kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Hobi abang

Abang Faiz memang suka aktiviti masak memasak..
Dah lama mama perasan
Lately ni lagi aktif sebab dah advance.. Dah pandai panjat kerusi makan.
Sebelum ni setakat usung kerusi kecil je nak ambil apa apa ditempat  tinggi. Tu pun ayah dah sembunyikan sebab ada cubaan nak pulas dapur masak. Sekarang ni dah kuat tolak kerusi dan dah boleh panjat sendiri.. Apa lagi.. Jadilah pembantu kecil mama  dan ayah kat dapur yang comel tu.

 Hai semua.. Harini chef cilik anda Faiz Hannan nak masak
Owh!! Mama nak amik gambar kite.. Malu aaa

Mama.. Please.. Faiz malu ni.. Pls pls!
Pernah dalu masa tok dan tok cik datang.. Setiap kali depa nak masak Faiz mesti dok dapur jugak.. Monitoring apa yang orang tu buat. Kalau ditahan Faiz dari p dapur alat mat mengundang amukan.
Sampai tok kata "Faiz ni ingat orang nak buat apa la kat dapoq rumah dia, ingat boleh terbalik kot kalau tok dgn tok cik masak"
Jumpa lagi di episod chef cilik kali ini..
Sebagai penyelesaiannya.. Ayah belikan set memasak untuk faiz. Takpelah faiz.. Mama ok je if faiz nak jadi tukang masak pun. Jadi macam ayah pun ok.. Kalau mama malas masak ayah masakkan.. Nanti kalau mama dan ayah malas masak, Faiz pulak yang masak. Kan bagus macam tu..

 Ayah harap sangat faiz suka dapur kecil yang ayah belikan tu. Harap2 aman sikit dapur kecil mama.

No comments:

Post a Comment