kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Diari anak-anak _ Nov 2014

Assalamualaikum..
Nak tulis perkembangan anak kat sini supaya mama tak lupa apa benda yang kamu berdua buat pada usia sekarang.

Abang Faiz Hannan
Bulan ni genap abang FH berusia setahun 10 bulan, dah tak lama nak sambut birthday lagi yang ke 2
Dah pandai cakap sikit-sikit
banyak perkataan sebut yang hujung-hujung je
Dah boleh panggil mama
Sebut ayah dah lama
Tapi kadang-kadang tersasul ayah pun mama
mama pun ayah
sebut Adik je tak pernah tersasul
Piyaih - Firas
Ma- mama
Dok - duduk
Adik do - adik tido
ma do(sambil tepuk-tepuk bantal soh mama tido tepi dia) - mama tido
tummmpah - tumpah (suka bagi tumpah air)
shakkk - rosak 
pat pat - cepat-cepat
fu fu - susu
pash - kipas/lampu dua-dua pun sebut pash 
nak shik - nak nasi
nak ti - nak roti
rak - berak 
(suka selak seluar adik cakap adik berak)
diri sndri kalau nak main air pun cakap rak - buka diaper nk p main air
dah boleh pakai seluar sendiri walau tak proper
tu yang selalu sebut, words lain banyak ikut kita cakap dan ambil yang hujung je
suka nak main plug, suka offkan dan cabut plug masa mama seterika baju
joget-joget senget sebelah bila dengar lagu yang dia suka
suka main periuk belanga sudip tak kira dimana
kalau nangis masa shoping.. sila cari benda yang boleh dia buat kuali/periuk dan sudip. godek-godek macam dok kacau masa masak. Konpem tak nangis dan happy.
Suka makan biskut oreo dan minum air kotak milo

Adik Firas Afnan
Dah dua bulan usia adik
Adik dah boleh tegakkan kepala
boleh meniarap a few second kalau mama letak
Dah pandai nak sembang dengan orang
Ntah apa yang dia ngadu dan sembang.. mama iyakan aje
Kuat minum susu
mama bekalkan 3oz x 5 botol yang sejuk dan yg siap utk minum 1 botol
abang dulu 2.5oz x 4botol je

tu je yang ingat perkembangan anak-anak sekarang ni.. 
Ya Allah.. jadikan mereka anak soleh yang tidak meninggalkan solat dan berbakti kepada agamamu


1 comment: