kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

emosi..

semalam pagi-pagi aku dah mengadap bos brief apa yang patut & report apa yang patut aku report biarpun pahit, biarpun report aku pagi-pagi lagi menunjukkan negatif. Benda-benda negatif dalam bisnes memanglah tak baguskan.. tapi  aku memerlukan komen dan decision dia untuk aku teruskan workout pada report aku tu . aku dah siapkan beberapa altenatif utk dia pilih. Tp memandangkan bos aku ni nk cepat sebab dia ada mesyuarat penting jadi tak dapat keputusan.

Lepas lunch aku jumpa lagi.. tp si bos yang amat bizi cakap dia perlukan aku brief secara terperinci tapi bukan sekarang sbb dia nak attend mesyuarat lain pulak. Then minta aku tunggu sampai dia balik dari mesyuarat tu. Masa tu dah pukul 3.15pm. Dah tentu aku kena balik lambat ni.. kurang-kurang 5.30 baru bos ni nak sampai opis balik.


Dipendekkan cerita, pukul 6.15 baru si dia yang ditunggu munculkan diri., aku pun cepat-cepat la nk settlekan apa yang patut sebab aku tak suka nak stay kat opis lama-lama. Lagipun petang-petang orang dah kurang, mood pun dah tak bagus nak keja. Dalam hati pun asyik terbayang-bayang bakal mengadap jalan jam yang boleh buat kesabaran semakin menipis..

Maka kesekian kalinya aku brief balik apa keja yang aku buat, kira sini kira sana, campur tolak bagai.. si dia tak puas hati jugak!! pastu aku cakap jom lah kita buat guna softcopy lagi senang dari dok conteng kat kertas ni & tekan-tekan calculator ni.. sungguh tak efisyen bagi aku. pastu boleh pulak si dia nih cakap 'I don't hav time to do that!!' sambil senyum manis dengan gaya paling hensem aku rasa. Tapi dalam masa yang sama hidung aku dah jadi kembang kempis (mmg la dh sedia kembang kot :P) and mata tetiba jadi bersinar bak bulan purnama di malam yang hening macam nak jadi warewolf  pun ada aku rasa. Ok fine!! aku pun kumpulkan dan susun paperwork yang aku dah buat tu pastu cakap 'kalau u nak figure yang u suka u can change here and this is address for that file. I nak balik ' . Terus aku jalan kat workstation aku angkat handbag dan memulakan perjalan balik ke rumah.


Aku macam nak je cakap takkanlah Allah bagi masa aku lebih and masa kat bos aku tu kurang kan. sama ja semua orang dapat sehari 24 jam. xde lebih xde kurang. Kalau ye pun aku ada masa lebih nak aku bagi dia  masa aku yang banyak tu. Boleh pulak cakap xde masa sedangkan aku dok tunggu dia sejam lebih lepas waktu keja yang memang bukan kebiasaan aku untuk  stay macam tu. Banyak lagi benda aku boleh buat dari tunggu dia kat opis tu. Balik umah peluk hubby pun best.. Arghh!! emosi betullah!!

Luckly dh cool down ^_^ bila sampai umah.



No comments:

Post a Comment