kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Alhamdulilah

Alhamdulilah syukur untuk rezeki yang satu ini. Hmmm.. minggu ni kandungan saya genap 24 minggu
Terasa baru je melalui pelbagai dugaan.. lahirkan Fh.. , keguguran dan kini kembali mengandung
Tragis juga dengan kandungan kali ni..Seusia 5 minggu kandungan, berlaku pendarahan. Siap darah segar warna pink lagi membasahi cadar, ayat huby.. "hmmm i baru je tukar cadar tu." Eh eh dia ni.. sayang cadar ke sayang ank bini ni.. terus ajak suami siap-siap ke klinik

Kami ke klinik Dr. Dahlia, kt BBS, ayat-ayat doktor buatkan saya tak kan pergi lagi untuk check up kat klinik tu. Masa scan doc bgtau "degupan jantung baby sgt lemah. cuma boleh tunggu untuk dia gugur sendiri. Memang takde harapan" Hampanya harapan saya, memanglah saya tak jangkakan boleh mengandung secepat 3 bulan lepas keguguran.Rasa macam nak lempang je doc tu. Kalaupun macam tu boleh tak bagi harapan palsu pada saya?. Saya cuba tanya xboleh ke Doc bg injection atau ubat untuk kuatkan rahim?
Doc kate tak de gunanya.. memang tak de harapan. Saya refer awak ke hospital je untuk tindakan lanjut.
Tak belajar psikologi kot doc tu. ke tak pernah rasa berada di tempat pompuan macam saya?
Dah la sebelum tu masa dapatkan confirmation untuk kandungan tu doc bebel kate hai.. mengandung lagi?? eksiden ke ape ni? anak kecik lagi.. berapa umo dia? Masa tu saya bawa FH hubby dokong masuk bilik doc sama-sama.
Wahai doktor!! ko tau tak aku tak mengandung 4 tahun lepas kawen serata alam orang mengumpat.. dari kedah sampai ke KL sampai ke Terengganu. Sakitnya hati, sakitnya mata sebab orang-orang yg macam doktor ni lah.. semua serba tak kena. Anak tu rezeki yang kami mohon dan minta dari Allah bertahun lamanya. Tak minta duit kamu pun wahai doktor pompuan yang tak de perasaan. (Bukan Dr. Dahlia.. tp doktor ni kecik molek orangnye.. bahasa dia je tak berapa molek n sedap nak dengar) Kalau tak check saya pun bersepah doktor lain yang ada. jangan jadi doktor lah orang macam nih!! 

Dua kali episod sedih & makan hati di klinik Dr. Dahlia.. so saya tekad tak akan dapatkan rawatan kat situ lagi walaupun klinik tu panel untuk company hubby. Banyak lagi klinik boleh pergi.
Saya diam je masa tu.. menangis dan marah dalam hati.. memang gagal konsultasi doktor tersebut
Doc bagi MC & buat surat rujuk ke hospital.
Terus ke hospital dengan hubby.. sepanjang jalan diam je, masing-masing  melayan perasaan sendiri. sedih & hampa..

Di hospital jumpa doktor kat klinik pakar O&G, doc scan bagi advise & mc few days. Hmm doktor kat hospital kerajaan pun ok. Sebelum ni selalu orang kata doktor kt swasta bagus & yang kerajaan tak bagus. Tapi pengalaman saya amat berbeza. Ye lah.. rezeki masing-masing untuk dapat doktor macam harrrrr@#$ atau doktor yang bagus & profesional. Saya dibekalkan duphaston untuk sebulan. Jumpa balik 2 minggu lagi, tapi sekiranya berlaku pendarahan yang lebih teruk doktor soh datang kt kecemasan.

Alhamdulilah.. lepas tu saya rehat je dirumah, pendarahan pink dah takde, cumanya ada spoting dalam 2minggu jugak. Lepas 2 minggu jumpa doktor balik kat hospital. lepas scan etc.. semuanya ok. 
Masa ni dan masa mula-mula doktor scan kat hospital nampak 2 kantung.. means kembar anak mama kali ni. Double rezeki.. Alhamdulilah..  
Sangka saya memang FH akan jadi "abang Long" sangat. Kecik-kecik ada adik 2 orang.
Syukur sangat..

Tapi  selepas-selepas tu dah takde kantung dua.. ada satu je, doktor kata mungkin pendarahan yang jadi tu disebabkan kantung yang satu lagi tu gugur. Masa scan yang ke dua di hospital tu pun doktor bgtau.. kantung satu lagi macam menjauh & mengasing dari yang satu lagi. Ntah bila kantung tu jatuh pun tak tau.. sebab memang takde rasa apa pun & xrasa sakit atau rasa apa2 yang keluar pun. Memang hilang macam tu je. Ataupun dia sembunyi disebalik fibroid yang sama-sama membesar dengan baby yang ada ni. Takpelah.. saya tetap bersyukur walaupun satu je.

Saya menilai menelek kembali kenapa berlaku pendarahan tu.. mungkin jugak kami berjalan jauh masa tu. Balik kampung hubby.. kandungan pun tak berapa kuat agaknya.. bercampur dengan fibroid yang mutiple.. masing-masing berebut zat dari mama.Ada yang kena mengalah & berkorban.
Apapun saya tahu.. Allah tetapkan yang terbaik untuk saya.. rezekikan dengan yang terbaik juga untuk saya. Syukur padamu ya Allah dengan kurniaan ini. Limpahkan jua kepada mereka yang memohon darimu zuriat yang soleh dan solehah rezeki ini Ya Allah. Amin Ya Rab..



1 comment:

  1. Assalamualaikum..semoga Allah merahmati puan sekeluarga, doa lah yg terbaik kpdNya..jemput singgah ke blog saya pula ye..www.allnutrition4life.blogspot.com

    ReplyDelete