kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Kejang Kaki dan Selesema semasa mengandung

Assalamualaikum..
hari ni saya nak bagi petua sikit untuk  ibu-ibu mengandung
takdelah nak cakap sy ni teror sangat kan.. masih di fasa terakhir kandungan lagi
Masih belum bergelar ibu.. just mom to be.. :D. sape yang dah tau sila duduk diam-diam..
Ekceli dari pembacaan saya.. kebanyakan ibu mengandung akan mengalami kekejangan kaki  dan demam selesema.
Biasanya kekejangan berlaku pada waktu mlm sebab sejuk..
Untuk penjelasan lanjut secara perubatannya anda boleh google kat web
Selesema pulak asal ade je orang sekitar yang selesema, ibu mengandung senang nak dapat jangkitan..
Kedua-dua keadaan tu berlaku pada saya beberapa kali sepanjang mengandung 38 minggu nih.

Bila dah beberapa kali jadi tu.. so dah tau camne nak heal secara natural
Ye la.. ibu mengandung kan tak boleh ambil sembarangan ubatan tanpa pengawasan doktor
Yang natural pun kene tengok-tengok jugak sebab being melayu ni kan.. banyak pantang larangnya

Untuk sembuhkan selesema demam dan batuk, biasanya my mom punya petua @ prescription ambil panadol soluble je dan untuk hilangkan batuk minum sesudu kicap+jus limau nipis. Tapi untuk ibu ngandung limau nipis tu kan tak bagus (untuk sesetengah orang). So being safe.. lepas google banyak petua secara natural,
makan buah oren is the best for me. Lepas habis sebungkus oren (beli yg dh siap bungkus kt tesco RM8-10/pack).. segala demam, batuk & selesema dah takde.. Alhamdulilah
Rasanya sepanjang ngandung ni ade la 3-4 kali jugak selesema, batuk & demam. Semuanya baik dengan kaedah tu.

Untuk kaki kejang pulak saya pakai stokin mase tido.. kadang belasah stokin bola hubby cover sampai ke lutut. Pada pendapat saya.. stokin tu boleh kurangkan kadar sejuk pada kaki & boleh grab alteri & vena kat salur darah dan urat-urat kaki yang kejang tu dari mengecut secara mengejut dan buatkan kaki jadi kejang.
Kalau setakat selimut je kaki tak  jadi tau.. sebab selimut tu just tutup kaki je..
dia tak melekap untuk pegang urat kita.

Tapi kalau dah tengah kejang tu kan.. hujung jari dan telapak kaki tolak ke depan. Ala.. macam selalu kita tengok pemain bola kejang kaki tu kan.. pastu nnti ade kawan dia datang tolong tolak tapak kaki dia ke depan. Ha.. camtu lah.. kekdahnye.  Insya Allah kejang tu takkan jd lebih teruk
Saya tau.. ramai yang minta tolong hubby urut2kan.. tambah-tambah 1st time mom to be nih!!
tapi ade jugak yang tak dapat nak tolong..
sebab dalam mamai tu hubby usap2 ala-ala romantis je,
tak bleh nak betulkan kaki yang kejang.
Kesannya boleh rasa dua tiga hari jugak jalan macam robot..
So buatlah sendiri ye.. jangan letak tapak kaki ke belakang semasa kejadian sebab itu akan menyebabkan kejang kaki anda worse,
sebaliknya bawa ke depan.. In sha Allah it's work!!

till then.. bye


1 comment:

  1. thanks info dan petua yang puan sharekan dalam blog ni..like it..:)

    ReplyDelete