kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

AJL (26) 2011 - 29 January 2012

Esok AJL akan berlangsung. Teringat zaman dolu-dolu masa dok asrama awal tahun  90an.. masa zaman tu kalau nak tengok tv kena tengok kat kefeteria, nanti ada tukang angkat TV pastu letak atas meja sekolah pastu meja sekolah tu ada atas meja kafeteria (boleh bayangkan tak? ) bertingkat-tingkat sebab kalau letak atas meja setingkat je nanti orang belakang tak nampak pulak. Dah habis tengok kena angkat simpan balik kat bilik penyelia asrama. Zaman tu kat sekolah orang-orang yang bercinta dok main tuju-tuju lagu. Wakil ketua asrama pompuan zaman tu Kak Roy.. dia yang akan wat permohonan minta kat warden untuk kitaorang tengok tv lebih masa untuk malam AJL tu... waktu biasa tengok tv setakat pukul 10 malam je. Malam AJL mesti la tengok sampai abes kan.. mesti lebih pukul 10 malam.

Pasal tuju2 lagu, ramai senior la yang dok buat keje tu. aku tak termasuk laaa.. takde orang nak kasi lagu kat aku pun.. Pastu kalau ada yang putus cinta pun  main tuju lagu juga. Pastu bila sampai part persembahan lagu tu.. orang yang rasa lagu tu ada kena mengena dengan hidup dia.. mesti feeling habis, siap nangis-nangis.. Aku naik pelik je tengok akak nih nangis.. cinta maut la nih!! Kesian.. 
Ok back to the topik lah.. untuk kali ni ada 12 lagu yang akan bertanding :-
  1. Sedetik Lebih ( Jacklyn Victor )
  2. Awan Nano ( Hafiz )
  3. Beribu Sesalan ( Ning ,Shila ,Jacklyn )
  4. Sungai Lui ( Aizat )
  5.   Kisah Hati ( Alyah ) 
  6. Kalau Berpacaran ( Shohaimi , Ana Raffali dan Altimet )
  7. Karma ( Faizal Tahir )
  8. Penakut ( Yuna )
  9. Cinta Muka Buku ( Najwa Latif )
  10. Wanita Seluruh Dunia ( Project Pistol )
  11. Kekanda Adinda ( Atilia , Monoloque )
  12.   Gadis Semasa ( Yuna )

lagu sedetik lebih kan.. aku suka version abg nuar yang nyanyi.. tapi Jack nyanyi pun sedap jugak.  Dalam list kat atas ni aku suka lagu 1-5 yang lain tu hati aku tak berkenan. Pada yang minat kat penyanyi tu sokong lah ye..

Sunagi Lui- Aizat

Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

 
Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

No comments:

Post a Comment