kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Me, baby & fibroid

Salam,
untuk semua kesayangan hati ..

hrni gatal2 google cari word 'classical cesarean'. Perkataan tu dah 2 bulan ada dalam buku pink saya, harini baru tergerak hati nak cari.
Biasa dengar perkataan c-sect @ cesarean je.

Tp checkup minggu lepas Doc cakap maybe sy kene vertical incision.. (still think positive- nothing bad will happen to me) sebab fibroid makin membesar (9cm x 11cm) dan menutup sebahagian besar pintu uterus, so kebarangkalian untuk baby keluar secara normal agak mustahil. Kalau incision kat bikini line plak dh kene fibroid tu ( fibroid ada kt bahagian depan uterus/pintu rahim - eh ke dh tulis kt blog nih sblm ni?? lupe sudaa!!)

Pastu google yang baik hati tu mesti la bagitau kan apa yang saya cari dan nak fahami. Pastu jumpa segala macam complication if  vertical incision tu terjadi kat saya.. Pastu terfikir plak kalau ditakdirkan nyawa saya setakat tu je.. terus berlinang airmata saya yg memang cengeng nih.

Saya bukan takut kalau saya mati, sebab mati tu kn pasti. Samada bersedia atau tidak bila tiba masanya pasti tidak akan terlepas walau sesaat.  cuma.. saya sayang tinggalkn orang-orang kesayangan saya. Abah, mami, adik-adik, hubby & baby. Tapi saya pasti mereka akan tetap bahagia walaupun tanpa saya.Pasti allah akan pelihara orang-orang kesayangan saya. Hmmm.. berkesempatankah untuk saya mengecapi saat indah memiliki keluarga kecil bersama zuriat ini? Semoga allah permudahkan segalanya untuk saya.

Saya penah cakap dengan hubby seandainya ditakdirkn saya tiada lagi, dan waktu tu saya mempunyai zuriat, biarlah mami & abah saya yang jaga zuriat tu. Hubby bleh buat anak lain dengan bini baru.. :P. Tp hubby jawab klu dia nk kawen lain xpayah tunggu saya mati & zuriatnya dijaga mami & abah saya.. dia boleh je kawen lain..hahahahammpess!! btul tau jawapan dia.

Dear hubby, baby & all love ones.. i'll love u forever till death do us apart.




2 comments:

  1. hai eta.

    wah dah 26W, da dekat 2/3 jalan dah pun kan? tinggal 1/3 je lagi. Go baby, go Mommy, chaiyok!

    i visit u semula. take care.

    p/s: btw, u, nama i anis. bukan yana. huhuh.
    http://babyworldourworld.blogspot.com/

    ReplyDelete