kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Bagaimana mengetahui anak saya sakit ape?

Assalamualaikum
hari ni nak share macamana nak mengetahui apa penyakit anak anda
terutama new mommy macam saya..
takde pengalaman dan takde sesiapa nak rujuk..
bertuah new parent yang tinggal dengan parent dia
macam adik saya dulu.. ada masa-masa baby bangun awal atau tak nak tido  sampai ke pagi,
mak dia angkat je baby tu hantar bilik atok nenek
pastu mak dia sambung tido tanpa rasa bersalah..

Tapi kalau tak de sapa nak tolong tengokkan.. kena la hadap sendiri
dodoi sambil lelap ke sambil diri ke duduk ke nak soh baby tido sebab mama & ayah nak keje esoknya
sangat bertuah kalau baby setakat tak nak tido tapi tak nangis
kalau dah nangis meraung tapi parents tak tau apa sebabnya
lagi payah.. mau mama dia pun ikut nangis :((

Harini jumpa kat babycentre ada page yang boleh bagitau kenapa anak tak sihat
atau sakit apa.. walaupun tak bagi ubat, sekurangnya serba sedikit boleh tau apa sebab baby
nangis atau tak selesa.
Anda hanya perlu pilih umur anak, kemudian tandakan simptom yang anak anda alami.. dan kat sebelah tu  ada jawapan kemungkinan penyakit atau sebab anak anda tak selesa atau tak sihat.
So dah tau punca.. boleh la selesaikan masalah anak anda.
Kalau jumpa doktor pun dia tanya.. anak puan sakit apa?
Kadang-kadang agak menjengkelkan soalan tu.. kalau tau sakit apa tak de la datang jumpa doktor kan
berubat sendiri je la..