kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Ada apa dengan Voucer RM200

Aku bukan pelajar jadi aku tak dapat pun voucer tu. Tapi aku pernah jadi pelajar. Pengalaman nak beli buku masa belajar tak de sangat masalah sebab aku main photostat je. Cikgu aku cakap kita bukan niat nak niagakan pun buku tu  tapi nak kembangkan ilmu supaya ramai orang berpengetahuan. Kalau nak save budget lagi.. boleh berbaik dengan pelajar senior.. pastu pau buku yang dia juga photostat secara percuma atau dengan kos yang lebih murah. Hmm bijak tak??

Kalau aku yang dapat Voucer tu hmm fening jugak kan kalau nak kene pilih buku yang terbaik untuk kita, lagipun macam aku yang belajar engineering ni, buku-buku dia banyak yang imported pastu harga sangat lah mahal. Beratus hengget sebuah.. kalau setakat RM200 rasenye bleh dapat sebuah buku je tu pun selalunya harga lebih dari tu. Sebab tu aku phostat je. Maaflah para penerbit & auditor yang terlibat sebab zaman belajar memang kene jaga budget sebab wang tunai di tangan mempunyai banyak tuntutan yang perlu diambil kira termasuklah tuntutan berjimba dengan kawan-kawan. Lagipun aku bukan dari keluarga orang senang lenang, yang mak bapak boleh soh kengkawan yang kat luar negara tolong belikan buku untuk aku atau keluarkan duit ribu riban untuk beli buku engineering yang mahal itu. Aku nak minta duit belanja banyak pun tak sanggup.. kesian kat mak bapak (zaman aku dulu la). Apa yang diorang hulur tu je yang aku terima, banyak ke sikit ke alhamdulilah.. kalau dapat duit pinjaman pelajaran aku share jugak dengan mak bapak. Tak macam budak sekarang beli henpon canggih, lebih canggih dari henpon yang aku guna sekarang..Tetiba shahdu ingat zaman dolu-dolu..

Ok!! back to our topik... Voucer RM200 tu kene habiskan sekali beli je ke? ke cemana? kalau kena habiskan sekali je memanglah kene ada dalam list tu sebuah novel kan , walaupun itu bukan pilihan yang afdal dan bijak tapi camne kalau campur-campur buku untuk belajar tu balance ade RM20? balance tu beli novel je cukup. Kalau nak beli buku belajar nak kena top up cash yang lebih banyak. ke buku tu xyah beli tapi photostat???Arghhh!! camne ni? beli je la novel kan.. Ahak!!

p/s: eh bebudak belum habis belajar jangan termakan hasutan akak ini :P

No comments:

Post a Comment