kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Salam Ramadan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk bernafas dengan kesihatan yang baik untuk sampai ke bulan Ramadan tahun ini..

Sangat terasa di hati bila mengenangkan arwah mak sedara suami yang telah kembali ke rahmatullah penghujung May lalu. Kali terakhir jumpa awal bulan May, masa tu kami sekeluarga balik kampung hubby.. pertama kali bawa si kecil ke kampung ayahnya. Kami buat majlis akikah untuk FH.
Mak sedara hubby masa tu dah sakit.. puasa tahun lepas menjalani pembedahan buang ketumbuhan di pankreas. Saya & hubby balik melawat dia di hospital USM Kubang Kerian lepas beberapa hari selepas dia menjalani pembedahan.Saya tengah mengandungkan FH ketika tu.

Saya tengok luka pembedahan tu, bukaan bentuk V yang distapler dari perut kanan ke dada dan ke perut kiri. agak ngilu dan ngeri di situ.Kulit sawo matangnya tak dapat menyembunyi kulit dan tubuhnya yang kekuningan bagai dibedak dengan kunyit.. mata putih pun bewarna kuning..

Kali terakhir jumpa mak cik hubby (Mok Yah) dah agak baik.. tapi masih tak berapa segar kata orang Besut, lepas ngundi dia kena pergi hospital semula sebab paru-paru berair. Sebelum tu dah pergi sedut buang air dah.  Kata-kata mok yah yang sering terngiang di telinga saya.. "puasa ni genap setahun mok yah sakit, doakan mok yah cepat sembuh".. saya angguk & iakan saja. 

Tak sangka mok yah tak sempat pun sampai  ke Ramadhan seterusnya. 
Semoga Mok Yah  bahagia dan tenang di sana.. Alfatihah..

Salam Ramadhan untuk semua, bersyukur berada di bulan ramadhan kesekian kalinya.. entah berapa kali lagi bisa melalui bulan rahmat ini.

Allahuakhbar..

2 comments:

  1. Takziah buat eta dan suami. Al-fatihah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang orang solehah.
    Ramadhan Kareem to eta dan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih farah..
      Ramadhan kareem utk farah & family

      Delete