kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Erkk!! loya..

Jalan-jalan belakang bangunan nak ke tempat parking kereta, setapak demi setapak.. tetiba nampak ade air membasahi sebahagian tempat parking.. wonder why?? takde hujan yang membasahi alam kalau ye pun takkan sebahagian je kan.. tercari-cari dari mane punca air tu keluar.. pastu tengoh air yang warna coklat nak hitam mengalir dari manhole (pembentung). ErKKK!! itu puncanya.. lari cepat-cepat dengan menggunakan hujung jari kaki dapatkan kereta. (kononnya boleh sampai kat kereta dengan lebih cepat tanpa perlu menghidu bau dari air yang coklat hitam apatah lagi kalau nak terpijak air tuh) Dapat sampai kat kereta.. cepat-cepat hidupkan keta dan berambus dari tempat itu. Owh!! selamat.. (Flashback citer lama)

Tapi selamatkah alam? masa yang aku lalui detik meloyakan tu tak terfikir pun pasal tu. Adakah sebab masih mentah yang mana tak pernah ambil peduli hal lain selain hal diri sendiri. jual ikan je (selfish). Sepatutnya kesedaran kene tanam dari dulu dan selamanya (ceh!! tetiba..) But its true semua orang perlu ada kesedaran untuk jaga alam sekitar bersama-sama, tak perlu ada kempen kesedaran baru nak sedar. Kalau kesedaran tu dah terlambat? banyak yang kerosakan yang perlu ditanggung dan yang menghadapinya adalah kita semua.(atau tutup mata je, pekakkan telinga sebab benda tu tak berlaku di tempat kita - semua orang pun wish macam tu tapi kalau its happen kat kita??)

Ujg mgu baru ade news kat TV pasal penduduk kampung  kat Johor Jaya yang rasa loya sebab bau busuk dari air kumbahan yang mengalir keluar, loji tak diselenggara. Katanya kalau hujan air kumbahan bercampur air hujan akan masuk ke dalam rumah. Rata-rata penduduk adalah orang melayu islam. Hmm kenapa benda ni berlaku? Malaysia kan ada badan pengurusan sisa kumbahan yang dilantik?? Atau apakah badan yang dipertanggungjawabkan tak mempunyai dana yang cukup untuk menyelenggara sisa kumbahan itu? Jangan salahkan Indah Water Konsortium sebab badan nih takde khidmat di Johor.
weh dah banyak aku bebel.. sebenarnye nak bagitau semua sila jadi manusia bertanggungjawab menjaga alam sekitar untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Sila jelaskan bil pembentungan anda.. aku tau ramai yang tak suka nak bayar sebab kalau tak bayar pun tak nampak kesan..  tapi kalau tempat anda jadi macam kat JOhor Jaya tu baru nak tersedar.. dh terlambat beb!! masa tu dah cium segala bahan buangan orang lain dulu.. uwek!! loya

Sekian khidmat pesanan masyarakat tak berbayar dari aku :p

No comments:

Post a Comment