kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Kehilangan

Khamis lepas 22 March 2012, 4.40pm dapat satu panggilan dari sepupu aku bagitau yang Tokwan aku dah takdak. Tokwan dah meninggal.. tapi masa tu masih rasa macam baisa-biasa je. Sebab dah lama prepare mentaliti yang tokwan boleh pegi bila-bila masa saja sebab sakit tua. Dah lama sangat tokwan uzur.. kesian kat dia. Lagipun sejak tok meninggal aku dapat tengok tokwan macam down sangat. Kadang-kadang meleleh air mata.. agaknya terkenangkn arwah tok

semoga tokwan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.. banyak benar jasa tokwan kat aku. Lagipun aku antara cucu yang paling dekat dengan dia sbb umah dia sebelah umah aku. (Kami anak beranak dok kat tanah arwah tokwan) Tokwan yang amik aku balik sekolah tadika dolu-dolu sebab masa tu mak aku tak tau naik basikal atau motor. Tokwan pun naik basikal tua ja amik aku dari sekolah. Atas pelantar belakang tu dia lipat-lipat guni buat lapik bontot aku supaya tak sakit. Huhu... berlinangan air mata weh ingat kenangan-kenangan dengan tokwan.Kna stop dulu la entry ni..

Hmm.. nanti emosi kembali o.k akan ku teruskan taipan di diari publicku ini..

No comments:

Post a Comment