri guna untuk ulang alik g skolah dan hantar anak yang ramai tu. So solution isteri belikan suami kete second hand cash RM11k. Sayang betul isteri kan.. nak mudahkan suami g keje, tapi suami punyalah buat perangai.. tak mau p sekolah baru tu sebab bengang dia kene tukar sekolah. Ntah hape2 kan. Sampai part ni aku sangatlah bengangkan.. memang tak tau bersyukur lah suami macam ni. Sampai cikgu besar datang rumah pujuk tu, xplain ape yang patut. Katanya nak p la kan sekolah lepas CNY 2012. Harap-harap segalanya berjalan dengan baik. Seluruh keluarga pendidik ni mendapat redha, keberkatan serta hidayah dari Allah. Dan semoga suami menginsafi diri, menjaga segala amanah yang dianugerahkan Allah, isteri yang baik dan ibu mithali kepada anak-anaknya, juga sebagai pendidik anak bangsa. Mujur anak-anak tak banyak kerenah dan pandai bawa diri walaupun anak lelaki ramai dan anak pompuan kecik lagi.

Harapan aku si suami menginsafi sebelum dia kehilangan isteri yang begitu setia, mentaati beliau juga amanah Allah. Sebab orang-orang yang baik ni biasanya Allah sayang lebih.. Aku tak rasa aku boleh buat apa yang si isteri buat dan  boleh mengharungi segala kesusahan serta dugaan tu.. Aku tabik spring pada isteri-isteri2 yang tabah mengharungi segala dugaan berumahtangga dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment