10 Julai 2015, 9.45mlm.. ayah mertua saya menghembuskan nafas terakhirnya
bersamaan 24 Ramadhan, Hari Jumaat malam sabtu.
kali pertama dalam hidup saya berdepan dengan orang yang diambang nyawanya diangkat
Selama ni saya tengok jasad yang kaku tak bernyawa saja..
Alllahuakbar..
Alhamdulilah.. selesai sudah masa ayah di dunia.
Dikelilingi anak-anak tersayang dan cucu-cucu ayah
Juga sanak saudara..
Perginya dia di bulan Ramadhan.. yang mulia..
semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman
ini doa menantu
Coretan ini satu catatan panjang untuk saya, suami dan anak-anak kenang dimasa hadapan
Ayah agak tenat sejak hari Selasa 7/7/2015,
saya dapat panggilan dari adik ipar dalam pukul 1pm
Saya siapkan kerja di pejabat sikit sambil call dan WhatApp hubby update tentang ayah
Dalam pukul 3++pm sampai rumah, siapkan barang nak balik kampung dan pergi ambil anak dari baby sitter
Lepas solat asar di rumah baru bertolak ke kampung hubby
Kami berbuka puasa di Restoran KFC Raub,
Faiz Hannan dah pandai demand nak KFC sekarang ni,
Lepas berbuka dan solat, kami meneruskan perjalanan..
Jalan agak sunyi.. kata suami, tak pernah mengalami suasana sunyi di jalan macamtu
Yelah.. kami balik di tengah minggu.. belum ramai yang bercuti
Nak selisih dengan sebiji kereta pun saya rasa dalam setengah jam perjalanan baru jumpa
Kami berhenti sekejap di RNR Gua Musang, bertegur sapa dengan orang yang bermusafir macam kami,
Orang tu dah mula bercuti raya.. huih!! awalnya
Kami pula balik sebab nak melawat ayah sakit
Kami sampai di Kubang Kerian dalam pukul 2pagi.. Alhamdulilah
Check in di hotel berdepan dengan Hospital USM, murah.. RM60 semalam
pada saya amat berpatutan, takde TV.. (memang tak perlu pun pada saya)
ada penghawa dingin, ada kipas, mandian panas.. cukuplah tu..
Esoknya pukul 1pm masa melawat baru saya sekeluarga melawat ayah
Anak-anak pun bawa masuk sekali.. security di HUSM tak macam hospital gomen lain
Ayah agak stabil masa kami melawat.. walaupun kadar oksigen dia rendah..
Ayah kenal anak cucunya.. kalau lama tak nampak faiz.. firas tapi nampak mak apaknya
Nanti ayah tanya.. mana faiz?? mna firas??mana ariq? (Ariq anak kepada adik hubby)
Si kecik tiga orang tu kan rendah aje..
Mana tok ayah nak nampak kalau diaorang duduk melompat di bawah
maaflah pesakit lain kalau cucu-cucu ayah mengganggu kalian..
Kami bermastautin hingga pukul 9mlm..
Hari kedua.. 9/7/15.. malamnya stay di tempat sama
Untuk berbuka puasa kami keluar sekejap untuk beli makanan di bazar ramadhan berdekatan
sebelum masa melawat habis, kami masuk semula.. berkampung di sisi katil ayah.. berbuka ramai-ramai
Ayah kata nak makan ayam percik..Alhamdulilah.. anak ayah belikan, dapatlah ayah makan ayam percik
Walaupun cuma sesuap dua..
Dalam wad di tingkat 7 tu, katil ayah je ramai orang, adik beradik ayah juga ramai ..18 orang
tu belum masuk sepupu sepapat, tok sedara mak sedara bagai.. Meriah di situ..
Anak ayah saja 8 orang, belum campur menantu
Tengok ayah agak stabil pada hari kedua, suami kata esok lepas habis waktu melawat pertama,
Kitaorang sekeluarga nak balik semula ke KL. Tapi hingga ke petang bacaan oksigen ayah semakin menurun..hati seorang anak seperti suami saya turut diruntun untuk terus kekal di sisi ayahnya..
Masa nak balik saya bergurau dengan ayah..
"Ayah!! Ita nak bawa balik umi, kesian umi dah lama tak balik rumah,"
Umi dah berkampung hampir sebulan bersama ayah di hospital,
Tak pernah balik rumah macam ayah juga sejak masuk hospital bulan lepas
Ayah cakap "balik lah.. takpe"
"betul ni ayah?" tanya saya
"baliklah" kata ayah sambil senyum simpul,
walaupun mulut hidungnya ditutupi topeng oksigen.. saya nampak senyuman itu..
Ayah tanya "dah nak balik ko? Esok datang lagi ye.." kata ayah
Suami dan saya iakan saja kata-kata ayah tu
Malam ke -tiga, kami balik ke kampung hubby, di Kuala Besut
Tidaklah saya bawa balik umi..
sebab ayah pantang umi takde lama-lama dengan dia
Pasti dia tanya berkali-kali.. mana umi? mana umi?
Ada sekali tu umi ke tandas dan terus pergi solat
Sementara umi takde, cuma saya, firas saja yang ada..
dia tanya dengan saya.. mana umi? saya kata umi ke tandas
selang beberapa ketika dia tanya lagi
saya kata.. umi ke tandas.. umi solat terus itu yang lama
ayah angguk-angguk kepala.. tapi mulutnya merungut.. lamanya umi pergi..
sambil tanganya usap-usap pipi firas, firas cubit-cubit tangan tok ayah
Saya tengok umi setia betul di sisi ayah,
Ntah lah kalau saya berada di tempat umi. adakah saya sesabar dan sesetia itu..
Sedang umi urutkan kaki ayah.. ayah minta nak makan, umi minta izin dari ayah untuk pergi basuh tangan
sebelum sediakan makanan yang ayah minta
umi cakap.. nak g basuh tangan dulu ni,, bekas minyak ubat..
ayah angguk baru umi pergi basuh tangan.. sejuknya mata saya
Hari ke- 3, 10/7/15
Saya sekeluarga berada di Kg Pachakan Kuala Besut, Pukul 10pagi, saya terima panggilan dari adik ipar..
Katanya ayah semakin tenat, Kami bergegas ke HUSM, sedara lain juga..
Sesampai di katil ayah.. memang lain benar keadaan ayah.. tidak seperti saya tinggalkan malam tadi
Ayah dah tak pedulikan orang dikelilingnya.. Ayah mendesah melawan nafas yang memberat
tercungap untuk menyedut udara yang disambungkan ke hidung dan mulutnya,
di dadanya wayar berselirat.. disisinya mesin-mesin digital yang silih ganti berbunyi beep..
Allahuakbar!! inilah kali pertama saya berada di situasi ini. Hampir sama dengan apa yang dilihat kala menonton televisyen.. tetapi tempohnya lebih panjang.
Tiada lagi sapaan ayah bertanyakan cucunya..
tiada lagi senyum simpulnya diwaktu saya tinggalkan dia malam tadi.
Malam tadi ayah cabut jarum untuk drip air.. dah agak lama baru dia bagi tahu, sampaikan jarum tu dah kemana terpelanting pun tak tau..
Seorang doktor india perempuan mencari-cari line untuk buat drip baru pada ayah..
hingga yang ke tiga kali pun belum dapat line yang ok..
saya tunjuk Faiz apa yang doktor tu buat..
Faiz buat muka menahan sakit tengok tok ayah kena cucuk cari line.. sampai dia nangis cakap "nanak ma!! nanak!!"
Faiz tak sanggup nak tengok.. sebab dia pun pernah merasai bagaimana kena cucuk ambil darah..
Masa waktu asar, bacaan oksigen ayah makin rendah..
doktor cakap kalau ikut ayah dah tak ada tanpa bantuan oksigen ni..
sama-samalah sedekahkan alfatihah.. semoga dipermudahkan..
Sedara-mara anak beranak bergilir bacaakan yassin dan alfatihah untuk ayah..
mengharapkan perjalanan ayah dipermudahkan..
Ayah lebih reda pernafasannya.. sesekali nampak macam tidur sahaja..
sesekali menarik nafas berat.. matanya terpejam..
mesin digital disisi sahaja yang menunjukkan dalaman ayah masih hidup ,
memberitahu kami yang memerhati ini bahawa ayah masih bernafas dalam diam,
bahawa nadi dan jantung ayah masih berdenyut saat itu.
Air mata anak-anak ayah mengalir saat itu.. walaupun anak lelaki ayah yang macho,
mereka sebak melihatkan ayah yang cool dan terus diam..
Mungkin saat itu mereka lebih suka saat dimana ayah bebelkan mereka
atau disaat itu mereka ingin ayah terus bangun dan memarahi mereka macam dulu-dulu ketika mereka nakal. Nor Akmal anak ayah yang menemakan ayah siang malam menangis hiba bila terkenangkan ayah bagitahu nak tidur sahaja.. ayah penat masa doktor cari-cari line untuk drip malam tadi
Menjelang magrib.. mesin oksigen menunjukkan oksigen ayah semakin menurun hingga ke 20%
Firas dan Faiz pun semakin mendesah.. gelisah..
makin tidak senang berada di dalam ward.. mungkin lapar dan dahaga..
suami cepat-cepat pergi beli juadah berbuka
anak-anak ayah yang lain tak pedulikan langsung untuk berbuka.. semua mahu berada dekat ayah
Anak sulung ayah tinggalkan ayah seketika untuk beli juadah berbuka untuk ahli keluarga lain
kesempatan di waktu magrib itu, saya dan suami berbuka di lobi hospital tingkat 7
makan laju-laju sambil suapkan Faiz dan Firas
Kemudian kembali semula ke sisi ayah..
bacaan oksigen ayah semakin menurun..
Lepas dah mesin oksigen menunjukkan 0%.. anak ayah panggil doktor
Doktor muda yang hensem datang check nadi, denyut jantung pastu tengok jam
dia pun geleng-geleng kepala tanda ayah dah tak ada..
Semua anak-anak ayah redha.. cuma airmata saja yang mengalir..
tiada esak tangis panjang seperti sewaktu asar dan magrib tadi..
mereka benar-benar faham , redha untuk melepaskan ayah pergi..
Pergilah ayah..
Pengurusan jenazah ayah juga amat pantas saya rasakan
9.45 mlm nafas terakhir ayah..doktor sahkan dan tanya nak dibawa kemana jenazah ayah
jururawat datang buka mesin dan segala wayar di badan ayah,
bersihkan tubuh ayah sebelum dilapikkan kain putih,
dibalut seadanya dan ditutup dengan penutup aluminium
di atasnya ditudung dengan kain hijau bertulisan 'innalillahiwainnailahirojiun' tulisan arab
ayah ditolak ke lif untuk dihantar dengan van jenazah ke kampung
10.30 mlm semua urusan dihospital selesai...
Dari hospital saya balik sekeluarga bersama umi, bapa saudara dan nenek saudara,
dalam kereta.. umi cakap.. esok genap sebulan umi tinggal di hospital
berlinang air mata umi..
Kami sampai di rumah lebih awal dari van jenazah dan kereta adik2 serta sedara lain
Berkumpul di rumah toksu, Lepas jenazah sampai.. terus dimandikan..
Alhamdulilah.. anak-anak lelaki ayah pangku jenazah ayah, turut sama mandikan ayah
Kemudian bergilir-gilir bacakan surah yassin untuk ayah..
Cucu ayah Faiz dan Firas pun tak tidur hingga 3pagi
Esoknya tepat jam 10pg.. jenazah ayah disolatkan..solat terakhir buat ayah..
Anak-anak lelaki dan menantu lelaki ayah usung jenazah ayah hingga ke masjid
Teman ayah hingga selesai talkin dibaca
Mami dan abah saya juga sampai dari kedah semasa jenazah disolatkan
Penghormatan dan lawatan terakhir dari besan ayah..
Petangnya sebelum iftar, diadakan majlis tahlil untuk ayah
Alhamdulilah..
selesai segalanya.. semoga Allah ampunkan dosa ayah
tempatkan ayah dalam golongan soleh dan solihin
No comments:
Post a Comment