kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Sesak

sejak minggu lepas tiap-tiap hari jalan sesak kalau hala ke bandar raya KayEl.. kalau sebelum ni  dari rumah ikut lebuhraya DUKE ke opis hubby dan opis aku paling cepat 45 minit boleh sampai yang mana kalau bukan waktu puncak dalam masa 30minit pun boleh sampai ke destinasi dengan menaiki kereta. Indahnya kalau tak payah buang masa di jalanraya kan.. tapi sejak dua minggu ni kan.. sejam lebih baru sampai opis. Kalau guna punch card yang masuk mesin tu kan dah dua minggu la punch card aku laki bini ada bunga-bunga merah kan. Walaupun kitaorang opis lain-lain tapi kitaorg kongsi kereta. Boleh la jimat belanja sikit dari guna dua kereta kan lagipun jalan sehala, cumanya kalau dua opis kene jalan jauh sikit la.. disamping boleh kurangkan kesesakan jalanraya boleh juga kurangkan pencemaran alam. Hehehe.. semoga aku laki bini jadi pemandu berhemah juga..

Hmm.. pasal jalan sesak tu kan, agaknya awal tahun ramai orang beli kereta kot kan. Itulah yang jalan penuh sesak dengan kenderaan. Kenderaan awam pula tak berapa efisyen nak guna.. bagi sesetengah haluan perjalanan. lagipun orang macam aku sebab ada pilihan kereta sendiri kan.. tu lah senang pandu sendiri ja.. Pada aku elok jugak bank susah nak bagi pinjaman kenderaan.. kurang sikit kadar pertambahan kenderaan di jalanraya, tapi kesian jugak kat penjual kereta.. hmm semua serba tak kena. Tapi perlulah seimbang.. supaya semua berada dalam win win situation.

Tiap-tiap pagi aku doakan setiap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal selamat sampai ke destinasi. Sebab salah satu punca kesesakan adalah kemalangan selain bilangan kenderaan yang banyak.. tambah-tambah kalau hari hujan, ada je yang kemalangan. Kalau ada kemalangan lagggiiiiiii lambat sampai opis. So aku doakan takde orang yang ditimpa kemalangan  termasuklah diri sendiri..

Pada perkiraan statistik aku sendiri.. (eh!! tetiba jadi ahli statistik pulak..) sebelum ni setiap hari isnin dan jumaat  je jumlah kereta bertambah di jalanraya menuju ke KayEl/Pusatbandar.. so setiap hari Isnin antara sebab kereta banyak adalah baru balik dari travel jauh/cuti ujung minggu/balik kampung terus g keje naik kereta yang pada hari biasa naik motor atau kenderaan awam atau pool car dengan kawan/adik beradik. Macam tu jugak masa hari Jumaat.. orang yang biasa bawa motor atau kenderaan awam atau pool car dengan kawan/adik beradik nak terus travel jauh/cuti ujung minggu/balik kampung dari opis. Ni aku sajes dan rekemen kat orang-orang yang buat study perancangan bandar dan wilayah, kejuruteraan jalan raya, kajian trafik & lalulintas buat kajian statistik yang lebih tepat serta alasan yang lebih realistik dari statistik rekaan aku nih.. hahaha..

Tapi statistik rekaan aku ni dah tak releven sejak dua minggu kebelakangan ni.. huhuhu.. kena wat kajian, alasan dan statistik baru nih mulai esok!! (sungguh kuat semangat nih!!)

Yang penting mari kita sama-sama berdoa (sila baca doa naik kenderaan..) supaya tiada yang ditimpa kecelakaan dan kemalangan.. aaaaaaaaammmmminnnn..

seribestari.blogspot- doa naik kenderaan


No comments:

Post a Comment