Assalamualaikum..
Khamis lepas (10sept 2015).. saya dikhabarkan dengan berita kemalangan adik ipar
Kemalangan berlaku di kampung suami..
Adik ipar saya.. Mohd Azuan Abdullah..
anak ke-3 dari 6 org adik beradik berlainan mak dgn suami
Azuan dilanggar kerbau yang bergurau senda di tepian jalan,
ketika menunggang motosikal berhampiran kawanan kerbau tersebut..
tragis..
khabarnya agak kritikal.. tidak sedarkan diri
hidung dan telinga mengalir darah tak berhenti,
Hari Jumaat, dapat panggilan telefon, Azuan agak nazak
Kata doktor, pihak hospital dah tak boleh nak buat apa
Kecederaan pada bahagian kepala agak teruk,
Otaknya membengkak dan pendarahan dalaman.
Saya dan suami bergegas balik ke rumah dari pejabat, siapkan barang,
jemput anak dari rumah pengasuh dan terus bertolak
Seterusnya saya dan suami bergegas pula ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT
Sampai di hospital sekitar pukul 6 petang,
Melawat Azwan yang tidak sedarkan diri.. dia macam tidur saja.. diam tak bergerak
mata tertutup.. dada berombak sederhana.. memang macam tidur dalam tenang
bezanya dengan tidur biasa dia disambung wayar-wayar ke mesin hayat
ada gauze di telinga dan hidung untuk menyerap darah yang mengalir keluar..
Saya tengok umi.. umi tenang.. cumanya matanya merah
Umi bergurau dengan cucunya. faiz dan firas
menghilang sendu dihati saya kira..
Menghirup sedikit kekuatan untuk melawan kesedihan yang terbuku
Azwan anak lelaki sulung umi.. ada dua kakak sebelum Azwan
Azwan harapan umi lepas ayah takde..
Walaupun berlainan ibu dengan suami saya.. tapi hubungan adik beradik tetap akrab..
Pukul 7.15mlm, tamat waktu melawat..
Saya, suami, anak-anak dan adik beradik yang lain kena keluar
tak macam hospital USM.. kat sana kami masih lepak di katil ayah lepas waktu melawat habis
Anak umi, kakak Azwan offer umi untuk ambil alih jaga azwan kat hospital
Tapi umi menolak dengan senyuman sambil geleng-geleng kepala
Kata umi.. takpelah.. umi nak jaga
Mungkin umi tahu.. inilah kali terakhir umi berpenat lelah untuk Azwan
Inilah kali terakhir umi bersengkang mata untuk Azwan
Malam itu.. umi setia di sisi Azwan
Kami menginap di home stay sekitar Batu Buruk,
tak jauh pun untuk ke hospital
tapi mau bacin lencun juga ketiak kalau jalan kaki..
Hari sabtu (12/9/2015)- seawal pukul 5 pagi.. umi telefon
katanya Azwan makin kritikal.. kami adik beradik bersiap-siap ke hospital
ramai-ramai ke hospital, bergilir ke ward 2 orang setiap kali lawatan
saya tak ambil pun giliran tu.. sebabnya saya rasa ada orang lain yang lebih memerlukan
lagipun faiz dan firas tak boleh lekang dari mama diaorang
masa melawat pula pukul 11pagi..
sampai ke pukul 10.40pagi.. umi panggil semua naik ke ward
masa saya sampai.. mesin hayat memang bunyi bib panjang dah
maknanya Azwan dah tak de..
saya nampak dia tetap macam semalam.. diam je.. macam tidur
Pergilah Azwan.. semoga Allah ampunkan setiap dosa kamu dan kakak
semoga Allah ampunkan jua setiap dosa semua mereka yang kita sayangi dan dampingi
Semoga Allah tempatkan Azwan dan ayah di kalangan orang yang beramal soleh
Azwan anak yang baik pada ayah dan umi,
Adik yang baik buat kakak dan abang .. juga abang yang baik untuk adik-adik
Azwan pergi pada usia yang muda.. 24 tahun
Azwan meninggal genap 65hari lepas ayah pergi..
Kehilangan yang besar buat umi juga keluarga
Pada masa seluruh umat islam akan menyambut hari kemenangan
Ayah meninggal lagi seminggu nak raya aidilfitri,
Azwan meninggal lagi seminggu lebih nak raya aidiladha
tahun yang sama..
saya dari kejauhan.. hanya mampu berdoa yang terbaik untuk semua
buat umi terutamanya..
Tabahkan hati umi, tabahlah semua yang mengharungi keadaan ini
Allah sayangkan Azwan lebih dari kita
Al-fatihah
kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..
Showing posts with label Cerita Raya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Raya. Show all posts
Hari raya saya
Assalamualaikum
Dah nak habis raya dah , saya baru nak cerita pasal raya
Ye lah.. raya tahun ni tak meriah mana.. raya pulak sebelah suami..huhu
hari raya jatuh cukup seminggu bapa mertua saya pergi mengadap Ilahi..
Petang raya tu diakan malis tahlis untuk arwah
Jadinya kalau kau sorang nak bergembira raya sakan dan gempak gila
Apahal pulak kan..
Malam raya saya sekeluarga balik ke Besut lagi..
setelah baru seminggu balik sana, tapi sebab turn tahun ni raya di besut
Marilah kita beraya di kampung suami..
Hari khamis tu saya dan suami sempat shoping sampai ke Shah Alam
Malam raya masih sempat jalan-jalan berbuka puasa di Giant Batu Caves bersama adik ipar
Adik ipar saya kerja di hari khamis tu, bos dia tak bagi cuti sebab sebelum tu dia dah banyak cuti
Tapi cutinya tu pun sebab jaga ayah sakit di kampung..
Jadinya saya dan suami nak balik ke kampung terpaksa tunggu adik ipar habis kerja
Pukul 12malam baru bertolak ke Besut, sampai pukul 7pagi
Alhamdulilah.. perjalanan lancar saja..
Saya tido bersama anak-anak.. hubby je drive.. kesian
sampai je.. saya seterika baju hubby, anak-anak dan diri sendiri
siap-siap.. tunggu orang balik solat, pastu pergi beraya umah sedara-sedara keliling rumah
Dah beraya dan kenyang makan.. marilah kita balik rumah tido..Haahahha..
Tapi raya di kampung suami.. sebiji ketupat pun saya tak makan
macam takde selera..
Biasanya kalau bercuti balik kampung, berat saya senang-senang je naik 2kg minimum
Tapi kali ni .. berat saya boleh turun..
Haih!! tak sedap nak peluk ni kalau berterusan turun..
Peluk-peluk rasa tulang je kan.. apa barang??
Raya ke-dua,
Kami sekeluarga pergi Pulau Perhentian, kampung mama (ibu suami)
Bapa tiri saya ada home stay kat sana. Jadinya kami beraya sambil makan angin
Saya jatuh cinta taktau berapa kali sehari bila tengok air laut tu
subhanallah.. sangat jernih.. crystal clear
Anak-anak kecil kat sana berlari tak pakai kasut atau selipar
Rumah orang sana comel-comel je.. kampung pun bersih..
Bawah pokok pun jarang ada daun gugur.. semua sapu bersih
Alhamdulilah.. 3hari 2malam yang bermakna..
Dari rumah (homestay), saya anak beranak jalan kaki ke masjid
lepas tu ke pantai.. tu je lah kerja kitaorang
Masjid dia cantik sangat, tepi pantai..
boleh nampak dari jeti dan dari laut.. subhanallah..
Sangat tenang, sangat best
Bila-bila cuti, boleh lagi kesana kalau takde yang menyewa..
muahaha.. nak free je eh?

Selamat hari raya 2014
Selamat hari raya.. maaf zahir batin dari kami untuk semua..
Tahun ni raya kat kedah.. tahun lepas kat tgnu n tahun depan insha allah kt terengganu jugak.. :p
Ye la...kita dh buat undang undang ikut giliran. Kalau raya puasa kt kedah raya haji kat tgnu.. tp thn ni raya puasa kat kedah.. raya haji nnti tengah berpantang (insha allah).. so maybe raya haji pun kt kedah.. hahahaha suka hati mak nak
Selamat hari raya..
Assalamualaikum
Yeay dah nak raya
Maaf zahir batin sekiranya terdapat salah silap dalam penulisan blog ini
Semoga jumpa lagi ramadhan tahun hadapan.. In sha Allah
FH beraya buat pertama kalinya dalam hidup kat kampung ayah
Tahun lepas raya dalam perut mama
macam-macam mama makan, kesian FH dalam perut sampai pening-pening %^^&**@#$

yang memandu hati-hati ye.. kemana jua destinasi anda
jangan lupa baca doa naik kenderaan
jangan lupa baca doa nak keluar dan tinggal rumah
semoga apa yang ditinggalkan
Allah jagakan untuk kita
Allah pelihara perjalanan kita
Amin ya rabbal alamin

FH nk drive ni.. jumpa di kampung ye
Puasa & persiapan pra raya
Assalamualaikum..
Tahun ni giliran beraya di sebelah ayah FH
bermakna kita raya di Besut.. Yeay!!!
boleh makan kepok tiap-tiap hari
Persiapan nak beraya adalah ala kadar
Baju raya sendiri pun tatau colour apa.. hahaha..
tak tengok pun.. sebab mami yang beli kain. pegi tempah & dalam tempoh penghantaran
in sha allah esok sampai kot
Tahun ni tahun pertama beraya bertiga..
Myself.. hubby & baby -soon dah nak jd toddler dah anak mama
Tengok kawan-kawan yang juga pertama kali beraya dengan baby..
bukan main banyak belikan baju untuk anak
ye lah.. teruja kot nak beraya dengan baby
Mama FH pun..
Ber whatsApp dengan adik ipar..
dia bagitau.. belikan untuk lil son baju raya dah almost RM400
uish!! anaknya baru umo 5 bulan
Itupun belum habis shoping untuk sikecil A
Mama FH bagitau.. untuk FH tak sampai RM100 belanja beli baju raya
Kasut orang bagi, baju 2 pasang xRM20++, jeans orang bagi,T-shirt pun, baju kurung Tok Sarah beli kain & jahit, bayar dengan kasih sayang.
Takdelah boleh mama susun baju FH penuh katil pastu post gambar kat blog ni..
Fh takde baju sebanyak tu..
Atau ayah nak tambah budjet untuk menceriakan dan sebagai terapi untuk mama?
Hahahaha.. who knows kan.. ujung minggu ni ke :p

Subscribe to:
Posts (Atom)