kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

selamat hari ibu

assalamualaikum..
selamat hari ibu untuk semua ibu, mak, umi, mama etc..
teristimewa untuk ibu saya.. Hajah Basarah bt Hj. Che Ahmad
Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan Along
juga melahirkan adik-adik buat along, acik & adik serta membesarkan mereka
juga terima kasih melayan segala kerenah kami selama ini

sekarang anak-anak mami dah dewasa, masing-masing dah jadi ibu dan ayah
pasti dalam sedikit pengalaman yang serba cetek ini..
anak-anak mami sedar jerih perit menjaga anak
tidur malam yang tak berapa cukup
risaukan anak kalau demam
pasti zaman mami besarkan along dan adik-adik lebih susah
kalau demam klinik jauh
duit pun tak seberapa sebab zaman tu abah keja buruh binaan saja
rumah kita berdinding kayu dan beratapkan nipah
along ingat lagi zaman tu
belum ada air yang keluar dari paip
mami kena angkut air dari telaga
belum ada lampu yang menerangkan malam kita
sekadar pelita minyak tanah yang menemani malam
tapi kat rumah kita ada tv yang guna bateri
malam-malam jiran bertandang tengok tv samasama
tengok drama minggu ini.

Alhamdulilah... sekarang ni mami dah tak payah angkat air dari telaga
tak payah juga kalut-kalut isi minyak tanah dalam pelita sebelum malam menjelang
sangat mudah sekarang ini..
mudah juga anak-anak mami menguruskan cucu-cucu mami
kami tak lagi rasa kepayahan macam mami lalui
dulu kita sekeluarga naik motor sahaja nak kemana-mana
zaman tu along dengan  acik saja, adik belum lahir
kalau hujan.. mami selubung kami dua beradik dengan kain batik, tambah lagi baju hujan
biar mami dan abah yang kena hujan...
anak-anak tak kena hujan

sampailah Allah bagi rezeki lebih kat kita
abah beli van yang sampai sekarang berbakti pada abah
mami selalu cakap.. esok dah ada anak tau lah cemana perasaan
kecik cara anak kecik
besaq cara anak besaq
pasti along, acik & adik akan lalui itu semua mami..

Along tau.. along anak yang paling degil antara semua
mesti paling payah mami jaga along
maafkan along mami..
Walaupun dah tua tapi cute camni..
along masih harapkan doa mami untuk along
masih harap mami betulkan salah along
masih harapkan mami masak untuk along bila along balik kampung
Along sayang mami sehingga ke Jannah
Ya Allah peliharalah kasih sayang kami hingga ke Jannah


untuk yang belum jadi ibu.. terima kasih sebab jadi anak yang baik
hargailah setiap detik bersama manusia yang bernama ibu, mami, mak, umi etc
kerana kita tak pernah tau  peluang untuk berbakti untuk ibu itu selama mana..



No comments:

Post a Comment