Tapi memang nak crita pasal ni
mengandung kali ni banyak beza dari yang lalu
Yang paling ketara bab keputihan tu lah
Previous kandungan tak de masalah keputihan pun.. ok je
Yang ni dah di hujung-hujung ni selalulah dilanda kegatalan
walaupun keputihan tu tak banyak tapi mampu buat saya tak boleh duduk diam
auch!! gatal kot
sapa yang pernah kena memang tahu cemana tahap tak menahannya
kalau ikut hati.. memang melecet teruk lah
Hmmm.. nak kata salah makan mungkin jugak
Yang saya perasan kalau makan timun memang ada peningkatan pengeluaran keputihan huhuhu indahnya bahasa
Timun ni yang sayur tu.. timun batang kate orang kampung hubby.. a.k.a cucumber kata orang puteh/mat saleh.. bukan timun bulat atau water melon tu..
Huhu.. lain tempat lain sebutan dan panggilannya
Apa yang saya buat??
Petuanya adalah :
- kena kerap basuh dan lap hingga kering setiap kali rasa macam basah kat miss V
- Basuh guna sabun sekali je sehari.. yang lain tu guna air je.. tak perlu letak sabun khas untuk miss V setiap kali basuh. Sebab sabun tu akan buatkan kerengsaan yang lebih teruk.
- Rebus daun sirih & gunakan airnya untuk basuh miss V.. masa ni dah tak payah pakai sabun dah. guna air sirih je. Bagi saya rebus daun sirih ni lebih berkesan kalau berbanding guna sabun sirih sumber ayu yang macam dalam iklan tu. Yang tu guna waktu-waktu biasa ok la.. tapi kalau kegatalan melanda memang nampak tak berkesan langsung
- Last but not least.. petua ni paling berkesan untuk saya.. gunakan asam keping atau asam jawa (orang kampung hubby panggil asam selagi kot).. tambah garam sikit dalam air suam.. campur ramas-ramas sesedap hati.. pastu basuh miss V.. kalau dah macam melecet sikit memang akan rasa pedih-pedih. Bilas dengan air biasa hingga bersih. If nak guna air suam pun ok.. tapi saya malas nk adjust air tu bagi sesedap rasa untuk buat basuhan jadi guna air biasa je. Pastu lap hingga kering. In sha Allah takde gatal lagi lepas tu. Boleh la tahan a few days.. kalau jadi lagi.. buat lagi.. ye la.. kena maintain kan kalau nak baik.
Keputihan bagi orang mengandung ni dari sumber yang saya baca.. memang tidak diketahui puncanya.. boleh datang dan pergi macam tu je. Harapnya lepas bersalin xde lagi masalah ni..
lagipun setiap orang tak sama keadaanya.. sebab hormon dan pelbagai
Kalau hingga jadi kronik takut ianya jadi jangkitan pada bayi yang dikandung.
Sekiranya masalah anda adalah kronik.. silalah berjumpa pakar atau mereka yang lebih arif
p/s :Petua ini berdasarkan pengalaman diri sendiri.. tiada mengena dengan orang lain dan sekadar berkongsi
No comments:
Post a Comment