kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Faiz Hannan di hospital

Assalamualaikum
Faiz Hannan dimasukkan ke wad sebab demam. Dan batuk berkahak.. istilah doktor pnumonia.. ntahla.. dengar macam teruk je. Kalau mama dulu-dulu dok kampung takdenye tok sarah nak bawa p hospital bagai.. setakat badan panas tapi masih boleh menggigit orang dan sepahkan rumah, Tok Sarah bagi minum air cap badak dan kortal je.. tunggulah sampai panas tu reda sendiri.

Tapi anak mama faiz hannan lepas doc kat klinik check darah sebab demam seminggu on off, doc advise untuk refer ke hospital. Katanya darah putih faiz tinggi menunjukkan ada kuman dalam darah.. lagipun bila bernafas bunyi kahak dalam paru paru agak kuat.

So.. jomlah kita ke hospital. Tapi mama dan ayah tak terus pegi hospital. Kami pergi esoknya lepas ayah dapatkan GL dari pejabatnya dan mama dah pegi ke hospital checkup adik baby.

No comments:

Post a Comment