kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Jus Pati Delima



Saya kongsikan sedikit info berkenaan khasiat dan kebaikan Buah Delima ini.
Buah delima adalah antara buah syurga sebagaimana yang disebut di dalam Alquran.
Secara ilmiah dan sains nya..delima berasal dari negeri Parsi Purba (Iran sekarang). Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium. Antara khasiat buah delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

·         Membaikpulih fungsi hati dan limpa
·         Mencuci buah pinggang dan salur kencing
·         Membantu penghadaman
·         Membuang lemak-lemak berlebihan
·         Menambah tenaga
·         Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
·         Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
·         Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
·         Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
·         Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
·         Mencantikan kulit

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
·         Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
·      Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
·         Menghalang pembentukan sel barah payu dara
Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Pada pengalaman saya dan suami, kami telah memulakan rutin meminum jus delima ini setiap pagi dan malam sejak setahun lepas. Lebih kurang 6bln++ sebelum saya mengandung. Sehingga kini masih diteruskan amalan ini. Pada masa tu usia perkahwinan kami menjangkau 3 tahun dan belum dikurniakan zuriat. Doktor sahkan saya PCOS & mempunyai fibroid di bahagian depan uterus. Ini adalah antara ikhtiar kami untuk mendapatkan zuriat disamping untuk mendapatkan kesihatan yang baik melalui makanan sampingan yang lebih natural dan pada harga berpatutan. Alhamdulilah saya sekarang mengandung tujuh bulan (Oct 2012)

cara pengambilan : 1sudu setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tido malam. Kesan berbeza pada setiap orang. Ada orang rasa perit di tekak semasa minum, penyelesaian .. boleh juga dicampur /bancuh dengan segelas air kemudian diminum. Sekiranya anda rasa kurang selesa selepas pengambilan (ada orang rasa perut memulas lepas pengambilan) boleh kurangkan pengambilan sekali shj sehari. Malam atau pagi sahaja
Ataupun anda boleh sarapan dulu sebelum pengambilan jus delima.
Insyaallah

4 comments:

  1. bila nk update blog nih...tiap2 hari masuk minum jus delima ja...hahahhaa

    ReplyDelete
  2. simpan dlm draft :D, sbb nk load gambaq kabel tatau dok mana tu la xdk mood

    ReplyDelete
  3. Slm..akk..fibroid akk camane pulak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. fibroid masih ada. saiz dlm 4cm. Alhamdulilah tidak mengganggu urusan harian. Masih mengikuti temujanji dengan doktor dari setiap bulan semasa mengandung, lepas mengandung tiap 3 bln.. dan sekarang setiap 6 bln

      Delete