Alhamdulilah..
Untuk kesekian kalinya dikurniakan nikmat untuk berada lagi di bulan ramadhan yg penuh barkah. Semoga Allah mempermudahkan mama menghadapinya sambil membawa zuriat kedua yang Allah titipkan buat mama n ayah.
In sha Allah tahun ni.. harap harap boleh puasa penuh macam 2 tahun yang lepas. Sekiranya termakbul untuk puasa penuh bermakna 3 tahun berturut mama dapat puasa penuh.
Terima kasih ya Allah.. semoga dapat juga mama mentarbiahkan pada si kecil dalam perut untuk berpuasa nanti. Amin ya rabb
Bila dah puasa ni.. segala supplement kenalah bawa pulang. Kalau dibiar di pejabat.. bila pula nak makannya.. huhuhu.. kesian pulak semua supplement vitamin tu takde yang ambil tahu. Oleh itu jomlah kita pulang wahai vitamin-vitamin kesayangan. Semoga dengan izin Allah dapat tambah tenaga mama semasa berpuasa dan dapat bantu mana mana kekurangan zat untuk si kecil mama yang kena ikut puasa.
Sementelah abang Faiz makin kuat mengempeng menyusu dengan mama.. hai lah anak bertuah mama n ayah.
Lagipun mama ni mengada sikit hal makan-makan ni.. hahahaha
Walaupun dah nak ke hujung mengandung tapi masih mengada nak muntah bagai..
So makan berpada pada. Kalau dari mula memang tengok pun dah loya walaupun makanan kesukaan, jagan nak mengada paksa diri untuk makan atau minum.. alamatnya memang akan mengundang muntah..
No comments:
Post a Comment