kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Cerita abah

Assalamualaikum
Alhamdulillah.. abah dah selamat menjalani pembedahan buang darah beku di kepala (10/4/2016)
Darah beku tu mungkin berpunca dari kemalangan hujung bulan feb lepas..Syukur ya Allah.. itu je yang dapat kami sekeluarga ucapkan..

Ceritanya bermula Ahad minggu lepas 3/3/2016..  mami abah datang Penang jumpa along dan keluarga.. Masa tu abah dah mula sakit kepala. Sangka kita mungkin sebab cuaca yang panas, mungkin juga sebab berjalan jauh.Mungkin juga tekanan darah abah naik. Lepas kemalangan bulan Januari lepas.. itulah perjalanan abah yang paling jauh dan lebih kagum sebab abah memandu sendiri dengan ditemani mami. 

Balik dari Penang sakit kepala abah makin kuat, susah nak tidur sampai kena melepak kat Hospital Jitra dua hari berturut.. lepas dapat suntikan untuk darah tinggi dan direhatkan  di bahagian kecemasan abah dibenarkan balik.. sehinggalah hari Jumaat 8/4/2016 petang.. abah makin sakit, makin celaru.. tak tidur sehingga ke pagi. ajak ke hospital cakap dia tak sakit. Abah kata mami yang sakit sebab mami nangis. Mami nangis sebab ajak dia pergi hospital tak nak. Dalam pada tu abah kejap-kejap lupa cucu dia yang sedang tidur tu siapa, Lupa kenapa cucu menangis.. lupa ini anak siapa.. Mami lagi la kuat menangis tengok keadaan abah camtu. 

Lama-lama tengok mami nangis abah pun ajak pergi hospital Alor Setar.. Dia nampak mami nangis nak p hospital.. mami nangis sebab nak bawa dia pergi hospital. 
Kat hospital lepas buat CT scan.. konpem abah ada darah beku kat kepala, bukan sebab darah tinggi ke apa. Mungkin faktor dia terlupa tu yang buat CT scan. dah pagi juga baru masuk wad, tunggu untuk pembedahan kecemasan. Masa masuk wad abah makin lupa orang keliling. abah dimasukkan di wad bilik sorang sebab keadaan dia. Abah zikir kuat-kuat, meronta-ronta sampai kena ikat kat katil sebab tak bagi abah jatuh. Pastu misi nak bagi gas.. dia bantai tunduk kepala ke tangan yang kena ikat tu, lepas tu buka gas yang nak bg dia lali.. mata pulak terjegil je pandang orang. Mami kata dia lari duduk hujung tingkap, tak sanggup tengok keadaan abah macam tu. Mami kata satu wad tu boleh dengar suara abah. Mujur abah tak cakap yang bukan-bukan.. 

Masa solat subuh mami kata dia doa banyak-banyak. Dipercepatkan pembedahan abah, dipermudahkan segala urusan tak sanggup tengok abah macam tu.. meronta-ronta.. mata terjegil pandang orang, mulut zikir kuat-kuat. Macam rasukan pun ada. Mami kata macam takut je nak dok berdua dalam bilik wad tu dengan abah. Mami ajak adik teman abah dalam bilik tu..

Hari Ahad.. 10/4/2016 pukul 12 tengahri.. abah ditolak ke bilik pembedahan. Kata doktor prosedur akan ambil masa 45minit hingga 1jam sahaja. Pukul 2 petang abah dibawa keluar dan masuk semula ke wad 4b. Alhamdulilah dah selesai.. abah pun dah boleh buka mata dan bercakap. Dah boleh bagitahu mami nak kencing.

Along sampai hospital pukul 3 petang. Masuk tengok abah kat wad. Sebelum tu kena jumpa pengawal keselamatan.. tulis attendance.. hehe.. Macam lewat masuk opis gayanya sebab kena ambil nama. Masa tu abah tengah tidur. Along pegang tangan abah, along cium tangan abah, kasar.. tangan yang menyara along dan keluarga, tangan yang membesarkan Along dan adik-adik. Ada tiub untuk masukkan air kat tangan abah. Ada tiub darah kecil yang sambung kat kepala abah, untuk alirkan keluar darah lebih dan darah beku agaknya. Along snap gambar abah dengan henpon yang screen pecah lepas tu simpan henpon. Along sibuk lagi tengok-tengok sekitar dinding di hujung kepala abah. Nampak nama abah, pandang lagi kalau-kalau ada nota lain.. Yes!! ada nota "DILARANG MENGAMBIL GAMBAR  PESAKIT DI WAD".
Errrmmm tapi saya dah tersnap.. Halal je lah. Jadinya hajat nak share gambar abah kat sini Along batalkan bagi menghormati pihak-pihak berkaitan. Along simpan untuk kenangan keluarga kita je. 

Sedap-sedap pegang tangan abah dan tenung muka abah, abah buka mata.. terus terjegil mata abah. Terkejut den!! Abah terus tanya.. sapa? sapa? sambil pandang muka Along. Alamak!! abah tak kenal anak dia lah.. mentang -mentang along dok jauh dari abah. Tak ingat kat along. Lepas tu adik bagitau abah ni.. Ita.. Ita anak abah dok kolumpo. baru abah "OOOoo.. balik? balik buat apa?? Along jawab balik sebab cuti lah.. abah "oooo" lagi. Pastu adik tepuk-tepuk abah soh abah sambung tido. Tapi abah kata nak makan. Lapar. kebetulan ada kuih untuk minum petang. Abah makan kuih guna sudu. Tampak kekok abah terkuis-kuis  kuih tu.. tapi dalam terkial dan terkuis tu abah berjaya potong kuih dan suap ke mulut. Sambil mata melilau pandang keliling. Pandang misi-misi kat kaunter pastu komen, "kecik-kecik misi ni, awat misi kecik sangat" Along, adik dan mami keras perut tahan gelak bila abah cakap camtu.. kebetulan ada misi yang lalu disitu, misi sedang ngandung dan agak berisi tanya awat kami dok gelak sangat sambil tahan.. adik bgtau abah kata misi kecik. Misi tu tunjuk dirinya sambil kata "ni kecik?" kami sambung gelak sampai kluar air mata. Abah komplen kenapa orang ramai, kenapa orang tido katil sana. Kenapa itu kenapa ni.. sel-sel otak sedang berhubung agaknya selepas pembedahan. Along Adik dan mami layan je la.. waktu acik datang abah kata acik tu along. tak apalah abah.. acik along adik sama ja. Kami anak abah.

Petang tu waktu melawat kat hospital ramai yang datang melawat abah. Adik beradik abah kecuali pakcik. Abah ajak abang dia duduk sekatil sedangkn orang yang datang tu pun berkerusi roda. Abah sembang macam orang sihat walaupun topik dia melencong dan kadang-kadang sambung cerita yang entah berapa tahun dulu. Memori abah belum ok lagi. Tapi syukur sangat dengan perkembangan abah tu.Dalam usia 58 tahun.. kadar pemulihan abah sangat cepat pada pandangan along.

Esoknya waktu melawat tengahari Along melawat abah lagi.. Abah dah ok sangat-sangat. Cakap pun dah tak melencong dah. Adik firas tido, abah soh letak adik firas kat katil abah. Lepas tu tanya mami.. nak makan tak? abah cakap nanti p makan dengan depa (along, anak-anak dan suami). Leganya hati.. syukur ya Allah.

#darahbekudikepala
#syukuryaAllah





No comments:

Post a Comment