kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..
Showing posts with label besut story. Show all posts
Showing posts with label besut story. Show all posts

Minggu Akhir 2015

Assalamualaikum
Alhamdulilah.. hingga saat catatan ini dibuat.. Allah permudahkan lagi hari kita
semoga sentiasa dipermudahkan untuk mengharungi hari mendatang
Minggu terakhir December 2015.. sangat mencabar, sangat seronok dan ada juga yang sedih
Perjalanan untuk balik ke kampung saya di utara sepatutnya bermula seawal 5 -6petang 23/12/15. Tapi Allah tak izinkan.. jadi kami terpaksa tunggu adik suami datang rumah nak pinjam kereta.. janjinya pukul 8.30mlm tapinya pukul 10.30mlm baru sampai. Lepas duduk-duduk dan sembang serba sikit dalam pukul 11mlm baru diorang bertolak balik. Suami pulak lama-lama melepak dah nampak tilam bantal rasa mengantuk la pulak.. Layan mengantuk lah dia.. Dalam pukul 1pagi barulah kami bertolak.

Di Kedah sempat buat mini gathering dengan sepupu, makcik dan tok.. Alhamdulilah walaupun serba tak sempat sebab tuan rumah pun mungkin blur-blur tak de helper.. saya pula sibuk nak pergi berjalan sebelum pergi mini gathering tu.. hahaha.
hari berikutnya ada kenduri kawen sepupu.. anak yatim piatu sebab pak njang saya dah meninggal ketika anak sulungnya berusia 3-4 tahun dan yang bongsu masih dalam kandungan 3bulan. Selepas beberapa tahun, si isteri mngikut jejak.. mujurlah kami ada tok saudara yang kematian suami dan beliau tiada anak.
Kepada tokcik lah anak-anak tersebut menumpang kasih. Cantik betul aturan Allah.
Jadinya untuk kenduri sepupu saya ni.. mami, acik dan saya tolong hiaskan bilik pengantin dan meja makan beradap. Saya tolong angkat pinggan kat meja pada hari kenduri..si abam FH tolong juga.
Excited dia bawa pinggan gelas ke tempat orang basuh. Semoga terus rajin membantu sampai bila-bila.

Balik dari kedah.. saya ikut suami ke Rompin pahang.. dia outstation..
Kami menginap di Lanjut Golden Beach Resort; Golf Resort Kuala Rompin.Best!!. Si adik nampak je kolam renang dari balkoni terus gelak mengekek kesukaan.. Pagi petang mama biarkan anak-anak mandi kolam sampai kesejukan dan sampai dengan sendirinya tak nak berendam lagi..
Awal pagi dalam pukul 2.am camtu, adik hubby call bagitau neksu meninggal.. Memandangkan hubby ada kerja jadi kena selesaikan kerja sebelum balik kampung suami.

Dari Rompin hujan renyai-renyai..dan ada kalanya lebat sepanjang jalan ke kuantan. Hingga ke simpang antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur hubby berhenti kereta.. berfikir simpang mana yang perlu diikut. Kalau nak balik kampung terpaksa ambil cuti lagi sehari.. kalau balik KL nanti kena juga balik ziarah keluarga di kampung. Keputusannya balik Terengganu.. Jadinya sehari lagi bercuti bersama anak-anak
Jenazah neksu dah selamat dikebumikan sebelum zohor.. kami sempat hadiri majlis tahlil sebelah malamnya.

Esoknya kami ziarah keluarga nek muda (nenek ke-4 isteri Tok Check) kat Kuala Melawi. Keluarga datuk suami.. Tok check.. Meninggal genap 100 hari arwah Azwan pergi.. dirundung kesedihan lah keluarga suami. Tok Chek ni ada 4 isteri. Suami saya cucu dari isteri pertamanya.. tidaklah rapat sangat. Kami dapat tahu pun dah beberapa hari Tok Check pergi. 

Selepas menziarah kuburan, kami pun bersiap untuk balik ke Selayang..
Selamat tinggal semua..



keluarga dari Besut in da house

assalamualaikum..
dah tiga hari ada keluarga dari Besut di rumah..
dho, ina & pidie..(eh apesal macam ramai pulak)
chik akan jalani pembedahan pintasan jantung harini..
tapi i kerja harini.. maafkanlah ye.. sebab i anak sedara menantu je..
takpe.. anak menantu cucu betul  dah ade kat IJN tu
kalau i ada.. buat semak je IJN.. dah jadi berdoyon-doyon datang congok je
semoga semuanya dipermudahkan.. Aminn

I pun dah dua hari ulang alik ke IJN tu..
petang jelah boleh masuk sebab anak kecil boleh masuk melawat pukul 6pm-8pm
kalau dah anak tak boleh masuk..
terpaksalah mak tunggu luar je.. kejar anak-anak yang macam beluncas terlepas
huish!! terpaksa jadi superhero sekejap..
sambil dalam hati doa.. semoga dipermudahkan
takde anak-anak cedera.. orang yang pergi melawat cepat kembali..
mungkin pihak IJN boleh buatkan tempat mainan untuk anak-anak yang takleh masuk melawat
sekurangnya takdelah diorang paksa mak-mak kerah tenaga tawaf lobi kejar beluncas
Anak-anak beluncas ni bijak la pulak..
nak test pintu.. nak tekan segala suis yang dia jumpa nak check power door yang tetiba terbuka dan tutup
sorang pergi kanan.. sorang pergi kiri..
dua-dua nak mak dokong.. adeh!
sorang jatuh.. sorang lagi berlakon jatuh jugak
sebab nak mama angkat dan bagi perhatian
FUhhhh!! happy weekend!!


Kehilangan lagi

Assalamualaikum..
Khamis lepas (10sept 2015).. saya dikhabarkan dengan berita kemalangan adik ipar
Kemalangan berlaku di kampung suami.. 
Adik ipar saya.. Mohd Azuan Abdullah..
anak ke-3 dari 6 org adik beradik berlainan mak dgn suami
Azuan dilanggar kerbau yang bergurau senda di tepian jalan,
ketika menunggang motosikal berhampiran kawanan kerbau tersebut..
tragis..
khabarnya agak kritikal.. tidak sedarkan diri
hidung dan telinga mengalir darah tak berhenti,

Hari Jumaat, dapat panggilan telefon, Azuan agak nazak
Kata doktor, pihak hospital dah tak boleh nak buat apa
Kecederaan pada bahagian kepala agak teruk,
Otaknya membengkak dan pendarahan dalaman.
Saya dan suami bergegas balik ke rumah dari pejabat, siapkan barang,
jemput anak dari rumah pengasuh  dan terus bertolak

Seterusnya saya dan suami bergegas pula ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT
Sampai di hospital sekitar pukul 6 petang,
Melawat Azwan yang tidak sedarkan diri.. dia macam tidur saja.. diam tak bergerak
mata tertutup.. dada berombak sederhana.. memang macam tidur dalam tenang
bezanya dengan tidur biasa dia disambung wayar-wayar ke mesin hayat
ada gauze di telinga dan hidung untuk menyerap darah yang mengalir keluar..

Saya tengok umi.. umi tenang.. cumanya matanya merah
Umi bergurau dengan cucunya. faiz dan firas
menghilang sendu dihati saya kira..
Menghirup sedikit kekuatan untuk melawan kesedihan yang terbuku
Azwan anak lelaki sulung umi.. ada dua kakak sebelum Azwan
Azwan harapan umi lepas ayah takde..
Walaupun berlainan ibu dengan suami saya.. tapi hubungan adik beradik tetap akrab..

Pukul 7.15mlm, tamat waktu melawat..
Saya, suami, anak-anak dan adik beradik yang lain kena keluar
tak macam hospital USM.. kat sana kami masih lepak di katil ayah lepas waktu melawat habis
Anak umi, kakak Azwan offer umi untuk ambil alih jaga azwan kat hospital
Tapi umi menolak dengan senyuman sambil geleng-geleng kepala
Kata umi.. takpelah.. umi nak jaga
Mungkin umi tahu.. inilah kali terakhir umi berpenat lelah untuk Azwan
Inilah kali terakhir umi bersengkang mata untuk Azwan
Malam itu.. umi setia di sisi Azwan
Kami menginap di home stay sekitar Batu Buruk,
tak jauh pun  untuk ke hospital
tapi mau bacin lencun juga ketiak kalau jalan kaki..

Hari sabtu (12/9/2015)- seawal pukul 5 pagi.. umi telefon
katanya Azwan makin kritikal.. kami adik beradik bersiap-siap ke hospital
ramai-ramai ke hospital, bergilir ke ward 2 orang setiap kali lawatan
saya tak ambil pun giliran tu.. sebabnya saya rasa ada orang lain yang lebih memerlukan
lagipun faiz dan firas tak boleh lekang dari mama diaorang
masa melawat pula pukul 11pagi.. 
sampai ke pukul 10.40pagi.. umi panggil semua naik ke ward
masa saya sampai.. mesin hayat memang bunyi bib panjang dah
maknanya Azwan dah tak de..
saya nampak dia tetap macam semalam.. diam je.. macam tidur
Pergilah Azwan.. semoga Allah ampunkan setiap dosa kamu dan kakak
semoga Allah ampunkan jua setiap dosa semua mereka yang kita sayangi dan dampingi
Semoga Allah tempatkan Azwan dan ayah di kalangan orang yang beramal soleh
Azwan anak yang baik pada ayah dan umi,
Adik yang baik buat kakak dan abang .. juga abang yang baik untuk adik-adik
Azwan pergi pada usia yang muda.. 24 tahun
Azwan meninggal genap 65hari lepas ayah pergi..
Kehilangan yang besar buat umi juga keluarga
Pada masa seluruh umat islam akan menyambut hari kemenangan
Ayah meninggal lagi seminggu nak raya aidilfitri,
Azwan meninggal lagi seminggu lebih nak raya aidiladha
tahun yang sama..

saya dari kejauhan.. hanya mampu berdoa yang terbaik untuk semua
buat umi terutamanya..
Tabahkan hati umi, tabahlah semua yang mengharungi keadaan ini
Allah sayangkan Azwan lebih dari kita

Al-fatihah








Hari raya saya

Assalamualaikum
Dah nak habis raya dah , saya baru nak cerita pasal raya
Ye lah.. raya tahun ni tak meriah mana.. raya pulak sebelah suami..huhu
hari raya jatuh cukup seminggu bapa mertua saya pergi mengadap Ilahi..

Petang raya tu diakan malis tahlis untuk arwah
Jadinya kalau kau sorang nak bergembira raya sakan dan gempak gila
Apahal pulak kan..

Malam raya saya sekeluarga balik ke Besut lagi..

setelah baru seminggu balik sana, tapi sebab turn tahun ni raya di besut
Marilah kita beraya di kampung suami..
Hari khamis tu saya dan suami sempat shoping sampai ke Shah Alam
Malam raya masih sempat jalan-jalan berbuka puasa di Giant Batu Caves bersama adik ipar
Adik ipar saya kerja di hari khamis tu, bos dia tak bagi cuti sebab sebelum tu dia dah banyak cuti
Tapi cutinya tu pun sebab jaga ayah sakit di kampung..
Jadinya saya dan suami nak balik ke kampung terpaksa tunggu adik ipar habis kerja
Pukul 12malam baru bertolak ke Besut, sampai pukul 7pagi
Alhamdulilah.. perjalanan lancar saja..
Saya tido bersama anak-anak.. hubby je drive.. kesian

sampai je.. saya seterika baju hubby, anak-anak dan diri sendiri
siap-siap.. tunggu orang balik solat, pastu pergi beraya umah sedara-sedara keliling rumah
Dah beraya dan  kenyang makan.. marilah kita balik rumah tido..Haahahha..
Tapi raya di kampung suami.. sebiji ketupat pun saya tak makan
macam takde selera..
Biasanya kalau bercuti balik kampung, berat saya senang-senang je naik 2kg minimum
Tapi kali ni .. berat saya boleh turun..
Haih!! tak sedap nak peluk ni kalau berterusan turun..
Peluk-peluk rasa tulang je kan.. apa barang??

Raya ke-dua,
Kami sekeluarga pergi Pulau Perhentian, kampung mama (ibu suami)
Bapa tiri saya ada home stay kat sana. Jadinya kami beraya sambil makan angin
Saya jatuh cinta taktau berapa kali sehari bila tengok air laut tu
subhanallah.. sangat jernih.. crystal clear
Anak-anak kecil kat sana berlari tak pakai kasut atau selipar
Rumah orang sana comel-comel je.. kampung pun bersih..
Bawah pokok pun jarang ada daun gugur.. semua sapu bersih
Alhamdulilah.. 3hari 2malam yang bermakna..

Dari rumah (homestay), saya anak beranak jalan kaki ke masjid
lepas tu ke pantai.. tu je lah kerja kitaorang
Masjid dia cantik sangat, tepi pantai..
boleh nampak dari jeti dan dari laut.. subhanallah..
Sangat tenang, sangat best
Bila-bila cuti, boleh lagi kesana kalau takde yang menyewa..
muahaha.. nak free je eh?

Dia pergi di bulan Ramadhan 1436H

Assalamualaikum
10 Julai 2015, 9.45mlm.. ayah mertua saya menghembuskan nafas terakhirnya
bersamaan 24 Ramadhan, Hari Jumaat malam sabtu.
kali pertama dalam hidup saya berdepan dengan orang yang diambang nyawanya diangkat
Selama ni saya tengok jasad yang kaku tak bernyawa saja..
Alllahuakbar..
Alhamdulilah.. selesai sudah masa ayah di dunia.
Dikelilingi anak-anak tersayang dan cucu-cucu ayah
Juga sanak saudara..
Perginya dia di bulan Ramadhan.. yang mulia..
semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman
ini doa menantu hantu ayah buat ayah..

Coretan ini satu catatan panjang untuk saya, suami dan anak-anak kenang dimasa hadapan

Ayah agak tenat sejak hari Selasa 7/7/2015,
saya dapat panggilan dari adik ipar dalam pukul 1pm
Saya siapkan kerja di pejabat sikit sambil call dan WhatApp hubby update tentang ayah
Dalam pukul 3++pm sampai rumah, siapkan barang nak balik kampung dan pergi ambil anak dari baby sitter
Lepas solat asar di rumah baru bertolak ke kampung hubby

Kami berbuka puasa di Restoran KFC Raub,
Faiz Hannan dah pandai demand nak KFC sekarang ni,
Lepas berbuka dan solat, kami meneruskan perjalanan..
Jalan agak sunyi.. kata suami, tak pernah mengalami suasana sunyi di jalan macamtu
Yelah.. kami balik di tengah minggu.. belum ramai yang bercuti
Nak selisih dengan sebiji kereta pun saya rasa dalam setengah jam perjalanan baru jumpa
Kami berhenti sekejap di RNR Gua Musang, bertegur sapa dengan orang yang bermusafir macam kami,
Orang tu dah mula bercuti raya.. huih!! awalnya
Kami pula balik sebab nak melawat ayah sakit
Kami sampai di Kubang Kerian  dalam pukul 2pagi.. Alhamdulilah
Check in di hotel berdepan dengan Hospital USM, murah.. RM60 semalam
pada saya amat berpatutan, takde TV.. (memang tak perlu pun pada saya)
ada penghawa dingin, ada  kipas, mandian panas.. cukuplah tu..

Esoknya pukul 1pm masa melawat baru saya sekeluarga melawat ayah
Anak-anak pun bawa masuk sekali.. security di HUSM tak macam hospital gomen lain
Ayah agak stabil masa kami melawat.. walaupun kadar oksigen dia rendah..
Ayah kenal anak cucunya.. kalau lama tak nampak faiz.. firas tapi nampak mak apaknya
Nanti ayah tanya.. mana faiz?? mna firas??mana ariq? (Ariq anak kepada adik hubby)
Si kecik tiga orang tu kan rendah aje..
Mana tok ayah nak nampak kalau diaorang duduk melompat di bawah
maaflah pesakit lain kalau cucu-cucu ayah mengganggu kalian..
Kami bermastautin hingga pukul 9mlm..

Hari kedua.. 9/7/15.. malamnya stay di tempat sama
Untuk berbuka puasa kami keluar sekejap untuk beli makanan di bazar ramadhan berdekatan
sebelum masa melawat habis, kami masuk semula.. berkampung di sisi katil ayah.. berbuka ramai-ramai
Ayah kata nak makan ayam percik..Alhamdulilah.. anak ayah belikan, dapatlah ayah makan ayam percik
Walaupun cuma sesuap dua..
Dalam wad di tingkat 7 tu, katil ayah je ramai orang, adik beradik ayah juga ramai ..18 orang
tu belum masuk sepupu sepapat, tok sedara mak sedara bagai.. Meriah di situ..
Anak ayah saja 8 orang, belum campur menantu hantu ayah ni..
Tengok ayah agak stabil pada hari kedua, suami kata esok lepas habis waktu melawat pertama,
Kitaorang sekeluarga nak balik semula ke KL. Tapi hingga ke petang bacaan oksigen ayah semakin menurun..hati seorang anak seperti suami saya turut diruntun untuk terus kekal di sisi ayahnya..
Masa nak balik saya bergurau dengan ayah..
"Ayah!! Ita nak bawa balik umi, kesian umi dah lama tak balik rumah,"
Umi dah berkampung hampir sebulan bersama ayah di hospital,
Tak pernah balik rumah macam ayah juga sejak masuk hospital bulan lepas
Ayah cakap "balik lah.. takpe"
"betul ni ayah?" tanya saya
"baliklah" kata ayah sambil senyum simpul,
walaupun mulut hidungnya ditutupi topeng oksigen.. saya nampak senyuman itu..
Ayah tanya "dah nak balik ko? Esok datang lagi ye.." kata ayah
Suami dan saya iakan saja kata-kata ayah tu

Malam ke -tiga, kami balik ke kampung hubby, di Kuala Besut
Tidaklah saya bawa balik umi..
sebab ayah pantang umi takde lama-lama dengan dia
Pasti dia tanya berkali-kali.. mana umi? mana umi?
Ada sekali tu umi ke tandas dan terus pergi solat
Sementara umi takde, cuma saya, firas saja yang ada..
dia tanya dengan saya.. mana umi? saya kata umi ke tandas
selang beberapa ketika dia tanya lagi
saya kata.. umi ke tandas.. umi solat terus itu yang lama
ayah angguk-angguk kepala.. tapi mulutnya merungut.. lamanya umi pergi..
sambil tanganya usap-usap pipi firas, firas cubit-cubit tangan tok ayah

Saya tengok umi setia betul di sisi ayah,
Ntah lah kalau saya berada di tempat umi. adakah saya sesabar dan sesetia itu..
Sedang umi urutkan kaki ayah.. ayah minta nak makan, umi minta izin dari ayah untuk pergi basuh tangan
sebelum sediakan makanan yang ayah minta
umi cakap.. nak g basuh tangan dulu ni,, bekas minyak ubat..
ayah angguk baru umi pergi basuh tangan.. sejuknya mata saya

Hari ke- 3, 10/7/15
Saya sekeluarga berada di Kg Pachakan Kuala Besut, Pukul 10pagi, saya terima panggilan dari adik ipar..
Katanya ayah semakin tenat, Kami bergegas ke HUSM, sedara lain juga..
Sesampai di katil ayah.. memang lain benar keadaan ayah.. tidak seperti saya tinggalkan malam tadi

Ayah dah tak pedulikan orang dikelilingnya.. Ayah mendesah melawan nafas yang memberat
tercungap untuk menyedut udara yang disambungkan ke hidung dan mulutnya,
di dadanya wayar berselirat.. disisinya mesin-mesin digital yang silih ganti berbunyi beep..
Allahuakbar!! inilah kali pertama saya berada di situasi ini. Hampir sama dengan apa yang dilihat kala menonton televisyen.. tetapi tempohnya lebih panjang.

Tiada lagi sapaan ayah bertanyakan cucunya..
tiada lagi senyum simpulnya diwaktu saya tinggalkan dia malam tadi.
Malam tadi ayah cabut jarum untuk drip air.. dah agak lama baru dia bagi tahu, sampaikan jarum tu dah kemana terpelanting pun tak tau..
Seorang doktor india perempuan mencari-cari line untuk buat drip baru pada ayah..
hingga yang ke tiga kali pun belum dapat  line yang ok..
saya tunjuk Faiz apa yang doktor tu buat..
Faiz buat muka menahan sakit tengok tok ayah kena cucuk cari line.. sampai dia nangis cakap "nanak ma!! nanak!!"
Faiz tak sanggup nak tengok.. sebab dia pun pernah merasai bagaimana kena cucuk ambil darah..

Masa waktu asar, bacaan oksigen ayah makin rendah..
doktor cakap kalau ikut ayah dah tak ada tanpa bantuan oksigen ni..
sama-samalah sedekahkan alfatihah.. semoga dipermudahkan..
Sedara-mara anak beranak bergilir bacaakan yassin dan alfatihah untuk ayah..
mengharapkan perjalanan ayah dipermudahkan..
Ayah lebih reda pernafasannya.. sesekali nampak macam tidur sahaja..
sesekali menarik nafas berat.. matanya terpejam..
mesin digital disisi sahaja yang menunjukkan dalaman ayah masih hidup ,
memberitahu kami yang memerhati ini bahawa ayah masih bernafas dalam diam,
bahawa nadi dan jantung ayah masih berdenyut saat itu.
Air mata anak-anak ayah mengalir saat itu.. walaupun anak lelaki ayah yang macho,
mereka sebak melihatkan ayah yang cool dan terus diam..
Mungkin saat itu mereka lebih suka saat dimana ayah bebelkan mereka
atau disaat itu mereka ingin ayah terus bangun dan memarahi mereka macam dulu-dulu ketika mereka nakal. Nor Akmal anak ayah yang menemakan ayah siang malam menangis hiba bila terkenangkan ayah bagitahu nak tidur sahaja.. ayah penat masa doktor cari-cari line untuk drip malam tadi

Menjelang magrib.. mesin oksigen menunjukkan oksigen ayah semakin menurun hingga ke 20%
Firas dan Faiz pun semakin mendesah.. gelisah..
makin tidak senang berada di dalam ward.. mungkin lapar dan dahaga..
suami cepat-cepat pergi beli juadah berbuka
anak-anak ayah yang lain tak pedulikan langsung untuk berbuka.. semua mahu berada dekat ayah
Anak sulung ayah tinggalkan ayah seketika untuk beli juadah berbuka untuk ahli keluarga lain 
kesempatan di waktu magrib itu, saya dan suami berbuka di lobi hospital tingkat 7
makan laju-laju sambil suapkan Faiz dan Firas
Kemudian kembali semula ke sisi ayah..
bacaan oksigen ayah semakin menurun..
Lepas dah mesin oksigen menunjukkan 0%.. anak ayah panggil doktor
Doktor muda yang hensem datang check nadi, denyut jantung pastu tengok jam
dia pun geleng-geleng kepala tanda ayah dah tak ada..
Semua anak-anak ayah redha.. cuma airmata saja yang mengalir..
tiada esak tangis panjang seperti sewaktu asar dan magrib tadi..
mereka benar-benar faham , redha untuk melepaskan ayah pergi..
Pergilah ayah.. 


Pengurusan jenazah ayah juga amat pantas saya rasakan
9.45 mlm nafas terakhir ayah..doktor sahkan dan tanya nak dibawa kemana jenazah ayah
jururawat datang buka mesin dan segala wayar di badan ayah,
bersihkan tubuh ayah sebelum dilapikkan kain putih,
dibalut seadanya dan ditutup dengan penutup aluminium
di atasnya ditudung dengan kain hijau bertulisan 'innalillahiwainnailahirojiun' tulisan arab
ayah ditolak ke lif untuk dihantar dengan van jenazah ke kampung
10.30 mlm semua urusan dihospital selesai...

Dari hospital saya balik sekeluarga bersama umi, bapa saudara dan nenek saudara,
dalam kereta.. umi cakap.. esok genap sebulan umi tinggal di hospital
berlinang air mata umi..

Kami sampai di rumah lebih awal dari van jenazah dan kereta adik2 serta sedara lain
Berkumpul di rumah toksu, Lepas jenazah sampai.. terus dimandikan..
Alhamdulilah.. anak-anak lelaki ayah pangku jenazah ayah, turut sama mandikan ayah
Kemudian bergilir-gilir bacakan surah yassin untuk ayah..
Cucu ayah Faiz dan Firas pun tak tidur hingga 3pagi
Esoknya tepat jam 10pg.. jenazah ayah disolatkan..solat terakhir buat ayah..
Anak-anak lelaki dan menantu lelaki ayah usung jenazah  ayah hingga ke masjid
Teman ayah hingga selesai talkin dibaca
Mami dan abah saya juga sampai dari kedah semasa jenazah disolatkan
Penghormatan dan lawatan terakhir dari besan ayah..

Petangnya sebelum iftar, diadakan majlis tahlil untuk ayah
Alhamdulilah..
selesai segalanya.. semoga Allah ampunkan dosa ayah
tempatkan ayah dalam golongan soleh dan solihin



Ramadhan 1436H - Jun 2015

Assalamualaikum
Harini hari ke-2 ramadhan, masih tertingal-tinggal dalam meningkatkan amal
Masih berada di garisan mula dalam keadaan lembab dan terkedek-kedek
sedang masa berlalu pantas meninggalkan kita,
itu saya pada ramadhan hari ke 2
namun syukur Allah sampaikan lagi saya ke Ramadhan kali ini.

Sejak akhir-akhir ini banyak perkara berlaku, pantas..
Segalanya dihadapi.. just follow the flow
Beberapa tahun lalu.. di bulan ramadhan saya dan suami pulang ke kampung suami
sebab mak saudaranya menjalani pembedahan,
tahun berikutnya sebelum ramadhan mak saudaranya dah kembali ke rahmatullah
tanpa sempat meniti sekali lagi ramadhan..

Dan hari ini saya sekali lagi berada di bulan ramadhan yang penuh berkah
Semoga bulan yang berkah ini terus memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga

Hujung minggu lepas, kami kembali lagi ke kampung halaman suami
Bapa mertua saya dimasukkan ke wad sebab mengalami masalah paru-paru
Sehari sebelum Ramadhan, beliau disahkan mengidap kanser
Allahuakbar!! Maha suci tuhan
Semoga redha semua yang menerima perkhabaran ini
Semoga Allah mempermudahkan kami semua menghadapinya
Termasuk juga diri bapa mertua saya,

Yang singgah membaca di sini..
saya mohon untuk anda juga doakan bapa mertua saya
Doa anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih

Kebelakangan ni cerita sakit cancer sudah semakin hampir dengan kehidupan saya
Dulu masa sekolah, junior saya.. tapi saya tidak rapat dengannya..
jadi berita kematiannya disebabkan kanser di usia belasan tahun,
tidaklah begitu berbekas pada saya

Pada usia awal 30-an, kawan yg saya kenal dalam persatuan
juga menjadi pesakit cancer..
Alhamdulilah, beliau merupakan cancer survivor selepas dua tahun jadi pengidap
Tiga tahun lepas, mak saudara suami yang pada awalnya sakit batu karang di hempedu
bertukar kepada sakit kanser.. beliau telah kembali kerahmatullah dah setahun lebih
dan sekarang bapa mertua saya..
semua ni..
Sangat dekat dengan kehidupan saya..
semoga kasih sayang Allah, berkatnya dan rahmahnya sentiasa bersama saya dan keluarga
setiap apa yang ditakdirkan haruslah saya redha
dan percaya hikmah yang terselindung pasti lebih baik









Balik Besut

Assaalamualaikum..
minggu ke-3 January, we all balik Besut.
Kali pertama untuk Firas Afnan ke Kuala Besut kampung ayah. FH dulu first time balik masa 5 bulan. Adik ni awal sikit.. balik pada usia 4 bulan.
Dapatlah adik jumpa moyang dia yang ramai tu.. jumpa tok yang jugak lebih dari dua.. huhu
Mujurlah rumah diaorang dekat-dekat je, jadi dalam masa yang singkat dah boleh ziarah semuanya.

Abang FH pula malas jalan kat luar rumah sebab berpasir, hahahaha!!! . Ye lah, kampung ayah tepi laut kan. Lupa agaknya rasa pasir tu macamana.
Last time pegi pantai mama rasa dia boleh je main pasir pantai. Dah lama sangat agaknya tak pergi main pasir. Asal jalan kat luar je nak minta dokong sebab selipar masuk pasir.

Mama sempat shoping kat pasar hari kat Kuala Besut. Dapat rembat baju kurung sebab nak p kenduri. Ye la mana ada mama bawa balik baju kurung.. peringatan untuk diri sendiri jugak. Lain kali wajib bawa baju sepasang untuk attend kenduri. Kalau kampung sendiri boleh je rembat baju makcik atau adik. Tapi sebelah mertua.. ai is segan & malu nak minta pinjam. Lagipun saiz i yang comel tapi kembang nih takde kat kampung hubby. Masa pegi pasar mama tinggalkan Firas dengan tok ma. Bawa FH je, panas kot nak bawa baby p jalan kat situ. lagipun kalau bawa baby mana boleh mama nak pilih-pilih baju nak attend kenduri kan..

Masa kat pasar ni, FH bergaya sakan. Pakai sunshade kemain lagi. Ye la.. panas & silau mata dia kot. Lepas tu dok tengok-tengok hairan bayang dia sendiri.. Bila dah masuk khemah orang jual dia pelik mana bayang hilang. Baru sedar selama ni FH ni banyak indoor je. Sangat macam ayah... indoor man :P. Itu yang macam pelik je jumpa bayang sendiri dok ekor dia masa jalan. Pastu tengok matahari pun sebut bulan. Selama ni mama sempat ajar bulan je bila ada cahaya besar di langit. Lampu stadium pun bulan jugak.. mihmihmih!!

Ada satu petang bawa anak-anak p pantai,  FH mula-mula jalan terdengkut-dengkut, macam berjalan atas jalan yang panas sebab geli pasir. Ayah pula saja tak pakaikan dia kasut. Pastu mama tanggalkan selipar bagi FH, baru la jalan laju sikit. Lama-lama dah ok dengan pasir pantai, takut dengan ombak pulak.. tak nak main air pun sebab terkejut ombak besar. Mama nak pergi kat air pun tak bagi.. dok tarik tangan & tolak mama pegi ke arah darat.

Dalam perjalanan balik, singgah rumah mak sedara hubby di Kuala Krai. Rumah dia kena banjir sampai ke paras bumbung. kat bahagian dapur tu masih boleh nampak corak-corak disiling terhasil dari barang dalam rumah yang terapung hingga siling masa air naik. Mok Zah citer la serba sikit masa kejadian tu. Kesian sangat diorang. Kereta tenggelam, anak-anak kena naik bas pergi balik sekolah. Sampai rumah muka masam sebab penat naik bas lama. kesian, Mujurlah ada lagi rumah, baju-baju untuk dipakai walaupun kena basuh dulu. Dah penat basuh dan mengemas, sakit urat la pulak sampai demam. Dugaan betul..
Saya dan hubby dapat bantu sikit je dari segala kesusahan mereka. Semoga Allah permudahkan kehidupan mereka selepas diuji.
Kami sampai rumah dalam pukul 12malam, banyak saya dan anak-anak tidur dalam perjalanan. Bila dah sampai rumah hubby lapar.. kena la masak sebab upah dia memandu sorang-sorang. Alhamdulilah.. rajin pulak saya masak ditengah malam macam tu.

Sebenarnya 4 hari balik Besut tu macam tak cukup je.. Agaknya sebab lama tak balik kot. Last balik masa ngandungkan Firas 5-6 bulan kot. Firas pun dah 4 bulan. So lebih kurang 9bulan tak balik Besut.
Nanti kita balik lagi ye..



FH balik kampung

Assalamualaikum..
Cuti hari buruh (owh sedikit basi citer ni), we all balik kampung hubby kt Kuala Besut
Ye.. hubby kite orang terengganu
Tapi IC dah tukar Selangor,
Saje nak bawa FH kenal kampung Ayah dia
Kenal sedara kat Kuala Besut
Pastu buah akikah sebahagian lagi untuk FH

Sampai je Kuala Besut, terus singgah pantai
Tak balik umah dulu.. 
hehehe

Yeay!! FH sampai kampung Ayah






























Rasa kejap je balik kampung ni..
kitaorang balik semula ke KL hari sabtu
Sebab hubby nak mengundi di Selangor
Bernasib baik sangat sebab takde jam
Ramai yang menghala ke pantai timur,
Tapi we all melawan arah
so perjalanan going smoothly :p
FH pun biasa-biasa je.. 
takde crancky ke hape
kalau tak memang mak dia yang lebih meroyan
kihkihkih
Ye la.. kite tak pernah travel jauh dengan FH
Dulu masa balik berpantang kat kedah mami i ada temankan
Alhamdulilah..
Segalanya dipermudahkan

Ni la pantai kat kampung Ayah..




Nanti FH dah besar kita mandi pantai ye





Cerita lembu korban tak jadi

harini sepatutnya ada korban kt kg hubby. tapi tak jadi sebab lembu yang nak dikorbankan tak dapat ditangkap. kat sini lembu yang dipelihara dibiar lepas je, macam lembu liar. Beberapa hari sebelum ni pun dah cuba tangkap tapi tak dapat jugak. Sampailah haini... seharian tunggu.. kaum pompuan kat umah dah siap potong bawang untuk rencah gulai daging korban. Tetamu yang datang pkul 2 petang  dihidangkan dengan bihn goreng je. Apa nak buat.. xde rezeki nak buat  korban.  


credit to owner's  pic