Benzoyl peroxide ni adalah bahan pemutih yang sama digunakan untuk serbuk pencuci yang kita kenali sebagai CLOROX. Makcik-makcik nenek-nenek semua pun tau kalau sebut clorox, zaman dolu-dolu itu jelah jenama yang paling glamer untuk memutihkan baju sekolah. Yelah baju sehelai dua je pakai sampai setahun dua. Bukan macam bebudak sekarang, tiap-tiap hari pun ada baju untuk ditukar. Ok melalut sudah..
Sambil tengok tv tu kan.. terdetik hati nak p check apa yang ada di dapur ku..
owh!! ada rupanya.. hmm maka makanlah kita. Dah tinggal separuh dah pun tepung ni. Yang sebelum-sebelum tatau lh ada ke tidak. Naluri kata mesti sebelum ni pun sama. Sebab masa nak beli dok pilih tepung yang cantik.. putih dan bersih. Itulah penyebab utama benzoyl peroxide ni ada. Untuk memutihkan tepung. Aku yang jahil ni pun p pilih yang putih.. kononnya bagus dan bersih. So dah lepas dah tau ni.. tanamkan azam dalam diri sendiri untuk lebih prihatin berkenaan isi kandungan.
Bgtau hubby, dia kata xpalah kita bukan selalu pun makan kuih buat dengan gandum (org pantai timur mmg sebut tepung gandum as gandum je eh?) Kat rumah ni memang jarang makan kuih2, so setahun paling kuat 2kg je untuk dua orang makan. Kalau ada ocassion atau nak jemput orang makan kat umah ke nak buat kuih bawa g opis ke baru la jumlah tu akan bertambah. Lagipun kalau aku dengan hubby setakat nak makan kuih dua tiga ketul baik beli je lah.. tu pun sangat jarang.. hahaha dasar pemalas
No comments:
Post a Comment