kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..
Showing posts with label Family kedah. Show all posts
Showing posts with label Family kedah. Show all posts

Cerita abah

Assalamualaikum
Alhamdulillah.. abah dah selamat menjalani pembedahan buang darah beku di kepala (10/4/2016)
Darah beku tu mungkin berpunca dari kemalangan hujung bulan feb lepas..Syukur ya Allah.. itu je yang dapat kami sekeluarga ucapkan..

Ceritanya bermula Ahad minggu lepas 3/3/2016..  mami abah datang Penang jumpa along dan keluarga.. Masa tu abah dah mula sakit kepala. Sangka kita mungkin sebab cuaca yang panas, mungkin juga sebab berjalan jauh.Mungkin juga tekanan darah abah naik. Lepas kemalangan bulan Januari lepas.. itulah perjalanan abah yang paling jauh dan lebih kagum sebab abah memandu sendiri dengan ditemani mami. 

Balik dari Penang sakit kepala abah makin kuat, susah nak tidur sampai kena melepak kat Hospital Jitra dua hari berturut.. lepas dapat suntikan untuk darah tinggi dan direhatkan  di bahagian kecemasan abah dibenarkan balik.. sehinggalah hari Jumaat 8/4/2016 petang.. abah makin sakit, makin celaru.. tak tidur sehingga ke pagi. ajak ke hospital cakap dia tak sakit. Abah kata mami yang sakit sebab mami nangis. Mami nangis sebab ajak dia pergi hospital tak nak. Dalam pada tu abah kejap-kejap lupa cucu dia yang sedang tidur tu siapa, Lupa kenapa cucu menangis.. lupa ini anak siapa.. Mami lagi la kuat menangis tengok keadaan abah camtu. 

Lama-lama tengok mami nangis abah pun ajak pergi hospital Alor Setar.. Dia nampak mami nangis nak p hospital.. mami nangis sebab nak bawa dia pergi hospital. 
Kat hospital lepas buat CT scan.. konpem abah ada darah beku kat kepala, bukan sebab darah tinggi ke apa. Mungkin faktor dia terlupa tu yang buat CT scan. dah pagi juga baru masuk wad, tunggu untuk pembedahan kecemasan. Masa masuk wad abah makin lupa orang keliling. abah dimasukkan di wad bilik sorang sebab keadaan dia. Abah zikir kuat-kuat, meronta-ronta sampai kena ikat kat katil sebab tak bagi abah jatuh. Pastu misi nak bagi gas.. dia bantai tunduk kepala ke tangan yang kena ikat tu, lepas tu buka gas yang nak bg dia lali.. mata pulak terjegil je pandang orang. Mami kata dia lari duduk hujung tingkap, tak sanggup tengok keadaan abah macam tu. Mami kata satu wad tu boleh dengar suara abah. Mujur abah tak cakap yang bukan-bukan.. 

Masa solat subuh mami kata dia doa banyak-banyak. Dipercepatkan pembedahan abah, dipermudahkan segala urusan tak sanggup tengok abah macam tu.. meronta-ronta.. mata terjegil pandang orang, mulut zikir kuat-kuat. Macam rasukan pun ada. Mami kata macam takut je nak dok berdua dalam bilik wad tu dengan abah. Mami ajak adik teman abah dalam bilik tu..

Hari Ahad.. 10/4/2016 pukul 12 tengahri.. abah ditolak ke bilik pembedahan. Kata doktor prosedur akan ambil masa 45minit hingga 1jam sahaja. Pukul 2 petang abah dibawa keluar dan masuk semula ke wad 4b. Alhamdulilah dah selesai.. abah pun dah boleh buka mata dan bercakap. Dah boleh bagitahu mami nak kencing.

Along sampai hospital pukul 3 petang. Masuk tengok abah kat wad. Sebelum tu kena jumpa pengawal keselamatan.. tulis attendance.. hehe.. Macam lewat masuk opis gayanya sebab kena ambil nama. Masa tu abah tengah tidur. Along pegang tangan abah, along cium tangan abah, kasar.. tangan yang menyara along dan keluarga, tangan yang membesarkan Along dan adik-adik. Ada tiub untuk masukkan air kat tangan abah. Ada tiub darah kecil yang sambung kat kepala abah, untuk alirkan keluar darah lebih dan darah beku agaknya. Along snap gambar abah dengan henpon yang screen pecah lepas tu simpan henpon. Along sibuk lagi tengok-tengok sekitar dinding di hujung kepala abah. Nampak nama abah, pandang lagi kalau-kalau ada nota lain.. Yes!! ada nota "DILARANG MENGAMBIL GAMBAR  PESAKIT DI WAD".
Errrmmm tapi saya dah tersnap.. Halal je lah. Jadinya hajat nak share gambar abah kat sini Along batalkan bagi menghormati pihak-pihak berkaitan. Along simpan untuk kenangan keluarga kita je. 

Sedap-sedap pegang tangan abah dan tenung muka abah, abah buka mata.. terus terjegil mata abah. Terkejut den!! Abah terus tanya.. sapa? sapa? sambil pandang muka Along. Alamak!! abah tak kenal anak dia lah.. mentang -mentang along dok jauh dari abah. Tak ingat kat along. Lepas tu adik bagitau abah ni.. Ita.. Ita anak abah dok kolumpo. baru abah "OOOoo.. balik? balik buat apa?? Along jawab balik sebab cuti lah.. abah "oooo" lagi. Pastu adik tepuk-tepuk abah soh abah sambung tido. Tapi abah kata nak makan. Lapar. kebetulan ada kuih untuk minum petang. Abah makan kuih guna sudu. Tampak kekok abah terkuis-kuis  kuih tu.. tapi dalam terkial dan terkuis tu abah berjaya potong kuih dan suap ke mulut. Sambil mata melilau pandang keliling. Pandang misi-misi kat kaunter pastu komen, "kecik-kecik misi ni, awat misi kecik sangat" Along, adik dan mami keras perut tahan gelak bila abah cakap camtu.. kebetulan ada misi yang lalu disitu, misi sedang ngandung dan agak berisi tanya awat kami dok gelak sangat sambil tahan.. adik bgtau abah kata misi kecik. Misi tu tunjuk dirinya sambil kata "ni kecik?" kami sambung gelak sampai kluar air mata. Abah komplen kenapa orang ramai, kenapa orang tido katil sana. Kenapa itu kenapa ni.. sel-sel otak sedang berhubung agaknya selepas pembedahan. Along Adik dan mami layan je la.. waktu acik datang abah kata acik tu along. tak apalah abah.. acik along adik sama ja. Kami anak abah.

Petang tu waktu melawat kat hospital ramai yang datang melawat abah. Adik beradik abah kecuali pakcik. Abah ajak abang dia duduk sekatil sedangkn orang yang datang tu pun berkerusi roda. Abah sembang macam orang sihat walaupun topik dia melencong dan kadang-kadang sambung cerita yang entah berapa tahun dulu. Memori abah belum ok lagi. Tapi syukur sangat dengan perkembangan abah tu.Dalam usia 58 tahun.. kadar pemulihan abah sangat cepat pada pandangan along.

Esoknya waktu melawat tengahari Along melawat abah lagi.. Abah dah ok sangat-sangat. Cakap pun dah tak melencong dah. Adik firas tido, abah soh letak adik firas kat katil abah. Lepas tu tanya mami.. nak makan tak? abah cakap nanti p makan dengan depa (along, anak-anak dan suami). Leganya hati.. syukur ya Allah.

#darahbekudikepala
#syukuryaAllah





Abah kemalangan

Isnin 18 Jan 2016.. henfon yang jarang ada ringtone berbunyi pukul 6pagi
Biasanya henpon tu berbunyi alarm atau sekadar tone wasap dan mesej sahaja di awal pagi
Biasanya saya off kan data henpon di waktu tidur
Rupanya panggilan telefon dari adinda kesayangan
bagitahu abah kemalangan dalam perjalanan ke masjid untuk jemaah subuh

Sampai hari ini dah 3 hari kejadian tu berlaku, 
abah ditempatkan di wad hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. 
hari pertama.. hari kedua.. saya cuma dapatkan update keluarga di kampung tentang abah
hari ini juga..
tapi harini.. entah lah.. hati berdebar je.. sayu je..mata berkaca-kaca
 tak sabar nak balik jumpa abah

 kalau Along yang sakit, tentu abah dah datang jenguk Along hari tu juga
takde nak tunggu hujung minggu macam Along, baru nak balik
Maafkan Along abah
Ya Allah permudahkanlah pembedahan untuk abah
Kaki abah patah, tempurung lutut missalign dan serpih..
Abah akan dibedah untuk masukkan besi
semoga abah cepat baik..

Minggu Akhir 2015

Assalamualaikum
Alhamdulilah.. hingga saat catatan ini dibuat.. Allah permudahkan lagi hari kita
semoga sentiasa dipermudahkan untuk mengharungi hari mendatang
Minggu terakhir December 2015.. sangat mencabar, sangat seronok dan ada juga yang sedih
Perjalanan untuk balik ke kampung saya di utara sepatutnya bermula seawal 5 -6petang 23/12/15. Tapi Allah tak izinkan.. jadi kami terpaksa tunggu adik suami datang rumah nak pinjam kereta.. janjinya pukul 8.30mlm tapinya pukul 10.30mlm baru sampai. Lepas duduk-duduk dan sembang serba sikit dalam pukul 11mlm baru diorang bertolak balik. Suami pulak lama-lama melepak dah nampak tilam bantal rasa mengantuk la pulak.. Layan mengantuk lah dia.. Dalam pukul 1pagi barulah kami bertolak.

Di Kedah sempat buat mini gathering dengan sepupu, makcik dan tok.. Alhamdulilah walaupun serba tak sempat sebab tuan rumah pun mungkin blur-blur tak de helper.. saya pula sibuk nak pergi berjalan sebelum pergi mini gathering tu.. hahaha.
hari berikutnya ada kenduri kawen sepupu.. anak yatim piatu sebab pak njang saya dah meninggal ketika anak sulungnya berusia 3-4 tahun dan yang bongsu masih dalam kandungan 3bulan. Selepas beberapa tahun, si isteri mngikut jejak.. mujurlah kami ada tok saudara yang kematian suami dan beliau tiada anak.
Kepada tokcik lah anak-anak tersebut menumpang kasih. Cantik betul aturan Allah.
Jadinya untuk kenduri sepupu saya ni.. mami, acik dan saya tolong hiaskan bilik pengantin dan meja makan beradap. Saya tolong angkat pinggan kat meja pada hari kenduri..si abam FH tolong juga.
Excited dia bawa pinggan gelas ke tempat orang basuh. Semoga terus rajin membantu sampai bila-bila.

Balik dari kedah.. saya ikut suami ke Rompin pahang.. dia outstation..
Kami menginap di Lanjut Golden Beach Resort; Golf Resort Kuala Rompin.Best!!. Si adik nampak je kolam renang dari balkoni terus gelak mengekek kesukaan.. Pagi petang mama biarkan anak-anak mandi kolam sampai kesejukan dan sampai dengan sendirinya tak nak berendam lagi..
Awal pagi dalam pukul 2.am camtu, adik hubby call bagitau neksu meninggal.. Memandangkan hubby ada kerja jadi kena selesaikan kerja sebelum balik kampung suami.

Dari Rompin hujan renyai-renyai..dan ada kalanya lebat sepanjang jalan ke kuantan. Hingga ke simpang antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur hubby berhenti kereta.. berfikir simpang mana yang perlu diikut. Kalau nak balik kampung terpaksa ambil cuti lagi sehari.. kalau balik KL nanti kena juga balik ziarah keluarga di kampung. Keputusannya balik Terengganu.. Jadinya sehari lagi bercuti bersama anak-anak
Jenazah neksu dah selamat dikebumikan sebelum zohor.. kami sempat hadiri majlis tahlil sebelah malamnya.

Esoknya kami ziarah keluarga nek muda (nenek ke-4 isteri Tok Check) kat Kuala Melawi. Keluarga datuk suami.. Tok check.. Meninggal genap 100 hari arwah Azwan pergi.. dirundung kesedihan lah keluarga suami. Tok Chek ni ada 4 isteri. Suami saya cucu dari isteri pertamanya.. tidaklah rapat sangat. Kami dapat tahu pun dah beberapa hari Tok Check pergi. 

Selepas menziarah kuburan, kami pun bersiap untuk balik ke Selayang..
Selamat tinggal semua..



Mami abah pun demam

Khamis lepas masa mami abah balik
Abah dah mula batuk-batuk dan panas badan
Dah bagi ubat demam dan selesema
Lagipun abah ada gout.. makin terasa sakit badan dan sengal bila dah demam selesema
Harini..  telefon, Abah masih demam mami pun dah demam sekali
Dah beli ubat farmasi dah pergi klinik berbayar dan harini mami pergi pula klinik kerajaan
Harap-harap cepatlah baik.. dah hampir seminggu abah demam
Tadi mami kata..
Anak-anak demam kita la jaga..jelum kepala, urut lenguh,
kita ni demam buat sendiri lah.. anak-anak tak buat macamana kita jaga depa
Saya sebak.. (hmm tu jelah ko tau kan.. )
Betul apa yang saya cakap..
saya tak boleh layan macamana mami abah layan saya demam minggu lepas
Ni mami abah demam saya masih di kejauhan..
setakat bertanya khabar.. halwa di telinga
Alasan .. banyak saja untuk disenaraikan..
sebab tu dulu-dulu mami abah kalau nak marahkan saya tak pernah bertanya alasan
Juara saya dalam memberi alasan apatah lagi kalau mencipta alasan pembohongan
Tak pernah mami abah tanya kenapa balik lambat,
Kalau balik lambat konpem kena marah
Tak pernah mami abah tanya kenapa cikgu denda
Kalau dah kena denda mesti buat salah.. tambah lagi denda/marah/ leter dari mami abah
Jangan nak mimpi mami abah akan bertanya cikgu kenapa saya didenda
Jangan mimpi mami abah menangkan saya

Ya Allah sembuhkanlah mami abah
mereka dah jaga aku dan sayangkan aku sebaiknya.. sayangilah mereka sebagaimana
mereka menyayangiku
Ya Allah .. kau ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa-dosa mereka
Rindu mami abah..


Hari ibu saya

Tahun ni saya meraikan hari ibu bersama dua anak
Hubby belanja aiskrim baskin robin . Tq B...
Walaupun harganya boleh beli aiskrim lain satu bekas besar.. muahahaha
Dapat bunga daisy dari FH 
Bunga tu kitaorg lalu depan kedai Diomond, sales girls tu panggil FH soh ambil bunga 
pastu soh bagi mama..
so sweet.. 
Kalau tunggu ayahnya.. dapat bunga kobis ajelah..
Jadilah.. dapat jugak makan, berkhasiat, kenyang dan tak membazir

terima kasih ya Allah dengan segala anugerah yang tak ternilai. 
Kasih sayang dan kebahagian ini sukar untuk dituturkan dengan kata- kata

selamat hari ibu untuk mami saya. Dah setengah dozen cucu mami.. semoga Allah akan limpahkan kita sekeluarga dengan kasih sayangnya hingga syurga.

Buat mak mertua.. menantu hantu xde apa nak bagi sekadar doa iklas agar ma dan umi sentiasa diberkati dan dirahmati Allah

Lepas makan ais kacang dengan mami dan abah  @Kuala Kedah
Abah, Firas Afnan, Mami, Me & Faiz Hannan


Balik Kedah- Feb 2015

di Market Jitra - Mama shoping - FH panas baq hang
Awal february balik kedah, sekejap saja. Tapi sempat la p tempat-tempat wajib bila balik sana. 
Panas lit-lit.. waktu tengahari sampai malas nak p keluar mana-mana
memang hibernate dalam rumah saja. 
Nak p mana-mana kena p waktu pagi tak pun di kala mentari nak kembali sembunyi
so kita p tengok matahari naik & matahari terbenam  ja la
di kala rembang memang tak bleh la.. 
mau berlinang minyak pecah lemak habis.. muahaha
Panas tau!!
Sampai rumput pun kuning, 
Lalang tepi jalan pun pening naik warna coklat
bleh bayangkan tak??

Dulu-dulu bila ada orang dari KL p Jitra depa kata panas sangat Kedah ni..
Ahkak rasa nak marah, sebab ai is still gebus tak rentung pun dengan panas ni
how come u all KLien cakap panas sangat
Sekarang baru ku sedar hakikatnya
memang panas litlit
memang panas berdenting

Panas-panas camni nanti ada la musim bunga tecoma lagi
ooo sangat rindu
Rindu dari kejauhan la nampaknya

Tasik Darulaman - Tempat wajib kalau balik Kedah

tapi malamnya sangat dingin, sejuk woi.. 
sampai rasa macam tulang nak berkumpul sesama sendiri.. 
kalau kena mandi baca-baca sebelum subuh tu.. huih!!
Agaknya kena tunggu subuh dinasour la kot
Sempat di suatu pagi tengok suhu adalah 18 darjah celcius kot
ke 25 darjah eh?
Atau ahkak adalah mamai ketika tengok suhu tu -_-
tapi yang penting sangat sejuk la..
Agak-agak orang TV3 p buat coverage ke nanti.. muahahah!!

It's pretty hot mama - cant open my eyes

anak teruna ai.. memang meleleh peluh,.. 
dia ni kalau tido dalam keta pun boleh basah bantal sebab peluh...  berjalan ditengah panas lagilah..
dah umo dua tahun ni.. sekali saja pakaikan dia baju sejuk jeans, tu pun sebab ada event tema rock
rock la sangat.. lepas tu dah tak pakai lagi.. terus la kita sharekan pada orang lain

Senja di Alor Janggus - must go @Kedah
Alor Janggus ni kat kampung tok sebelah mami, best kalau nak tengok sunset & sunrise.
Kat sini selalu ada pengantin dok bergambar.
Pengantin lama dan anak-anak pun nak bergambar jugakkkk!!

Ni antara tempat yang must go kalau balik Kedah.. lagipun boleh ziarah tok
Sekali sekala balik memang sangat terasa kelainan
sebab kalau di tempat sekarang KL/Selangor mana nak dapat tempat aman camni
so calm.. so heaven

Dulu-dulu tak rasa apa pun dok ulang alik umah tok, ye lah keadaan biasa
sekarang ni bila dah jauh
baru nak tau menghargai keadaan tu
Dapat bau udara pun rasa sangat best!!
(pejam mata.. bayangkan)


Boys in red

mama mana? - Boys only
babai Kedah.. till we met again, Love u all





makan kek

Iman - Faiz - Afiq
Tiga orang budak ni pakai baju yang tok belikan,  abang Ammar je dah tak de saiz baju camni.. so pakai je lah t-shirt & seluar pendek. 
Faiz Hannan tak leh dok diam, so banyak gambar dia terloncat & ade yang keluar dari lensa kamera. Huh!!
Ni je yang terselamat sikit ade muka budak kecik tu,
Ada lagi cucu tok sarah yang tak masuk dalam gambar ni. 
nanti review lain kali.. 
Cucu yang ke 5 -Firas Afnan mentido pastu kalau tak tido pun takut nak letak di antara budak-budak yang tak berapa besar ni. Takut kena pijak
Cucu tok yang ke-enam belum lepas pantang lagi, so belum cukup umur nak publish kat blog nih

Afiq - Iman - Ammar - Faiz - Cucu Tok Sarah & Tok Wan Jaafar
Makan kek - Shheeeedappp!!

Dah lama  nak kanak-kanak ni  makan kek bersama. Bahagia sangat bila tengok anak- anak gembira camni. Kira macam celebrate besday diorang lah. Kek aiskrim coklat. Sedap sangat...  terima kasih ibu.. belikan kek aiskrim untuk anak anak


FH and the gang

Aktiviti FH masa di kampung
3 bln lepas.., huih lame dah!!!
masa ni mama pantang di kampung
FH main dengan sepupu yang 5-6 bulan lebih tua darinya
hampir sebaya tapi tahun lain-lain
sebab FH keluar jenguk dunia yang fana ni 3 hari pada tahun berikutnya




Dari kiri : Afiq, FH & Iman

kat kampung banyak kenderaan berat yang comel camnih. Backhoe tu pun ada banyak jenis dan saiz
budak bertiga ni la yang memeriahkan suasana
harap bila besar esok boleh tolong tok Sarah 
Iman kuat nangis dan paling pandai cakap
Afiq suka sapu sampah di luar dan dalam rumah
FH???
suka masak lah.. hehehehe
Habis kelentang kelentung dapur tok Sarah
Mujur jugak kawasan rumah luas, senang nak tarik perhatian FH ke arah lain
Pastu sepupu FH lebih suka buat out door aktiviti.. so FH pun ikut diorang
Kalau tak jenuh mama nak kepung FH dari dok angkat segala pinggan mangkuk periuk senduk 
sebab Tok Sarah punya rak pinggan jenis open
Lagi menarik perhatian FH, senang nak angkut


Terharu

Assalamualaikum..
Semalam dpt courier dr kampung.. kiriman si acik adik mama..
Dalam tu ada sehelai jubah putih sebab ada orang nak pinjam..
Pastu ada lg dua plastik asing
Buah manggis dan buah rambutan
Terharunya...
Mesti mami yang soh acik courier ni
Tiap-tiap tahun camtulah
Mesti mami pos buah dari dusun kalau musim buah...
Walaupun baru balik kampung 2 minggu lepas
Tapi masa tu rambutan baru sikit yang masak.. dapat jugak bawa balik sini.. tapi manggis xnampak pulak yang boleh dipetik dan dikait..
Minggu ni dah masak la tu.. dapatla si perut besar ni merasa.. huhuhu
Tapi di hati sangat la rasa terharu..
Mami ingat kat anak dia yg dh agak kertu & lebih dewasa ni..
Dah pesan kami boleh beli kat sini..
Tapi hati ibu.. agaknya masa dok makan buah buah tu ingatkan mama yang jauh ni.
Ntahkan dapat makan ke tidak buah buahan tu..  hai lah mami.. terima kasih sangat-sangat
Sayang mami abah hingga hujung nyawa..


Ni lah buah buahan segar dari dusun Kedah sinun.. yang ni je sempat bergambar :)

beli budak

jom shoping beli budak :D :D ni anak sedara akak. kalau g shoping kat Mydin Taman Saga Alor Star, memang ini jadi carrier dia. tak larat mama & ayah dia nak kendong dah budak 8kg ni


Kami..

mgu lepas.. balik kedah ini kejadian yang berlaku..
 

satu..


 dua...




 tiga..



 empat



 lima..
 
abg  ammar yang paling ceria.. Fh yang paling payah nak kontrol..
Afiq Muklis dah tak tahan nak lari
Imran (baju oren) & Lukman (baju putih) control hensem
Acik yang palin tua.. huhuhu :p

selamat hari ibu

assalamualaikum..
selamat hari ibu untuk semua ibu, mak, umi, mama etc..
teristimewa untuk ibu saya.. Hajah Basarah bt Hj. Che Ahmad
Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan Along
juga melahirkan adik-adik buat along, acik & adik serta membesarkan mereka
juga terima kasih melayan segala kerenah kami selama ini

sekarang anak-anak mami dah dewasa, masing-masing dah jadi ibu dan ayah
pasti dalam sedikit pengalaman yang serba cetek ini..
anak-anak mami sedar jerih perit menjaga anak
tidur malam yang tak berapa cukup
risaukan anak kalau demam
pasti zaman mami besarkan along dan adik-adik lebih susah
kalau demam klinik jauh
duit pun tak seberapa sebab zaman tu abah keja buruh binaan saja
rumah kita berdinding kayu dan beratapkan nipah
along ingat lagi zaman tu
belum ada air yang keluar dari paip
mami kena angkut air dari telaga
belum ada lampu yang menerangkan malam kita
sekadar pelita minyak tanah yang menemani malam
tapi kat rumah kita ada tv yang guna bateri
malam-malam jiran bertandang tengok tv samasama
tengok drama minggu ini.

Alhamdulilah... sekarang ni mami dah tak payah angkat air dari telaga
tak payah juga kalut-kalut isi minyak tanah dalam pelita sebelum malam menjelang
sangat mudah sekarang ini..
mudah juga anak-anak mami menguruskan cucu-cucu mami
kami tak lagi rasa kepayahan macam mami lalui
dulu kita sekeluarga naik motor sahaja nak kemana-mana
zaman tu along dengan  acik saja, adik belum lahir
kalau hujan.. mami selubung kami dua beradik dengan kain batik, tambah lagi baju hujan
biar mami dan abah yang kena hujan...
anak-anak tak kena hujan

sampailah Allah bagi rezeki lebih kat kita
abah beli van yang sampai sekarang berbakti pada abah
mami selalu cakap.. esok dah ada anak tau lah cemana perasaan
kecik cara anak kecik
besaq cara anak besaq
pasti along, acik & adik akan lalui itu semua mami..

Along tau.. along anak yang paling degil antara semua
mesti paling payah mami jaga along
maafkan along mami..
Walaupun dah tua tapi cute camni..
along masih harapkan doa mami untuk along
masih harap mami betulkan salah along
masih harapkan mami masak untuk along bila along balik kampung
Along sayang mami sehingga ke Jannah
Ya Allah peliharalah kasih sayang kami hingga ke Jannah


untuk yang belum jadi ibu.. terima kasih sebab jadi anak yang baik
hargailah setiap detik bersama manusia yang bernama ibu, mami, mak, umi etc
kerana kita tak pernah tau  peluang untuk berbakti untuk ibu itu selama mana..



Prince Charming..- Ammar

Salam sayang..
untuk semua kesayangan hati saya..

16 Oktober besday anak buah saya yg sulung..  cucu pertama mami & abah saya & the only one sejak 6 tahun lebih. Tahun ni baru cucu mak saya bertambah.

Ammar Muhaimin - suka amik gambar candid. kita snap dia, dia snap kita


Happy Birthday Ammar Muhaimin yang ke 7. Semoga jadi anak/cucu yg soleh dan abang yang baik pada adik-adik. Walaupun adik dia sorang ja tapi anak pak cik dia pun dia anggap macam adik sendiri. Sekarang ni kalau orang tanya adik Abg Ammar ada berapa dia akan jawab ada 2 orang & nanti ada lagi sorang (tu dia maksudkan baby saya yang bakal lahir). So sweet  & charming abg Ammar ni.. ye lah lama sangat dia tunggu nak ada adik.


tatau nak bagi apa.. tp masa dia datang sini  ada belikan kamus bergambar.

Dialog Ammar yg buat saya tersentuh di hari lahirnya .. antara Ammar & ibunya 
 
Ammar  : ibu antara empat jari ni mana yg lbih pnjang n mkin rendah (telunjuk,hantu,manis n klingking)

Ibu pun tnjuk la jari hantu

Ammar : btul...itu abg la sbab abang pling tinggi
            second Aliff sbab alif lahir dl dr afiq (anak pakcik kepada Ammar- adk bongsu sy)
            third Afiq ( ni adik kandung dia, beza sebulan lahir dari Alif)
            n last pling rendah ni...cuba teka

Ibu     :  adik abg yg akan dtang la
Ammar : no 4, ini adik Long (saya le tu).. Long kan perut dia dh besar..nti dia pun akan dpt baby boy mcm ibu n mama (panggilan utk mak cik dia - adk ipar sy).

Bagi Abg Ammar ni, first baby should be boy, sbb dia first child - boy. Same goes with my brother - 1st child pun boy. Mine pun dari awal lg dia cakap baby boy. Xpe lah Abg Ammar, Long xkisah baby boy ke girl. Janji dia sihat.. tetap jadi adik Abg Ammar jugak.

ish!! touching i, biarpun kita jauh tp dalam hati kita dekat..



Tetamu dari Kedah

Ptg smlm blk keje, mami, abah, adik bongsu 1 family datang umah dari kedah.. hmm happynya dalam hati (sambil sengih macam kerang xjumpe air 2 hari). Mami tepon cakap dah nak sampai.. mse tu hubby baru jemput dari opis.. bila bgtau hubby mami dh nak sampai terus dia bebel2 kt sy pasal umah yg kemas xsiap mlm sebelumnye. Mana dengan barang dapur & lauk pauk yang sangat minimum untuk makan sorang je dalam peti ais. Huhu.. sejak dua menjak nih sy tak amik tau ape isi dalam peti ais. Ade buah sebiji dua, & aiskrim dh cukup untuk saya.. haiwan laut dan darat serta sayuran  bagai ikut suka hati suami kalau dia yang nak beli & masak, camtu jugak kalau segala bawang & garam ke gula. Resepi apa nak masak dia tanye cik google.Owh kalau nak listkan.. kesian hubby, banyak yang sy ignore sejak ade orang lain dalam perut saya. :P.
On d way balik tu we all singgah beli barang dapur sikit. sib baik rumah tak jauh dari pasar. Sy beli haiwan laut je, memang itu yang saya suka pun compare haiwan darat. So dapatlah tetamu makan malam dengan makanan yang fresh dari pasar. Mami yang masak.. sebab mami tau menantu dia memang suka kalau dia yang masak. Terima kasih mami. Sayang mami sampai bila-bila